Perdagangan Algoritma: Cara Untuk Berdagang Seperti Pro Sejati
Apabila anda telah memperoleh lebih banyak pengalaman dalam perdagangan dan mempelajari cara untuk berdagang dengan jayanya, anda mungkin merasakan sudah tiba masanya untuk anda membawa perdagangan anda ke peringkat seterusnya dan mendapatkan lebih banyak keuntungan. Berita baiknya, terdapat banyak cara untuk mencapai matlamat ini, dan salah satunya ialah perdagangan algoritma. Dalam artikel ini, anda akan mempelajari apa itu perdagangan algoritma, cara ia berfungsi dan perkara yang perlu dilakukan untuk menetapkan strategi ini dan menggandakan keuntungan anda.
Apakah itu perdagangan algoritma?
Perdagangan algoritma, juga dikenali sebagai perdagangan automatik atau perdagangan algo, ialah strategi perdagangan lanjutan yang bergantung pada perisian komputer dan matematik lanjutan untuk mencari peluang perdagangan dan melaksanakan pesanan perdagangan. Program perdagangan algoritma mengikut satu set peraturan (algoritma) yang dimasukkan oleh pedagang ke dalam program, yang menggesa program untuk membuka atau menutup perdagangan jika syarat pasaran tertentu dipenuhi.
Perdagangan algoritma kebanyakannya digunakan dalam pasaran saham dan matawang, termasuk Forex dan matawang kripto. Untuk penggunaannya, perdagangan algoritma biasanya digunakan dalam perdagangan intrahari, terutamanya untuk perdagangan scalping, kerana ia memerlukan banyak perdagangan dilakukan secara berturut-turut.
Bagaimana cara kerja perdagangan algoritma?
Untuk perdagangan algoritma, komputerlah yang akan membuat keputusan perdagangan utama. Satu-satunya perkara yang perlu dilakukan oleh pedagang ialah menetapkan arahan perdagangan. Agar perisian perdagangan automatik dapat berfungsi, pedagang perlu menetapkan masa, volum, poin masuk dan keluar, tahap renti rugi dan parameter lain yang diperlukan untuk membuat urusniaga baharu.
Selepas semua penetapan ini selesai, pedagang tidak perlu lagi terlibat dalam proses perdagangan. Mulai saat ini, perisian perdagangan automatiklah yang akan memantau pergerakan harga, menganalisis pasaran dan membuat pesanan perdagangan setelah semua syarat yang ditetapkan oleh pedagang itu tadi dipenuhi.
Bagaimana cara mempersiapkan perdagangan algoritma?
- Buat program perdagangan algoritma baharu atau pilih yang sedia ada. Pedagang yang mengetahui satu atau dua perkara tentang pengaturcaraan boleh membuat perisian mereka sendiri yang disesuaikan dengan keperluan khusus mereka. Tetapi jika anda tidak mempunyai kemahiran untuk melakukan perkara ini, anda boleh terus menggunakan perisian yang sedia ada dalam platform perdagangan pilihan anda.
- Pastikan sambungan internet anda stabil. Sambungan Internet yang stabil sangat penting dalam perdagangan, dan ini juga tidak terkecuali untuk perdagangan algoritma. Jika sambungan internet anda tidak stabil, terdapat kemungkinan yang sangat tinggi pesanan yang dihantar oleh perisian perdagangan automatik anda akan ditangguhkan. Ini boleh menyebabkan gelinciran kerana harga jarang kekal sama untuk suatu tempoh yang lama, ini boleh mengurangkan keuntungan anda atau mungkin menyebabkan keseluruhan perdagangan anda rugi.
- Buat pelan perdagangan dan tentukan peraturan perdagangan. Sebelum memulakan perdagangan, adalah penting untuk anda merancang pelan perdagangan dan memasukkan parameter yang diperlukan ke dalam perisian perdagangan automatik anda bagi melindungi perdagangan anda daripada pergerakan pasaran yang buruk.
- Uji strategi anda. Perkara terakhir yang perlu anda lakukan sebelum melancarkan perisian adalah menguji algoritma ini. Ini boleh membantu anda untuk melihat sama ada strategi anda berfungsi atau tidak dan anda boleh memperbetulkannya jika terdapat kesilapan.
Perdagangan algoritma: kelebihan dan kekurangan
Kelebihan |
Kekurangan |
Tiada emosi. Pedagang sering terikat dengan posisi mereka, ini boleh menghalang mereka daripada membuat perdagangan yang berjaya. Program perdagangan algoritma menghapuskan emosi daripada perdagangan anda dan melaksanakan pesanan dengan tepat mengikut arahan yang telah ditetapkan. |
Kurang fleksibiliti. Perisian perdagangan automatik akan mengikut set arahan. Ini boleh memudaratkan ketika anda berdagang dalam pasaran yang sangat meruap kerana harga bergerak dengan terlalu cepat dan tidak dapat diramalkan, menjadikannya mustahil bagi komputer untuk membuat perdagangan yang menguntungkan. |
Pelaksanaan yang pantas. Tidak seperti manusia, komputer boleh memproses maklumat dalam sekelip mata dan menghantar pesanan perdagangan dengan lebih pantas berbanding apa yang mampu dilakukan oleh pedagang. |
Masalah teknikal. Walaupun program perdagangan automatik boleh berjalan 24/7, isu sambungan masih boleh mengganggu tugasnya. |
Pengiraan yang tepat. Komputer ialah mesin, jadi ia tidak membuat ralat pengiraan; perkara yang sama yang tidak mungkin boleh dilakukan oleh manusia. |
|
Jimat masa. Pedagang tidak perlu memantau posisi mereka secara berterusan pada setiap masa jika mereka menggunakan perdagangan algoritma. Lebih-lebih lagi, perisian perdagangan juga boleh berjalan selama 24/7 dan melaksanakan lebih banyak perdagangan berbanding pedagang biasa. |
Mula berdagang seperti pro dengan FBS
Adakah anda terfikir untuk bertukar kepada perdagangan algoritma? Jika ya, anda boleh menyemak akaun baharu yang dilancarkan oleh FBS: akaun Pro.
Akaun Pro telah direka untuk pedagang berpengalaman yang ingin memanfaatkan setiap perdagangan mereka dengan sepenuhnya. Ia menawarkan pelbagai jenis instrumen dagangan berasaskan CFD, termasuk 36 pasangan Forex, lapan logam, tiga tenaga, 11 indeks, 127 saham, dan lima pasangan kripto, yang memberi pedagang peluang yang sangat baik untuk mempelbagaikan portfolio mereka.
Tetapi yang paling penting, akaun Pro menyokong perdagangan algoritma dan menawarkan pelbagai faedah yang boleh menjadikan penggunaan strategi perdagangan ini lebih mudah dan lebih menguntungkan. Dengan spread yang tipis yang bermula dari 0.3 pip dan tiada had untuk pesanan terbuka, anda boleh menetapkan strategi automatik yang kompleks untuk berdagang posisi yang signifikan tanpa perlu risau tentang kos. Di samping itu, keperluan margin yang lebih rendah akan memberikan anda lebih kawalan ke atas posisi anda dan membantu anda untuk mengurangkan risiko. Dan VPS baharu yang telah dinaik taraf dengan spesifikasi 4GB RAM/2 CPU/60GB SSD, ini adalah perkara yang anda perlukan bagi memastikan pelaksanaan perdagangan anda lancar walaupun semasa anda berada di luar talian.
Akaun Pro ini disokong oleh kedua-dua platform perdagangan MetaTrader 4 dan MetaTrader 5, jadi pastikan anda gunakan peluang hebat ini untuk mengambil langkah pertama bagi menjadi pedagang profesional sebenar dan bawa pengalaman perdagangan anda ke peringkat seterusnya.