1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Jenayah Kewangan: 3 Tip Penting Untuk Mencegahnya
2023-07-18 • Dikemaskini

Jenayah Kewangan: 3 Tip Penting Untuk Mencegahnya

cover.png

Jenayah kewangan telah menjadi kebimbangan besar di skala global. Semua perniagaan mahu melindungi perusahaan mereka dan mengurangkan kebarangkalian ditipu dan menjadi mangsa penjenayah kewangan ini. Ini adalah senario yang paling ditakuti oleh setiap pemilik perniagaan. Walaupun begitu, terdapat langkah-langkah untuk meningkatkan pengesanan penipuan kewangan dan mengurangkan kemungkinan kerugian pelaburan anda.

Apa itu jenayah kewangan?

Dalam industri perdagangan, terdapat kegiatan yang menghasilkan kekayaan secara curang untuk mereka yang terlibat dalam aktiviti yang boleh dipersoalkan. Sebagai contoh, menggunakan maklumat orang dalam untuk keuntungan peribadi atau menipu untuk memperoleh harta orang lain yang biasanya dilakukan dengan matlamat untuk mendapatkan keuntungan material. Atau dengan cara lain, seseorang boleh juga menipu untuk mendapatkan keuntungan material bagi orang lain.

Selain itu, terdapat juga jenayah penipuan kewangan yang dilakukan demi melindungi faedah yang telah diperolehi daripada penipuan terdahulu atau memudahkan untuk mendapatkannya. Jenayah ini tidak termasuk pengambilan faedah secara tidak jujur. Contoh tingkah laku jenis ini ialah apabila seseorang cuba menyembunyikan hasil jenayah lain daripada undang-undang dengan melakukan pengubahan wang haram.

Jenis-jenis Jenayah Kewangan

Kesalahan berikut sering dianggap sebagai penyelewengan kewangan:

  • Penipuan (fraud).
  • Jenayah siber.
  • Rasuah dan sogokan.
  • Pembiayaan keganasan.
  • Penyalahgunaan pasaran.
  • Perdagangan orang dalam.

Siapakah Dalang Di Sebalik Jenayah Kewangan?

Pada dasarnya, terdapat 7 kategori orang yang terlibat dalam pelbagai bentuk penipuan kewangan:

  1. Organisasi pengganas dan penjenayah terancang lain yang semakin banyak melakukan aktiviti penipuan berskala besar untuk membiayai aktiviti mereka.
  2. Pemimpin yang menerima suapan rasuah boleh mengeksploitasi kedudukan dan kuasa mereka untuk merompak sumber kewangan negara (sering menyebabkan negara jatuh miskin).
  3. Untuk menyembunyikan keadaan kewangan sebenar syarikat, eksekutif kanan atau pemimpin perniagaan memalsukan atau mendedahkan data kewangan secara salah.
  4. Pekerja dari semua peringkat mencuri wang dan aset lain daripada perniagaan.
  5. Penipuan pelaburan boleh dilakukan dari luar syarikat oleh pelanggan, pembekal, kontraktor atau pihak ketiga yang tidak mempunyai kaitan dengan perniagaan.
  6. Seorang pekerja dan penipu dari luar yang bersubahat dengan kerap untuk penghasilan yang lebih besar, lebih baik, dan lebih cepat.
  7. Satu lagi kumpulan orang yang melakukan penipuan kewangan ialah penjenayah individu yang berjaya, penipu bersiri atau oportunis yang mempunyai kawalan ke atas aset yang disasarkan.

Mengapa Jenayah Kewangan Berlaku

Biasanya, jenayah kewangan berlaku kerana ia boleh diterima. Pakar dalam bidang penipuan kewangan telah lama berhujah sama ada adakah ia mungkin untuk mencipta profil jenayah yang cukup tepat untuk membantu perniagaan menangkap penjenayah sama ada semasa atau sebelum mereka melakukan jenayah kewangan.

Jenayah kewangan boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Adalah penting untuk mempertimbangkan senario dari sudut pandang penjenayah apabila jenayah kewangan berlaku. Unsur-unsur berikut harus dipertimbangkan:

  • Aspek pertama ialah sebab mengapa pesalah melakukan jenayah dan keadaan di mana mereka mewajarkan tindakan mereka.
  • Faktor kedua ialah kebarangkalian jenayah kewangan dilakukan.
  • Aspek ketiga ialah kemahiran teknikal dan perancangan pesalah.
  • Aspek keempat ialah risiko mengetahui tentang aktiviti jenayah kewangan selepas ia terjadi.
  • Akhir sekali, pertimbangan kelima ialah kesan pengesanan penipuan, seperti denda dan sekatan lain.

CREATIVE-2340_1200x675_cover.png

3 Tip Mencegah Jenayah Kewangan

Pencegahan penipuan kewangan boleh dicapai dengan beberapa cara, contohnya:

Pastikan pengurusan risiko anda betul

Penilaian risiko yang paling bernas membawa kepada dasar yang terbaik. Semua organisasi mempunyai sumber yang terhad, tetapi menumpukan pada risiko utama yang dihadapi oleh syarikat anda adalah penggunaan sumber yang bijak. Polisi yang lebih mesra pengguna, berguna dan cekap akan diperoleh daripada penilaian risiko dan melaksanakannya secara menyeluruh, dengan mengambil kira semua risiko jenayah kewangan, semua bidang syarikat dan semua jabatan.

Ikuti perkembangan dan perubahan kepada undang-undang dan pematuhan dasar

Sebaik sahaja suatu set dasar sudah digubal, dasar itu perlu dinilai secara berterusan. Undang-undang dan perniagaan bukanlah satu-satunya perkara yang berubah. Dasar anda perlu disemak setiap kali anda menceburi sektor ekonomi atau wilayah baharu. Mekanisme pemantauan pematuhan mesti disediakan untuk memastikan dasar anda dipatuhi oleh pekerja dan, jika perlu, oleh ejen-ejen. Satu set dasar yang sempurna tetapi belum dibaca tidak memberi manfaat kepada sesiapa pun.

Belajar dari kesilapan diri sendiri dan kesilapan orang lain

Bilangan orang yang pernah mengalami pendakwaan jenayah atau prosiding penguatkuasaan kawal selia kerana mereka melanggar peraturan pencegahan jenayah kewangan semakin meningkat. Insiden yang dihebahkan ini harus menjadi peringatan kepada syarikat lain untuk menilai sama ada mereka berkemungkinan menghadapi bahaya yang serupa dan boleh mengukuhkan peraturan mereka dalam apa jua cara, terutamanya namun tidak semestinya hanya dalam industri yang serupa dengan syarikat yang malang tadi.

Kesimpulan

Jenayah kewangan ialah masalah serius yang boleh membawa pelbagai implikasi yang memudaratkan kepada anda dan syarikat anda. Untuk sentiasa memantau dan mencegah jenayah seperti ini adalah suatu yang mencabar, tetapi terima kasih kepada teknologi zaman sekarang, anda boleh tangani sendiri perkara ini dan merencat malapetaka daripada meletus dan memusnahkan perniagaan anda. Cara terbaik untuk bersedia adalah dengan mendidik diri anda tentang pencegahan jenayah kewangan kerana walaupun anda berfikir, "Tidak, ia tidak akan berlaku kepada saya," ia masih berkemungkinan berlaku.

SOALAN LAZIM

Apakah 3 komponen paling penting dalam jenayah kewangan?

Jenayah kewangan biasanya dilakukan disebabkan oleh tiga faktor:

  • Motivasi. Ketamakan atau keterdesakan boleh mendorong penjenayah atau individu yang terlibat untuk melakukan jenayah ini.
  • Peluang. Penipuan kewangan adalah akibat daripada sistem kawalan dalaman yang longgar dan langkah keselamatan yang tidak mencukupi yang dimanfaatkan oleh penjenayah.
  • Rasionalisasi. Terdapat ramai orang yang mematuhi undang-undang dan peraturan negara kerana mereka merasakan ia adalah tugas utama mereka untuk berbuat demikian.

Mengapa pencegahan jenayah kewangan amat penting?

Pencegahan penipuan kewangan adalah penting kerana jenayah sebegini mendatangkan bahaya kepada semua jenis perniagaan, daripada institusi kewangan sehingga pembekal tenaga borong, pengilang sehingga peruncit, firma pembinaan sehingga agensi hartanah, syarikat media dan telekomunikasi sehinggalah badan-badan amal.

Bagaimanakah matawang kripto digunakan untuk mencuci wang?

Penipu atau pengubahan wang haram Bitcoin yang canggih boleh menggunakan kedua-dua pertukaran Bitcoin dan perkhidmatan pencampuran Bitcoin. Pelanggan selalunya diberikan alamat bitcoin yang baru dibuat oleh mereka yang akan melakukan pencampuran bitcoin supaya mereka boleh mendepositkan bitcoin. Selepas menolak yuran pencampuran, perkhidmatan pencampuran Bitcoin mengagihkan Bitcoin tambahan daripada rizabnya kepada alamat Bitcoin yang disediakan oleh pengguna. Untuk menjadikannya nampak asli, kekerapan dan jumlah pembayaran/fi dilakukan secara rawak. Perkhidmatan pencampuran Bitcoin digunakan untuk menyembunyikan sumber keuntungan haram mereka, menjauhkan diri mereka daripada aktiviti jenayah, dan mengeluarkan dana mereka secara rahsia dan selamat melalui bursa tukaran Bitcoin.

  • 1358

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera