1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Anchoring dalam Perdagangan
2023-05-29 • Dikemaskini

Anchoring dalam Perdagangan

cover (1).png

Kadangkala kita membuat keputusan terburu-buru tanpa berfikir. Kita mungkin merasakan yang kita mempunyai asas yang sangat kukuh untuk melakukan tindakan tersebut, tetapi natijahnya tetap sahaja mengecewakan. Salah satu sebab ini berlaku adalah anchoring. Anchoring boleh menjejaskan proses membuat keputusan kita dan mengganggu persepsi kita terhadap tindakan-tindakan kita.

Dalam artikel ini, anda akan pelajari apa itu anchoring bias, apa yang menyebabkannya, mengapa ia berbahaya, dan bagaimana anda boleh menghalangnya daripada mempengaruhi perdagangan anda.

Apakah itu anchoring?

Anchoring adalah bias psikologi yang berlaku apabila maklumat yang disampaikan kepada seseorang diterima sebagai titik rujukan utama dalam membuat keputusan yang selanjutnya. Maklumat ini, atau “anchor” (sauh) tersebut membayangi sebarang data tambahan yang mungkin akan menjelma kemudian dan mempengaruhi cara seseorang itu berfikir tentang suatu masalah, walaupun maklumat itu akhirnya menjadi tidak relevan dalam kes yang tertentu.

Anchoring bias adalah isu yang meluas dalam perdagangan. Ia tidaklah jarang di mana para pedagang mengekalkan posisi yang membuatkan mereka rugi jika mereka percaya harga semasa tidak adil atau memuaskan jika dibandingkan dengan harga yang mereka bayar untuk memperolehi aset tersebut sebelum ini.

Bagaimana anchoring berlaku?

Anchoring sering digunakan secara sengaja sebagai cara untuk mendorong orang ramai membuat keputusan yang dikehendaki oleh pemberi tawaran. Sebagai contoh, strategi ini digunakan secara meluas oleh para pengedar kereta apabila harga yang dipersetujui oleh pembeli akhirnya menjadi lebih rendah daripada harga yang pada mulanya diminta oleh penjual. Pembeli beredar dengan perasaan seperti mereka mendapat tawaran yang baik. Pada hakikatnya, ini adalah langkah yang dirancang awal oleh penjual. Dengan menetapkan harga permulaan yang lebih tinggi daripada harga sebenar kenderaan tersebut, penjual mengambil kesempatan daripada ketidakupayaan pembeli untuk menganalisis tawaran secara kritikal dalam keadaan semasa. Pembeli akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pilihan yang mereka fikir lebih menguntungkan pada masa tersebut, walaupun mereka mungkin menyedari bahawa mereka boleh mendapat tawaran yang lebih baik jika mereka mempunyai lebih banyak maklumat (selepas mengunjungi pengedar yang lain dan membandingkan harga, contohnya).

Walau bagaimanapun, anchoring juga boleh berlaku secara tidak sengaja, apabila secara tidak sedar, seseorang mengambil maklumat pertama yang sudah tersedia untuk mereka sebagai satu-satunya sumber yang benar dan boleh dipercayai untuk membuat keputusan akhir mereka. Sebagai contoh, apabila mendapati bahawa harga purata bagi model kereta yang mereka inginkan ialah $10,000, mereka berfikir bahawa harga $8,500 memberitahu bahawa suatu kereta itu mungkin unit yang bermasalah, yang menyebabkan mereka terlepas peluang untuk menjimatkan wang dalam pembelian mereka.

1096-03.png

Bagaimana anchoring bias mempengaruhi perdagangan dan pelaburan

Apabila bercakap tentang perdagangan atau pelaburan, anchoring bias sememangnya boleh memperdaya seseorang. Ia boleh menyebabkan pedagang atau pelabur membuat keputusan kewangan yang salah, membeli aset dengan harga lebih tinggi daripada nilai sebenarnya atau menjualnya dengan harga lebih rendah daripada yang mungkin. Anchoring adalah salah satu sebab utama di sebalik keputusan kewangan yang lemah di pihak pedagang dan pelabur.

Contohnya, jika anda membeli saham dengan harga $100 tanpa menyelidik asas pasaran seperti potensi kadar pertumbuhan syarikat, pendapatan dsb., anda mungkin tidak dapat menjualnya dengan harga yang lebih tinggi atau memperolehi apa-apa pun. Jika harga saham jatuh di bawah $100 dan terus jatuh, anda mungkin berasa keberatan untuk melepaskannya dan terus menahannya, dengan harapan harga akan naik semula. Walau bagaimanapun, harga awal $100 juga mungkin satu ralat. Tanpa mengetahui perkara ini, anda membiarkan diri anda terikat (anchored) dengan harga pertama yang anda lihat dan terlebih menilai pembelian anda. Ini sering berlaku kepada ramai orang yang bekerja di pasaran kewangan, tetapi ini tidak bermakna mereka sedar tentang anchor (sauh) ini yang menghalang mereka daripada membuat urusniaga yang berjaya.

Sejarah harga, indeks kewangan, volum jualan, tikas air tinggi (high-water mark) adalah antara anchor yang paling lazim. Dengan menggunakannya sebagai titik fokus rujukan untuk membuat keputusan kewangan, ia akhirnya boleh membawa kepada kekecewaan.

Punca-punca anchoring bias dalam perdagangan

Terdapat pelbagai sebab mengapa anchoring menimbulkan banyak masalah kepada para pedagang. Berikut adalah beberapa punca utama yang membuatkan para pedagang terus merangkul erat posisi yang rugi, sama ada secara sedar atau tidak.

Kurang berpengalaman

Apabila para pemula mengambil langkah pertama mereka dalam perdagangan, mereka mungkin berasa terbeban dengan semua maklumat yang mereka perlu ketahui. Mempelajari cara mentafsir dan menilai data-data pasaran memerlukan masa. Itulah sebabnya para pedagang cenderung untuk hanya membuat keputusan berdasarkan maklumat pertama yang mereka terima. Walau bagaimanapun, sama ada ia relevan atau tidak adalah satu persoalan yang berasingan.

Confirmation bias

Setiap orang ada pendapat dan kepercayaan tersendiri. Inilah sebabnya mengapa ramai pedagang cenderung mempercayai maklumat yang sesuai dengan jangkaan sedia ada mereka tentang pasaran. Apabila ia berlaku, adalah sukar untuk menilai maklumat tersebut secara objektif, terutamanya apabila terdapat data yang bercanggah dengan pandangan dan pilihan pedagang. Ini menyebabkan mereka tidak sabar-sabar menerima anchor tersebut dan membuat keputusan yang kemudiannya membawa hasil yang mengecewakan.

Keterikatan emosi

Para pedagang seringkali terikat dengan urusniaga-urusniaga mereka. Mereka mula “berpihak” padanya dengan harapan yang harga bergerak ke arah yang lebih memihak kepada mereka. Walau bagaimanapun, keterikatan secara emosi pada posisi bermakna mereka tidak dapat menganalisis pasaran secara objektif dan membuat keputusan terbaik berkenaan aset yang dimiliki oleh mereka.

Tidak banyak membuat kajian

Satu lagi cara untuk jatuh ke dalam perangkap anchoring adalah dengan mendasarkan semua keputusan perdagangan pada anggaran purata atau pendapat seorang penganalisis. Dengan perdagangan, seseorang perlu menyelidik suatu topik dari pelbagai perspektif dan mendengar pendapat yang berbeza. Dengan mengambil maklumat daripada hanya satu sumber dan terutamanya anggaran purata pada nilai muka, ia boleh menghalang anda daripada mempertimbangkan keadaan-keadaan lain yang boleh mempengaruhi dagangan anda.

1096-02.png

Bagaimanakah untuk mengelakkan anchoring bias dalam perdagangan

Anchoring berbahaya kepada para pedagang dan pelabur kerana ia menjadikan mereka mendasarkan tindakan mereka pada maklumat pertama yang mereka dapat lihat di pasaran.

Untuk mengelakkan anchoring bias dalam perdagangan atau pelaburan, anda harus mempertimbangkan untuk menggunakan strategi-strategi berikut:

  • Ikuti perkembangan berita. Dengan mengikuti berita dari pasaran, ia boleh membantu anda mengelak anchoring kepada maklumat lapuk. Dengan FBS, anda boleh mempelajari tentang berita perdagangan terkini dengan lebih pantas berbanding tempat lain dan menavigasi dengan lebih baik melalui perubahan berterusan pada pasaran kewangan.
  • Fokus pada hasil jangka panjang. Ia mudah untuk ter-anchor pada harga semasa apabila anda hanya fikirkan tentang keuntungan jangka pendek. Walau bagaimanapun, apabila anda fokus pada keputusan jangka panjang, anda lebih cenderung untuk mengambil kira sebarang kemungkinan turun naik harga yang mungkin berlaku di pasaran.
  • Bangunkan strategi. Strategi perdagangan yang dibangunkan dengan baik boleh memberikan anda satu set peraturan dan garis panduan yang boleh membantu anda mengelakkan anchoring. Dengan sistem yang mantap, anda kurang cenderung untuk menjadi mangsa emosi anda sendiri dan lebih cenderung untuk kekal objektif semasa membuat keputusan.
  • Periksa pelbagai sumber. Dengar pendapat berbeza daripada pelbagai sumber kerana ia boleh membantu anda mengelakkan anchoring dan kekal tidak berat sebelah semasa membuka dagangan baharu.
  • Kekal fokus. Kekal fokus dan jaga pemikiran anda untuk menghalang anda daripada anchoring atau menjadi mangsa cognitive bias yang lain. Anda boleh cuba bermeditasi untuk membebaskan minda anda daripada emosi dan mengurangkan tekanan.

Bagaimana cara menggunakan anchoring bias untuk memberi anda kelebihan?

Terdapat cara untuk menggunakan anchoring dengan cara yang boleh membantu anda. Jika anda menjual sesuatu atau merunding gaji untuk pekerjaan baharu, anda boleh meletakkan harga yang lebih tinggi pada mulanya. Ini akan mewujudkan anchor dalam fikiran orang lain, oleh itu tawaran anda seterusnya menjadi seperti tawar-menawar kepada mereka.

Kesimpulan

Anchoring mampu menjadi suatu yang sangat destruktif dalam perdagangan. Dengan mempelajari cara mengendalikan bias anda dan menggunakan sumber maklumat yang berbeza, ia boleh membantu anda menjadi pedagang yang lebih berjaya dan memahami pasaran dengan lebih baik.

  • 2606

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera