Mindset seorang pedagang berjaya

Baca artikel ini di laman web FBS

PRNEW-2540  How to think as a successfull investortrader_1.png

Anda ingat artikel kami baru-baru ini berkenaan Haiwan Dalam Perdagangan? Dari artikel tersebut kami mendapat idea bahawa setiap pedagang boleh berjaya walaupun mempunyai jenis perdagangan yang berbeza.

Tidak kira samada para pedagang tersebut adalah lembu jantan (bulls) atau biri-biri (sheep), mereka semua mempunyai peluang yang sama untuk mencapai kebebasan kewangan. Rahsianya adalah menilai situasi pasaran dan membuat keputusan yang ditimbang dengan teliti. Secara ringkasnya, jika anda mahu menjadi seorang pedagang yang berjaya, anda perlu berfikir seperti mereka.

Dalam artikel ini, kami mengumpulkan maklumat berharga tentang cara pedagang yang berjaya berfikir dan perkara yang perlu dilakukan untuk memperoleh pemikiran seorang pemenang.   

Bagaimana untuk berfikir seperti seorang pedagang yang berjaya

Perdagangan adalah perniagaan

Langkah pertama untuk berfikir seperti seorang pedagang berjaya ialah memahami bahawa berdagang bukan hobi atau kerja anda.

Hobi adalah sesuatu yang anda boleh tangguhkan sekiranya anda penat, mengantuk, atau anda rasa tidak mahu melakukannya. Kerja adalah sesuatu yang memberikan anda pendapatan tetap. Jadi, berfikir bahawa berdagang adalah satu hobi atau kerja adalah salah.

Anda perlu fikir bahawa perdagangan adalah satu perniagaan. Sama seperti perniagaan-perniagaan yang lain, perdagangan mempunyai kerugian, perbelanjaan, cukai, ketidaktentuan, tekanan, risiko, dan lain-lain lagi. Ini menjadikan anda seorang ahli perniagaan yang mana perlu membuat kaji selidik dan mencipta strategi untuk meningkatkan potensi perniagaan anda. 

PRNEW-2540  How to think as a successfull investortrader_2.png

Belajar, belajar lagi, belajar sampai bila-bila

Kita akan pergi ke poin seterusnya – mesti belajar.

Sekiranya anda mahu memulakan karier yang baru, anda akan belajar di kolej atau universiti untuk beberapa tahun sebelum memohon jawatan di dalam bidang yang baru anda ceburi. Prinsip yang sama juga untuk perdagangan. Belajar apakah itu Forex dan bagaimana perdagangan berfungsi, cari instrumen perdagangan utama, dan apakah persediaan sebelum berdagang.

Pedagang terhebat juga tidak pernah berhenti belajar. Mereka sentiasa menghadiri webinar dan seminat, menonton video pelajaran, dan mempelajari pola carta dan candlestick. Untuk memahami pasaran, anda perlu sentiasa memberikan fokus kepada politik dunia, berita-berita ekonomi, dan juga apa yang dikatakan oleh Elon Musk. Semua ini akan memberikan impak kepada pasaran.

Bagi memudahkan anda, FBS menawarkan bahan-bahan pendidikan yang telah dikategorikan mengikut tahap pedagang. Anda boleh melihatnya di aplikasi FBS Trader, aplikasi Trading Broker, atau Laman Peribadi versi laman sesawang. Pergi ke seksyen Lagi, tap pada Pendidikan atau Pendidikan Perdagangan, dan pilih tahap anda. Ayuh lakukannya!

Rancang dagangan anda dan berdagang mengikut rancangan anda.

‘Sangat cliché,’ kata anda. Jangan terlalu cepat menilai. Teknologi pada hari ini boleh memberikan kita peluang untuk membina rancangan yang berjaya.

Sebaik sahaja sesuatu perkara itu disiarkan di Internet, ia kekal di sana selama-lamanya. Jadi, gunakannya. Uji idea perdagangan anda sebelum merisikokan wang sebenar. Lakukan backtest — analisis data terdahulu dan tentukan samada ia boleh diguna pakai. Sekiranya backtest tersebut memberikan hasil yang baik, tahniah ucapkan kepada anda — rancangan tersebut boleh digunakan pada perdagangan sebenar.

Selain mengikuti trend terkini, kebanyakan broker menawarkan akaun Demo. Jangan abaikan peluang ini. Ia merupakan cara terbaik untuk menguji strategi perdagangan anda dan membiasakan diri dengan pasaran tanpa merisikokan wang anda.

Jika anda mencari idea dan strategi perdagangan terbaru, anda boleh semak di Tip untuk Pedagang, ia merupakan sumber yang baik dan menyediakan petua untuk meningkatkan kemahiran perdagangan anda.

PRNEW-2540  How to think as a successfull investortrader 3.png

Kerugian tidak dapat dielakkan

Urusniaga yang rugi merupakan bahagian penting dalam perdagangan. Ia berlaku atas sebab yang berbeza. Pasaran boleh berubah, atau kemeruapan berkurangan, dan pelan perdagangan anda menjadi tidak efektif dalam beberapa saat sahaja.

Sekiranya pelan perdagangan anda tidak menjadi seperti yang diharapkan, kekal tenang dan bertindak. Pelan perancangan yang tidak berjaya bukanlah penamat perdagangan. Ia hanyalah halangan kecil.

Lupakan pelan yang gagal itu, susun semula strategi anda, buat sedikit perubahan dan mulakan semula dengan pelan yang baru. Ya, kerugian wang merupakan satu perkara yang menyakitkan dan akan memberikan sedikit trauma, tetapi dari kerugian tersebut akan berlakunya penambahbaikan.

Teknologi merupakan kawan baik para pedagang

Apakah yang menggerakkan dunia ini? Teknologi!

Telefon mudah alih menjadikan hidup kita kucar kacir. Mustahil untuk kita membayangkan hidup kita tanpanya — bercakap dengan rakan-rakan, berkongsi gambar haiwan peliharaan kesayangan anda, membeli belah, membayar bil secara online tanpa perlu keluar daripada rumah, belajar dan melancong dengan saluran Youtube, dan lain-lain lagi.

Sambungan Internet berkelajuan tinggi telah meningkatkan prestasi perdagangan ke tahap yang sukar untuk dipecayai. Internet dan peranti digital telah membuatkan perdagangan ke tahap yang baru. Kini, anda boleh berdagang pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Terutama sekali dengan FBS Trader yang sangat membantu, sebuah platform perdagangan semua dalam satu yang akan memberikan anda akses pantas kepada urusniaga anda, chat 24/7 dengan pasukan sokongan, dan antara muka yang mesra pengguna.

Berdagang dengan otak anda, bukan dengan hati

Seperti yang kami nyatakan di atas, penting untuk anda mengelakkan diri daripada panik apabila berhadapan dengan pelan yang tidak efektif. Satu lagi emosi berbahaya yang boleh membahayakan perdagangan anda ialah sifat tamak. Sifat tamak membuatkan anda terlebih berdagang (overtrade), berdagang dengan agresif, atau menutup lebih awal urusniaga yang untung. Ia boleh menjadi titik kejatuhan yang serius dalam perjalanan anda untuk mencapai impian anda.

Perkara yang sama jua perlu dilaukan untuk rancangan yang efektif. Jangan biarkan kegembiraan luar biasa kejayaan perdagangan anda melekakan anda dengan kejayaan. Urusniaga yang untung hanyalah satu langkah ke arah perniagaan yang menguntungkan.

Jadi, apa sahaja emosi merupakan jalan singkat menuju kemiskinan. Belajar untuk memanfaatkannya. Kekal fokus kepada matlamat utama yang lebih besar ketika berdagang. Tetapkan sasaran yang realistik. Anda tidak boleh menjadi seorang billionaire menjelang hari Jumaat.

PRNEW-2540  How to think as a successfull investortrader 4.png

Pedagang yang berjaya tidak lahir ke dunia ini dengan kejayaan. Mereka tidak disediakan dengan kebenaran yang membantu mereka untuk menang dalam pasaran. Samada mereka hadir dengan pengalaman berdagang, atau mereka berfikir seperti pemenang. Akhirnya akan memberikan harapan bahawa setiap pedagang boleh melakukan perkara yang sama. Ini merupakan cara untuk anda menajamkan mindset anda seperti pedagang yang berjaya.

Rancang hari anda

Percaya ataupun tidak, anda hanya memerlukan 10 minit untuk merancang hari anda dan anda boleh menjimatkan dua jam masa anda daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah. Rancangan harian merupakan perkakas pengurusan yang baik yang akan meningkatkan produktiviti dan anda boleh memantau kemajuan kerja anda beserta dengan masa.

Jadi, tetapkan waktu berdagang khas yang anda gunakan hanya untuk berdagang. Beritahu orang lain berkenaan jadual anda. Hebat atau tidak, meminta orang tersayang untuk tidak mengganggu anda boleh menghasilkan keajaiban.

Sediakan ruang khas berdagang untuk diri anda.

Cari tempat di mana anda hanya berdagang dan tidak melakukan perkara-perkara lain. Hiaskan ruang berdagang anda dengan benda yang berkaitan dengan perdagangan sahaja. Letakkan TV, PS5, dan benda berkaitan hiburan di tempat lain.

Semak laman sesawang yang berkaitan dengan perdagangan sahaja. Jadikannya lebih baik – sekat laman yang akan mengalih perhatian anda.

Peka dengan kesihatan tubuh badan anda

Kenalpasti emosi negatif yang akan menghalang perjalanan anda untuk berjaya dan terimanya. Ya, anda tidak silap membaca. Mempunyai emosi yang tegang tidak bermakna ada sesuatu yang tidak kena dengan anda. Ia bermakna anda benar-benar menghayati hidup anda. Bereaksi terhadap perkara yang berlaku kepada anda, samada baik atau buruk, adalah perkara yang normal.

Ketika anda menghadapi krisis emosi, tarik nafas dengan mendalam, tahan dan kira sehingga tiga dan lepaskannya dengan perlahan-lahan. Cuba ulang mantra, seperti “Saya sedang bertenang” atau “Saya sedang rileks.” Semua ini akan memberikan anda sedikit masa untuk berfikir apakah yang harus dilakukan dan tidak bertindak dengan terburu-buru.

Meditasi juga tidak menyakitkan anda. Ia akan membantu meningkatkan kepekaan terhadap semua perasaan kita dan juga pengalaman yang lalu. Ketika bermeditasi, anda akan mengajar diri anda untuk kekal dengan perasaan anda dan memahaminya tanpa menghukum diri anda.

Mula bersukan

Senaman fizikal juga akan membantu kita untuk mengawal emosi. Berjalan, meluangkan masa dengan alam semulajadi, berenang, bersenam di gimnasium, dan mendapat tidur yang secukupnya juga akan memberikan kebaikan kepada perdagangan anda.

PRNEW-2540  How to think as a successfull investortrader 5.png

Akhir kata berkenaan mindset seorang pedagang yang berjaya

Tidak syak lagi, analisis perdagangan dan pengetahuan terhadap isu perdagangan adalah penting. Anda boleh menjadi seorang pedagang dengan pengalaman yang bertahun lamanya dan masih berada pada tahap kewangan yang sama ataupun lebih buruk lagi. Jadi, mengekalkan pemikiran di landasan yang betul dan menguruskan emosi adalah kunci kepada tahap baharu dalam perdagangan.

Jika, selepas membaca artikel ini, anda menyedari bahawa anda belum dilahirkan dengan mindset yang telah diterangkan, anda jangan kecewa. Bertenang. Anda sendiri yang menentukan samada anda berjaya atau tidak. Ikuti idea-idea yang telah diterangkan di dalam artikel ini dan lengkapkan ciri-ciri yang hilang itu. Aktifkan sisi anda yang kuat dan kurangkan kelemahan anda.  

Perlu diingat petunjuk yang kami berikan kepada anda untuk meningkatkan peluang anda untuk berjaya dalam perdagangan.

FBS ada untuk membantu

Langgan FBS di media sosialnya. FBS ialah pasukan antarabangsa yang berusaha untuk menjadikan dagangan menguntungkan dan lebih mudah untuk pedagang dari mana-mana peringkat. Dengan webinar dan seminar yang kerap, pedagang kami mempelajari asas-asas dan meningkatkan kemahiran mereka. Para pelanggan FBS sentiasa menjadi yang terawal mengetahui berita-berita terkini berkaitan dunia perdagangan. Pasukan pengnalisis kewangan membuat video pendidikan berkenaan perdagangan yang menguntungkan.  

Soalan Lazim

Bagaimana untuk berfikir seperti seorang pedagang yang berjaya?

Semua pedagang yang berjaya mempunyai sesetengah idea yang sama. Mereka menjadikan perdagangan bukan sebagai hobi atau kerja tetapi sebagai satu perniagaan. Untuk mencapai tahap yang lebih baik, mereka sentiasa belajar. Mengikut pengetahuan yang diterima, pedagang terbaik pasaran membuat pelan perdagangan dan mematuhinya. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk kekal tenang dan tidak takut untuk membatalkan rancangan jika ia tidak berkesan.

Bagaimana untuk membina minda seorang pedagang yang berjaya?

Rancangan harian akan banyak membantu untuk mencapai kejayaan dalam perdagangan. Pengurusan masa menjadikan anda dan semua yang anda lakukan menjadi produktif. Mengawal keseimbangan emosi akan menyelamatkan anda daripada aksi yang tidak rasional yang akan membahayakan perdagangan anda. Sukan dan aktiviti fizikal akan menjauhkan diri anda daripada stress.

Baca lebih lanjut

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.