1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Multi-level Partnerships by FBS: Pengalaman Rakaniaga Multi-Level
2024-02-28 • Dikemaskini

Multi-level Partnerships by FBS: Pengalaman Rakaniaga Multi-Level

Cover.jpg

Multi-level Partnerships by FBS adalah suatu penambahbaikan bagi melengkapkan Program IB FBS sedia ada. Ia direka untuk mengembangkan pengalaman program rakaniaga, membantu IB kami untuk meningkatkan keuntungan mereka, dan membuka potensi penuh untuk kerjasama dengan FBS.

Sambil mengekalkan skim IB yang sama, Multi-level Partnerships by FBS memberikannya dimensi tambahan dengan mewujudkan peluang yang tidak terkira banyaknya untuk pertumbuhan pendapatan.

Disemak. Dirombak. Disambung

Multi-level Partnerships by FBS adalah iterasi baharu usaha multi-level sebelum ini. Rakaniaga FBS di seluruh dunia sangat menghargai program lama tersebut, jadi adalah sangat wajar untuk mencari jalan bagi mengadakannya kembali dan mengkamirkannya secara organik ke dalam Program IB FBS sedia ada.

Bagaimana ia berfungsi

Multi-level Partnerships by FBS mempunyai dua peringkat Rakaniaga: Peringkat A dan Peringkat B. Rakaniaga bagi setiap peringkat mempunyai pelanggan mereka sendiri yang telah mereka tarik sebelum ini melalui pautan referral. Peringkat A dan B masing-masing menerima komisen daripada perdagangan pelanggan mereka sendiri – iaitu melalui skim program rakaniaga tradisional. Walau bagaimanapun, ada satu nuansa penting yang perlu dipertimbangkan.

Peringkat A ialah peringkat Rakaniaga master, manakala Peringkat B pula ialah peringkat Rakaniaga referral yang terdiri daripada ahli-ahli komuniti Peringkat A. Dengan itu, Rakaniaga Peringkat A akan menerima komisen daripada pelanggan langsungnya dan 20% daripada pendapatan Rakaniaga referral. Ambil perhatian bahawa Rakaniaga Peringkat B masih menerima 100% pendapatannya; rakaniaga Peringkat A tidak mengambil sesen pun daripada keuntungan mereka.

Bagaimana cara untuk bermula

  • Daftar dalam Program IB FBS.
  • Buka seksyen pautan referral di Laman Rakaniaga.
  • Jana pautan "Jemput Rakaniaga" (kategori: Akaun, halaman: Jemput Rakaniaga).
  • Muat turun sepanduk promosi Program IB.
  • Mula menjemput Rakaniaga.

Multi-level Partnerships by FBS sememangnya begitu mudah. Program ini tidak mempunyai apa-apa helah yang tersembunyi dan, pada terasnya, menawarkan skim yang jelas dan mudah difahami: jemput Rakaniaga dan dapatkan komisen sebaik sahaja mereka mula memperolehi pendapatan.

Dengan Multi-level Partnerships by FBS, Rakaniaga Peringkat A menerima komisen tetap sebanyak 20% pendapatan Rakaniaga referral mereka. Komisen dibayar secara harian, 24/7. Mana-mana Rakaniaga Peringkat A akan mula menjana pendapatan apabila mereka berjaya menjemput seorang Rakaniaga dan dapat mengembangkan komuniti mereka dengan menjemput seberapa ramai Rakaniaga yang mereka mahu, memanfaatkan sepenuhnya apa yang boleh ditawarkan oleh pendekatan program multi-level. Peluang pendapatan yang tiada hadnya.

Tetapi mengapa pula ada yang mahu menjadi Rakaniaga Peringkat B?

Apa yang Rakaniaga Peringkat B akan dapat

Dengan menyertai Multi-level Partnerships by FBS sebagai Rakaniaga Peringkat B, beliau akan menerima faedah yang berikut:

  • Pengalaman dan bimbingan kerana Rakaniaga Peringkat A akan membimbing rakaniaga referral mereka di sepanjang perjalanan.
  • Komisen penuh – Rakaniaga Peringkat B boleh memperoleh sehingga 43% daripada spread.
  • Naik ke Peringkat A melalui pengembangan rangkaian.

Rakaniaga Peringkat B sama sekali tidak dihalang untuk berkembang dalam Multi-level Partnerships by FBS. Mereka boleh mengembangkan komuniti mereka dengan menjemput Rakaniaga mereka sendiri jika mereka memilih untuk naik pangkat ke Peringkat A. Jika tidak, Rakaniaga Peringkat B boleh menikmati hasil yang agak memberangsangkan dengan hanya menerima 100% komisen daripada perdagangan pelanggan mereka serta mendapatkan bantuan dan sokongan daripada Rakaniaga Peringkat A yang mereka sertai.

Menjadi Rakaniaga Peringkat B menawarkan pilihan. Ini adalah keadaan yang dirasakan menarik oleh ramai orang.

A+B.jpg

Bagaimana cara menarik Rakaniaga Peringkat B?

Peringkat A boleh menggunakan koleksi bahan pengiklanan dan promosi percuma yang terdapat di Laman Rakaniaga akaun mereka. Mereka akan menarik perhatian dengan meletakkan bahan tersebut pada laman web dan media sosial mereka, melampirkan pautan referral untuk diikuti oleh calon-calon Rakaniaga Peringkat B. Tab Laporan dalam Laman Rakaniaga akan menunjukkan statistik semasa tentang bilangan Rakaniaga yang menyertainya.

Sila lihat panduan-panduan daripada FBS untuk lebih banyak idea yang membantu:

Cuba Multi-level Partnerships by FBS sekarang

Sebagai Rakaniaga sedia ada, sesiapa sahaja boleh menikmati faedah rakaniaga multi-level. Apa yang diperlukan hanyalah pautan referral baharu untuk mula menjemput Rakaniaga Peringkat B yang seterusnya akan menarik pelanggan baharu mereka sendiri. Pedagang FBS sedia ada boleh menyertai Multi-level Partnerships dengan mendaftarkan akaun Rakaniaga dalam Program IB FBS.

Nota: Multi-level Partnerships mungkin tidak tersedia untuk sesetengah rantau. Rakaniaga IB FBS boleh menemukan butiran tersebut di Laman Rakaniaga mereka.

  • 946

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera