1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Perjalanan panjang menuju kejayaan
2023-04-03 • Dikemaskini

Perjalanan panjang menuju kejayaan

Pic_1.jpg

Hampir kesemua orang mahukan kejayaan. Walau bagaimanapun, ramai orang berputus asa apabila menetapkan tujuan yang jelas, fokus kepadanya, dan usaha menuju impian itu, mengatasi segala rintangan. Hanya segelintir daripada kita menjadikan impian mereka satu kenyataan.

Jika anda merupakan salah seorang yang mahukan inspirasi daripada kisah seorang lelaki yang mencapai impiannya untuk menjadi seorang pedagang yang berjaya, artikel ini untuk anda. Pelajari bagaimana Muhammad Nur Salim dari Indonesia melakukannya dan juga rahsia beliau untuk berjaya.

Mulakan dengan tujuan yang jelas

Memperkenalkan Muhammad Nur Salim dari Indonesia. Beliau adalah salah seorang pedagang terbaik di dalam FBS CopyTrade App dengan hampir ribuan pelabur yang yakin dengan beliau, dan menambah modal mereka. Beliau mempunyai nama panggilan Happy Profit, dan nampaknya nama itu sesuai dengan beliau.

Ia merupakan satu perjalanan kejayaan yang panjang untuk Muhammad. Sejak dari awal lagi, beliau memutuskan untuk berdagang dengan serius. Pada beliau, berdagang merupakan lebih daripada sekadar hobi. Beliau bermula sejak lebih dari lima tahun dahulu, dan berhasrat menjadi seorang pedagang berjaya. Muhammad sudah memutuskan dengan sebaiknya untuk memilih berdagang sebagai karier beliau. Beliau menyedari yang untuk mula berdagang, tidak memerlukan banyak aset. Dan juga, Muhammad suka berdagang kerana beliau yang menentukan sendiri di mana, bila, dan bagaimana untuk bekerja.

Selepas menimbangkan semua kebaikan dan keburukan berdagang, Muhammad Nur Salim memutuskan bahawa berniaga sangat sesuai dengan dirinya. Ia memenuhi semua keperluannya dan membolehkan beliau mendapat kepuasan peribadi.

Salah satu rahsia penting untuk berjaya ialah menetapkan tujuan yang jelas dan realistik sebelum memulakan apa-apa sahaja. Muhammad tahu berkenaan itu, dan ia telah membantu beliau berjaya.

Belajar dan berlatih

Sepanjang karier berdagang yang agak panjang, Muhammad Nur Salim tidak pernah berhenti belajar dan beliau banyak berlatih. Tidak kira betapa professional pun kemahiran yang anda ada, ia merupakan perkara penting yang perlu dilakukan. Muhammad menghabiskan masa seharian untuk berdagang berjam-jam lamanya. Bersamaan dengan itu perlu dihitung waktu yang dihabiskan oleh pedagang mengkaji kewangan, memantau perubahan pasaran Forex, dan menganalisis pesanan yang sudah ditutup, sama ada menang dan kalah.

Belajar dan latihan yang berterusan adalah salah satu kunci utama untuk berjaya di dalam berdagang dan apa-apa jua perniagaan.

Pic_2.jpg

Bersikap bertimbang rasa dan sabar

Muhammad Nur Salim mengatakan bahawa salah satu kenangan yang tidak dilupakan dalam perdagangan beliau adalah menjadi seorang yang bertimbang rasa dan sabar. Beliau menantikan hasil daripada dagangan beliau, tanpa tergesa-gesa dan dipengaruhi oleh emosi pedagang yang paling rumit iaitu ketakutan untuk rugi, tamak, dan adrenaline. Pesanan beliau ditutup dengan keuntungan. Sejak daripada itu, cara berdagang Muhammad boleh dikelaskan dalam dua perkataan – bertanggungjawab dan fundamental. Sudah jelas ini merupakan salah satu rahsia kejayaan beliau.

Jangan berhenti untuk mengembangkan potensi diri

Pengalaman berdagang oleh pedagang-pedagang telah menunjukkan bahawa tiada kejayaan tanpa berkembang. Muhammad sudah mempunyai lebih daripada 900 penyalin yang yakin dengan modal mereka di dalam FBSCopyTrade App. Namun, dia tidak mahu menambah jumlah orang yang melabur dalam portfolio perdagangannya yang telah dipelbagaikan. Muhammad merancang untuk membina satu komuniti berhampiran dengan beliau menggunakan rangkaian sosial.

Tiada batasan untuk kejayaan. Sekiranya anda memahami bahawa anda tidak pernah cukup profesional, berbakat, atau berpendidikan untuk terus berkembang, anda akan berada di jalan yang betul untuk berjaya.

Pic_3.jpg

Kisah perdagangan Muhammad Nur Salim dapat memberi inspirasi kepada ramai orang. Pada masa yang sama, ia mengajar kita bagaimana untuk berterusan menuju impian kita dengan penuh rasa sabar, walau apa yang terjadi.

Adakah anda anda mengikuti strategi Muhammad untuk berjaya? Walau bagaimanapun, anda boleh mulakan dengan menyalin kejayaan beliau di dalam FBS CopyTrade App!

Baca lebih lanjut

  • 2511

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera