1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Retrospektif Bitcoin Dan Merenung Ke Masa Hadapan
2023-04-03 • Dikemaskini

Retrospektif Bitcoin Dan Merenung Ke Masa Hadapan

2018 tampak seperti keratan rentas untuk tindak-tanduk bitcoin secara keseluruhan – amat sukar diramal, meruwap, memberikan harapan besar dan kemudian mencurinya dalam sehari. Matawang ini memulakan 2018 dengan gah, mengekalkan harganya di puncak tertinggi sejak matawang kripto ini dicipta.

Namun, ketika 2018 baru memasuki Februari pasaran Bitcoin telah melutut, merayu meminta kestabilan selepas merudum hampir 40%. Inilah bagaimana ia telah membuka pintu untuk trend bearish. Malang sekali, ia tidak berjaya meruntuhkan pola ini untuk sepanjang tahun. Pada penghujung Februari dan April ada dinamik yang positif tetapi alangkan saat-saat yang begini pun berakhir secara sistematik dengan dakwat merah.

1_bitcion_640x360.jpg

Majoriti yang mengharapkan penembusan bullish telah dipanah petir pada 4 Disember, bila harga Bitcoin jatuh ke bawah $4,000. Mereka yang optimis mengatakan ia masih lebih baik dari musim panas tahun sebelumnya sementara golongan pesimis pula menjangkakan Santa Claus tak akan datang lalu melepaskan pegangan aset mereka.

Tiada siapa yang memberikan apa-apa jaminan, dan inilah dia perkara yang paling mengecewakan yang boleh berlaku terhadap bitcoin. Sungguh pun begitu, sebelum menyerah kepada panik, mari kita bermuhasabah.

Apakah yang mempengaruhi Bitcoin

  • Media Massa dan Influencer Kewangan

Pengamal Bitcoin mendakwa kelebihan utama dunia kripto adalah kemandiriannya dari faktor mikroekonomi dan geopolitik. Walaupun begitu, menjadi sebahagian dari dunia digital, Bitcoin sangat dipengaruhi oleh serangan maklumat dan pendapat para pelabur, penganalisis kewangan dan personaliti-personaliti berpengaruh di dunia teknologi dan perdagangan.

Kenyataan negatif oleh pakar-pakar Forbes atau Bloomberg cenderung membuat Bitcoin jatuh, begitu juga berita tentang peraturan ketat dan pengharaman matawang kripto di Asia, contohnya. Wang digital perlukan sedikit udara segar di medan pertempuran media massa, tapi sehingga itu terjadi ia akan terus lemah dan terancam.

  • Serangan Penggodam

Mustahil untuk uptrend kembali jika asas teknologi Bitcoin tidak dapat dibuktikan selamat dan stabil. Angka mudah yang membuatkan para pelabur jadi tidak keruan pada 2018: CoinCheck - $500 juta lesap kerana digodam di Jepun; Coinrail - $40 juta di Korea Selatan.

Wang tersebut lesap dan satu-satunya jawapan kepada soalan yang mendera "kenapa" adalah kurangnya pengaturcara yang berbakat dan berpengalaman. Bayangkan, ini adalah kata-kata yang keluar mulut CoinCheck, pengurup matawang kripto terbesar di Jepun. Amarah para pelabur adalah reaksi yang memang masuk akal.

Bagaimana pun, selepas episod malang tersebut, keselamatan didakwa menjadi kebimbangan utama. Syarikat-syarikat pengurup kripto di seluruh dunia mula mengimplementasikan dasar kawalan selia yang ketat dan mencipta sistem pemantauan yang konsisten.

  • Kepentingan Para Pedagang

Lebih tinggi harga, lebih prestij dan keuntungan yang dijanjikan kepada para pembeli. Lebih lama pasaran matawang kripto berada di fasa tenang tanpa pemulihan, semakin merudum minat pasaran dan harga akan mencecah semua aras pesimistik yang mungkin.

Seterusnya bagaimana?

Sekiranya anda menjangkakan bull run yang kuat, berikan pasaran bitcoin masa untuk matang atau berhenti berharap?

2_bitcion_640x360.jpg

Pengamal kripto degil dan yakin. Mereka teurs menguar-uar keyakinan mereka pada kegemilangan masa hadapan Bitcoin dan Altcoin. Walaupun setelah kejatuhan baru-baru ini, mereka memasang impian besar meramalkan Bitcoin berada pada $20,000 di tahun 2019. Mereka mewajarkan unjuran ini dengan penubuhan Bitcoin ETF dan penerimaan oleh The United States Securities and Exchange Commission (SEC) yang sudah lama dinanti-nantikan.

ETF adalah Exchange-Traded Fund yang akan menggunakan Bitcoin sebagai aset utamanya. Para pelabur tidak akan mempunyai kontak langsung dengan wang digital, yang mana ini memberikan perlindungan yang andal untuk wang mereka. ETF berjanji untuk mengambil semua tanggungjawab untuk insuran pelanggan. Ia pastinya menjadikan matawang kripto lebih andal dan menarik bagi komuniti ini.

Tarikh akhir untuk kelulusan ETF adalah pada penghujung Februari. Walaupun penganjur ETF kekal optimistik, pesuruhjaya yang berkerja dengan SEC mengingatkan orang ramai bahawa proses kelulusan boleh mengambil masa yang lama. Sungguh begitu, beliau menekankan bahawa penginstitusian kripto lambat laun akan terjadi juga.

Satu lagi petanda baik untuk dunia kripto adalah penubuhan “Mediterranean Seven” - sekumpulan 7 negara EU yang bersetuju untuk menggalakkan penggunaan teknologi blockchain. Peneraju pertubuhan ini adalah Perancis dan Malta. Malta dianggap sebagai negara yang paling berminda terbuka dan progresif dalam konteks matawang digital dan peraturan blockchain mereka yang fleksibel.

Pakar-pakar berkata penglibatan Malta dan penerimaan pihak berkuasanya memberi makna yang besar kepada masa hadapan bisnes kripto di Eropah. Ia akan beritndak sebagai penjamin ekosistem blockchain yang telus dan suasana yang mesra untuk startup.

Satu lagi peristiwa yang sama pentingnya untuk matawang digital adalah G20 baru-baru ini. Para pemimpin dunia dan gabenor-gabenor bank pusat telah bersetuju dengan deklarasi yang menzahirkan kehendak bersama untuk mengawal selia sektor kripto. Walaupun secara sekilas pandang, ini mungkin tampak seperti satu kekangan, jika anda renungkan peraturan-peraturan terperinci bersama dengan kerjasama hanya akan memberikan matawang kripto kebaikan. Ia akan menarik lebih banyak pelabur berwibawa, jadi lebih selamat dan menjurus kepada penggunaan teknologi blockchain oleh syarikat-syarikat besar.

Zen Pasaran Kripto

Pasaran "emas digital" pastinya bukan untuk mereka yang gemuruh dan melankoli. Dengan harganya yang seperti ribut, analitik yang serba curiga dan tiada sumber-sumber andal untuk unjuran keuntungan, perdagangan mampu bertukar jadi mimpi ngeri buat khalayak yang tidak berpengalaman.

Berikut ada beberapa nasihat cara-cara mengelakkan stres jika anda sudah terbabit dalam kancah ini.

3_bitcion_640x360.jpg

Berhenti memeriksa app anda untuk setiap pergerakan harga, walaupun harga sedang menjunam. Jangan abaikan gambaran besar. Orang yang terlibat mulai dari zaman awal telah melihat Bitcoin naik dari $1 kepada $1000, kembali kepada $200, dan kemudian $16,000. Jim Smigiel, CIO untuk "absolute return strategi" di SEI Investments, berkata: "Melihat pada sesuatu yang kemeruwapannya sebegitu tinggi setiap masa tidak kondusif untuk kesihatan mental seseorang pelabur." Jika anda mahu teruskan berdagang di pasaran yang meriah begini, beli vitamin untuk memperbaiki saraf anda dan cubalah berfikir dengan strategik.

Sentiasa ingat bahawa anda hidup di zaman pelaburan kripto yang mencabar. Era "Nuclear Winter" berlaku berulang-ulang dalam kitaran dan trend semasa pasti akhirnya akan tamat juga.

Seperti kata seorang ideologist bitcoin di Twitter, The Crypto Dog:

Tidak ada sebab munasabah untuk kita mengharapkan Bitcoin untuk memasuki bull market dari bawah, ia akan ambil masa. Fasa sekarang adalah peluang besar untuk mula merancang posisi bagi bull cycle seterusnya.

Baca lebih lanjut

  • 2118

Rasai Semangat Berpasukan

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera