1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Pengetahuan Umum Adalah Perangkap Perdagangan
2023-03-13 • Dikemaskini

Pengetahuan Umum Adalah Perangkap Perdagangan

cover.png

Seperti mana perdagangan itu menguntungkan, sebesar itu jugalah risikonya, dan ini bukanlah satu rahsia. Ramai pedagang baharu menceburi dunia perdagangan tanpa sebarang perancangan atau strategi, dan ini menyebabkan mereka mengalami kerugian. Tetapi kesilapan lebih besar yang boleh mereka lakukan adalah apabila mereka mempercayai pengetahuan umum dan berfikir yang ini sudah cukup untuk memastikan urus niaga mereka menguntungkan.

Dalam artikel ini, kami akan membincangkan apa itu pengetahuan umum dalam perdagangan, bagaimana ia boleh memudaratkan pedagang, dan perangkap yang biasa menjerat pedagang, serta tips untuk mengelakkan perangkap tersebut.

Poin-poin utama

  • Pengetahuan umum termasuk maklumat asas yang diperoleh pedagang amatur daripada sumber pembelajaran, seperti strategi, pola, alatan, perisian, dsb.
  • Pengetahuan umum boleh menjadi perangkap jika pedagang mempercayainya secara membuta tuli serta tanpa menganalisis keadaan pasaran dan mengambil langkah pengurusan risiko.
  • Perangkap yang paling biasa dalam perdagangan adalah analisis yang keterlaluan ataupun overanalizing keadaan pasaran, berdagang tanpa perancangan, dan meletakkan kesemua duit dalam satu urus niaga, dan juga pengurusan risiko yang teruk.
  • Pedagang boleh mengelakkan perangkap ini dengan memberi lebih perhatian kepada keadaan pasaran semasa, membangunkan pelan pengurusan risiko yang terperinci, tidak hanya bergantung pada ramalan semata-mata, dan fleksibel dengan strategi perdagangan sendiri.

Apa itu Pengetahuan Umum?

Secara ringkasnya, semua maklumat yang dipelajari oleh pedagang baharu sebelum mula berdagang dianggap sebagai pengetahuan umum. Ini termasuk pelbagai strategi, indikator, dan tips dan helah lain yang biasanya boleh didapati daripada pelbagai kursus dan panduan bagi pemula.

Maklumat ini penting, ini tidak boleh dipertikaikan lagi. Tetapi pedagang amatur selalu menerimanya sebagai fakta yang tidak boleh disangkal lagi tanpa menyedari bahawa tiada apa-apa yang mutlak dalam perdagangan dan pola serta strategi yang mereka andalkan untuk meramalkan pergerakan harga masa hadapan ini tidak menjamin bahawa pasaran akan sentiasa bergerak dalam arah yang menguntungkan mereka. Tetapi sebab-sebab mengapa ini terjadi akan kita bincangkan sebentar lagi.

Bagaimana Pengetahuan Umum Boleh Menjadi Perangkap Perdagangan?

Terdapat beberapa sebab mengapa pengetahuan umum boleh menjadi perangkap perdagangan.

Pada dasarnya, pengetahuan umum sangat bergantung pada idea yang mengatakan bahawa pergerakan pasaran boleh diramalkan. Tetapi realitinya, ini adalah tidak benar. Perkara pokoknya di sini, ia biasanya digunakan oleh pedagang individu yang mempunyai modal yang terhad untuk berdagang. Jadi keputusan perdagangan mereka sebenarnya tidak mempengaruhi pergerakan pasaran. Tetapi apa yang mempengaruhi pasaran adalah keputusan institusi kewangan yang besar yang mempunyai jumlah modal yang sangat besar. Institusi inilah yang sebenarnya mengawal pergerakan harga aset, dan tiada pengetahuan umum yang boleh meramalkan tindakan mereka seterusnya.

Satu lagi aebab lain adalah perdagangan pada dasarnya adalah pertembungan antara pembeli dan penjual, yang cuba untuk mendapatkan manfaat daripada keadaan pasaran yang sama. Jika satu pihak untung, pihak yang satu lagi akan rugi. Mereka menggunakan strategi dan alat yang sama, memerhatikan pola yang sama; dan pengetahuan umum ini akan membantu satu pihak dan menjerat pihak yang satu lagi.

Ini menunjukkan bahawa kejayaan seorang pedagang tidak boleh dikaitkan dengan keupayaan mereka untuk menggunakan pengetahuan umum dalam perdagangan. Sebaliknya, ia bergantung pada faktor-faktor dan tingkah laku lain yang biasanya pedagang terlepas pandang semasa membuat keputusan.

trading_trap_1200x675_1_cover.png

Kesilapan Biasa dan Perangkap dalam Perdagangan

Analisis yang keterlaluan

Semasa pedagang baharu mula berdagang, biasanya di peringkat awal mereka tidak tahu apa yang perlu diperhatikan. Biasanya mereka akan cuba untuk menggabungkan kesemua maklumat tentang pelbagai perisian atau sistem perdagangan ke dalam strategi perdagangan mereka.

Mereka gagal untuk menyedari bahawa alat perdagangan yang berbeza sesuai untuk gaya perdagangan yang berlainan. Menggunakan setiap perisian perdagangan pada satu masa boleh jadi terlalu rumit dan memenatkan, membuatkan pedagang sukar untuk membangunkan strategi yang baik. Alat-alat yang berlainan juga boleh memberi keputusan yang bercanggah yang akhirnya akan lebih mengelirukan pedagang serta mengakibatkan kerugian pada masa hadapan.

Kurang perancangan atau disiplin

Mempunyai pelan perdagangan boleh membantu pedagang baharu untuk kekal dengan strategi mereka dan memahami matlamat dan keupayaan kewangan mereka. Tindakan berdagang tanpa perancangan dan persediaan adalah suatu tindakan yang kurang bijak dan boleh membawa kepada kerugian yang besar terutamanya apabila pedagang terpaksa berdepan dengan pergerakan pasaran yang tidak disangka-sangka. Tambahan lagi, berdagang tanpa perancangan yang jelas menjadikan pedagang lebih cenderung untuk bertindak mengikut emosi dan mindset perjudian.

Terlebih berdagang (Overtrading)

Sebab utama mengapa ramai pedagang gagal untuk mendapat keuntungan yang stabil daripada perdagangan adalah kerana kecenderungan mereka untuk berdagang dalam jumlah yang besar sejak dari awal. Terlebih berdagang atau overtrading boleh menyebabkan kos spread dan komisen pedagang terkumpul dengan banyak serta mengakibatkan dana mereka habis dengan lebih cepat. Supaya pedagang tidak berdagang secara berlebihan, mereka perlu membuat keputusan dengan berhati-hati dan mengambil tindakan yang lebih terancang sebelum mereka kehilangan semua dana yang mereka ada.

Pengurusan risiko yang teruk

Sesetengah pedagang tidak menerima kenyataan yang mereka boleh mengalami kerugian semasa berdagang, jadi mereka tidak membuat perancangan dengan teliti. Tetapi kerugian adalah sebahagian daripada adat dalam perdagangan, dan tidak mengendahkan perkara ini adalah suatu idea yang buruk. Sekiranya pedagang merasakan bahawa menyediakan strategi pengurusan risiko adalah terlalu rumit untuk dilakukan, mereka perlu mengehadkan jumlah perdagangan mereka ke tahap yang mereka selesa atau boleh diterima jika mereka mengalami kerugian.

Tidak mengawal duit

Pedagang yang mahir sekalipun boleh kehilangan fokus apabila mereka berdagang dengan menggunakan duit sebenar. Apabila melibatkan duit sebenar, sangat mudah bagi pedagang untuk terus membuat keputusan melulu dan menggunakan semua dana yang ada. Tetapi, perdagangan memerlukan perancangan dan kemahiran yang tersusun. Tidak mengehadkan jumlah dana yang anda ingin dagangkan akan membawa akibat yang buruk.

Tips Bagi Mengelakkan Perangkap Perdagangan

Berikut adalah beberapa tips bagaimana anda boleh mengelakkan kesilapan dan perangkap perdagangan ini:

  • Bersedia untuk situasi paling buruk. Walaupun anda berasa yakin dengan strategi anda, pastikan anda mempunyai alternatif lain jika pasaran bergerak menentang anda.
  • Jangan terlalu bergantung pada ramalan anda. Walaupun dengan indikator yang paling popular sekalipun, ini tidak bermakna indikator ini boleh dipercayai sepenuhnya, jadi awasi pergerakan harga untuk bertindak dengan pantas jika ramalan anda tidak menjadi kenyataan.
  • Rangka satu pelan perdagangan. Pelan atau perancangan perdagangan boleh membantu anda untuk sentiasa memantau kewangan anda dan elakkan daripada terlalu mengikut perasaan serta tindakan yang terburu-buru.
  • Minda yang terbuka. Sekiranya anda melihat pergerakan pasaran menyimpang daripada jangkaan anda, jangan jadi keras kepala, sebaliknya anda perlu mengubah strategi anda mengikut kesesuaian untuk menyelamatkan duit anda.
  • Jangan panik. Ia adalah lebih baik untuk kekal dengan satu strategi daripada sentiasa bertukar-tukar keputusan. Tukar strategi anda hanya apabila anda sangat yakin bahawa ia diperlukan dan kekal fokus.

Kesimpulan

Pengetahuan umum dapat membantu pedagang amatur untuk memahami perkara asas tentang perdagangan, tetapi ia bukanlah idea yang bagus untuk bergantung sepenuhnya pada kursus asas ini. Pastikan anda sentiasa menumpukan perhatian anda kepada bagaimana pasaran sebenarnya bergerak berbanding hanya kekal kepada ramalan anda, bangunkan strategi pengurusan risiko yang baik, dan anda boleh mengelakkan perangkap serta kesilapan berdagang yang biasa.

  • 1711

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

 1
 93
 355
 213
 1684
 376
 244
 1264
 672
 1268
 54
 374
 297
 61
 43
 994
 1242
 973
 880
 1246
 375
 32
 501
 229
 1441
 975
 591
 387
 267
 55
 246
 673
 359
 226
 257
 855
 237
 1
 238
 1345
 236
 235
 56
 86
 61
 61
 57
 269
 242
 243
 682
 506
 225
 385
 53
 357
 420
 45
 253
 1767
 1809
 593
 20
 503
 240
 291
 372
 251
 500
 298
 679
 358
 33
 594
 689
 241
 220
 995
 49
 233
 350
 30
 299
 1473
 590
 1671
 502
 224
 245
 592
 509
 39
 504
 852
 36
 354
 91
 62
 98
 964
 353
 44
 972
 39
 1876
 81
 962
 7
 254
 686
 850
 82
 965
 996
 856
 371
 961
 266
 231
 218
 423
 370
 352
 853
 389
 261
 265
 60
 960
 223
 356
 692
 596
 222
 230
 262
 52
 691
 373
 377
 976
 382
 1664
 212
 258
 95
 264
 674
 977
 31
 599
 687
 64
 505
 227
 234
 683
 672
 1670
 47
 968
 92
 680
 970
 507
 675
 595
 51
 63
 64
 48
 351
 1787
 974
 262
 40
 7
 250
 590
 290
 1869
 1758
 590
 508
 1784
 685
 378
 239
 966
 221
 381
 248
 232
 65
 421
 386
 677
 252
 27
 500
 34
 94
 249
 597
 268
 46
 41
 963
 886
 992
 255
 66
 670
 228
 690
 676
 1868
 216
 90
 993
 1649
 688
 256
 380
 971
 44
 1
 1
 598
 998
 678
 58
 84
 1284
 1
 681
 2
 967
 260
 263
00:00
00:00
00:00
01:00
02:00
03:00
04:00
05:00
06:00
07:00
08:00
09:00
10:00
11:00
12:00
13:00
14:00
15:00
16:00
17:00
18:00
19:00
20:00
21:00
22:00
23:00
23:00
23:00
00:00
01:00
02:00
03:00
04:00
05:00
06:00
07:00
08:00
09:00
10:00
11:00
12:00
13:00
14:00
15:00
16:00
17:00
18:00
19:00
20:00
21:00
22:00
23:00

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera