1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Penseparuhan Bitcoin 2024
2024-03-13 • Dikemaskini

Penseparuhan Bitcoin 2024

MDP-1794 _Bitcoin Halving 2024_ What to Know_, FBS Blog.png

Bahan ini bukanlah satu seruan untuk berdagang, nasihat atau cadangan perdagangan, dan ia tidak lebih daripada sekadar satu pemakluman sahaja.

Pada 24 April tahun ini, penseparuhan Bitcoin yang seterusnya akan berlaku. Anda bakal ketahui mengapa ia berlaku, bagaimana ia memberi impak pada pasaran matawang digital, dan bayank lagi di bawah ini.

Baca artikel ini daripada penganalisis FBS untuk ketahui lebih lanjut tentang proses yang terlibat dan bersedia untuk penseparuhan Bitcoin 2024 yang akan datang.

Apakah itu 'penseparuhan Bitcoin'?

Penseparuhan Bitcoin ialah acara signifikan yang berlaku kira-kira setiap empat tahun atau selepas 210,000 blok dilengkapkan. Proses ini menyebabkan pengurangan ganjaran perlombongan sebanyak 50%. Penseparuhan Bitcoin direka untuk memperlahankan kadar Bitcoin baharu diperkenalkan.

Ini akan berterusan sehingga jumlah bekalan mencapai had 21 juta koin, kira-kira tahun 2140. Dengan kira-kira 19.5 juta Bitcoin dalam peredaran sehingga Oktober 2023, pendekatan kepada had ini menandakan bekalan terhad dan sifat deflasi Bitcoin, akhirnya mengalih insentif pelombong kepada yuran transaksi bagi mengekalkan keselamatan rangkaian.

Mengapa Bitcoin diseparuhkan?

Penseparuhan Bitcoin ialah ciri fundamental protokol Bitcoin yang direka untuk mengawal bekalannya dan mencerminkan bekalan terhad, serupa dengan logam berharga. Matlamat utama proses ini termasuk:

  • Had bekalan. Ini memastikan pendekatan beransur-ansur kepada had maksimum Bitcoin iaitu 21 juta koin, menjadikannya lebih terhad sepanjang masa berlalu.
  • Melawan inflasi. Mengurangkan kadar Bitcoin baharu memasuki peredaran ialah langkah deflasi yang memelihara nilai Bitcoin terhadap inflasi matawang fiat.
  • Menggalakkan keselamatan rangkaian. Apabila ganjaran daripada perlombongan berkurang, yuran transaksi menjadi lebih penting, menyediakan insentif berterusan untuk para pelombong mengekalkan keselamatan rangkaian.
  • Peningkatan nilai jangka panjang. Penseparuhan BTC cenderung mendapat perhatian pasaran, membawa kepada potensi lonjakan harga disebabkan jangkaan pegurangan bekalan.

Akibatnya, penseparuhan Bitcoin menekankan bekalan terhad Bitcoin, mendorong keselamatan rangkaian, dan menyokong kenaikan harganya.

Bagaimanakah penseparuhan Bitcoin berfungsi?

Penseparuhan Bitcoin mengurangkan ganjaran perlombongan untuk transaksi Bitcoin, memperlahankan kadar Bitcoin baru dicipta dan dimasukkan dalam peredaran. Acara ini dijadualkan berlaku setiap 210,000 blok, kira-kira setiap empat tahun, dan dijangka berterusan sehingga penseparuhan ke-32 yang dianggarkan pada tahun 2140.

Penseparuhan adalah penting kepada reka bentuk Bitcoin kerana ia menyokong bekalan yang terkawal dan mencerminkan simpanan nilai yang terhad serupa dengan logam berharga.

Apakah yang berlaku semasa penseparuhan Bitcoin terakhir?

MDP-2224_MS.pngHarga BTC semasa penseparuhan dan 365 hari kemudian

Penseparuhan Bitcoin terakhir berlaku pada 11 Mei, 2020. Ia meruapakan titik perubahan yang signifikan untuk mtawang kripto ini, mengurangkan ganjaran perlombongan daripada 12.5 kepada 6.25 Bitcoin per blok. Perubahan dalam dinamik bekalan ini membuka jalan untuk trend bullish yang mendorong nilai harga menaik daripada $6,877.62 pada April 11, 2020, satu bulan sebelum penseparuhan, kepada $8,821 pada masa acara. Walaupun mengalami sedikit kemeruapan, harga Bitcoin terus menaik sepanjang tahun berikutnya, mencapai $49,504 menjelang 11 Mei 2021.

Kenaikan harga pasca penseparuhan adalah konsisten yang diperhatikan selepas penseparuhan 2012 dan 2016, di imana tempoh pertumbuhan yang paling signifikan berlaku selepas acara penseparuhan.

Walaupun terdapat penurunan harga yang besar kira-kira 12-17 bulan selepas setiap penseparuhan, harga menjadi stabil jauh melebihi aras pra-penseparuhan, mengukuhkan kesan positif acara penseparuhan ke atas nilai jangka panjang Bitcoin.

Perdagangan penseparuhan Bitcoin

4.png

Penseparuhan 2012, 2016, dan 2020 dan trend bullish 12-bulan yang berikutnya

Lonjakan harga biasanya diperhatikan enam hingga dua bulan selepas penseparuhan, membolehkan pedagang membina strategi untuk hasil jangka sederhana dan jangka panjang, bukannya keuntungan segera.

Strategi Perdagangan Efektif untuk Penseparuhan Bitcoin termasuk:

  • Pemegangan Jangka Panjang (HODLing). Trend silam mencadangkan pemegangan BTC sepanjang penseparuhan boleh memberikan pulangan yang signifikan, kerana nilai Bitcoin cenderung menaik apabila bekalan berkurang.
  • Menggunakan analisis teknikal. Analisis teknikal membantu mengenal pasti masa terbaik untuk beli dan jual. Penunjuk dan pola utama boleh memberi amaran tentang kemeruapan tinggi yang dikaitkan dengan penseparuhan.
  • Kepelbagaian Portfolio. Pendekatan ini bertindak sebagai lindung nilai terhadap ketaktentuan pasaran. Mempelbagaikan pelaburan merentas matawang kripto dan kelas aset lain mengurangkan risiko kemeruapan harga akibat penseparuhan.
  • Perdagangan Termaklum. Mengikuti trend pasaran dan indikator ekonomi global adalah kritikal. Sentimen pelabur, kemas kini pengawalseliaan dan perkembangan ekonomi boleh mempunyai kesan signifikan pada nilai pasaran BTC.

Selamat untuk katakan bahawa campuran strategik data silam, analisis pasaran dan kesedaran tentang acara semasa adalah penting untuk menavigasi penseparuhan Bitcoin. Pendekatan ini membolehkan pedagang menguruskan kemeruapan pasaran dan mengoptimumkan potensi kelebihan penseparuhan BTC.

Bilakah tarikh penseparuhan Bitcoin yang seterusnya?

MDP-2279 (2).pngJadual penseparuhan Bitcoin sebelum ini dan akan datang

Penseparuhan Bitcoin 2024 akan berlaku sekitar April 2024. Acara ini serentak dengan blok rantai mencapai tonggak blok 740,000. Penseparuhan 2024 akan mewakili detik penting dalam evolusi matawang digital, mengukuhkan pendekatan sistematik untuk menguruskan bekalannya.

Setelah mengalami tiga penseparuhan signifikan pada 2012, 2016 dan 2020, Bitcoin menunjukkan strategi bekalan yang dirancang dengan teliti. Detik penting ini berfungsi sebagai fungsi mekanisme bekalan inovatif Bitcoin dan menjelaskan selok-belok kadar penemuan blok boleh memberi kesan kepada pemasaan penseparuhan masa akan datang. Dinamik ini menekankan tarikan berterusan Bitcoin sebagai subjek penelitian dan spekulasi yang sengit dalam dunia kewangan dan menyerlahkan peranan tersendiri dalam landskap ekonomi yang lebih luas.

Penseparuhan Bitcoin: peristiwa utama

3.png

Bagaimana harga BTC berubah dari semasa ke semasa selepas penseparuhan

Penseparuhan Bitcoin, yang berlaku kira-kira setiap empat tahun atau selepas 210,000 blok dilengkapkan, adalah peristiwa penting dengan implikasi yang meluas untuk ekosistem matawang kripto. Kesan langsung terhadap perlombongan dan pengaruhnya yang berkekalan terhadap harga Bitcoin dan persepsi pasaran menjadikannya satu peristiwa penting dalam sejarah mata wang digital. Memahami butiran teknikal dan kesan acara penseparuhan sebelum ini adalah penting untuk memahami mengapa ia dianggap bullish untuk Bitcoin.

Dari segi sejarah, acara penseparuhan telah dikaitkan dengan trend kenaikan harga Bitcoin yang besar. Trend ini boleh dikaitkan dengan prinsip ekonomi asas bekalan dan permintaan. Apabila ganjaran perlombongan untuk blok baru diseparuhkan, kadar Bitcoin baru yang dijana juga berkurang. Akibatnya, dengan kadar pertumbuhan bekalan yang berkurangan dan mengandaikan permintaan yang berterusan atau meningkat, harga Bitcoin berkemungkinan mengalami trajektori menaik. Pola ini telah diperhatikan selepas peristiwa penseparuhan yang sebelumnya, menandakan korelasi konsisten antara penseparuhan dan pergerakan harga yang positif.

Penseparuhan mempunyai kepentingan untuk nilai jangka panjang Bitcoin atas beberapa sebab yang menarik. Pertama, ia mengukuhkan sifat terhad Bitcoin. Dengan had bekalan terhad sebanyak 21 juta koin, setiap acara penseparuhan membawa Bitcoin lebih dekat kepada bekalan maksimumnya, meningkatkan kekurangan dan potensi nilai seunit.

Tambahan pula, penseparuhan menekankan sifat deflasi Bitcoin, sangat berbeza dengan matawang fiat yang terdedah kepada inflasi melalui pencetakan wang tanpa had oleh kerajaan dan bank pusat. Jadual bekalan Bitcoin yang boleh diramal dan kadar terbitan yang berkurangan menjadikannya lindung nilai yang menarik terhadap inflasi dan simpanan nilai yang boleh dipercayai dalam jangka panjang.

Kesimpulan

Penseparuhan Bitcoin 2024 adalah acara yang telah lama dinantikan, dan mencerminkan pendekatan unik matawang kripto ini dalam menguruskan bekalan dan menyerlahkan kekurangan bekalannya. Mekanisme penseparuhan membezakan Bitcoin daripada matawang fiat kerana ia mempunyai strategi pengurangan bekalan yang boleh diramal dan boleh dikawal, memastikan ia menarik dan mengekalkan nilai jangka panjang.

Menjelang penseparuhan 2024, komuniti matawang kripto memantau dengan teliti potensi kesan ke atas harga Bitcoin, ekosistem perlombongan dan keseluruhan dinamik pasaran.

Acara penseparuhan adalah kritikal untuk melonjakkan harga Bitcoin dan tanggapan pasaran, dan bekalan terhad yang disebabkan oleh acara ini mendorong trend bullish pada bulan-bulan berikutnya. Untuk pelabur dan pedagang, memahami implikasi penseparuhan adalah kritikal untuk menetapkan strategi dan menavigasi pasaran matawang kripto.

Perhatikan acara berkaitan BTC dengan FBS dan siapkan diri untuk keuntungan semasa penseparuhan 2024 yang akan datang. Ketahui lebih lanjut tentang perdagangan Bitcoin dan kripto lain menggunakan berita dan bahan-bahan pendidikan percuma yang disediakan oleh FBS.

Soalan Lazim

Bilakah penseparuhan Bitcoin seterusnya pada 2024?

Penseparuhan Bitcoin 2024 dijangka berlaku pada bulan April. Penseparuhan 2024 akan mengurangkan ganjaran blok untuk pelombong sebanyak separuh, membawa kepada pengurangan kadar penciptaan Bitcoin baru.

Adakah harga BTC akan menaik selepas penseparuhan?

Trend silam mencadangkan bahawa penseparuhan 2024 boleh mencetuskan lonjakan harga seperti yang telah berlaku semasa acara penseparuhan sebelum ini. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk tahu bahawa prestasi masa silam tidak menandakan keputusan masa hadapan, dan harga Bitcoin dipengaruhi oleh pelbagai faktor.

Bilakah tarikh tepat penseparuhan Bitcoin?

Penseparuhan Bitcoin 2024 yang akan datang dijangka berlaku pada 24 April. Akibatnya, bekalan Bitcoin baru yang menyertai peredaran akan berkurang, yang boleh membawa kepada pengurangan tekanan menjual daripada pelombong. Penseparuhan Bitcoin telah dikaitkan dengan bekalan yang semakin terhad dan kenaikan berikutnya dalam harga Bitcoin, kerana bekalan yang berkurangan seringkali membawa kepada peningkatan permintaan.

Acara penseparuhan adalah bahagian penting dasar kewangan Bitcoin, direka untuk mengurangkan kadar Bitcoin baru dicipta secara beransur-ansur, akhirnya membawa kepada bekalan maksimum 21 juta Bitcoin.

Adakah penseparuhan bagus untuk kripto?

Penseparuhan BTC secara umumnya dilihat sebagai acara positif untuk matawang kripto, kerana ia mengurangkan kadar Bitcoin baru dicipta, seterusnya menyebabkan bekalan yang semakin terhad. Kekurangan ini berpotensi meningkatkan permintaan yang mampu bertukar kepada kenaikan nilai Bitcoin. Faktor-faktor positif lain penseparuhan Bitcoin adalah: kebolehramalan, kemampanan jangka panjang, meningkatkan perhatian pasaran, menuju kepada ekosistem perlombongan yang lebih sihat dan mampan untuk industri.

  • 1095

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera