1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Ingeborga Mootz adalah bintang paling menyinar di dunia Forex yang anda boleh temui online.
2024-06-06 • Dikemaskini

Ingeborga Mootz adalah bintang paling menyinar di dunia Forex yang anda boleh temui online.

Bermula dengan perdagangan Forex, setiap dari kita mungkin perlu mendapatkan inspirasi dari para pedagang contoh yang berjaya. Kami bukan merujuk kepada pemain besar seperti George Soros, tetapi orang-orang biasa yang hidup di kalangan kita juga. Pernahkah anda terdengar tentang Ingeborga Mootz? Beliau adalah seorang jutawan berusia 96 tahun, tetapi dia bukanlah memang asalnya kaya. Malahan, sekurang-kurangnya 15 tahun lalu, beliau hanyalah seorang balu tua yang biasa. Namun sekarang, dia adalah salah seorang orang paling terkenal di Jerman.

Wanita ini telah dilahirkan pada tahun 1922 di sebuah pekan kecil bernama Giessen, dan telah merasai kepayahan dan penderitaan hidup yang menimpa orang-orang Jerman pada separuh pertama kurun ke-20. Berharap untuk melepaskan diri dari cengkaman kemiskinan, Ingeborga telah bernikah pada umur semuda 17 tahun. Beliau mengimpikan keindahan dan kebahagiaan yang akan diberikan oleh sebuah perkahwinan berbanding hidupnya yang serba ringkas sebelum itu, tetapi telah tertulis di garisan takdir bahawa ia menjadi kenyataan hanya 60 tahun selepas itu.

Encik Mootz adalah seorang yang sangat kedekut dan berhempas pulas untuk mendapatkan setiap deutsche mark beliau, yang beliau jarang berikan kepada isterinya. Beliau percaya bahawa Puan Mootz terlalu bodoh untuk boleh berkerja, dan sering membebel untuk mengingatkan beliau tentang hal itu. Namun Puan Ingeborga tidak pernah putus asa dan terus mengimpikan hidup yang lebih baik. "Jika awak tidak mahu benarkan saya berkerja, saya akan berdagang di pasaran saham!" ujar beliau kepada suaminya, namun dia tidak tahu apa pun untuk menjadikan itu satu realiti. Lantas, beliau terus hidup dalam keadaan miskin selepas suaminya meninggal dunia.

Dalam sekelip mata beliau menjadi sorang balu yang tidak tahu bagaimana hendak meneruskan kehidupan. Namun setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Memeriksa dokumen-dokumen dalam simpanan suaminya, beliau telah menemui 1000 saham sebuah syarikat di mana suaminya telah berkerja sepanjang hayat beliau. Suatu keputusan yang memang sudah termaktub di dalam takdir tidak memerlukan masa yang lama untuk dibuat. Apa lagi yang beliau mampu lakukan? Sama ada hidup sebagai seorang tua yang miskin papa, atau mulakan kerjaya baru sebagai pedagang saham. Puan Ingeborga nekad dengan sepenuh keberanian dan merisikokan semua yang beliau punyai. Itulah kisanya bagaimana kisah sukses sejuta Euro seorang nenek tua bermula.

Sepanjang 8 tahun pertama berdagang, wanita tua yang bertenaga ini telah meraih lebih dari 500,000 Euro! Ingeborga telah menjadi terkenal di kalangan para pedagang yang mendambai bakat beliau menghasilkan wang tanpa sebarang gajet, signal perdagangan dan internet. Beliau malah telah menulis sebuah buku untuk kongsikan penerangan terperinci teknik perdagangan beliau berserta bahan-bahan berguna yang lainnya. Pada mulanya para editor tidak mahu menerbitkan buku tersebut, mereka menganggapnya contengan amatur! Namun Ingeborga yang keras kepala tidak mahu menerima kata tidak mereka dan telah menerbitkan bahan kursus beliau di internet. Kesannya, penulisan beliau telah meletup-letup di internet dan menjadi buah mulut yang hangat diperkatakan. Jika anda ingin tahu lebih lanjut, buat carian untuk kata kunci “Borsenkrimi” atau “Stock market detective”.

Mungkin anda ingin tanyakan, bagaimana mungkin seorang perempuan tua seperti itu, tanpa pendidikan kewangan, ilmu tentang pasaran kewangan dan gajet terkini, mampu mencipta kekayaan sebegitu besar? Jawapannya nyata sekali, nenek yang cergas ini sangat berbakat dan mempunyai naluri tajam untuk wawasan yang jauh. 

Ingeborga tidak pernah meletakkan wang beliau di dalam dana amanah pelaburan atau program simpanan bank, dia cuma membeli dan menjual saham sahaja. 

^2ABC5CE11D7E0C4D9E59CC9A4FE69C31F6164B68762E4666C6^pimgpsh_fullsize_distr.png

Malahan, strategi beliau lebih mudah dari menggoreng telur.

Puan Mootz lazimnya membeli sekuriti yang membentuk index saham DAX-30 (Deutscher Aktienindex) atau M-DAX (Mid Cap Dax). Kemudian beliau memilih perbadanan, yang ditubuh lebih dari 1 abad yang lalu. Dari senarai ini, beliau mengenal pasti perbadanan yang telah membuka subsidiari. Selepas itu nenek ini memilih syarikat yang baru sahaja membuka cawangan-cawangan baru.

Beliau mendapatkan semua maklumat yang diperlukan dari suratkhabar utama. Ingeborga membaca ringkasan pasaran saham dan memberikan perhatian kepada 3 angka utama: - Harga semasa untuk saham-saham terbitan; - Harga terendah bagi 12 bulan terakhir; - Harga maksimum bagi tempoh yang sama.

Jika harga saham terlalu rendah, ada kemungkinan besar syarikat itu sedang menghadapi masalah. Namun dalam masa yang sama, syarikat yang mempunyai sejarah selama lebih 100 tahun mempunyai peluang cerah untuk menghadapi krisis kewangan yang bererti saham syarikat itu akan naik kembali. Jangan beli saham syarikat yang masih sedang jatuh. Puan Ingeborga memeriksa harga saham sepanjang 5 tahun kebelakangan. Akhir sekali, beliau menolak kos minimum daripada kos maksimum untuk mengira keuntungan yang dijangkakan untuk tahun berikutnya. Selepas membuat senarai pendek organisasi, dia memeriksa harga saham semasa dan membeli yang termurah.

Puan Mootz tidak mahu mengubah strategi beliau kepada sebarang strategi perdagangan profesional, kerana ia mudah, boleh dipercayai dan mudah difahami.

Di dalam buku beliau, "Stock Market Detective", Ingeborga telah meneceritakan satu kisah rekaan mengandungi rahsia dan taktik sebenar untuk berdagang di bursa saham. Kami sangat mengesyorkan anda untuk mencari buku ini dan pelajarinya dengan mendalam!

Jadi, anda sudah cukup terinspirasi dengan kisah benar bagaimana seseorang boleh menjadi jutawan walaupun pada usia 80 tahun? Uji pengetahuan anda secara praktikal!

Berdagang sekarang!

Baca lebih lanjut

  • 5309

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera