1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Pasangan Matawang Terbaik untuk Didagangkan bagi Pemula
2023-08-15 • Dikemaskini

Pasangan Matawang Terbaik untuk Didagangkan bagi Pemula

cover.png

Forex ialah sebuah pasaran kewangan di mana matawang dibeli dan dijual untuk mendapatkan keuntungan. Perdagangan dalam pasaran Forex dilakukan secara berpasangan, setiap pasangan terdiri daripada dua matawang. Pemula sering menghadapi kesukaran untuk mengetahui pasangan mana yang terbaik untuk didagangkan, dan ini boleh mengakibatkan kerugian.

Untuk membantu para pedagang pemula, penganalisis FBS telah menyemak beberapa pasangan Forex yang paling kerap didagangkan berdasarkan tiga kriteria:

  • Kecairan mengukur aktiviti pasaran melalui jumlah pedagang dan volum perdagangan. Pasaran Forex beroperasi 24 jam, 5 hari seminggu, menyaksikan wang bertukar tangan sebanyak $6 trilion setiap hari. Memandangkan pusat-pusat kewangan di seluruh dunia dibuka dan ditutup sepanjang hari, kecairan berubah-ubah tetapi secara relatifnya ia kekal di paras tertinggi sepanjang masa.
  • Kemeruapan menunjukkan kecenderungan harga aset untuk berubah dengan cepat, kerap dan ketara. Semakin rendah kemeruapan, semakin lemah perubahan harga dari semasa ke semasa, dan ini lebih baik untuk pemula. Dan begitu juga sebaliknya.
  • Spread ialah perbezaan antara harga di mana seseorang pedagang boleh membeli atau menjual aset pendasar. Spread yang lebih kecil bererti pedagang menikmati terma perdagangan yang lebih baik.

Pendekatan sedemikian membolehkan kami mengenal pasti lima pasangan matawang terbaik untuk didagangkan dalam Forex.

5 pasangan terbaik untuk didagangkan bagi pemula

EURUSD

EURUSD adalah salah satu pasangan matawang yang paling banyak didagangkan dalam pasaran Forex. 

Kecairan: Pasangan matawang EURUSD mempunyai kecairan yang sangat tinggi. Anggaran volum dagangan hariannya adalah berjumlah 28%.

Kemeruapan: Pasangan ini agak stabil dan ia boleh membantu pedagang untuk mengelakkan pergerakan harga yang tidak menentu. Kemeruapan EURUSD dipengaruhi oleh inflasi, kadar pengangguran, dan mesyuarat serta pengumuman dari Bank Pusat Eropah dan Rizab Persekutuan A.S. Peristiwa-peristiwa ekonomi ini mudah untuk dijejaki menggunakan Kalendar Ekonomi.

Spread: Spread bagi pasangan EURUSD biasanya rendah, terutama sekali waktu-waktu di mana kecairan meningkat. Ini bermakna para pedagang boleh masuk dan keluar posisi dengan kos urusniaga yang minimum. Di FBS, spread minimum untuk EURUSD ialah 6 poin pada akaun Standard dan 0 poin pada akaun ECN.

Fakta menarik:

Euro ialah matawang paling muda dalam artikel kami. Ia telah muncul pada 1 Januari 1999, dan pada mulanya dikenali sebagai matawang “halimunan” yang hanya gunakan untuk tujuan perakaunan dan pembayaran elektronik. Syiling dan wang kertasnya telah diperkenalkan pada 1 Januari 2002.

GBPUSD

GBPUSD adalah satu lagi matawang yang terbaik untuk didagangkan oleh pemula.

Kecairan: Sama seperti pasangan sebelumnya, GBPUSD mempunyai kecairan yang tinggi dan ia salah satu daripada lima pasangan Forex terbaik yang paling banyak didagangkan. Anggaran volum dagangan harian GBPUSD adalah berjumlah 11%.

Kemeruapan: Disebabkan kecairannya yang tinggi, GBPUSD dianggap sebagai pasangan yang berkemeruapan rendah, menjadikan ia kurang berisiko untuk didagangkan berbanding pasangan matawang yang lebih tidak meruap. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengikuti perkembangan inflasi, keluaran dalam negara kasar, mesyuarat Bank of England dan terbitan ekonomi lain yang berpotensi untuk memberi kesan kepada harga pasangan tersebut.

Spread: Kecairan yang tinggi pasangan tersebut juga memastikan spreadnya tipis, membawa kepada kos bertransaksi yang minimum bagi para pedagang. Di FBS, spread minimum untuk GBPUSD ialah 9 poin pada akaun Standard dan 1 poin pada akaun ECN.

USDJPY

USDJPY, juga dikenali sebagai “Gopher,” adalah satu lagi pasangan Forex yang paling banyak didagangkan yang sesuai khasnya untuk pemula.

Kecairan: Pasangan ini mempunyai kecairan yang tinggi, dan ini dibuktikan oleh volum dagangan hariannya yang mencapai kira-kira 4%.

Kemeruapan: Seperti pasangan sebelumnya, kemeruapan USDJPY bergantung pada pertumbuhan KDNK, Penyata Dasar Monetari Bank Jepun, imbangan perdagangan dan data pekerjaan. Adalah penting untuk mengikuti berita dari Amerika Syarikat dan Jepun dalam membina strategi yang berkesan dan menguntungkan bagi pasangan ini.

Spread: Satu lagi kelebihan USDJPY ialah spread yang tipis. Di FBS, spread minimum untuk USDJPY ialah 8 poin pada akaun Standard dan 0 poin pada akaun ECN.

USDCHF

Dalam senarai kami, USDCHF juga merupakan matawang yang terbaik untuk didagangkan pedagang pemula.

Kecairan: Kecairan yang tinggi bagi USDCHF membolehkan para pedagang untuk melaksanakan dagangan tanpa mengalami gelinciran (slippage) yang ketara. Kira-kira 5% daripada volum dagangan harian dikaitkan dengan USDCHF.

Kemeruapan: USDCHF cenderung untuk menunjukkan kemeruapan yang agak tinggi, terutamanya semasa sesi perdagangan Eropah dan AS. Walaupun begitu, kedua-dua matawang tersebut mempunyai status selamat, menjadikan pasangan ini paling kurang meruap semasa ketidakstabilan pasaran. Bagi pedagang baharu, ia boleh menjadi alat yang berguna untuk berdagang dalam masa-masa yang tidak menentu. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mempertimbangkan berita yang berkaitan dengan data pekerjaan, keluaran dalam negara kasar dan sebagainya, bagi Amerika Syarikat dan Switzerland.

Spread: Spread tipis yang ditawarkan pada USDCHF adalah hasil daripada kecairan pasangan tersebut yang tinggi. Di FBS, spread minimum untuk USDCHF ialah 9 poin pada akaun Standard dan 2 poin pada akaun ECN.

Fakta menarik:

USDCHF mempunyai korelasi songsang (korelasi negatif) dengan pasangan matawang lain seperti EURUSD dan GBPUSD. Ini bermakna apabila pasangan-pasangan tersebut menurun, USDCHF cenderung untuk naik. Oleh itu, para pedagang boleh menggunakan korelasi ini untuk mempelbagaikan portfolio mereka.

USDCAD

USDCAD juga dianggap sebagai salah satu pasangan Forex yang terbaik untuk didagangkan. Dengan pendekatan perdagangan yang betul, para pemula boleh meraih manfaat daripada pasangan ini.

Kecairan: Kecairan USDCAD yang tinggi mempengaruhi perdagangan dengan ketara. Volum dagangan harian pasangan tersebut adalah kira-kira 5%.

Kemeruapan: Kemeruapan pasangan ini agak ketara terutamanya semasa sesi dagangan di Amerika Syarikat dan Kanada. Para pedagang harus memantau dengan teliti berita ekonomi dari kedua-dua negara, termasuk data pekerjaan, laporan keluaran dalam negara kasar, dan sebagainya, untuk mengukur kesan yang berpotensi pada kadar pertukaran. Tambahan lagi, memandangkan Kanada adalah salah satu pengeksport terbesar dunia, CAD mempunyai korelasi yang positif dengan harga minyak. Oleh itu, USDCAD juga mempunyai korelasi yang negatif dengan harga minyak.

Spread: Volum dagangan yang tinggi bagi pasangan ini menghasilkan spread yang agak rendah. Di FBS, spread minimum untuk USDCAD ialah 10 poin pada akaun Standard dan 2 poin pada akaun ECN.

1229-01.png

Kesimpulan

Secara keseluruhan, kombinasi antara kecairan yang tinggi, kemeruapan yang agak rendah dan spread yang ketat menjadikan pasangan yang tersenarai ini bermanfaat untuk para pedagang pemula. Untuk makluman, FBS menawarkan akaun Zero Spread kepada para pedagang, di mana bayaran spread tidak perlu kerana ia sentiasa 0.

Kesemua lima pasangan matawang yang diterangkan d sini ada tersedia secara meluas pada kebanyakan platform perdagangan Forex. Ini memudahkan para pedagang untuk mengakses dan memperdagangkan pasangan-pasangan tersebut dari mana-mana sahaja di dunia.

Lantaran kerana populariti pasangan-pasangan itu, maklumat mengenainya boleh ditemui dengan mudah, termasuk berita, analisis, dan strategi-strategi perdagangan. Faktor-faktor ini membantu para pedagang membuat keputusan termaklum dan sentiasa mengikuti perkembangan mutakhir pasaran.

Kesimpulannya, penting untuk diingat bahawa perdagangan mana-mana pasangan matawang melibatkan risiko, dan pedagang pada mana-mana peringkat harus sentiasa mempunyai pelan perdagangan yang kukuh dan menggunakan teknik-teknik pengurusan risiko yang betul untuk melindungi modal mereka dan meminimumkan potensi kerugian.

Sama ada anda baru berdagang atau seorang profesional yang berpengalaman, FBS dapat memenuhi pengalaman anda dengan pelbagai jenis jenis akaun. Pilih jenis akaun yang paling sesuai dengan keperluan anda, dan mula berdagang dengan FBS hari ini.

Soalan Lazim

Bagaimanakah cara untuk memilih pasangan matawang untuk didagangkan?

Untuk memilih pasangan matawang untuk didagangkan, seseorang pedagang harus mempertimbangkan beberapa kriteria – kecairan, kemeruapan dan spread. Kecairan yang tinggi memastikan spread yang ketat, manakala kemeruapan yang lebih rendah bermakna risiko lebih rendah untuk suatu pasangan.

Apakah yang paling mempengaruhi pergerakan pasangan matawang?

Pasangan matawang sangat meruap semasa penerbitan data-data ekonomi penting seperti kadar pengangguran, inflasi, KDNK dan mesyuarat-mesyuarat bank pusat. Jejaki peristiwa-peristiwa ini melalui Kalendar Ekonomi.

Matawang manakah yang paling kuat di dunia?

Dinar Kuwait adalah matawang rasmi Kuwait dan matawang tersebut adalah yang paling tinggi nilainya di dunia, dengan 1 KWD bersamaan 3.26 USD pada 1 Mac 2023. Baca artikel Matawang Terkuat di Dunia untuk mengetahui lebih lanjut tentang matawang-matawang yang kukuh di dunia.

  • 877

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera