01 Nov 2025

Strategi

Cara Untuk Trade Dengan ChatGPT. Tip Dan Trik Trading Dengan AI

Cara Trading Dengan ChatGPT. Tip Dan Trik Trading Dengan AI

Menerapkan kecerdasan buatan dalam trading

Dengan setiap industri di dunia menggabungkan Kecerdasan Buatan (AI) dalam perniagaan mereka untuk menjadikan operasi lebih murah dan pantas, tidak hairanlah para trader berlumba-lumba untuk turut menggunakannya.

  • AI boleh memproses data masa-nyata jauh lebih baik daripada mana-mana manusia, hampir serta-merta. Ini boleh menjimatkan masa anda menyediakan urusniaga. Walau bagaimanapun, LLM hanya setepat kualiti data yang diberikan dan digunakan untuk latihan mereka. Jika mereka memproses teks yang tidak tepat atau ketinggalan zaman, mereka akan memberi anda maklum balas yang tidak betul.

  • Alat AI boleh mengenal pasti pola yang mungkin sukar untuk dikesan oleh manusia dengan cepat. Mereka juga dapat membantu mengautomasikan sebahagian daripada proses trading, menjimatkan masa.

  • Chatbot juga boleh menyesuaikan atau mencadangkan perubahan kepada strategi trading anda berdasarkan maklumat dalam talian terkini yang akan mengambil masa yang jauh lebih lama untuk anda proses sendiri.

  • Chatbot AI boleh diperbaiki dari semasa ke semasa apabila pembangun menghasilkan model-model baru yang lebih baik, tetapi mereka sebenarnya tidak belajar daripada kesilapan trading dengan cara yang sama seperti manusia. Mereka bertindak balas terhadap pola dalam data dan maklum balas daripada pengguna. Ini boleh menjadikan tindak balas mereka lebih berguna atau disesuaikan dengan keperluan anda dari masa ke masa, tetapi mereka tidak memperoleh pengalaman atau penilaian.

Apa maksud semua ini untuk anda, trader?

Gunakan alat ini dengan bijak. Sedarilah cara sebenar ia berfungsi.

Ia boleh menjadikan trading anda lebih pantas dan lebih cekap, tetapi ia juga boleh melakukan kesilapan yang akan merugikan anda jika anda tidak menyemak dua kali.

Penafian: ChatGPT boleh menjadi alat yang berguna, tetapi anda perlu menyedari keterbatasannya. Anda tidak seharusnya bergantung padanya sebagai satu-satunya sumber anda semasa trading. Ingat poin-poin ini apabila menggunakannya untuk trading:

  • ChatGPT tidak merumuskan jawapannya berlandaskan pada harga terkini atau data pasaran masa-nyata.

  • Pengetahuannya adalah berasaskan maklumat lampau, bukan keadaaan semasa pasaran.

  • Ia tidak memberikan nasihat kewangan yang disuaikan spesifik untuk individu.

  • Ia boleh melakukan kesilapan. Pastikan anda mengesahkan dan menguji strategi serta idea trading yang dihasilkannya.

  • Tanggungjawab akhir untuk keputusan perdagangan terletak pada bahu anda.

Chatbot AI dalam trading sebenar

Chatbot AI tidak membuat keputusan trading mereka sendiri atau meramalkan masa hadapan. Ia boleh memudahkan kerja anda dan menjimatkan banyak masa anda dengan memproses sejumlah besar maklumat dan membentangkannya dalam cara yang mudah difahami.

Pengecaman pola

ChatGPT boleh meneliti sebahagian besar data pasaran sejarah dan menunjukkan pola yang berulang atau tingkah laku harga. Ia boleh membantu anda mengesan setup yang mungkin anda tidak perasan sebelum ini.

Namun, ia tidak menjamin keberhasilan pada masa depan, dan kadangkala data yang digunakannya tidak tepat, jadi sentiasa semak semula angka-angka yang terlibat.

Pengurusan risiko

Chatbot AI boleh membantu anda memikirkan pengurusan risiko. Sebagai contoh, ia boleh beritahu apa yang boleh meningkatkan dedahan risiko anda atau mencadangkan idea umum untuk saiz posisi dan penempatan renti rugi. Tetapi hujung-hujungnya, anda yang memutuskan cara untuk menggunakan semua itu semasa trade secara sebenar.

Berita dan analisis sentimen

Chatbot boleh mengimbas sejumlah besar berita, laporan, atau media sosial untuk memproses mood umum dalam pasaran dan mengenal pasti topik yang menarik minat. Ini boleh membantu anda sentiasa peka dengan apa yang berlaku dan tahu apa yang perlu difokuskan. Anda mesti ingat bahawa maklum balas ChatGPT adalah berdasarkan pola teks dan data lalu, bukan berita atau suapan harga masa-nyata.

Susun atur portfolio

Alat AI boleh membantu anda menyusun atur urusniaga anda, menjejaki prestasi, dan mengukur seberapa rencam (diversified) portfolio anda. Ia handal dalam memastikan semuanya kemas dan mudah disemak, tetapi ia tidak boleh menguruskan atau mengoptimumkan pelaburan anda untuk anda.

Sokongan automasi perdagangan

ChatGPT boleh membantu anda memproses data dan menghasilkan idea trading, tetapi ia tidak boleh membuka atau mengurus urusniaga. Beberapa alat AI dan bot trading lain boleh mengautomasikan langkah-langkah tertentu berkaitan platform trading, tetapi ia masih perlu diatur dan diawasi oleh trader.

Contoh arahan praktikal untuk trading

Contoh prompt yang praktikal untuk trading

Berikut ialah beberapa prompt yang sudah sedia digunakan yang anda boleh salin, tampal, dan sesuaikan untuk memanfaatkan sepenuhnya ChatGPT semasa anda trade saham dan Forex:

1. Analisis pasaran

  • “Laporkan secara ringkas faktor makroekonomi terkini yang mendorong harga emas dan USD.”

  • "Sektor manakah yang prestasinya menonjol dalam pasaran saham AS minggu ini?"

2. Analisis teknikal

  • "Berikan saya taklimat analisis teknikal bagi EURUSD pada carta 4 jam, termasuk sokongan, rintangan, dan arah trend."

  • “Jelaskan pola carta lazim yang terbentuk pada Bitcoin sekarang.”

3. Analisis fundamental

  • "Ringkaskan prestasi kewangan Apple daripada laporan perolehan terbarunya."

  • “Bandingkan potensi pertumbuhan Tesla vs BYD untuk 5 tahun akan datang.”

4. Pengurusan risiko

  • "Jika saya ada akaun bernilai $10,000 dan mampu merisikokan 2% dalam satu urusniaga dengan renti rugi 50 pip, berapakah saiz posisi saya untuk EURUSD?"

  • “Jika renti rugi saya adalah $5 di bawah entri untuk emas, apakah sasaran keuntungan yang saya perlukan untuk nisbah risiko/ganjaran 1:3?”

  • “Cipta analisis risiko/ganjaran untuk urusniaga long pada GBPJPY dengan renti rugi di 1.2700 dan sasaran di 1.3000.”

5. Pengaturcaraan dan automasi

  • “Tulis skrip MQL5 untuk MetaTrader yang menghantar penggera (alert) apabila RSI melintasi 70 pada carta 1 jam.”

  • "Tuliskan kod Python untuk menarik data historikal S&P 500 dan mengira purata bergerak."

Contoh-contoh ini memberikan anda jawapan dan pengiraan yang cepat sambil menggalakkan amalan trading yang lebih selamat.

Chatbot AI dalam trading sebenar

Menggunakan chatbot AI untuk trading: panduan langkah demi langkah

1. Memilih chatbot yang sesuai

Ada banyak chatbot tersedia khusus untuk trading. Pilihan yang tepat akan bergantung pada keperluan khusus anda dan strategi trading.

Faktor utama untuk dipertimbangkan:

  • Fungsi. Bergantung pada apa yang terkandung dalam strategi trading anda, anda akan memerlukan fungsi tertentu: data pasaran masa-nyata, pengautomasian trading, penggera kustom, atau sebagainya. Chatbot pilihan anda harus memiliki fungsi-fungsi tersebut.

  • Mudah digunakan. Apabila anda trading, perkara terakhir yang anda ingin lakukan adalah terbeban dengan antaramuka yang menyusahkan. Chatbot anda harus mudah digunakan dan memberikan segala yang anda perlukan dengan cepat.

  • Penyesuaian. Anda mesti berupaya untuk mengeset chatbot anda mengikut spesifikasi yang khusus untuk strategi dan gaya anda.

  • Integrasi. Anda perlu dapat melaksanakan urusniaga anda terus dari chatbot, jadi sangat penting bahawa ia boleh disepadukan dengan apa sahaja platform trading atau bursa yang anda gunakan.

  • Keandalan (reliability). Jika chatbot anda lemban (lagging), itu menjadikan semua usaha sia-sia. Ia perlu mengendalikan volum trafik dan data yang tinggi tanpa kelewatan atau gangguan.

Alat untuk trading dengan bantuan AI

Alat AI untuk trading terbahagi kepada beberapa kategori utama:

1. Large Language Models (LLMs)
ChatGPT, Claude, Grok

  • Kekuatan: Menjana strategi, penjelasan, dan prompt.

  • Keterbatasan: Mereka tidak mempunyai data pasaran secara live dan tidak boleh melaksanakan urusniaga secara automatik.

2. Pembantu pengaturcaraan
ChatGPT (mod pengaturcaraan), GitHub Copilot, Grok, komuniti MQL5/Pine Script.

  • Kekuatan: Menukar idea menjadi kod untuk MetaTrader 5 atau TradingView.

  • Contoh: “Tulis EA MQL5 yang membeli apabila EMA 50 melintas ke sebelah atas EMA 200.”

3. Bot pelaksanaan dan integrasi
MetaTrader 5 Expert Advisors, cTrader Automate, API broker.

  • Kekuatan: Mereka sebenarnya boleh membuka dan mengurus urusniaga.

  • Biasanya dibina secara manual atau dengan kod yang dibantu AI.

4. Platform chatbot popular
Ini memfokuskan pada automasi dan penyesuaian, seringkali untuk kripto, tetapi pendekatan yang sama boleh digunakan untuk pasaran lain juga:

  • TradeSanta: Direka khusus untuk trading kripto secara automatik, dengan pengubahsuaian strategi.

  • 3Commas: Menawarkan trading secara automatik, notifikasi tersuai, dan pelbagai indikator.

  • Haasbot: Menyokong backtesting berlandaskan data sejarah dan reka bentuk strategi tersuai.

  • Zignaly: Menggabungkan automasi, notifikasi tersuai, dan pelbagai integrasi bursa.

2. Melatih chatbot untuk keperluan trading anda

Anda perlu menerangkan gaya trading anda, keutamaan anda, toleransi risiko anda, dan sasaran pelaburan anda kepada chatbot anda. Anda perlu terus memperhaluskan "kefahaman"nya tentang apa yang anda mahukan daripadanya apabila anda meneruskan usaha ini.

3. Mempersiapkan chatbot untuk trading

Setelah chatbot perdagangan anda dilatih, anda boleh menyambungkannya ke akaun trading anda dan mengkonfigurasikannya supaya ia menerima sebarang data yang ia perlukan.

4. Berinteraksi dengan chatbot dan menerima wawasan trading

Tanya chatbot anda soalan. Ia boleh memberikan anda data pasaran masa-nyata, analisis, dan syor berdasarkan kecenderungan dan sejarah trading anda.

5. Uji dan sahkan strategi anda

Jika anda menggunakan ChatGPT untuk mencipta peraturan atau kod trading, pastikan anda mengujinya. Muatkan skrip ke dalam MetaTrader 5 (MQL5) atau TradingView (Pine Script) dan jalankan kod anda menggunaakn data sejarah terlebih dahulu untuk melihat bagaimana prestasinya pada masa lalu. Itulah yang dinamakan backtesting.

Setelah anda selesai dengan itu, anda boleh teruskan dengan ujian luar sampel (out-of-sample testing) dan pengesahan maju ke hadapan (walk-forward validation) untuk melihat bagaimana ia berprestasi dengan data baru, bukan hanya data-data yang digunakannya untuk membinanya.

Selepas itu, uji ia menggunakan akaun demo. Ini akan menunjukkan sama ada strategi tersebut bertahan dalam suasana pasaran sebenar sebelum anda merisikokan wang sebenar.

Risiko dan batasan penggunaan chatbot AI dalam trading

Kebergantungan yang keterlaluan pada teknologi

Satu daripada risiko terbesar menggunakan chatbot AI dalam trading adalah terlalu bergantung pada teknologi.

Isu teknikal dan gangguan

Satu lagi risiko menggunakan chatbot AI dalam trading ialah isu teknikal dan gangguan yang boleh menjejaskan ketepatan dan keandalannya.

Keterbatasan ketersediaan data yang andal

Chatbot bergantung pada data untuk menjana wawasan dan cadangan, dan ketersediaan data yang andal (reliable) bagi beberapa pasaran adakalanya mencabar.

Kebimbangan privasi dan keselamatan

Akhir sekali, kebimbangan privasi dan keselamatan yang berkaitan dengan penggunaan chatbot AI dalam trading. Trader harus memastikan akaun trading dan maklumat peribadi mereka selamat.

Peringatan peraturan dan pematuhan kawalan selia:

  • Semak peraturan broker anda mengenai pengautomasian sebelum menyambungkan bot atau skrip.

  • Hanya gunakan sumber data yang diluluskan dan API dari broker atau bursa anda.

  • Patuhi undang-undang tempatan dan syarat pelesenan yang terpakai ke atas aktiviti trading anda.

  • Semak dan hormati terma perkhidmatan platform sebelum menjalankan strategi terautomasi.

Senarai semak keselamatan dan perlindungan data:

Senarai semak keselamatan dan perlindungan data

– Gunakan kunci API baca sahaja (read-only).

– Pastikan akaun demo dan akaun live dipisahkan bagi mengelakkan kesilapan.

– Jangan tampal data peribadi atau kewangan ke dalam perbualan.

– Aktifkan 2FA dan tarik balik izin yang tidak digunakan.

Bagaimana penganalisis FBS menggunakan chatbot AI?

Penganalisis FBS, sama seperti pelanggan FBS, sentiasa membangun dan cuba meningkatkan kemahiran dan prestasi trading mereka setiap hari. Ini adalah tiga wawasan yang boleh memberikan perbezaan sebenar ketika anda trade.

1. Membina strategi trading

Katakan anda mempunyai dua indikator yang anda selalu gunakan tetapi anda perlu tahu cara menerapkannya ke dalam strategi trading anda. ChatGPT boleh menyelesaikan masalah ini.

Berikut adalah perbualannya:

Penganalisis FBS: Hai, chat! Tolong berikan saya contoh strategi trading yang menggabungkan MA 200 tempoh dan RSI.

ChatGPT: Sudah tentu, berikut ialah contoh strategi trading yang menggabungkan purata bergerak 200 tempoh (MA) dan Relative Strength Index (RSI):

Kenal pasti trend menggunakan MA 200 tempoh. Trend adalah bullish jika harga berada di atas MA 200 tempoh. Trend dianggap bearish jika harga berada di bawah MA 200 tempoh.

Gunakan RSI untuk mengesahkan situasi terlebih beli atau terlebih jual. Bacaan RSI atas 70 menunjukkan situasi terlebih beli, manakala bacaan RSI bawah 30 menunjukkan situasi terlebih jual.

Nantikan signal bullish bilamana trend adalah bullish, dan RSI terlebih jual. Signal bullish dijana apabila harga melepasi MA 200 tempoh dan RSI berada di bawah 30, menunjukkan potensi penyongsangan trend.

Cari signal bearish apabila trend adalah bearish, dan RSI terlebih beli. Signal bearish dijana apabila harga menembusi aras bawah MA 200 tempoh dan RSI di atas 70, menunjukkan potensi penyongsangan trend.

Gunakan pesanan renti rugi untuk mengehadkan kerugian jika urusniaga tidak menyebelahi anda.

Guna sasaran keuntungan untuk ambilan untung apabila urusniaga menyebelahi anda.

Penganalisis FBS: Di mana harus saya letakkan renti rugi saya apabila menggunakan strategi ini?

ChatGPT: Kedudukan renti rugi anda menggunakan strategi ini bergantung pada toleransi risiko anda, kemeruapan pasaran, dan sasaran trading. Secara umumnya, renti rugi diletakkan di bawah swing rendah terkini dalam urusniaga bullish dan di atas swing tinggi terkini dalam urusniaga bearish. Ini membantu mengehadkan kerugian jika pasaran bergerak bertentangan dengan posisi anda.

Dalam kes strategi ini, jika anda trade long selepas signal bullish dijana, anda boleh letakkan renti rugi di bawah swing rendah terkini atau di bawah MA 200 tempoh, yang mana lebih rendah. Jika anda membuka posisi short selepas signal bearish dijana, anda boleh meletakkan renti rugi di atas swing tinggi terkini atau di atas MA 200 tempoh, yang mana lebih tinggi.

Hebat, bukan?

Selepas 30 saat, ChatGPT menyediakan strategi trading dengan indikator kegemaran anda dan mencadangkan tempat terbaik untuk pesanan renti rugi. Anda boleh tambahkan dua atau tiga Indikator lagi, nisbah risiko-ganjaran dan data lain bagi memudahkan AI mencipta jawapan yang lebih terperinci.

2. Cipta bot trading

Selepas mencipta dan menjalankan backtest ke atas strategi trading, kami mahu mengautomasikannya dan mencipta bot trading pertama kita. Anda boleh mencipta bot trading untuk MT5 menggunakan bahasa MQL5. Terangkan strategi anda sejelas mungkin dan pilih bahasa pengaturcaraan. Dalam contoh ini, kami akan menggunakan strategi daripada perenggan sebelum ini.

Cipta bot trading

Selepas ChatGPT membina kod untuk bot kita, mengujinya sebelum menggunakannya pada akaun sebenar adalah sangat penting. Tidakkah ini alat yang hebat untuk menyelami niche EA tanpa pengetahuan dalam bidang pengaturcaraan?

3. Ujian → keputusan → penambahbaikan

Anda mungkin perasan ia berfungsi dengan baik ketika pasaran sedang trending tetapi menghadapi kesukaran apabila harga bergerak secara mendatar. Atau mungkin ia berfungsi dengan baik semasa sesi bervolum tinggi tetapi menjana terlalu banyak signal palsu apabila pasaran menjadi tenang. Catatkan pemerhatian anda. Anda boleh membawa maklumat tersebut kembali ke ChatGPT dan tanyakan cara untuk melaras tetapan atau peraturan supaya strategi tersebut mengendalikan situasi itu dengan lebih baik. Sebagai contoh:

"Bagaimana saya boleh laraskan nilai ambang (threshold) RSI untuk mengurangkan signal palsu dalam pasaran yang bergerak menjulat?"

Dengan mengulangi kitaran ini - prompt, pengaturcaraan, pengujian, dan semakan — anda secara beransur-ansur membina strategi yang lebih kukuh dan memperoleh pengalaman praktikal.

4. Tanya apa-apa sahaja

Kami mencadangkan agar anda menganggap ChatGPT sebagai rakan berpengalaman yang mempunyai pengetahuan meluas tentang trading. Bertanya soalan kepada ChatGPT akan membolehkan anda mendapatkan jawapan yang terperinci dalam masa yang sesingkat mungkin, meningkatkan kepantasan dan tahap pembelajaran anda.

Tanya apa-apa sahaja

Sebagai contoh, pada pukul berapakah anda harus trade XAUUSD? Tanya bot tersebut, dan anda akan mendapat jawapan yang hebat:

Ambil perhatian bahawa jawapan yang diberikan boleh menjadi lebih tepat, sebagai contoh, jika anda memasukkan gaya trading anda. Jangan teragak-agak, cuba sekarang dan kongsikan hasil anda dalam ruangan komen!

Glosari istilah trading AI

LLM (Large Language Model): Sistem AI di sebalik ChatGPT. Ia menjana teks, idea, dan kod, tetapi ia tidak tersambung ke pasaran secara langsung atau melakukan apa-apa tindakan dalam dunia sebenar bagi pihak anda.

Api (Application Programming Interface): Satu cara untuk satu program berhubung dengan program yang lain. Trader menggunakan API untuk menghubungkan bot atau skrip dengan platform broker.

Backtest: Menjalankan strategi pada data silam untuk melihat bagaimana prestasinya pada waktu dahulu. Ia adalah langkah penting sebelum mencuba apa-apa dengan wang sebenar.

Overfitting: Apabila strategi kelihatan sempurna pada carta lama kerana ia dilaras suai agar "ngam" dengannya, tetapi kemudian gagal apabila digunakan dalam trading secara live.
RR (nisbah Risiko/Ganjaran): Cara untuk membandingkan potensi kerugian melawan potensi keuntungan. Nisbah 1:2 bermakna merisikokan $1 untuk cuba memperoleh $2.

Kongsi kepada rakan-rakan: