1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Waktu Terbaik untuk Berdagang Forex: Hari dan Waktu Terbaik untuk Berdagang Forex Menurut Statistik
2023-05-08 • Dikemaskini

Waktu Terbaik untuk Berdagang Forex: Hari dan Waktu Terbaik untuk Berdagang Forex Menurut Statistik

PRNEW-1998 Best days for Forex Trading_cover.png

Ramai pedagang di seluruh dunia masih tercari-cari rahsia di sebalik waktu terbaik untuk berdagang Forex. Tetapi adakah ia benar-benar wujud? Kami berterus terang kepada anda: tidak ada. Namun, jangan biarkan fakta ini menghilangkan semangat anda. Hasil daripada analisis statistik yang teliti, anda boleh melihat kunci kepada perdagangan yang berjaya ialah pada pola yang berulang. Ini adalah perkara yang kami lakukan. 

Tetapi sebelum kita terus ke topik, ini adalah sedikit penafian:

Reviu berikut telah dilakukan berdasarkan kepada statistik prestasi para pelanggan FBS berdasarkan negara/instrumen sepanjang tahun 2019 Ia bukan bertujuan untuk mencadangkan nasihat yang sesuai secara universal bagi setiap keadaan kerana data berbeza-beza dari satu wilayah ke wilayah yang lain dan ia berdasarkan kepada angka semata-mata, bukannya analitik. Sungguh pun begitu, ia memberikan wawasan yang berharga terhadap pemilihan masa yang terbaik dan faktor-faktor lain yang mampu meningkatkan prestasi perdagangan anda.

Bilakah waktu terbaik untuk berdagang Forex?

Kami menganalisis prestasi perdagangan komuniti FBS, yang mempunyai ahli lebih daripada 20 juta orang di seluruh dunia. 

Perkara-perkara yang kami dapat kenalpasti adalah:

  • Hari terbaik untuk berdagang Forex mengikut negara/pasangan matawang
  • Waktu terbaik untuk berdagang Forex mengikut negara
  • Instrumen memberi keuntungan tertinggi untuk tahun lepas
  • Mengapakah maklumat ini penting?

Bilakah waktu terbaik untuk berdagang forex di seluruh dunia?

Anda boleh menjadi seorang guru Forex, tetapi kadang kala anda hanya perlu untuk memunculkan diri pada masa yang tepat. Pasaran tidak bergerak dengan sendirinya, tetapi ia bergerak oleh disebabkan individu dan institusi yang beroperasi padanya — dan mereka mempunyai pola tingkah laku dan tabiat masing-masing.

Pakar-pakar FBS telah menganalisa tingkah laku para pedagang dari hampir 60 negara untuk melihat pada hari apakah mereka membuat paling banyak keuntungan.

Inilah dapatan yang kami perolehi:

  • Waktu terbaik untuk berdagang di Amerika Latin adalah pada hari Selasa. Dan hari Khamis bukanlah hari yang terbaik untuk berdagang.
  • Hari Isnin sehingga Rabu adalah waktu terbaik untuk berdagang di Eropah. Ini merupakan hari-hari yang memberikan keuntungan tertinggi.
  • Sama seperti di Eropah, waktu terbaik untuk berdagang di Asia adalah hari Selasa dan Khamis.  
  • Kawasan Timur Tengah dan Afrika Utara tidak mempunyai waktu terbaik yang khusus untuk berdagang. Keuntungan adalah hampir sama untuk sepanjang minggu. Itu yang kita mahukan!
  • Waktu terbaik untuk berdagang di Afrika adalah pada hari Isnin dan selebihnya aktiviti yang perlahan untuk sepanjang minggu dan pasaran Afrika sunyi pada hari Jumaat.

PRNEW-1998 Best days for Forex Trading_2.png

Bilakah waktu terbaik untuk berdagang Forex?

Pasaran Forex tidak pernah tidur tetapi bukan setiap masa sepanjang hari tersebut adalah sesuai untuk berdagang. Jadi, pilihan terbaik adalah berdagang semasa pasaran sangat aktif. Dan ini berlaku semasa pertindihan sesi perdagangan yang berbeza.

Ini adalah senarai petindihan sesi perdagangan: 

  • A.S./London: 8 a.m. sehingga tengah hari. Ini merupakan tempoh yang paling optimum yang mempunyai kemeruapan tertinggi.
  • Sydney/Tokyo: 2 a.m. sehingga 4 a.m. Walaupun ia tidak semeruap seperti pertindihan A.S./London, rangka masa ini masih menyediakan peluang untuk berdagang dengan pasangan matawang yang ideal adalah EUR/JPY.
  • London/Tokyo: 3 a.m. sehingga 4 a.m. Ini pertindihan yang paling tidak menguntungkan dengan terlalu sedikit peluang perdagangan yang efisien.

Hari terbaik dalam suatu minggu untuk membuka pesanan berdasarkan pasangan matawang

Seperti yang dijangka, ada "chemistry" di antara hari Isnin dan banyak pasangan matawang, termasuk kebanyakan major. Tidak hairanlah — urusniaga tertangguh pada hujung minggu, tetapi ia tidak bermakna ekonomi berhenti. Bila minggu baru bermula, pasaran dibanjiri oleh para pedagang yang kelaparan, dan pada waktu inilah keajaiban berlaku.

Bagaimana pun, pesanan-pesanan EURUSD cenderung untuk memberi lebih banyak pulangan pada hari Jumaat, dan ini juga mudah dijelaskan: hujung minggu bakal menjelma!

Instrumen perdagangan yang paling menguntungkan bagi tahun 2022

Tahun 2022 bermula dengan mengejut oleh disebabkan isu geopolitik. Ia sudah menjejaskan pasaran jadi tiada cara untuk memberitahu apa yang akan berlaku. Tetapi kita masih boleh membuat spekulasi. Ini merupakan senarai yang kami rasakan perlu diberi perhatian oleh para pedagang untuk beberapa bulan mendatang.

Dolar AS merupakan salah satu instrumen yang cenderung untuk membuat kenaikan apabila berlakunya ketidaktentuan. Sekiranya kecenderungan ini berterusan, USD bakal menjadi matawang paling berpotensi memberikan keuntungan besar untuk tahun 2022.

Instrumen lain yang perlu diberikan perhatian, semestinya, minyak. Merujuk kepada peristiwa yang berlaku pada awal tahun 2022, minyak sangat meruap. Bulan-bulan berikut ini kita mungkin menyaksikan minyak mencapai paras tertingginya, jadi ini merupakan instrumen yang perlu diberikan perhatian.

Beberapa kripto juga dijangka akan menjadi perhatian. Ini sememangnya benar bagi Ethereum, Aave, Shiba Inu, Curve, Decentraland, dan Ripple. Bitcoin, semestinya, tidak akan kemana-mana dalam waktu terdekat ini, dan masih lagi menjadi altcoin termahal di dunia. 

Sepanjang trend kripto kini, latar belakang ekonomi sebenar akan mendorong pengguna ke arah koin yang menawarkan privasi dan kerahasiaan yang paling baik. Dua pilihan yang bermungkinan dipilih dalam hal itu ialah koin Monero dan Zcash.

Pengajaran dan pelajaran

Jadi, apakah pengajaran yang statistik-statistik ini berikan? 

Pertama sekali, bila bercakap tentang perdagangan, lebih banyak yang anda tahu lebih baik — anda tidak tahu bila suatu data itu akan diperlukan.

Kedua, menggunakan pengalaman komuniti sentiasa merupakan pilihan terbaik untuk dilakukan. Sila beri perhatian: sila buat pertimbangan, dan jangan ikut secara membuta tuli! Lagipun, menurut Nassim Taleb, perkara yang tidak dijangka akan memberikan keuntungan terbaik.

Adakah pola perdagangan anda sejajar dengan statistik bagi wilayah anda?

Baca lebih lanjut

  • 2901

Rasai Semangat Berpasukan

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera