Program Introducing Broker (IB) FBS – Kaedah Baru untuk Untung
Hari ini, anda tidak akan menemui syarikat yang tidak mempunyai program rakaniaga. Di satu segi, memulakan program rakaniaga membantu syarikat meningkatkan kesedaran jenama dan produk. Dari satu segi, program rakaniaga akan mempromosikan rakaniaga, individu yang mewakili syarikat, dan perniagaan mereka dan ia akan meningkatkan pendapatan mereka. Jadi, ia merupakan kerjasama menang-menang untuk kedua belah pihak.
Sebagai sebuah syarikat fintech yang maju, FBS menawarkan peluang kepada pelanggannya untuk pertumbuhan kewangan dan juga profesional. Program Introducing Broker (IB) adalah pilihan terbaik untuk meningkatkan pendapatan dan juga untuk mengembangkan sesebuah perniagaan.
Program Introducing Broker FBS tersedia untuk setiap individu atau syarikat tanpa mengira pengetahuan atau latar belakang kewangan. Semua orang boleh menyertai program ini, sama ada pakar Forex, pedagang pemula, syarikat besar atau start-up.
Bagaimana Program IB berfungsi
Prinsip Program Introducing Broker FBS adalah mudah dan ringkas. Dengan menyertai program ini, anda menjadi seorang Rakaniaga FBS, atau introducing broker, wakil tempatan yang mempromosikan syarikat dan produk di wilayah anda.
Menggunakan pautan referral yang unik, anda memperkenalkan pelanggan anda kepada syarikat. Apabila orang baru menyertai FBS dan meneruskan perdagangan, anda menerima bayaran setiap hari sebagai komisen daripada dagangan mereka. Walau bagaimanapun, banyak lagi perkara yang anda perolehi apabila anda menjadi Rakaniaga FBS.
Faedah menjadi Rakaniaga FBS
FBS menyediakan terma yang kompetetif dan syarat-syarat kewangan yang menyenangkan. Syarikat menawarkan pelbagai kelebihan untuk Rakaniaganya:
- Komisen sehingga $80 bagi setiap lot yang pelanggan anda dagangkan.
- Kawalan penuh keuntungan anda: lebih aktif anda menarik pelanggan, lebih banyak pendapatan anda.
- Laporan kewangan terperinci untuk bilangan pelanggan dan komisen Rakaniaga anda.
- Analitik pemasaran untuk kegunaan pautan referral anda.
- Pengurus peribadi.
- Pelbagai pilihan bahan-bahan promosi percuma di dalam Laman Peribadi anda.
- Bahan-bahan promosi unik untuk kemajuan offline berdasarkan permintaan.
- Sokongan pelbagai bahasa 24/7.
Bagaimana untuk menarik dan mengekalkan pelanggan
Introducing broker boleh menghasilkan pelbagai cara untuk menarik pelanggan baharu kepada syarikat. Terdapat lebih banyak kaedah untuk mengekalkan pelanggan. Semuanya bergantung pada kehendak Rakaniaga untuk membangun, berkembang dan mencari kaedah yang menarik dan menguntungkan.
Ini adalah kaedah yang biasa digunakan oleh Rakaniaga FBS.
Jaringan sosial
Jaringan sosial ialah saluran yang sangat efisien untuk menarik pelanggan kerana ia mudah untuk digunakan. Selain itu, ia tersebar secara meluas dan tersedia untuk semua orang kerana ia tidak memerlukan perbelanjaan kewangan.
Pada hari ini, laman web jaringan sosial paling popular di dunia ialah Instagram, Facebook, Telegram, dan lain-lain lagi.
Pembukaan pejabat
Rakaniaga mewakili FBS di wilayah tempat tinggal mereka. Orang ramai, bakal pelanggan, akan cenderung untuk mempercayai sesebuah syarikat apabila mereka mempunyai peluang untuk melihat pejabatnya dan bertemu dengan pekerja. Itulah sebabnya membuka pejabat mungkin lebih efisien dalam mendapatkan lebih ramai pelanggan.
FBS menawarkan bantuan kewangan dalam penjenamaan pejabat anda dengan warna syarikat. Ia memberikan anda lebih ketulenan dan keandalan di kalangan pelanggan.
Mengadakan sesi pendidikan
Setiap hari semakin ramai orang berminat dalam perdagangan dan pasaran kewangan. Mengadakan webinar, seminar dan pelajaran offline merupakan perkakas yang hebat dan berkuasa untuk menarik pelanggan baharu.
Pertama, cara ini membayangkan komunikasi langsung di mana Rakaniaga boleh bertemu pelanggan mereka secara bersemuka dan membina kepercayaan. Kemudian ikatan ini mungkin berakhir dalam komuniti perdagangan yang akrab dan mesra, yang akan memikat pendatang baru.
Kedua, tawarakan pelanggan anda kemungkinan untuk belajar berdagang yang menguntungkan akan menambah lebih kredibiliti kepada Rakaniaga dan syarikat. Menyediakan sesi pendidikan untuk pedagang dari semua peringkat, Rakaniaga akan menunjukkan minat mereka bukan sahaja untuk meningkatkan pendapatan mereka tetapi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang perdagangan dan Forex.
Rebat
Untuk memotivasikan bakal pelanggan dan memberi ganjaran kepada yang sedia ada, Rakaniaga FBS boleh menawarkan rebat, bayaran balik sebahagian atau penuh yang dibayar daripada komisen Rakaniaga. Itulah sebabnya mengapa hanya Rakaniaga yang boleh menentukan jumlah yang mahu diberikan semula kepada para pelanggan mereka. Rebat boleh dibayar kepada setiap pelanggan rujukannya (referred client) atau kepada sekumpulan akaun secara serentak.
Bagaimana pelanggan disambungkan kepada akaun Rakaniaga
Jika anda sudah bersedia untuk menarik pelanggan baharu, ada satu perkara penting yang perlu diketahui. Terdapat beberapa cara untuk memastikan setiap pelanggan yang tertarik itu disambungkan pada Rakaniaga mereka dan membawa komisen kepada mereka.
Pautan referral
Rakaniaga boleh menghantar pautan referral mereka di laman web, kumpulan media sosial, dan sebagainya. Pautan mesti membawa pengguna ke mana-mana laman laman web FBS atau Laman Peribadi. Pengguna yang dibawa itu, yang telah mendaftar akaun dagangan, dikenal pasti oleh ketua referrer dan akan dimasukkan ke dalam kumpulan rakaniaga.
ID Rakaniaga
Pelanggan akan tersambung ke Rakaniaga dan termasuk dalam kumpulan Rakaniaga jika mereka memasukkan ID Rakaniaga ke dalam ruang tertentu semasa mendaftar akaun perdagangan baru. ID Rakaniaga boleh dilihat di dashboard Rakaniaga.
Bagaimana caranya untuk menjadi Rakaniaga FBS
Program Introducing Broker (IB) FBS ialah cara terbaik untuk meningkatkan keuntungan anda, mempromosikan perniagaan anda atau memulakan perniagaan baru. Menjadi Rakaniaga FBS membuka ufuk baru dan memberi peluang kepada semua orang untuk menjadi sebahagian daripada syarikat fintech antarabangsa yang berkembang pesat.
- Pergi ke laman web rasmi FBS dan pergi ke halaman Rakaniaga.
- Klik butang DAFTAR AKAUN RAKANIAGA.
- Isi nama dan emel anda ke dalam borang.
- Sahkan alamat emel dan Laman Peribadi anda.
- Cipta satu pautan referral dan pilih bahan-bahan promosi.
- Siarkan pautan di media sosial, laman web atau blog anda.
- Gandakan keuntungan anda dengan mengembangkan jaringan pedagang anda.
Sertai Program Introducing Broker FBS, tingkatkan keuntungan anda, dan naik ke tahap kekayaan yang baru. FBS menyediakan peluang untuk Rakaniaga mereka melakukannya dengan mudah dan pantas.
Baca lebih lanjut
- Selebriti-selebriti Yang Pernah Jadi Pedagang
- Amal Kebajikan Bersama FBS: Bantu Jadikan Dunia Tempat Yang Lebih Baik
- Pilih kumpulan aset anda untuk pelaburan jangka pendek!
- Perdagangan Sosial – Hit Baru Untuk Novis
- Krisis di negara-negara Amerika Latin. Apakah yang terjadi kepada Argentina pada 2019?
- Pasang impian. Tetapkan sasaran. Bertindak.
- Lagenda Dunia Kewangan