1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Kesilapan-Kesilapan Lazim Dalam Perdagangan dan Cara Mengelakkannya
2024-06-04 • Dikemaskini

Kesilapan-Kesilapan Lazim Dalam Perdagangan dan Cara Mengelakkannya

PRNEW-2632 Top 10 Common Trading Mistakes 1.png

Pernahkah anda terfikir apakah yang membantu semua profesional di Wall Street sehingga berjaya? Anda akan terkejut, tetapi kunci untuk mencapai sehingga ke tahap mereka ada terselindung di sebalik kesilapan-kesilapan mereka. Ya, itu benar. Kebanyakan pedagang profesional dan berjaya melakukan banyak kesilapan sebelum mereka sampai ke mercu kejayaan.

Kesilapan adalah perkara biasa dan kadang-kadang ia perlu kerana anda akan mempelajari sesuatu apabila ia berlaku. Yang penting di sini ialah jangan sekali-kali mengulangi kesilapan tersebut kerana sesetengah kesilapan mendatangkan kerugian yang amat besar. Justeru kerana itu, kami telah mengumpulkan 10 kesilapan perdagangan yang paling lazim untuk melindungi anda daripada kesilapan dan kerugian.

Senarai Top 10 kesilapan yang dilakukan oleh setiap pedagang pemula

Persiapan yang tidak mencukupi

Pasaran Forex agak mudah untuk diceburi, jadi orang ramai mengambil ringan tentang ilmu perdagangan. Pedagang pemula, terutamanya, berpendapat bahawa teori bukanlah masalah besar, dan mereka akan dapat menguasainya tanpa masalah dan bersusah payah. Walau bagaimanapun, realitinya ia tidak begitu.

Tanpa asas yang kukuh, anda tidak akan menghasilkan pelan perdagangan yang baik atau mungkin terlepas isyarat tentang urusniaga yang baik dan buruk. Kekurangan pengetahuan asas Forex sentiasa membawa kepada akibat yang tidak menyenangkan.

PRNEW-2632 Top 10 Common Trading Mistakes 2.png

Berdagang tanpa pelan dan strategi

Sudah menjadi satu perkara biasa di kalangan pemula untuk memasuki pasaran Forex dan mula mendagangkan beberapa instrumen secara melulu hanya kerana mereka menyukai aset tersebut. Selain dari itu, pedagang pemula juga sering bertindak berdasarkan pada beberapa strategi hanya kerana mereka memahaminya dengan lebih baik.

Berdagang secara intuitif dan tidak sistematik berkemungkinan besar tidak akan memihak kepada anda, walaupun ia memberi manfaat pada mulanya. Tanpa pelan dan strategi, anda mungkin panik apabila harapan dan kesukaan anda menyimpang dari jangkaan anda. Ia boleh menjurus kepada keputusan pasaran yang tergesa-gesa yang mengakibatkan kesilapan perdagangan.

Salah mengira nisbah risiko/ganjaran

Nisbah risiko/ganjaran ialah perbezaan antara titik masuk posisi dengan pesanan Renti Rugi dan Ambilan Untung. Ia digunakan untuk membandingkan jangkaan pulangan bagi suatu urusniaga dengan risiko yang diambil untuk mendapatkan pulangan ini.

Atas sebab tertentu, ramai pedagang percaya bahawa perdagangan yang keuntungannya lebih tinggi adalah lebih menguntungkan daripada yang keuntungannya lebih rendah. Kadangkala, idea ini malah membuahkan hasil, dan disebabkan nasib semata-mata, urusniaga yang potensi risikonya mengatasi potensi ganjaran, menang. Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan kes, berdagang dengan cara sedemikian adalah cara yang pasti untuk rugi dalam jangka panjang.

PRNEW-2632 Top 10 Common Trading Mistakes 3.png

Mengabaikan pengurusan risiko

Pengurusan risiko harus menjadi teras perdagangan anda kerana ia membantu mengurangkan kerugian. Berdagang tanpa pengurusan risiko adalah seperti terjun dari pesawat terbang tanpa payung terjun.

Terdapat beberapa cara dan teknik untuk melindungi diri anda daripada kerugian dan tidak terlepas peluang untuk menutup urusniaga dengan menguntungkan.

Tidak mengendahkan acara pasaran

Berita pasaran yang relevan adalah penting kerana peristiwa ekonomi mempengaruhi arah perdagangan sepanjang sesi perdagangan. Jadi, jika anda tidak awas dengan penerbitan laporan kewangan atau perolehan, anda mungkin terlepas kemeruapan.

Sebaliknya, fokus secara berlebihan pada berita juga boleh menjejaskan anda. Sejurus selepas pengumuman, spread antara harga bid dan ask selalunya jauh lebih tinggi daripada biasa. Ini menyukarkan anda mencari kecairan untuk keluar dari posisi pada harga pilihan anda.

PRNEW-2632 Top 10 Kesilapan Lazim Dagangan 4.png

Mengabaikan trend

Mengabaikan trend boleh membawa padah yang bukan kepalang. Berdagang melawan trend terlalu berisiko untuk pemain baharu, terutamanya pedagang pemula. Selain itu, berdagang dengan trend adalah mudah. Apa yang anda perlu lakukan ialah masuk posisi dan mengekalkannya selagi ia menghasilkan wang untuk anda.

Tidak menyimpan jurnal perdagangan

Sama ada beliau seorang pemula atau sudah berpengalaman, setiap pedagang perlu berusaha meneliti dan membetulkan kesilapan perdagangan mereka. Merekodkan semua urusniaga anda, baik yang untung mahupun yang rugi, membantu anda bermuhasabah tentang tindakan-tindakan yang telah membawa kepada akibat. Oleh itu, anda akan dapat menganalisis sekiranya strategi perdagangan anda sudah menjadi tidak relevan.

Jika anda mengabaikan analisis pasca dagangan, anda boleh bersiap sedia untuk menggulung tikar di pasaran Forex. Anda tidak boleh membuat pelan yang berkualiti untuk hari berikutnya jika anda tidak mengambil endah tentang kesilapan-kesilapan anda yang anda nampak dan faham bahawa ia satu kesilapan.

Masa yang salah

Anda semua tahu bahawa masa adalah wang. Ia adalah benar terutama sekali dalam perdagangan. Jika anda baru dalam pasaran Forex, jangan biarkan diri anda membuat keputusan berdasarkan gerak hati — beli dan jual berdasarkan perubahan harga yang dijangkakan. Rangka masa yang rendah mengganggu anda daripada membezakan trend harian. Anda boleh terlepas semua peluang baik untuk berjaya.

Beremosi

Anda masih ingat adegan di dalam filem-filem yang menggambarkan pedagang menghempas komputer riba mereka apabila urusniaga mereka tidak berjalan seperti yang diharapkan? Sesetengah pedagang lain kalah kepada panik bila berhadapan dengan pelan yang tidak berkesan, dan mula bertindak secara tidak rasional, cuba mendapatkan semula semua kerugiannya. Ketamakan dan panik membuatkan anda terlebih berdagang, berdagang secara agresif, atau menutup urusniaga yang menguntungkan terlalu awal.

Sungguh pun begitu, emosi yang positif sekali pun seperti kegembiraan yang luar biasa lantaran dari kejayaan pesanan yang ditutup cemerlang boleh menjadi titik penghalang yang serius dalam perjalanan anda untuk mencapai kejayaan.

Berdagang untuk keseronokan

Seperti yang dinyatakan di atas, perdagangan adalah perniagaan, dan matlamat setiap pedagang adalah untuk membuat wang. Tetapkan sasaran anda dan berusahalah untuk mencapai kebebasan kewangan anda. Jika anda berasa bosan atau tidak bernafsu untuk berdagang, berehatlah. Jangan biarkan filem Hollywood memperdaya anda. Berdaganglah dengan serius, dan ia akan mengupayakan anda untuk maju lebih dekat dengan impian anda.

PRNEW-2632 Top 10 Kesilapan Biasa Dagangan 5.png

Bagaimana cara untuk menghindari kesilapan perdagangan

Lakukan persiapan

Ramai pedagang yang berjaya memulakan pendidikan kewangan mereka lama sebelum mereka datang ke pasaran Forex. Namun, jangan bimbang. Anda tidak memerlukan ijazah untuk mula berdagang. Tiada siapa yang akan memberi tekanan kepada anda jika anda tidak mengetahui apa-apa strategi atau pola carta perdagangan. Namun begitu, untuk menunjukkan hasil yang baik, anda perlu faham apa yang anda lakukan.

Cari masa untuk mendalami Forex dan kembangkan kemahiran anda. Sama ada anda mempelajari beberapa teori kewangan pada hujung minggu atau hanya setengah jam setiap hari, pastikan anda melakukan ini secara berterusan.

Jadi, bagaimana caranya untuk mempersiapkan diri anda untuk berdagang dan bersahabat dengan pasaran Forex? Cara yang terbaik dan termudah ialah mencari broker yang boleh dipercayai. Mereka tidak sekadar menyediakan platform untuk berdagang kepada orang ramai. Broker membekalkan pedagang mereka dengan sesi pendidikan, seperti webinar dan seminar percuma, kursus dalam talian , tutorial, dsb.

Rancang perdagangan anda dan dagangkan rancangan anda

Lihat perdagangan sebagai satu perniagaan — buat penyelidikan, tetapkan sasaran, rangka strategi untuk mencapai sasaran yang ditetapkan, pertimbangkan amaun yang anda redha lihat terhangus, dsb.

Pada masa ini, anda juga boleh menguji strategi perdagangan anda dan potensinya sebelum mempertaruhkan wang anda. Sesetengah broker menawarkan akaun Demo kepada pedagang mereka.

Dengan perkataan lain, pelan yang menyeluruh mempersiapkan anda agar tidak dicengkam panik sekiranya situasi pasaran berubah. Jadi, rangka satu rancangan dan patuhinya.

Pertimbangkan nisbah risiko/ganjaran

Mengira nisbah risiko/ganjaran ialah satu peraturan yang perlu dipertimbangkan oleh setiap pedagang, sama ada seorang pemula atau profesional. Sebelum membuka posisi, tentukan potensi ganjaran. Ia sentiasa harus lebih besar berbanding potensi risiko.

Jadi, untuk mengira nisbah tersebut, anda perlu membahagikan jarak antara titik masuk perdagangan dan pesanan Renti Rugi (risiko) dengan jarak antara sasaran keuntungan dan titik masuk (ganjaran). Jika hasil pengiraan lebih besar daripada 1.0, risiko lebih besar daripada ganjaran.

Urus risiko

Terapkan pendekatan yang positif dan strategik untuk pengurusan risiko. Gunakan leveraj yang sesuai, kaji kebaikan Renti Rugi dan Ambilan Untung, teliti angka-angka urusniaga perdagangan dan harga. Semua ini membantu mencegah dan mengurangkan kerugian.

PRNEW-2632 Top 10 Common Trading Mistakes 6.png

Cakna tentang berita dan peristiwa ekonomi

Ikuti berita dan peristiwa ekonomi terkini untuk mengetahui tentang perubahan terbaru yang berlaku dan bersedia untuk bertindak. Rangka strategi yang mengambil kira kemeruapan.

Jangan ketinggalan detik-detik penting yang boleh menjejaskan perdagangan anda, pantau Kalendar Ekonomi dan Berita Forex.

Ikut trend

Pertama, anda perlu mengenal pasti arah trend untuk meraih manfaat daripadanya. Mengesan trend adalah mudah; lihat sahaja carta dan lihat sama ada pasaran naik atau turun. Lihat cara orang lain menggunakan trend dan bertindak berdasarkan trend 4 jam atau lebih panjang untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang proses tersebut. Bergerak mengikut arus.

Catat kesilapan anda

Jurnal perdagangan adalah bagus untuk mendapatkan gambaran keseluruhan. Ya, ia mungkin membosankan, tetapi ia amat membantu kerana ia memberi anda gambaran tentang kekuatan dan kelemahan anda sebagai seorang pedagang. Merekodkan kegagalan dan kemenangan anda ialah cara yang bagus untuk mengkaji cara anda berdagang dan pasaran itu sendiri.

Pilih masa yang tepat untuk bertindak di pasaran.

Adalah penting untuk menentukan rangka masa sebelum anda membuka posisi. Penentuan masa (timing) boleh membantu memahami sama ada perdagangan bakal berjaya atau tidak. Lakukan analisis teknikal dan fundamental. Itu akan membolehkan anda melihat jika anda ada membuat kesilapan.

Berdagang dengan kepala anda, bukan dengan hati anda

Jangan biarkan emosi anda menguasai fikiran. Setiap pasaran kewangan ialah medan perang sebenar di mana bulls dan bears bertarung untuk aset dan harga saham. Pergaduhan yang sama berlaku di dalam diri anda apabila anda melihat bahawa rancangan itu tidak berjalan seperti yang anda harapkan.

Apa juga emosi adalah jalan pintas menuju kemiskinan. Belajar untuk menundukkan mereka. Kekal fokus pada gambaran besar dan tetapkan sasaran yang realistik. Anda takkan boleh menjadi seorang billionaire menjelang sebelum hari Jumaat.

Fikirkan perdagangan sebagai satu perniagaan

Jika anda sudah pun menceburi dunia Forex, anda sudah bersedia untuk membuat keputusan yang ditimbang dengan teliti untuk naik sehingga ke puncak. Tetapkan fikiran anda untuk berjaya dan atasi semua halangan.

Kesimpulan

Anda tidak boleh belajar menyanyi jika takut nyanyian anda sumbang. Akhir sekali, apabila bercakap tentang kejayaan, anda hanya akan bercakap tentang kemenangan anda, mengelak daripada menyebut tentang nasib malang dan kepayahan. Prinsip yang sama juga terpakai untuk pedagang. Perdagangan adalah satu seni, dan pedagang perlu menggilap kemahiran dan pengetahuan mereka untuk mengatasi halangan.

Walau bagaimanapun, mengapa membuat kesilapan jika anda boleh mengelakkannya, terutamanya apabila wang menjadi taruhan. Simpan jadual ringkasan ini agar anda sentiasa beringat untuk tidak melakukan kesilapan perdagangan dan mengelak dari rugi.

Kesilapan-kesilapan perdagangan

Cara-cara untuk mengelakkannya

Persiapan yang tidak mencukupi

Belajar Forex dan berdagang seperti seorang profesional.

Berdagang tanpa pelan dan strategi

Buat rancangan dan gunakan strategi yang sesuai untuknya.

Salah mengira nisbah risiko/ganjaran

Tingkatkan peluang anda untuk mendapat keuntungan.

Mengabaikan pengurusan risiko

Urus risiko anda dengan menggunakan beberapa alat.

Tidak mengendahkan acara pasaran

Pantau peristiwa ekonomi dan belajar berdagang sempena berita.

Mengabaikan trend

Belajar mengenal pasti arah trend dan memanfaatkannya hampir sepenuhnya.

Tidak menyimpan jurnal perdagangan

Catatkan semua kegagalan dan kemenangan dalam jurnal perdagangan.

Memilih masa yang salah

Pilih masa untuk berdagang dengan bijak.

Beremosi

Kawal emosi anda.

Berdagang untuk suka-suka

Mindset seorang pedagang yang berjaya.

Baca lebih lanjut

  • 2721

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera