Jutawan Secara Tidak Sengaja: Kisah Kejayaan NFT Al Ghozali
Bayangkan, anda sedang duduk di hadapan komputer anda mengambil gambar diri anda sendiri selama lima tahun berturut-turut kononnya sebagai bahan untuk membuat montaj selang masa pada suatu hari kelak. Tetapi kemudian anda memutuskan untuk menjual gambar tersebut sebagai NFT dan anda pun tiba-tiba menjadi seorang jutawan.
Suka cerita ini? Anda rasa ia terlalu hebat sehingga sukar dipercayai benar? Tetapi itulah yang terjadi kepada seorang lelaki bernama Sultan Gustaf Al Ghozali, seorang pelajar dari Indonesia. Ketahui lebih lanjut tentang kisah menarik beliau di bawah!
Temui Al Ghozali, jiran anda yang nerd
Kisah ini membawa kita ke Semarang, Indonesia. Wira kita adalah seorang jejaka biasa yang bernama Sultan Gustaf Al Ghozali.
Al Ghozali adalah seorang mahasiswa. Beliau berumur dua puluh dua tahun dan beliau sedang mengambil jurusan sains komputer di universiti tempatan. Beberapa tahun yang lalu, Al Ghozali mendapat idea untuk mengambil gambar dirinya setiap hari untuk satu tempoh yang tidak ditentukan, dan kemudian jika dia tidak kehilangan minat atau berubah fikiran, dia boleh menghimpunkan semua selfie itu menjadi satu dan membuat montaj timelapse yang menunjukkan perubahan wajah beliau akibat penuaan.
Dan itulah yang beliau lakukan sehingga sesuatu hal yang menarik berlaku dalam trend dunia digital.
Muncullah NFT!
NFT adalah singkatan untuk token tidak sepiawai (non-fungible token). Aset digital berbentuk baharu ini mencuri perhatian orang ramai pada tahun 2021. Token tidak sepiawai telah menggegarkan dunia ekonomi digital sejak dari itu.
Tidak sepiawai bermaksud anda tidak boleh menukar satu token dengan token yang lain kerana token-token tersebut tidak sama. Mari kita gunakan dolar atau mana-mana crypto 'tradisional', sebagai contoh. Satu dolar akan sentiasa bernilai satu dolar, dan satu keping wang kertas dolar akan sentiasa sama dengan satu lagi wang kertas dolar yang sama nilainya. Begitulah juga halnya dengan kripto: satu BTC sentiasa sama dengan mana-mana satu BTC lain, dsb.
Untuk NFT, ceritanya sama sekali berbeza. Setiap token tidak sepiawai mempunyai nilainya sendiri dan tidak boleh dikurup dengan yang lain. Anda tidak boleh menggabungkan atau mencipta satu lagi yang sama dengannya. Tetapi untuk apa, dan mengapa seseorang memerlukan perkara sedemikian, mungkin persoalan ini bermain di fikiran anda. Dan di sinilah seni NFT memainkan peranannya.
Secara ringkasnya, seni NFT ialah sebarang item digital yang dibeli dan dijual menggunakan token tidak sepiawai. Jadi, anda boleh mengubah hampir apa sahaja menjadi karya seni digital dan satu sumber pendapatan. Ia mungkin imej, GIF, klip video, trek muzik atau swafoto.
Anda hanya perlu muat naik apa sahaja yang anda mahu jadikan sebagai satu seni NFT, tukarkannya kepada token yang tidak sepiawai dan menawarkannya untuk dibeli. Anda boleh menetapkan harga anda atau anda boleh memulakan satu lelongan - ini terserah kepada anda. Dan jika anda cukup bernasib baik, sesetengah NFT anda mungkin popular secara mendadak, menjadikan anda kaya raya.
Berbalik kepada Al Ghozali dan swafotonya, itulah yang beliau lakukan – beliau menukar gambar-gambar beliau menjadi NFT dan menyenaraikannya untuk jualan di OpenSea, salah satu pasaran NFT yang paling popular. Lelaki itu merendah diri dengan meminta hanya $3 untuk setiap swafoto. Beliau masih naif pada ketika itu.
Al Ghozali menjadi viral
Internet satu dunia yang penuh dengan intrik. Hampir mustahil untuk meramalkan apa yang akan berlaku, dan tiada kaedah untuk meramalkan trend dan perkara yang akan menjadi meme baharu. Seperti koleksi swafoto seorang lelaki Indonesia rawak yang merenung tanpa ekspresi ke dalam kamera webnya.
Apabila Al Ghozali memuat naik koleksi hampir 1,000 swafoto, dia melakukannya secara suka-suka sahaja dan tidak menjangkakan apa-apa yang luar biasa. "Saya berasa lucu jika ada pengumpul yang mahu mengumpul wajah saya," mengenang Al Ghozali.
Bagaimanapun, apabila seorang chef selebriti membeli beberapa gambar tersebut dan mempromosikannya di media sosialnya, perkara itu menjadi viral. Internet tergila-gilakan lelaki yang kelihatan aneh ini. Ada yang mencetak mukanya pada t-shirt, ada yang menulis lagu tentangnya. Tetapi isu pokok mengenai keseluruhan cerita ini ialah orang membayar wang untuk memiliki swafoto Ghozali.
Pada satu ketika, kutipan tertinggi mencapai 384 ETH, memberikan Ghozali pendapatan sebanyak satu juta dolar. Menurut Ghozali, beliau tidak tahu mengapa gambarnya menjadi viral. Bagaimanapun, beliau gembira melihat usahanya selama lima tahun menghasilkan gambar-gambar tersebut membuahkan pulangan. Hanya satu yang pernah Ghozali minta dari para pembeli iaitu jangan menyalahgunakan gambarnya supaya ibu bapanya tidak kecewa. Comel sungguh.
Fakta-fakta tentang NFT yang lebih mengkagumkan
Kisah Al Ghozali bukanlah satu-satunya contoh bagaimana NFT mampu menjadi sangat menguntungkan. Salah satu yang paling mengagumkan ialah kes Merge.
The Merge ialah NFT yang paling mahal di dunia setakat ini. Sebuah projek oleh Pak, artis digital yang terkenal, ia bukan karya seni yang bersifat tunggal. Sebaliknya, ia adalah sekeping karya berbilang unit yang dibeli oleh ramai pembeli yang berasingan. Secara total, lebih daripada 28,000 orang telah membayar untuk cebisan Merge pada tahun 2021.
Apabila jualan mula dibuka, setiap unit berharga $575. Tetapi kemudian, harga mula meningkat sebanyak $25 setiap enam jam apabila semakin ramai orang menyertai jualan itu. Ini menghasilkan kutipan sebanyak $91.8 juta, yang menakjubkan.
Satu lagi kes NFT yang terkenal ialah ciapan oleh Jack Dorcey, bekas CEO Twitter, yang bernilai $3 juta. Pada Disember 2020, Jack Dorcey menyenaraikan tweet pertamanya untuk dijual sebagai token tidak sepiawai. Tweet bertarikh 21 Mac 2006 itu berbunyi "baru saja buka akaun twttr saya". Pembidaan bermula pada 6 Mac 2020, dan berakhir pada ulang tahun ke-15 tweet itu pada 21 Mac 2021, dengan harga akhir $2.9 juta. Semua wang itu disalurkan ke dana untuk bantuan COVID-19, Africa Response.
Bolehkah saya menjadi seorang jutawan NFT?
Kisah kejayaan NFT sangat menarik dan menginspirasikan. Walau bagaimanapun, anda harus melihatnya dengan sedikit waspada. Jika anda bukan artis terkenal atau bekas Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat gergasi, peluang anda untuk menjana wang besar dengan NFT adalah sangat kecil. Dalam hal ini, kejayaan mendadak Al Ghozali adalah unik dan ia contoh "survivorship bias" yang jelas.
Apa yang anda perlu tahu ialah tiada cara yang pasti untuk meramalkan prestasi token tidak sepiawai. Harga bergantung hampir secara eksklusif pada populariti dan hype. Anda boleh melabur pada sekeping seni NFT yang kehilangan nilainya pada hari berikutnya, meninggalkan anda dengan token yang tidak bernilai lagi. Atau salah satu token yang dibeli sebelum ini mungkin menjadi panas sehinggakan anda boleh menjualnya dengan harga yang tinggi. Pasaran NFT sangat sukar diramalkan.
Terdapat banyak instrumen yang boleh didagangkan
Berita baiknya di sini, NFT bukan satu-satunya pilihan perdagangan yang ada untuk anda. Terdapat pelbagai aset dan instrumen, kebanyakannya lebih mudah diramal. Anda boleh memilih apa sahaja yang anda inginkan, dari pelbagai altcoin dan pasangan matawang sehinggalah kepada logam, saham dan indeks.
Di FBS, anda boleh memperdagangkan mana-mana instrumen ini dengan berkesan menggunakan perkakas dan aplikasi terkemuka. Kalendar ekonomi FBS akan memaklumkan anda tentang acara-acara penting pasaran dan pakar-pakar syarikat ini akan memberikan anda maklumat yang harus dipertimbangkan semasa merancang aktiviti perdagangan anda.
Walaupun NFT mungkin kelihatan berpotensi, namun, pasaran menyajikan banyak lagi peluang lain untuk memperoleh pendapatan. Terokai dan gunakannya untuk manfaat anda, berdagang bersama FBS. Supaya di masa-masa yang akan datang orang ramai akan membaca tentang kisah kejayaan anda pula.
Baca lebih lanjut
- Kisah Warga Emas 80 Tahun Yang Meraih Berbilion-bilion Dengan Cara Yang Paling "Low Profile"
- Kisah kejayaan: bagaimana cara menggandakan keuntungan anda 300% dengan perdagangan sosial
- Dari pekerja biasa menjadi ahli perniagaan berjaya. Kisah tentang Narin Boonmee
- Kisah Kejayaan: "Saya Perolehi 10 Kali Ganda Pelaburan Saya Dalam Seminggu"
- Kisah kejayaan seorang Rakaniaga FBS: Bagaimana program rakaniaga FBS boleh mengubah hidup anda selamanya
- Kisah Kejayaan: Kisah Menakjubkan Para Pemenang FBS
- Pertaruhan Besar Dalam Hidup: Kisah Menarik Rakaniaga FBS Penuh Pengajaran