1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Pelaburan Selamat Terbaik 2023
2023-04-11 • Dikemaskini

Pelaburan Selamat Terbaik 2023

cover.png

Pada tahun 2022 para pelabur di seluruh dunia telah mengalami masa yang amat sukar. Apabila ekonomi global terjejas kerana krisis geopolitik baharu, kesan-kesan selepas pandemik COVID-19, dan harga minyak yang tinggi, banyak syarikat mengalami kejatuhan produktiviti dan perolehan yang ketara, menyebabkan harga saham mereka merosot.

Selepas semua itu, ramai pelabur mula tertanya-tanya sama ada terdapat aset selamat yang boleh mereka curahkan pelaburan tanpa merisikokan modal mereka. Sebenarnya, terdapat beberapa pilihan untuk pelaburan yang selamat, dan dalam artikel ini kita akan melihat dan menganalisis kebaikan dan keburukannya.

Pelaburan Selamat Terbaik 2022-2023

Bertagan kripto (crypto staking)

Pilihan pertama pelaburan berpotensi yang selamat yang akan kita bincangkan ialah bertagan (staking) kripto.

Pada masa ini, pasaran kripto sedang melalui fasa bear. Terdapat banyak koin yang telah kehilangan hampir 99% daripada permodalannya, yang menjadikan pelaburan ke dalam pasaran kripto suatu peluang yang sangat menarik pada masa kini dengan nisbah risiko/ganjaran yang tinggi. Tambahan lagi, jika anda membuat keputusan untuk melabur dalam matawang kripto berdasarkan blockchain POS, anda bukan sahaja boleh memegangnya, tetapi juga tagankan ia dan perolehi pendapatan pasif.

Berikut ialah faedah-faedah utama yang anda boleh perolehi dengan bertagan kripto sebagai pelaburan:

  • Pendapatan pasif. Apabila anda bertagan matawang kripto, ia akan dikunci dalam dompet kripto anda untuk tempoh masa yang tetap, yang membantu menjamin keselamatan rangkaian tersebut. Dengan cara ini, para pelabur boleh memperolehi ganjaran — koin atau token — walaupun dalam pasaran bear apabila nilai matawang kripto merosot.
  • Meningkatkan permintaan. Bertagan boleh membantu meningkatkan permintaan untuk matawang kripto, yang seterusnya menyebabkan harganya meningkat. Bertagan memberikan kestabilan kepada pasaran, dan kestabilan ini boleh menghalang penurunan nilai matawang kripto dan juga membawa kepada penyongsangan dalam pergerakan harga, yang menjadikan bertagan sebagai pilihan pelaburan yang berpotensi menguntungkan.
  • Peningkatan populariti. Bertagan adalah cara yang terbaik untuk meningkatkan penggunaan dan populariti matawang kripto. Semakin ramai orang yang mula menggunakan matawang kripto, semakin selamatlah rangkaiannya, yang menjadikan ia lebih stabil dan membawa kepada pertumbuhan jangka panjang dan peningkatan nilainya.
  • Kos yang rendah. Berbanding dengan perdagangan atau perlombongan, bertagan adalah cara yang lebih murah untuk memanfaatkan matawang kripto. Apa yang anda perlu lakukan ialah memiliki sejumlah matawang tanpa perlu membeli peralatan mahal atau menghabiskan masa berjam-jam setiap hari di hadapan skrin komputer.

Seperti yang anda dapat lihat, bertagan kripto boleh menjadi pelaburan yang sangat menguntungkan, terutamanya semasa pasaran bear. Memandangkan pasaran kripto dijangka memasuki fasa bull dalam masa terdekat berikutan pengurangan separuh Bitcoin, sekarang mungkin peluang yang baik untuk menggunakan pilihan pelaburan ini untuk menjana pendapatan pasif dan melihat nilai matawang kripto anda berkembang dengan cepat.

Emas

Emas adalah logam berharga dan komoditi fizikal yang telah digunakan sejak zaman dahulu. Selama berabad-abad, ia berperanan sebagai instrumen utama penyimpanan nilai dan melindungi kekayaan dalam pelbagai kebudayaan di seluruh dunia, dan kini ia dianggap sebagai salah satu pilihan pelaburan yang paling selamat.

Terdapat beberapa sebab mengapa melabur dalam emas mungkin merupakan langkah bijak, antaranya adalah:

  • Perlindungan terhadap inflasi. Inflasi adalah perkara yang berbahaya apabila ia melibatkan pelaburan. Apabila kos sara hidup meningkat, nilai matawang boleh turun dengan ketara. Dalam kes ini, emas boleh berfungsi sebagai pelaburan yang stabil kerana ia telah memperlihatkan bahawa ia boleh mengekalkan dan meningkatkan nilainya dari semasa ke semasa.
  • Permintaan yang meningkat. Emas adalah logam yang biasa digunakan dalam pengeluaran barang kemas dan teknologi, yang bermakna ia mempunyai aplikasi lain selain sebagai produk pelaburan. Memandangkan ekonomi global terus berkembang, permintaan untuk produk-produk ini dan secara langsung emas itu sendiri sebagai bahan juga akan meningkat, yang mendorong harga logam itu untuk naik lebih tinggi lagi.
  • Pemilikan oleh bank pusat. Sejak beberapa tahun yang lalu, bank-bank pusat di seluruh dunia telah meningkatkan pemilikan emas mereka secara aktif. Ini bermakna mereka menganggap logam berharga ini sebagai aset yang selamat dan yakin ia akan terus mengekalkan nilainya dalam masa terdekat. Memandangkan trend ini belum berakhir dan dijangka akan berterusan, kami secara munasabah boleh mempercayai bahawa permintaan untuk emas dan harganya akan juga meningkat.
  • Pempelbagaian. Emas ialah logam berharga, dan ia beroperasi dengan cara yang berbeza daripada saham dan bon. Jika anda ingin mempelbagaikan portfolio pelaburan anda dan melindung nilai daripada potensi risiko, emas adalah cara yang terbaik untuk memastikan kestabilan pelaburan anda.

Kesimpulannya, pelaburan dalam emas boleh menjadi cara terbaik untuk melindung nilai daripada inflasi dan potensi risiko lain, mempelbagaikan portfolio anda dan melindungi wang anda dalam tempoh ketidaktentuan ekonomi ini.

Saham ETF

Dana Dagangan Bursa atau ETF (Exchange-Traded Fund) terdiri daripada sekumpulan aset (saham, matawang, kripto, dll). Apabila anda melabur dalam ETF, wang anda akan dilaburkan dalam semua aset-aset yang membentuk dana tersebut. Ini memberi anda peluang yang baik untuk melaburkan wang anda dengan risiko yang minimum kerana ETF mempunyai beberapa kelebihan yang memastikan pelaburan anda selamat:

  • Pempelbagaian. Memandangkan pembelian saham ETF bermakna melabur dalam satu rampaian saham, ia mengurangkan risiko kerugian jika salah satu saham tersebut berprestasi buruk. ETF membantu mempelbagaikan portfolio anda tanpa perlu mencari pelaburan secara manual.
  • Mudah untuk didagangkan. Salah satu kelebihan utama ETF ialah ia boleh dibeli dan dijual di bursa saham, tidak seperti dana amanah (mutual fund). Ini berguna terutamanya dalam pasaran yang tidak menentu apabila para pelabur perlu dapat membeli atau menjual ETF dengan segera jika pasaran mula bergerak dalam arah yang tidak diingini.
  • Kos yang rendah. ETF lebih murah berbanding dana amanah, dan ini memberi anda peluang yang lebih baik untuk memaksimumkan keuntungan anda dengan kos yang lebih rendah.
  • Akses kepada syarikat berprestasi tinggi. Sesetengah ETF mereplikasi dan menjejaki indeks utama (seperti S&P 500), yang bermakna ia termasuk saham beberapa syarikat berprestasi tinggi dalam pasaran saham AS. Oleh itu, melabur dalam ETF boleh membantu anda untuk meraih keuntungan daripada pertumbuhan syarikat-syarikat ini tanpa perlu membeli saham mereka secara individu.

Memandangkan pasaran saham AS baru-baru ini mengalami kejatuhan, terdapat kemungkinan besar yang ia akan pulih pada 2023. Pelaburan dalam ETF saham sekarang, ketika syarikat-syarikat yang terkandung di dalamnya dinilai rendah, boleh memberi anda peluang untuk memanfaatkan potensi pertumbuhan ini dan pada masa yang sama tidak merisikokan wang anda pada pelaburan individu.

1143-01.png

Dana REIT

Amanah pelaburan hartanah, atau REIT (Real Estate Investment Trusts), adalah syarikat-syarikat yang memiliki hartanah-hartanah komersial yang digunakan untuk menjana pendapatan. Jika seseorang melabur dalam dana REIT, mereka boleh mula memperolehi agihan pendapatan yang dihasilkan oleh portfolio hartanah ini tanpa perlu membeli hartanah. Pada tahun 2023, melabur dalam dana REIT boleh menjadi cara terbaik untuk melindungi dan mengembangkan modal anda, dan berikut adalah sebab-sebabnya:

  • Pendapatan yang andal. Hartanah-hartanah komersial menjana pendapatan untuk pemiliknya melalui pembayaran sewa yang berterusan, yang bermakna para pelabur yang mempunyai perkongsian dalam dana REIT akan memperolehi pendapatan yang stabil. Memandangkan permintaan untuk hartanah sewa dijangka tidak akan merosot pada tahun ini, pilihan pelaburan ini dapat memastikan bahawa para pelabur mendapat keuntungan yang andal secara kekal.
  • Pempelbagaian. REIT mengandungi berbilang hartanah, yang bermaksud bahawa jika salah satu daripadanya berprestasi buruk, ia tidak akan meninggalkan kesan ke atas dana REIT itu sendiri. Kepelbagaian ini kurang berisiko berbanding melabur dalam satu hartanah sahaja dan ia melindungi modal anda daripada potensi kerugian.
  • Mudah. Anda boleh membeli dan menjual dana REIT di bursa saham tanpa perlu bersusah payah membeli hartanah sendiri dan menguruskan kertas kerja yang tidak diperlukan. Ini juga berguna apabila anda perlu membeli atau menjual dana anda dengan cepat jika pasaran bergerak dalam arah yang tidak menguntungkan anda.
  • Pengurusan yang profesional. Anda tidak perlu menguruskan sendiri dana REIT. REIT diurus oleh pengurus-pengurus profesional yang menganalisis pasaran dan memilih hartanah yang sepatutnya dimasukkan ke dalam dana. Ini amat berguna terutamanya jika anda tidak banyak pengetahuan tentang hartanah dan tidak bersedia untuk membuat keputusan yang serius mengenai aset sepeti ini.

Seperti yang anda tahu, hartanah sentiasa menjadi pilihan yang popular untuk pelaburan kerana harga hartanah cenderung untuk meningkat mengikut peredaran masa. Tetapi tidak semua orang mempunyai modal yang mencukupi untuk memiliki hartanah. Itulah sebabnya dana REIT merupakan pilihan pelaburan selamat yang hebat, terutamanya sekarang ini apabila pasaran pulih dari tempoh ketidaktentuan.

Bon Perbendaharaan AS

Bon Perbendaharaan adalah sekuriti hutang yang dikeluarkan oleh Jabatan Perbendaharaan AS. Apabila anda melabur dalam bon Perbendaharaan, anda pada dasarnya meminjamkan wang anda kepada kerajaan AS untuk tempoh masa tertentu dan mendapat faedah tetap sebagai balasannya. Jika anda sedang mencari pilihan pelaburan yang lebih selamat, berikut ialah sebab-sebab mengapa anda boleh mempertimbangkan untuk melabur dalam bon Perbendaharaan:

  • Keandalan. Tidak seperti bon-bon korporat yang dikeluarkan oleh syarikat yang mungkin akan mungkir (dafault), bon Perbendaharaan disokong oleh kerajaan. Tambahan lagi, bon Perbendaharaan AS mungkin pilihan pelaburan yang paling boleh dipercayai kerana kerajaan AS tidak pernah gagal membayar hutang. Ini menjadikan bon Perbendaharaan AS salah satu pelaburan yang paling selamat di seluruh dunia.
  • Pendapatan yang stabil. Jika anda melabur dalam bon Perbendaharaan, anda akan mendapat bayaran faedah yang stabil dan tetap, yang boleh menjana pendapatan tetap. Bon Perbendaharaan juga cara yang terbaik untuk mempelbagaikan portfolio pelaburan anda bagi memastikan anda akan mempunyai sumber pendapatan yang boleh dipercayai walaupun pelaburan anda yang lain tidak berhasil.
  • Bebas risiko. Pelabur yang membeli bon perbendaharaan hampir tidak menanggung risiko. Mereka meminjamkan wang kepada kerajaan, yang merupakan penghutang yang paling dipercayai di pasaran kewangan. Jika anda memegang bon sehingga tempoh matangnya, anda dijamin akan mendapat kembali pelaburan awal anda.
  • Ketersediaan. Anda boleh membeli bon Perbendaharaan secara langsung daripada kerajaan atau daripada pasaran bon sekunder. Anda juga tidak perlu memegang bon tersebut sehingga tempoh matang dan boleh menjualnya di pasaran bon. Anda juga boleh membeli bon Perbendaharaan sebagai sebahagian daripada dana amanah atau ETF.
  • Kelebihan cukai. Walaupun pendapatan daripada bon Perbendaharaan tertakluk kepada cukai persekutuan, anda tidak perlu membayar cukai negeri atau tempatan ke atas pembayaran faedah yang anda dapat daripada bon anda.

Kesimpulannya, bon Perbendaharaan AS adalah salah satu pilihan pelaburan yang paling selamat untuk para pelabur pada tahun 2023 kerana ia tidak terjejas oleh ketidakstabilan dalam pasaran kewangan dan disokong oleh kerajaan AS.

Kesimpulan

Walaupun dengan keadaan ekonomi semasa, masih ada cara untuk melabur wang anda tanpa mendedahkan diri anda kepada risiko yang tinggi. Pilihan pelaburan selamat anda untuk adalah termasuk bertagan kripto, emas, saham ETF, dana REIT, dan bon Perbendaharaan AS. Ia menyediakan nisbah risiko/ganjaran yang baik dan perlindungan terhadap turun naik pasaran. Anda juga boleh menggabungkan pilihan-pilihan ini untuk mempelbagaikan portfolio anda dan memastikan pelaburan anda terus membawa keuntungan walaupun sesetengah daripadanya mempunyai prestasi yang tidak baik.

SOALAN LAZIM

Bagaimanakah caranya untuk melaburkan wang dengan selamat?

Untuk melaburkan wang dengan selamat, anda boleh melabur dalam ETF. Dengan cara ini anda boleh mempelbagaikan portfolio pelaburan anda dan melindung nilai daripada risiko jika salah satu pelaburan mempunyai prestasi yang tidak baik.

Apakah pelaburan yang paling selamat dengan pulangan tertinggi?

Saham sentiasa menjadi aset yang paling menguntungkan untuk melabur. Walau bagaimanapun, memandangkan pelaburan dalam saham pada masa ini sangat berisiko, anda boleh melabur dalam saham ETF dan menjana keuntungan daripada pertumbuhan syarikat tanpa merisikokan keseluruhan modal anda.

Di manakah tempat untuk melaburkan wang dengan selamat?

Anda boleh melabur wang anda dengan selamat dalam emas, bon Perbendaharaan AS, saham ETF, dana REIT. Jika anda memiliki matawang kripto, anda boleh tagankannya dan menerima koin atau token sebagai ganjaran atas sokongan terhadap operasi blockchain.

Apakah pelaburan paling selamat sekarang?

Memandangkan ketidaktentuan ekonomi global semasa, bon Perbendaharaan AS kini pilihan pelaburan yang paling selamat. Ia menawarkan pelabur pendapatan yang stabil berdasarkan faedah tetap dan disokong oleh kerajaan AS.

  • 211

Rasai Semangat Berpasukan

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera