Program Introducing Broker (IB) FBS. Cara Baharu Meraih Keuntungan

Baca artikel ini di laman web FBS

cover.png

Ketika ini, sukar untuk menemui syarikat yang tidak mempunyai program rakaniaga mereka sendiri. Di satu segi, program seperti ini membolehkan syarikat meningkatkan kesedaran jenama dan produk. Dari segi yang lain pula, program kerjasama menggalakkan rakaniaga, iaitu orang yang mewakili syarikat dan perniagaannya, untuk meningkatan pendapatan mereka. Ia kerjasama menang-menang yang memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

Sebagai syarikat fintech yang maju, FBS juga memiliki program rakaniaganya sendiri – Program Introducing Broker (IB) FBS adalah cara yang bagus untuk meningkatkan pendapatan dan mengembangkan perniagaan anda. Program ini terbuka kepada sesiapa sahaja: pakar Forex, pedagang pemula, syarikat besar atau syarikat muda.

Prinsipnya mudah sahaja. Dengan menyertai program ini, anda akan menjadi seorang Rakaniaga FBS (Introducing Broker), wakil tempatan yang mempromosikan syarikat dan produknya di rantau anda.

Menggunakan pautan referral yang unik, anda memperkenalkan pelanggan anda kepada syarikat. Apabila orang baru menyertai FBS dan memulakan aktiviti perdagangan, anda menerima bayaran komisen secara harian daripada urusniaga perdagangan mereka. Walau bagaimanapun, banyak lagi perkara yang anda perolehi apabila anda menjadi Rakaniaga FBS.

Bagaimana komisen IB dikira. Sistem Gred

Pengiraan komisen

FBS menggunakan model Perkongsian Pendapatan – pendapatan rakaniaga ialah sekian peratusan daripada spread urusniaga pelanggan mereka. Oleh itu, Rakaniaga akan menjana pendapatan sebaik sahaja pelanggan mereka mula berdagang.

Gred

Gred membentuk sistem bayaran komisen. Ia terdiri daripada 6 Gred, setiap satu menentukan saiz komisen (peratusan spread) yang akan diterima oleh Rakaniaga – lebih tinggi Gred, lebih tinggi peratusan spread.

Gred 1 hingga 6 menawarkan daripada 30% hingga 43%, salah satu tawaran yang tertinggi di pasaran hari ini, dan setiap Gred bergantung pada purata komisen yang diperoleh sepanjang tiga bulan terakhir. Selain itu, gred akan akan dikira semula setiap bulan, maka sentiasa ada potensi untuk menghasilkan keuntungan yang lebih tinggi.

Faedah menjadi Rakaniaga FBS

FBS menawarkan terma & syarat yang kompetitif dan lumayan yang memberi pelbagai faedah kepada Rakaniaga, termasuk:

  • Komisen yang tinggi.
  • Syarat-syarat yang jelas tanpa fi tersembunyi.
  • Bayaran pantas secara harian.
  • Pengeluaran lancar 24/7.

Rakaniaga mempunyai akses kepada suatu alat pengurusan khas iaitu Laman Rakaniaga yang mudah digunakan lagi memudahkan, lengkap dengan laporan kewangan tentang jumlah pelanggan, komisen rakaniaga dan analisis pasaran untuk penggunaan pautan referral.

Kelebihan-kelebihan lain termasuklah:

  • Bantuan pengurus peribadi.
  • Aneka pilihan bahan promosi dan alat pembangunan perniagaan secara percuma.
  • Bahan-bahan promosi untuk acara luar talian atas permintaan rakaniaga.
  • Khidmat pelanggan 24/7 dalam pelbagai bahasa.

Satu lagi perkara yang tidak boleh dilupakan ialah Cascades by FBS, ciri multi-level pada Program IB yang direka untuk mengembangkan pengalaman kerjasama dan membantu IB FBS meningkatkan keuntungan mereka. Dengan adanya dua tahap Rakaniaga (A dan B), Cascades by FBS membantu menyingkap potensi penuh kerjasama bersama FBS.

Akhir sekali, Program IB FBS memberikan setiap Rakaniaga strategi yang fleksibel untuk menarik pelanggan. Rakaniaga boleh menarik satu pelanggan besar atau beberapa pelanggan kecil – jumlah pelanggan tidak penting. Apa yang penting adalah pelanggan yang dirujuk menerima terma-terma perdagangan, bantuan, dan sokongan yang mantap daripada Rakaniaga.

CREATIVE -2341_1200x675.png

Bagaimana Rakaniaga FBS membantu pelanggan mereka

Sesiapa sahaja boleh menyertai FBS dan membuka sendiri akaun perdagangan untuk menerokai pasaran tanpa melibatkan orang lain. Namun begitu, pendaftaran di FBS menerusi Program IB sebagai pelanggan referral datang bersama beberapa faedah kerana Rakaniaga akan membantu pelanggan mereka dalam aspek-aspek berikut:

  • Pemasangan perisian dan pendaftaran akaun.
  • Pembelajaran asas-asas perdagangan.
  • Memilih strategi perdagangan.
  • Membuat deposit yang pertama.
  • Menggunakan signal perdagangan.
  • Menggunakan fitur Rebat (cashback Rakaniaga).
  • Memasang dan menata Expert Advisor.

Bagaimana cara menarik dan mengekalkan pelanggan

Introducing Brokers boleh memikirkan beberapa cara untuk menarik pelanggan baharu kepada syarikat. Terdapat banyak lagi cara untuk mengekalkan pelanggan. Semuanya bergantung pada kesungguhan Rakaniaga untuk membangun, berkembang dan mencari kaedah yang menarik dan menguntungkan.

Lihat beberapa kaedah yang biasa digunakan oleh Rakaniaga FBS.

Jaringan sosial

Jaringan sosial ialah saluran yang sangat efisien untuk menarik pelanggan kerana ia mudah untuk digunakan. Selain itu, ia tersebar secara meluas dan tersedia untuk semua orang kerana ia tidak memerlukan perbelanjaan kewangan.

Rakaniaga FBS menggunakan laman web media sosial yang paling popular di dunia termasuk (tetapi tidak terhad kepada) Instagram, Faccebook dan Telegram.

Pembukaan pejabat

Bakal pelanggan cenderung untuk lebih mempercayai sebuah syarikat apabila mereka dapat melihat pejabat dan bertemu dengan orang-orang yang terlibat. Justeru, membuka sebuah pejabat mungkin satu cara yang efektif untuk menjana lebih ramai pelanggan.

Untuk memberi pejabat anda penampilan yang lebih tulen dan andal, FBS menawarkan sokongan kewangan untuk penjenamaan pejabat dengan warna-warna syarikat.

Sesi latihan

Memandangkan semakin ramai yang berminat dalam perdagangan dan pasaran kewangan, penganjuran webinar, seminar dan pelajaran luar talian adalah alat yang berkuasa dan berkesan untuk menarik pelanggan baharu.

Pertama, komunikasi langsung boleh berlaku di mana Rakaniaga dapat bertemu pelanggan mereka secara bersemuka dan membina kepercayaan. Perhubungan ini boleh membawa kepada pembinaan komuniti perdagangan yang erat dan mesra yang kelihatan menarik bagi pedagang baru.

Kedua, peluang untuk belajar cara berdagang yang menguntungkan menambah kredibiliti kepada Rakaniaga dan syarikat. Penyediaan sesi latihan kepada pedagang dari semua peringkat, menunjukkan minat Rakaniaga untuk meningkatkan pendapatan mereka serta kesedaran orang lain tentang perdagangan dan Forex.

Rebat

Rakaniaga FBS boleh menawarkan rebat (bayaran balik komisen Rakaniaga secara separa atau penuh) untuk memotivasi prospek dan memberi ganjaran kepada pelanggan sedia anda. Rakaniaga boleh menggunakan Rebat untuk menentukan jumlah yang ingin dipulangkan kepada pelanggan mereka. Rebat boleh dibayar kepada setiap pelanggan individu atau sekumpulan akaun secara serentak.

Berkongsi ilmu

Satu lagi cara untuk menunjukkan keprihatinan dan sokongan untuk pelanggan sedia ada ialah untuk memberitahu mereka tentang perkembangan terkini di pasaran. Ini boleh dilakukan dengan laporan tinjauan pasaran yang berguna daripada penganalisis FBS. Rakaniaga sentiasa menerima maklumat sedemikian, oleh itu apabila mereka berkongsi pengetahuan ini dengan pelanggan ia merupakan sesuatu yang dapat membina kepercayaan dan penghargaan.

Bagaimana untuk menyambungkan pelanggan kepada akaun Rakaniaga

Terdapat beberapa cara untuk memastikan setiap pelanggan yang anda jemput akan disambungkan kepada anda dan membawa komisen kepada anda

Pautan referral

Rakaniaga boleh menyiarkan pautan referral mereka di laman web, kumpulan media sosial dan sebagainya. Pautan ini mesti melencongkan pengguna ke mana-mana halaman web FBS atau Laman Peribadi. Pengguna yang dilencongkan yang mendaftar untuk akaun perdagangan akan dikenal pasti berdasarkan "referrer header" dan ditambahkan ke kumpulan rakaniaga berkenaan.

ID Rakaniaga

Pelanggan akan dikira sebagai ditarik oleh Rakaniaga dan ditambahkan ke kumpulan Rakaniaga jika mereka memasukkan ID Rakaniaga ke dalam suatu ruang data khas semasa mendaftarkan akaun perdagangan baharu. ID Rakaniaga boleh ditemui di dashboard Rakniaga.

Cara untuk menjadi Rakaniaga FBS

Program Introducing Broker (IB) FBS ialah cara terbaik untuk meningkatkan keuntungan anda, mempromosikan perniagaan anda atau memulakan perniagaan baru. Pendaftaran sebagai Rakaniaga FBS membuka ufuk baru dan memberi peluang kepada semua orang untuk menjadi sebahagian daripada sebuah syarikat fintech antarabangsa yang berkembang pesat.

  • Lawati laman web rasmi FBS dan pergi ke halaman Rakaniaga.
  • Klik butang BUKA AKAUN RAKANIAGA button.
  • Isi nama dan e-mel anda ke dalam borang.
  • Sahkan alamat emel dan Laman Peribadi anda.
  • Cipta satu pautan referral dan pilih bahan-bahan promosi.
  • Siarkan pautan di media sosial, laman web atau blog anda.
  • Tingkatkan keuntungan anda dengan mengembangkan jaringan pedagang anda.

Sertai Program Introducing Broker FBS, tingkatkan keuntungan anda, dan capai tahap kewangan yang baru. FBS menyediakan peluang untuk Rakaniaga mereka melakukannya dengan mudah dan pantas.

Jadilah Rakaniaga FBS

Baca lebih lanjut

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.