Kesan Halo dalam Perdagangan

Baca artikel ini di laman web FBS

cover.png

Mungkin anda pernah mendapati diri anda berpendapat bahawa melabur dalam sebuah syarikat tertentu adalah satu keputusan yang bagus lantaran reputasinya yang cemerlang dan mantap, bukan kerana anda sudah membuat kajian mengenai produk syarikat tersebut dan keseluruhan pasaran dari perspektif syarikat tersebut. Jika ya, ketahuilah bahawa anda pernah mengalami sendiri kesan halo.

Kesan halo ialah kecenderungan kongnitif (congnitive bias) yang menyebabkan rasa berat sebelah terhadap seseorang, sesuatu proses atau perkara lain berdasarkan karakteristik khusus yang mengkagumkan kita. Kesan halo ialah satu mindset yang stereotaip apabila kita menganggap suatu aspek sebagai fundamental, yang seterusnya menjadi faktor penentu yang membentuk persepsi keseluruhan.

Dalam artikel ini kami akan merungkai teras kesan halo dan bagaimana ia mempengaruhi perniagaan dan perdagangan. Khas untuk para pembaca, kami telah menyediakan contoh-contoh informatif tentang kesan halo, mengapa ia mungkin berbahaya dan cara untuk mengatasinya.

Sebab-sebab kesan halo

Kesan halo berlaku secara meluas di kalangan masyarakat dan menyentuh semua aspek kehidupan kita. Fenomena psikologi ini membuat kita mencipta pendapat tertentu berdasarkan beberapa ciri-ciri yang kita senangi. Apakah yang menyebabkannya?

Kekangan masa dan tekanan aliran maklumat yang rendah

Masyarakat moden hidup dalam dunia dengan aliran maklumat yang laju. Orang ramai biasa membuat keputusan sepantas kilat tanpa analisis objektif yang mendalam, yang merupakan sebab utama kesan halo. Apabila menghadapi situasi yang tidak lazim atau situasi yang mana anda patut mempertimbangkan pelbagai aspek berlainan, orang ramai cenderung untuk bergantung pada maklumat yang sudah mereka ada dan sudah menjadi keutamaan, tanpa menghiraukan faktor-faktor lain lantaran kerana kekurangan masa dan tekanan aliran maklumat.

Kejahilan tentang maklumat yang tidak memberi kelebihan

Satu lagi penyebab kesan halo ialah kemahuan untuk membuktikan pendapat peribadi yang terpendam dalam diri tanpa menghiraukan hujah-hujah yang bertentangan. Otak manusia tidak memberikan tumpuan pada fakta-fakta yang tidak menguntungkan dan memberatkan kepentingan sesuatu maklumat yang kita lebih cenderung.

Stereotaip

Stereotaip mengawal masyarakat dan ini tidak dapat dinafikan. Stereotaip ialah apa-apa imej yang stabil dan diringkaskan. Sebagai skema persepsi yang sedia ada, stereotaip membolehkan seseorang mengurangkan masa tindak balas dan usaha intelek. Walau bagaimanapun, stereotaip mencegah orang untuk menghasilkan pendapat dan idea baharu.

Status sosial tinggi

Sering kali, orang yang terkenal atau mereka dengan status sosial yang tinggi ditanggap sebagai individu yang kuat semangat dengan akhlak yang baik. Realitinya, mereka ini mungkin mempunyai latar belakang yang gelap, yang membawa kepada populariti atau pencapaian mereka yang tertentu. Namun begitu, tumpuan pada ketinggian status serta daya pengaruh seseorang mengaruh keyakinan tentang betapa baiknya orang tersebut.

Kesan halo dalam perniagaan

Seperti yang dinyatakan, kesan halo boleh muncul dalam setiap aspek kehidupan kita. Oleh itu, perniagaan tidak terkecuali. Kesan halo juga relevan dengan hubungan korporat dan hubungan eksternal dengan konsumer serta pihak-pihak lain.

Fenomena kesan halo berlaku dengan berleluasa apabila penyelia menilai hasil kerja kakitangan. Ia berlaku apabila majikan menilai pekerja mereka berdasarkan tanggapan keseluruhan dan bukan kualiti kerja dan kejayaan profesional. Kecenderungan kognitif ini membinasakan objektiviti dan nampaknya menjadi asas kepada keputusan kerjaya masa depan pekerja. Taakulan yang tidak munasabah dan berat sebelah seperti itu secara tidak langsung akan memusnahkan aktiviti syarikat pada satu ketika.

Kesan halo menimbulkan tanggapan yang salah tentang imej awam sesetengah syarikat. Orang percaya bahawa pertumbuhan keuntungan syarikat yang stabil adalah ciri yang penting bagi kejayaan syarikat dan keyakinan pengguna. Syarikat secara amnya menjadi dipercayai dan stabil secara automatik di mata penilai hanya berdasarkan aspek kewangan. Strategi syarikat ini juga dianggap sebagai satu kejayaan oleh masyarakat.

Oleh demikian, apabila Cisco System berusaha untuk membeli perniagaan-perniagaan kecil untuk menggunakan pendekatan serta teknik-teknik mereka untuk mengembangkan prestasi Cisco, orang ramai, termasuk pengurus tinggi dan pelabur, sangat pasti bahawa strategi ini sangat ampuh kerana syarikat ini sedang maju dan menghasilkan keuntungan. Walaupun demikian, orang ramai menilai dan mengkritik strategi yang disebutkan ketika kewangan syarikat itu bergenang (stagnant).

Satu lagi contoh kesan halo yang boleh dilihat dalam perniagaan ialah apabila konsumer membuat kesimpulan tentang sebuah syarikat hanya kerana satu produk yang disukai mereka. Kecondongan kognitif sedemikian membantu syarikat meningkatkan kredibiliti jenama dan juga jualan. Sebagai contoh, kualiti iPhone membawa kepada kepercayaan ramai bahawa semua produk Apple Inc. adalah unik dan tidak boleh ditandingi. Jadi, kesan halo telah membantu Apple menarik berbilion konsumer dan jumlah besar pelabur.

2253-02.png

Kesan halo dalam perdagangan

Pedagang juga tidak terlepas daripada kesan halo. Pedagang biasanya terbawa-bawa oleh kecenderungan kognitif ini semasa proses membuat keputusan, yang membawa mereka kepada perangkap tindakan perdagangan yang tidak rasional dan tidak berasas. Kesan halo menyerang minda pedagang dengan cara yang berbeza. Kita bincangkan dengan lebih teliti di bawah ini.

Penilaian yang tidak lengkap bagi sebuah syarikat

Pedagang biasanya menilai sesebuah syarikat dengan pandangan yang bias akibat pengaruh kesan halo, menyerlahkan aspek-aspek yang disenangi sambil mengabaikan aspek-aspek yang lain. Biasanya kecenderungan kognitif ini mencipta tanggapan keseluruhan yang kurang tepat tentang syarikat dan menyebabkan keputusan perdagangan atau pelaburan yang tidak munasabah yang memihak kepada syarikat. Oleh demikian, pedagang mengutamakan fakta pertumbuhan keuntungan syarikat yang berterusan, dengan kepercayaan bahawa ia tidak akan berhenti.

Sebagai contoh, pedagang berminat untuk membeli syer Tesla kerana peningkatan nilainya yang progresif, dan semua orang percaya harga itu akan terus meningkat. Pun begitu, pada 2022, syarikat ini mengalami penyusutan nilai yang mendadak dan tidak dijangka disebabkan persaingan kuat daripada Ford dan General Motors.

Kepentingan data silam yang dibesar-besarkan

Ramai pedagang benar-benar percaya bahawa aspek pergerakan harga silam adalah fundamental dan secara sendiri ia boleh menentukan perubahan harga aset pada masa depan dan menandakan kejayaan. Walau bagaimanapun, pedagang-pedagang ini secara terang-terangan meremehkan kerawakan yang mengawal permainan tersebut. Adalah mustahil untuk meramal dan bersedia untuk faktor-faktor seperti kemeruapan pasaran yang tinggi, perubahan dalam struktur pasaran dan gelinciran harga. Ya, anda mungkin memiliki strategi yang dibangunkan dengan teliti berdasarkan prestasi terdahulu, tetapi bagaimana pula dengan faktor-faktor lain yang melengkapkan dan mewajarkan gambaran keseluruhan? Pedagang harus ingat bahawa prestasi terdahulu tidak menjaminkan hasil pada masa depan dan buatlah keputusan berdasarkan analisis pasaran yang komprehensif dengan mempertimbangkan ketaktentuan.

Mengikut pemimpin secara membuta tuli

Kita semua tahu bahawa adalah penting untuk mendengar pendapat profesional dan meneladani orang yang berjaya. Tetapi, pedagang ada masanya terlalu bergantung pada idea dan keputusan seseorang. Mereka hanya mengikut jejak langkah perdagangan pedagang terkemuka tertentu walaupun telah melakukan analisis pasaran mereka sendiri.

Semua profesional adalah manusia, jadi bagaimana pula tentang elemen manusiawi? Setiap satu daripada mereka boleh melakukan kesilapan strategik, atau menjadi terlalu emosi bahkan mengalami kerugian akibat tidak berdisiplin. Jadi, ia penting untuk mengelakkan kesan halo yang timbul daripada naluri kelompok (herd instinct) dan mempertimbangkan banyak faktor lain untuk mengambil langkah-langkah perdagangan yang rasional.

Bagaimana pedagang boleh memanfaatkan kesan halo?

Untuk sesetengah orang, kesan halo mungkin membawa manfaat, manakala bagi sesetengah yang lain ia mungkin tidak begitu.

Umum sudah maklum bahawa pasaran tidak dapat diramal dan pedagang profesional memahami bahawa sentimen kelompok boleh menunggang terbalik pasaran walaupun terdapat hujah-hujah yang logik daripada analisis teknikal pasaran yang menyeluruh.

Memandangkan kesan halo ialah fenomena psikologi, yang membuatkan orang ramai membuat kesimpulan secara borong dan cuai tentang suatu aset atau syarikat, pedagang harus memberi perhatian khusus kepada aspek ini dan mengambil kesempatan daripada kesan halo untuk maslahat mereka.

Oleh itu, apabila syarikat mempunyai kesan halo yang tinggi, pedagang yang bijak tahu bahawa harga saham syarikat ini boleh menaik berdasarkan kesan halo sebagai faktor psikologi dan tidak bergantung pada faktor-faktor yang lain. Pengetahuan tentang kecenderungan ini membolehkan pedagang meraih keuntungan dengan menyertai pemain pasaran yang terdiri daripada penyokong syarikat tersebut dengan minda yang dikaburi oleh kesan halo. Lebih-lebih lagi, anda juga berupaya menjana keuntungan daripada logik sebaliknya bila berdagang menjauhi kesan halo apabila ada pendahulu pasaran yang baharu.

Apakah yang patut dilakukan oleh pedagang untuk mengelakkan kesan halo?

Setiap pedagang berharap untuk menjadi suri tauladan yang berjaya. Setiap pedagang mahu mencapai kekayaan dan kebebasan. Namun, halangan psikologi seperti kesan halo memerangkap mindset pedagang, mengehadkan capaian mereka dengan ketara dan mengekang kemajuan diri.

Khas untuk anda, kami telah mengumpul sedikit sebanyak nasihat tentang cara mengelakkan kesan halo:

Kekal berdisiplin

Disiplin perdagangan membantu mengelakkan perdagangan beremosi dan kekal fokus terhadap matlamat anda. Pengurusan diri dan kawal diri adalah penting untuk pulangan yang stabil dan keputusan yang wajar dalam amalan perdagangan harian anda.

Sentiasa berdikari

Jangan bergantung pada pendapat orang lain dan mengikuti nasihat mereka tanpa was-was. Kunci kepada mindset kejayaan adalah kemandirian. Laksanakan analisis pasaran anda sendiri, gunakan naluri hati anda dan belajar cara menapis maklumat yang diterima.

Teruskan membangunkan pemikiran kritikal anda

Pemikiran kritikal adalah penting dalam rutin perdagangan harian anda. Pemikir yang kritikal kurang cenderung untuk berdagang dalam keadaan panik dan emosi yang melampau atau berdagang mengharapkan nasib. Mereka ini sentiasa menyemak dua kali maklumat yang diterima, malah mempersoalkan idea dan keputusan mereka sendiri. Pemikiran kritikal membolehkan pedagang membuat keputusan yang termaklum, lalu mengurangkan kebarangkalian kesilapan.

Tingkatkan ilmu pengetahuan perdagangan

Pedagang yang berjaya belajar setiap hari. Baca buku, sertai kursus khas, belajar tentang pedagang terbaik dan strategi mereka, tonton berita dan hadir ke persidangan perdagangan.

Jaga kesihatan mental anda

Tidak, ini bukan satu gurauan. Kestabilan emosi adalah penting. Jadi, jika anda berasa emosi menyelubungi diri, berehat dan betulkan mentaliti anda; jika tidak, adalah mustahil untuk mengelakkan kesilapan dan ketidakwajaran.

Kesimpulan

Kesan halo ialah fenomena psikologi yang membantu syarikat menggandakan kekayaan mereka dengan membina kesetiaan pelanggan yang luar biasa dan kemudian memacu harga saham menaik, atau sebaliknya, untuk mengurangkan keberuntungan syarikat dan menolak harga saham ke bawah dalam kes kesan halo yang memudar.

Pedagang profesional boleh menggunakan kesan halo untuk kebaikan mereka. Akan tetapi, pedagang bukan profesional mungkin menanggung kerugian disebabkan kecenderungan kognitif ini. Untuk menjadi pedagang yang berjaya, anda harus sentiasa peka, bangunkan pemikiran kritikal dan ikuti pelan perdagangan anda.

Panduan dan cadangan kami akan membantu anda menjadi pedagang yang lebih cekap. Sertai kami dan rintis kembara epik perdagangan anda dengan FBS.

SOALAN LAZIM

Apakah itu kesan halo?

Kesan halo ialah kecenderungan kognitif yang menyebabkan orang mencipta tanggapan keseluruhan berdasarkan ciri-ciri yang disenangi bagi seseorang, sesuatu proses atau perkara tanpa mempertimbangkan ciri-ciri penting yang lain. Kesan halo merumitkan proses membuat keputusan dan menyebabkan pertimbangan atau tindakan yang tidak rasional.

Mengapa kesan halo boleh berbahaya?

Kesan halo menyebabkan otak kita mengecualikan maklumat penting yang tidak selari dengan imej ilusi kita tentang objek atau proses tertentu. Kerana bias kognitif ini, kami membentuk kesempurnaan dan bukan realiti dalam minda kita. Akibatnya adalah kekecewaan yang tidak dapat dielakkan.

Bagaimanakah kesan halo berfungsi?

Kesan halo berlaku apabila kita mempunyai tanggapan positif tentang seseorang, sesuatu proses atau perkara dalam satu aspek dan beralih kepada aspek yang lain tanpa cuba menerokai dan menilainya.

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.