1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Broker: Apakah Peranan Mereka?
2023-12-21 • Dikemaskini

Broker: Apakah Peranan Mereka?

Pic_1_642х361_cover.png

Apakah itu broker & apa yang ia lakukan?

Istilah 'broker' digunakan dalam pelbagai bidang, seperti hartanah, insurans, gadai janji, dll. Namun, kita sering mendengarkan perkataan ini apabila bercakap tentang kewangan dan perdagangan di pasaran kewangan.

Seseorang itu akan memerlukan broker apabila beliau ingin berdagang atau melabur di pasaran saham kerana beliau tidak boleh berurusan dengan bursa sekuriti tanpa melalui perantara. Justeru, urusniaga hanya boleh dilaksanakan oleh entiti perundangan yang berlesen — bank, syarikat pelaburan dan perbrokeran.

Apa itu broker?

Broker ialah sebuah organisasi bebas atau orang yang menguruskan transaksi kewangan bagi pihak lain. Dalam bahasa yang mudah, ia adalah perantara antara pelanggan dan penyedia perkhidmatan.

Kini, broker boleh dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan beberapa kriteria. Artikel ini akan menjelaskan mengenai syarikat perbrokeran, berkaitan dengan:

  • perkhidmatan yang mereka sediakan;
  • pasaran yang mereka lakukan.

Walaupun terdapat perbezaan pada kerja-kerja yang dilakukan oleh setiap jenis broker, kesemua mereka berkongsi beberapa persamaan, seperti fi yang dibayar untuk perkhidmatan mereka dan platform dalam talian yang digunakan oleh pelanggan untuk melaksanakan urusniaga.

Pic_2_642х361.png

Apakah itu broker perkhidmatan penuh?

Beberapa dekad yang lalu, broker adalah penasihat peribadi yang akan memberikan pendapatnya tentang apa yang wajar dibeli dan dijual berdasarkan situasi di pasaran. Jadi, orang ramai bergantung sepenuhnya kepada syarikat-syarikat seperti ini. Hari ini, mereka dipanggil broker perkhidmatan penuh (full service brokers).

Jadi, broker perkhidmatan penuh, atau penasihat kewangan, mempunyai pasukan penganalisis kewangan yang besar yang memantau pasaran dan memberikan rekomendasi kepada para pelanggan mereka. Selain itu, mereka juga mempunyai jabatan perbankan yang menyediakan akses kepada produk kewangan istimewa untuk pelanggan tertentu, seperti perkongsian terhad, pelbagai peluang pelaburan alternatif dan eksotik.

Justeru, firma pembrokeran perkhidmatan penuh menawarkan spektrum perkhidmatan yang meluas kepada pelanggannya. Itulah sebabnya mengapa yuran mereka lebih tinggi berbanding yuran broker-broker lain.

Apakah itu broker diskaun?

Tidak seperti broker perkhidmatan penuh, broker diskaun beroperasi untuk pelanggan yang lebih mandiri, yang melakukan sendiri penyelidikan pasaran dan bertanggungjawab sepenuhnya di atas perancangan kewangan masing-masing. Dengan membolehkan pelanggan mengurus sendiri urusniaga mereka, firma diskaun mengenakan komisen yang lebih rendah atau langsung tidak mengenakan komisen.

Antara kelebihan lain broker diskaun yang menarik ramai orang, terutamanya golongan pemula, ialah deposit yang minimum, bahan pembelajaran percuma dan banyak lagi. Selain itu, Internet telah menjadikan pelaburan dan pembelajaran lebih mudah diakses dan lebih terurus.

Dengan lonjakan teknologi yang luar biasa di abad ke-21, telah mendorong perkembangan perdagangan dan pelaburan dalam talian dengan mendadak. Pada zaman ini, sudah menjadi satu kelaziman bagi syarikat pembrokeran untuk menawarkan sekurang-kurangnya satu platform dalam talian yang membolehkan orang ramai melaksanakan urusniaga mereka.

Pic_3_642х361.png

Apakah itu broker forex?

Broker forex ialah syarikat yang menyediakan akses 24 jam terhadap pasaran pertukaran matawang asing, salah satu pasaran kewangan terbesar yang mengendalikan pasangan matawang. Organisasi Forex mencari harga yang terbaik di bursa sekuriti dan melaksanakan urusniaga beli dan jual seperti yang dipesan oleh pelanggan. Sudah tentu, syarikat-syarikat tersebut tidak bekerja secara percuma.

Jadi, broker forex menyediakan perkhidmatan kewangan dengan memberikan pelanggan akses kepada platform perdagangan untuk melaksanakan urusniaga, seperti membeli dan menjual matawang asing. Secara amnya, antara ciri-ciri perdagangan dengan firma pembrokeran forex:

  • tiada komisen (tetapi spread perlu dibayar),
  • leveraj yang tinggi (berisiko tinggi/ganjaran tinggi),
  • perkakas perdagangan percuma seperti carta dan analisis.

Apakah itu broker saham?

Saham didagangkan di pasaran saham, seakan-akan seperti pasar raya, tempat syarikat-syarikat menyenaraikan saham mereka, dan broker membantu orang ramai membeli dan menjualnya menggunakan platform dalam talian.

Jadi, broker saham, atau broker pelaburan, ialah syarikat kewangan yang pelanggannya membeli dan menjual saham menggunakan akaun perbrokeran. Tidak seperti firma perbrokeran forex, broker saham beroperasi dalam satu selang waktu operasi yang tertentu. Mereka juga mengenakan fi untuk perkhidmatan mereka.

Bagaimana cara memilih broker?

Pada masa kini, terdapat banyak sekali syarikat kewangan dan mereka cuba menarik pelanggan baharu dengan keuntungan yang besar dan kejayaan kewangan. Walau bagaimanapun, anda harus berhati-hati apabila memilih perkhidmatan broker yang mana yang mahu digunakan. Berikut beberapa perkara penting yang harus diberikan perhatian apabila memilih broker.

  • Reputasi. Broker yang boleh dipercayai haruslah jujur dan mendedahkan semua maklumat penting secara menyeluruh, termasuk risiko, kepada pelanggan mereka. Membesar-besarkan perkara yang kecil dan memberikan maklumat yang mengelirukan tidak boleh diterima sama sekali. Syarikat yang wajar dipercayai mendapat pengiktirafan orang ramai dan menerima anugerah dari pakar-pakar kewangan yang terhormat.
  • Kos dan yuran. Pastikan broker tidak mengenakan sebarang bayaran tambahan, seperti yuran tahunan, yuran tidak aktif, yuran untuk melanggan platform perdagangan mereka, dsb.
  • Aset. Untuk memastikan anda menikmati peluang kejayaan yang lebih cerah, pilih broker yang membariskan senarai aset kewangan yang lebih banyak dan pelbagai, iaitu, pasangan matawang untuk didagangkan.
  • Pendidikan. Adalah satu idea yang baik untuk terus kekal menggunakan servis dari broker yang menawarkan kursus percuma, panduan dan bimbingan, webinar, tutorial video, glosari, dsb.
  • Akaun demo. Opsyen ini yang amat berguna bagi mereka yang mahu mencuba pasaran Forex dengan menggunakan wang maya di suasana pasaran sebenar. Berdagang menggunakan akaun Demo adalah cara yang terbaik untuk menimba pengalaman tanpa perlu menanggung risiko dan membuat deposit.

Pic_4_642х361.png

FBS adalah broker jenis yang bagaimana?

FBS ialah broker perdagangan dalam talian antarabangsa yang bergiat di pasaran pertukaran Forex. Syarikat itu ditubuhkan pada tahun 2009 dan kini mempunyai lebih 23 juta pedagang aktif di lebih 150 negara, dari Malaysia dan Indonesia sehinggalah ke Amerika Latin.

Reputasi

Pelanggan memberikan penilaian yang sangat tinggi untuk perkhidmatan syarikat ini, dan semua ulasan mereka boleh diakses dengan mudah di pelbagai laman web, yang memberikan markah penarafan untuk broker. Selain itu, FBS telah menerima lebih dari 60 anugerah. Tahun lalu, 2021, telah membawakan beberapa anugerah yang berprestij untuk syarikat ini dan produk-produknya:

  • Best Forex Broker - Thailand (11th-year Global Banking & Finance Awards 2021);
  • Best Trading Broker - South East Asia (The European Global Banking & Finance Awards 2021);
  • Best Social Trading Platform Indonesia 2021 11th year Global Banking & Finance Awards (Global Banking & Finance Review);
  • Best Mobile Copy Trading Application LATAM (The European Global Banking&Finanace Awards 2021);
  • Best Mobile Trading Platform Europe (The European Global Banking & Finanace Awards 2021).

Fi dan kos

FBS tidak mengenakan komisen, suatu tarikan besar bagi para pelanggan. Tiada fi dan kos tambahan, kecuali spread, yang rendah dan bermula dari satu pip sahaja. Ini bermakna anda akan membayar perbezaan antara harga belian dan jualan. Tiada yuran ketidakaktifan atau pengeluaran dikenakan. Deposit minimum $1 juga sangat menarik.

Buka akaun

Aset-aset

FBS menyediakan pelbagai jenis instrumen perdagangan untuk para pelanggannya. Laman web rasmi mereka menyenaraikan 28 pasangan kewangan biasa dan 15 aset Eksotik Forex. Walaupun FBS ialah broker Forex, ia turut menawarkan banyak instrumen perdagangan lain, seperti logam, tenaga dan indeks.

Berdagang

Pendidikan

FBS juga ada menyediakan seksyen pendidikan yang terkamir di dalam produk-produknya, seperti FBS Trader dan FBS CopyTrade. Semua bahan tutorial disertakan bersama dengan contoh sebenar, tips praktikal, video dan juga pembantu maya. Selain itu, maklumat yang diberikan juga mudah diterima oleh semua peringkat pengguna, kerana pelajaran tersebut dibahagikan kepada beberapa tahap, daripada golongan pemula yang tidak mempunyai pengetahuan kewangan sehinggalah kepada pedagang yang berpengalaman bertahun-tahun.

Akaun demo

Supaya pengguna boleh mengaplikasikan ilmu yang mereka perolehi di seksyen pendidikan, FBS menawarkan dua jenis akaun Demo — akaun Demo Standard dan akaun Demo Crypto. Inilah yang diperlukan oleh pemula yang ingin belajar tetapi belum bersedia untuk risiko dan deposit, dan untuk pedagang pro yang mahu menguji strategi baharu.

Cuba akaun Demo

Pic_5_642х361.png

Soalan Lazim

Apakah itu broker?

Di dunia kewangan, broker ialah syarikat atau orang persendirian yang mengendalikan transaksi kewangan bagi pihak lain. Jadi, mereka adalah perantara antara pelanggan dan penyedia perkhidmatan.

Individu tidak boleh pergi ke pasaran kewangan tanpa broker kerana urusniaga hanya boleh diuruskan oleh organisasi sah yang berlesen — bank, syarikat pelaburan, dan syarikat perbrokeran.

Apakah itu broker perkhidmatan penuh?

Broker perkhidmatan penuh ialah penasihat kewangan yang meninjau pasaran kewangan dan memberikan anda nasihat sama ada anda wajar membeli atau menjual. Lazimnya mereka mengenakan fi untuk perkhidmatan mereka, pada kadar yang lebih tinggi berbanding fi broker jenis lain, contohnya seperti broker diskaun.

Apakah itu broker diskaun?

Broker diskaun menawarkan perkhidmatan untuk mereka yang sekadar memerlukan platform untuk melaksanakan urusniaga perdagangan. Broker ini tidak melakukan analisis pasaran untuk pelanggan dan tidak memberikan cadangan.

Apakah itu broker saham?

Broker saham membenarkan pelanggan menggunakan platform dalam talian untuk membeli dan menjual saham. Sama seperti syarikat broker lain, broker saham mengenakan fi untuk perkhidmatan mereka.

Apakah itu broker forex?

Broker forex menyediakan akses kepada pasaran pertukaran asing, salah satu pasaran kewangan terbesar yang mengendalikan matawang. Yang menariknya tentang pasaran Forex ialah ia boleh diakses 24/7. Tambahan lagi, syarikat-syarikat ini tidak mengenakan fi, sebaliknya mereka menjana pendapatan dengan spread, iaitu perbezaan di antara harga belian dan jualan.

Bagaimana cara untuk memilih broker?

Anda boleh mempertimbangkan beberapa perkara semasa memilih broker. Perkara pertama yang perlu diteliti ialah reputasinya — broker yang boleh dipercayai sentiasa menyerlahkan keandalan mereka dengan menjalin kerjasama bersama syarikat, jenama atau kelab sukan ternama.

Langkah seterusnya ialah bertanya tentang kos dan fi. Sesetengah broker mengenakan fi ke atas pelanggan mereka, seperti fi tidak aktif, fi tahunan atau fi langganan.

Jika anda seorang pemula dalam perdagangan, bahan pendidikan mungkin sangat membantu. Jadi, letakkan keutamaan anda pada syarikat yang menyediakan tutorial, panduan dan kursus percuma.

Pedagang yang berpengalaman, dan yang baru bermula, juga boleh menganggap akaun Demo sebagai satu kelebihan, kerana ia membolehkan anda menguji pengetahuan anda dan strategi baru.

Akhir sekali, fikirkan tentang kepelbagaian dan bilangan instrumen perdagangan yang ditawarkan. Lebih meluas cakupan aset, lebih tinggi peluang untuk membuat urusniaga perdagangan yang menguntungkan.

Baca lebih lanjut

  • 11387

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera