1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Strategi Forex Terbaik Untuk Tahun 2022
2023-03-31 • Dikemaskini

Strategi Forex Terbaik Untuk Tahun 2022

Cover_642х361.png

Forex ialah pasaran kewangan yang terbesar dan paling cair di dunia, dengan volum perdagangan harian kira-kira $6.6 trilion. Pasar dibuka 24 jam sehari, kecuali pada hujung minggu. Pada tahun 2022, setiap hari penuh dengan peluang untuk membeli, menjual dan meraih pendapatan. Jadi, anda boleh mencuba membasahkan kaki di Forex hampir pada bila-bila masa, walaupun anda seorang pemula. Tetapi untuk bermula dalam perdagangan dan membuat wang, anda perlu memilih strategi perdagangan Forex yang akan membantu anda bermula dengan langkah kanan.

Cara untuk memilih strategi perdagangan Forex

Tidak ada jawapan mudah yang boleh diberikan bila bercakap tentang memilih strategi perdagangan Forex yang terbaik dan yang paling menguntungkan. Ini bermakna anda perlu memilih strategi yang sesuai dengan jenis personaliti dan gaya hidup anda. Bagaimana cara untuk melakukannya? Tanya diri anda, berapa banyak masa yang anda mahu luangkan untuk Forex. Adakah anda bersedia untuk menatap skrin sepanjang hari? Atau adakah anda lebih suka meluangkan hanya 30 minit sehari?

Setiap teknik perdagangan Forex adalah spesifik dan memerlukan kemahiran yang tertentu. Ia berbeza-beza terutamanya dari segi jangka masa, iaitu, selama mana seseorang pedagang itu mahu biarkan posisi yang dipegangnya kekal aktif. Sesetengah pedagang - contohnya, golongan scalper - berdagang pada rangka masa yang sangat singkat, manakala yang lain lebih suka berdagang untuk tempoh yang lebih panjang. Mari kita bincangkan dengan lebih terperinci.

Strategi perdagangan Forex yang terbaik pada tahun 2022

Scalping Forex, perdagangan harian (day trading), perdagangan swing dan perdagangan posisi ialah empat teknik perdagangan Forex yang popular yang telah terbukti akan berjaya pada tahun 2022. Ia berbeza dari segi tempoh masa yang terlibat, secara tipikalnya, dari jangka pendek hingga jangka panjang. Panduan ini akan memperkenalkan anda kepada strategi Forex yang terbaik.

1_642х200.png

Scalping

Scalping ialah strategi perdagangan yang terpantas di mana pedagang membuka dan menutup banyak posisi dalam masa hanya beberapa saat atau minit. Keuntungan dari satu urusniaga biasanya kecil dan berjumlah hanya 5-10 pip. Itulah sebabnya mengapa pedagang suka menggunakan satu tips perdagangan yang popular. Mereka menggunakan leverage seperti 1:500 dan menghasilkan wang yang agak lumayan sebagai hasilnya.

Biasanya, scalper lebih suka dagangkan pasangan Forex yang paling cair seperti EURUSD atau USDJPY. Jika anda ingin mencuba scalping, anda harus mencari broker dengan spread yang rendah dan pelaksanaan pesanan yang pantas.

Kebaikan

  • Dengan scalping, anda tidak perlu memahami analisis teknikal dan fundamental. Untuk berdagang, hanya ikut sahaja harga.
  • Dengan adanya leveraj dan akaun Cent, anda boleh bermula dengan deposit minimum hanya $1.

Keburukan

  • Scalper mesti mempunyai jiwa yang kental dan tindak balas ultra pantas.
  • Pilihan aset kewangan mungkin terhad kerana keuntungan sangat dipengaruhi oleh spread.

2_642х200.png

Perdagangan Harian (Day Trading)

Perdagangan harian satu lagi strategi jangka pendek yang direka untuk memperdagangkan mana-mana instrumen kewangan dalam tempoh satu hari. Dengan kata lain, semua posisi ditutup sebelum pasaran ditutup. Jika anda ingin berdagang untuk satu jangka masa yang singkat tetapi tidak selesa dengan scalping, perdagangan harian alternatif yang boleh dipertimbangkan. Ia mungkin teknik perdagangan Forex yang paling popular pada tahun 2022.

Secara purata, perdagangan secara aktif mengambil masa selama enam jam sehari. Manakala tentang keuntungan pula, pedagang harian biasanya meraih antara 20 dan 100 pip, bergantung pada instrumen. Oleh itu, pedagang "bertaruhan" bukan pada keuntungan tinggi daripada satu urusniaga tetapi pada bilangan urusniaga dan kelajuan pelaksanaannya.

Perdaganga intrahari sangat sensitif dengan sebarang berita pasaran. Itulah sebabnya acara yang berjadual seperti statistik ekonomi, kadar faedah, KDNK dan banyak lagi cenderung mempunyai kesan yang kuat ke atas pasaran. Anda boleh menemui semua acara ini di dalam Kalendar Ekonomi. Strategi ini akan menjimatkan masa anda dan membolehkan anda membuat keuntungan dengan cepat pada tahun 2022.

Kebaikan

  • Anda tidak membiarkan posisi anda berlanjutan ke hari seterusnya dengan perdagangan harian, jadi anda tidak perlu membayar swap.
  • Perdagangan harian membawa risiko yang lebih rendah berbanding strategi lain, lantaran dari keupayaan untuk menetapkan Renti Rugi (Stop Loss) yang tipis.

Keburukan

  • Strategi ini tidak sesuai untuk anda jika anda mempunyai pekerjaan sepenuh masa.
  • Anda perlu membuat keputusan perdagangan dengan pantas.

3_642х200.png

Perdagangan swing

Perdagangan swing ialah strategi perdagangan jangka sederhana di mana posisi dikekalkan aktif selama beberapa hari atau minggu. Sasaran pedagang adalah untuk masuk ke pasaran pada permulaan kitaran dan menangkap pergerakan semaksimum yang mungkin. Satu ciri yang tersendiri pada teknik ini ialah hanya urusniaga yang menguntungkan dikekalkan aktif. Jika harga berpatah balik, pedagang segera menutup urusniaga dan memalarkan kerugian.

Ramai orang memilih swing trading secara intuitif. Sebagai contoh, seorang pedagang harian membuka posisi tetapi melihat bahawa potensinya masih belum habis pada penghujung hari dan memutuskan untuk melanjutkan posisi tersebut ke hari berikutnya. Lantaran itu, beliau meningkatkan keuntungannya. Di samping itu, beliau mempunyai lebih banyak masa untuk memikirkan rancangan tindakannya yang seterusnya.

Kebaikan

  • Tidak seperti perdagangan harian atau scalping, satu-satu urusniaga perdagangan swing boleh membawakan keuntungan yang sangat mengagumkan.
  • Ia memerlukan masa yang lebih singkat dan kurang pengawasan daripada anda.

Keburukan

  • Untuk mereka yang baru hendak bermula ia agak suakr, kerana strategi ini memerlukan sekurang-kurangnya pengalaman yang minimum.
  • Pedagang swing sering terlepas trend Forex jangka panjang.

4_642х200.png

Perdagangan posisi

Peragangan posisi ialah strategi jangka panjang yang memerlukan pedagang membiarkan urusniaga terus aktif untuk satu jangka masa yang panjang. Pedagang posisi mengekalkan posisi selama beberapa minggu, bulan, dan dalam sesetengah kes sehingga bertahun. Sasaran teknik perdagangan Forex ini adalah untuk mengenal pasti trend pasaran, membeli, dan menjual apabila trend mencapai kemuncaknya.

Untuk membuat keuntungan, pedagang posisi perlu mengenal pasti harga masuk dan keluar yang betul. Itulah sebabnya kemahiran dalam analisis fundamental dan analisis teknikal adalah satu kemestian.

Kebaikan

  • Perdagangan posisi kurang memberikan tekanan berbanding perdagangan harian.
  • Anda boleh menggabungkan perdagangan posisi dengan pekerjaan harian anda kerana anda tidak perlu memantau urusniaga anda setiap hari.

Keburukan

  • Anda harus mempunyai deposit yang besar untuk membuat keuntungan besar kerana urusniaga jarang-jarang dilakukan.
  • Jika posisi kekal aktif untuk jangka masa yang lama, fi swap mungkin akan menjadi besar.

Strategi Forex: ringkasan

Mengenal pasti strategi perdagangan Forex yang berjaya adalah kunci kejayaan anda. Sama ada anda memilih perdagangan Forex scalping, harian, swing atau posisi, matlamat anda adalah untuk menghapuskan urusniaga yang rugi dan mencapai lebih banyak urusniaga yang menguntungkan. Lebih banyak latihan adalah lebih baik untuk mencapai keputusan yang baik.

Cari seksyen pendidikan yang terkamir di dalam Laman Peribadi FBS anda. Semua bahan pendidikan dibahagikan kepada tiga peringkat: Permulaan, Menengah, dan Lanjutan. Pelajaran adalah percuma, jadi cubalah mereka!

Baca lebih lanjut

  • 1506

Rasai Semangat Berpasukan

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera