1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Scam Perdagangan Forex: Beringat Sebelum Kena
2024-01-18 • Dikemaskini

Scam Perdagangan Forex: Beringat Sebelum Kena

Cover.png

Pernah merasai keterujaan menggunakan kesempatan mengaut keuntungan dalam perdagangan Forex? Ia sememangnya dunia yang mengasyikkan, tetapi di sebalik janji keuntungan segera, dunia ini juga ada sisi-sisi gelap di mana ada mata-mata yang sentiasa mengintai anda. Bayangkan ini: anda menceburi pasaran Forex, tidak sabar-sabar untuk membuat wang anda bekerja untuk anda, dan anda mendapati diri anda terperangkap dalam sesawang tipu daya.

Scammer adalah pakar penyamaran, mengaburi akal mangsanya, menganyam skim-skim rumit yang tampak terlalu bagus untuk menjadi kenyataan. Mereka menarik minat mangsa dengan prospek keuntungan yang menggunung atau strategi yang eksklusif, menjerat pedagang dan pelabur yang tidak menaruh curiga dan waspada. Dan sebelum anda menyedarinya, wang yang anda perolehi dengan susah payah lenyap tanpa kesan.

Artikel ini menerangkan tentang dunia scam Forex yang berbahaya, mendedahkan taktik fraud yang paling biasa dan melengkapkan anda dengan pengetahuan tentang cara untuk menghindarinya.

Poin-poin utama

  • Berdaganglah dengan broker Forex yang dikawal selia dan tanggapi dengan kritikal sebarang dakwaan yang menjamin keuntungan.
  • Elakkan berkongsi data peribadi dengan sumber yang tidak disahkan.
  • Gunakan akaun demo untuk menguji platform perdagangan.
  • Jika anda menjadi mangsa penipuan dalam pasaran Forex, kumpulkan bukti, hubungi broker dan bank atau penyedia perkhidmatan pembayaran anda untuk melaporkan transaksi penipuan, dan berunding dengan profesional undang-undang yang berpengalaman dalam penipuan perdagangan Forex.

Scam Forex yang paling lazim

Dalam dunia Forex, adalah penting untuk mengenal pasti amalan-amalan perdagangan yang tidak adil sama ada anda seorang pedagang berpengalaman atau pemula. Seksyen ini menonjolkan taktik penipuan Forex yang paling lazim untuk membantu pedagang mengenal pasti dan melindungi diri mereka daripada aktiviti yang tidak adil di pasaran.

Skim piramid

Skim piramid adalah satu bentuk penipuan kewangan yang telah menyusup masuk ke dalam industri Forex. Mereka memerangkap individu dengan menjanjikan keuntungan yang besar. Skim piramid wujud berdalihkan peluang pelaburan yang sah. Pengasasnya mengoperasikannya sebagai satu tabung dana di mana modal dikumpulkan untuk membuat pelaburan bagi pihak pelanggan. Aktiviti penipuan jenis ini berteraskan modus operandi merekrut peserta baharu yang perlu membuat pelaburan awal, dengan digula-gulakan janji pulangan yang besar melalui perekrutan orang lain ke dalam skim tersebut. Fokus skim piramid adalah merekrut lebih ramai ahli, dan bukannya amalan perdagangan itu sendiri. Skim piramid sedemikian bertumbuh sehingga ia tiba-tiba runtuh, menyebabkan kerugian yang besar bagi pelabur yang ditipu.

01 (1).png

Berikut adalah "red flag" yang biasa untuk skim piramid Forex:

  • jaminan pulangan yang besar;
  • tiada atau kurang aktiviti perdagangan sebenar;
  • tekanan untuk membawa masuk ahli baru untuk mendapatkan bayaran.

Penipuan servis signal

Penipuan servis signal dalam Forex adalah skim yang meluas di mana individu atau syarikat menjamin mereka akan memberikan signal perdagangan yang andal (reliable) dan tepat kepada pedagang dengan bayaran tertentu. Walau bagaimanapun, penyedia penipu ini mengada-adakan signal, yang mengakibatkan kerugian yang besar bagi mangsa yang tidak mencurigai mereka.

Dalam penipuan servis penyediaan signal, pelaku kesalahan mengambil kesempatan ke atas pedagang; keinginan untuk membuat keuntungan mudah dengan bergantung pada kepakaran orang lain. Mereka sering menggunakan taktik pemasaran yang menarik dan mencipta persepsi palsu tentang kejayaan mereka untuk mencari pelanggan. Sebaik sahaja pedagang mendaftar dan membayar yuran langganan, mereka menerima signal yang dijana secara rawak yang sengaja direka untuk memanipulasi mereka untuk membuka urusniaga yang rugi.

02 (1).png

Aksi-aksi tipikal yang intrinsik pada scammer signal Forex:

  • cuba meyakinkan anda bahawa perdagangan Forex adalah mudah dan anda boleh mencapai kekayaan semalaman tanpa sebarang usaha atau kemahiran;
  • memerlukan bayaran pendahuluan tanpa memberikan sebarang bukti yang boleh disahkan tentang prestasi signal mereka;
  • menggunakan taktik pemasaran yang agresif seperti "cold calling" atau e-mel spam untuk menyasarkan pedagang yang tidak berpengalaman;
  • menawarkan bonus untuk menarik pelanggan baru dan mengembangkan rangkaian mereka;
  • gagal memberikan kemaskini isyarat secara konsisten, mengakibatkan maklumat tertangguh atau lapuk.

Jadi, jika seseorang menawarkan anda peluang untuk menjadi kaya dengan cepat, mereka kemungkinan besar akan menjadi kaya dengan wang yang anda keluarkan, meninggalkan anda dengan tangan kosong.

Penipuan "managed account" Forex

Penipuan pengendalian akaun perdagangan dalam Forex melibatkan penawaran perkhidmatan untuk mengendalikan dana pedagang bagi pihak pedagang. Biasanya, scammer menampilkan diri mereka sebagai profesional yang memberikan maklumat palsu tentang rekod perdagangan yang cemerlang. Mereka menarik minat pedagang dengan menjanjikan pulangan yang tinggi dan risiko yang minimum.

Untuk menyertai skim ini, scammer meminta pedagang untuk mendepositkan sejumlah besar wang ke dalam akaun terurus (managed account), memujuk mangsa untuk menggunakan kepakaran pasukan mereka untuk mengendalikan perdagangan Forex. Dengan menyediakan laporan dan penyata palsu kepada pedagang, scammer mencipta ilusi bahawa perdagangan berjalan dengan aktif. Mereka juga boleh memberikan pedagang akses online ke platform perdagangan yang menunjukkan urusniaga palsu dan keuntungan rekaan.

Di samping pelaburan awal, penipu juga mengutip yuran pengurusan yang kerap mereka tolak daripada akaun pedagang. Yuran ini membantu penyedia mewujudkan gambaran seolah-olah ia aktiviti yang legit.

Lama-kelamaan, scammer biasanya memulakan satu siri urusniaga yang rugi atau menghentikan perdagangan sama sekali. Tidak dapat tidak, ini menyebabkan kerugian yang besar kepada mangsa. Sebaik sahaja skim itu runtuh, scammer gulung tikar dan melarikan diri, menutup semua saluran komunikasi dan meninggalkan pelanggan mereka dengan sedikit atau tiada peluang untuk memulihkan modal mereka.

Dalam apa jua keadaan, anda tidak boleh memberitahu sesiapa kata laluan anda untuk akaun Forex anda kerana anda akan kehilangan kawalan ke atas wang anda, dan penipu berkemungkinan besar akan hilang tanpa jejak.

Red flag untuk penipuan managed account:

  • mendesak anda untuk depositkan dana ke dalam akaun perdagangan Forex anda;
  • kurang ketelusan semasa menjawab soalan pedagang;
  • mempromosikan perkhidmatan mereka dengan tekanan yang keras;
  • dakwaan yang tidak realistik mengenai prestasi perdagangan;
  • banyak kerenah dan melambat-lambatkan apabila pedagang ingin mengeluarkan dana mereka.

Broker Forex yang tidak dikawal selia

Di pasaran Forex, broker yang tidak dikawal selia menimbulkan risiko yang signifikan kepada pedagang. Broker-broker ini beroperasi tanpa perlu mematuhi peraturan, mendedahkan pedagang kepada aktiviti penipuan. Broker yang tidak dikawal selia tidak mempunyai lesen, pengawasan pihak berkuasa, dan akauntabiliti yang sepadan. Peserta-peserta pasaran ini tidak dapat menjamin keadilan, perlindungan pelanggan, dan ketelusan. Itulah sebabnya broker yang fraudulen cenderung untuk beroperasi secara kelam, menyembunyikan lokasi sebenar mereka.

Kekurangan pengawasan membolehkan broker yang fraudulen terlibat dalam amalan yang manipulatif. Penipu boleh menggunakan deposit pelanggan untuk perbelanjaan peribadi atau tujuan lain yang tidak dibenarkan. Broker yang tidak dikawal selia boleh memanipulasi syarat margin dan leveraj yang ditawarkan kepada pedagang, yang membawa kepada pendedahan risiko secara berlebihan atau pembubaran automatik posisi pedagang. Broker-broker ini juga boleh memanipulasi harga atau spread dalam platform perdagangan, yang membawa kepada pelaksanaan urusniaga yang tidak menguntungkan.

Tidak seperti broker yang dikawal selia, broker yang tidak dikawal selia biasanya tidak menawarkan sebarang perlindungan atau pampasan kepada pedagang yang menghadapi insolvensi kewangan atau aktiviti penipuan.

Berhati-hati dengan beberapa "red flag" ini:

  • mekanisme penyelesaian aduan yang terhad atau tidak wujud;
  • ketiadaan dokumentasi undang-undang yang jelas;
  • amaran dan maklum balas negatif di internet;
  • kekurangan perlindungan untuk pedagang;
  • lokasi ibu pejabat broker yang tersembunyi.

FBS merupakan broker yang boleh dipercayai dan mempunyai lesen global. Ia telah berada di pasaran selama 14 tahun, menghapuskan sebarang keraguan dan risiko berkaitan penipuan.

Scammer Forex di media sosial

Media sosial telah menjadi platform yang ideal untuk scammer Forex. Rangkaian sosial membolehkan pesalah menyebarkan maklumat dan memancing perhatian orang ramai dengan mudah. Para scammer ini, seterusnya, menggunakan pelbagai taktik untuk menipu individu dan melakukan aktiviti fraud.

Sebagai contoh, dengan menggunakan media sosial, scammer boleh mencipta profil palsu dan menyamar sebagai seorang pedagang atau broker yang berjaya, memerangkap orang untuk melabur dalam skim mereka atau membeli perkhidmatan palsu mereka. Penipu menyiarkan kenyataan palsu dan kisah kejayaan yang mustahil dicapai, menunjukkan gaya hidup mewah dan menjanjikan pulangan yang tinggi kepada pengikut mereka.

Selain itu, scammer seperti ini boleh mengadakan "trading contest" palsu, menjanjikan peserta peluang untuk memenangi wang yang besar. Mereka menggunakan taktik ini untuk mengumpul maklumat peribadi daripada individu yang tidak berwaspada atau meyakinkan mereka untuk mendepositkan dana ke dalam akaun perdagangan palsu.

Satu lagi kaedah yang biasa digunakan oleh scammer Forex di media sosial adalah menyebarkan maklumat palsu dan analisis pasaran. Penipu ini mengambil wang daripada pedagang dengan menjanjikan analisis yang baik tetapi menyiarkan carta dan berita yang mengelirukan.

Berikut adalah tanda-tanda amaran scammer Forex media sosial:

  • mesej dan permintaan rakan yang tidak semena-mena;
  • profil palsu dengan gambar yang dicuri;
  • taktik jualan yang agresif;
  • kesilapan tatabahasa dan ejaan yang buruk;
  • permintaan langsung untuk maklumat peribadi dan deposit;
  • jaminan keuntungan.

Robot perdagangan palsu

Robot perdagangan, juga dikenali sebagai expert advisor (EA), adalah program komputer khusus yang menggunakan algoritma dan peraturan yang telah diprogramkan untuk melaksanakan urusniaga dalam pasaran kewangan seperti Forex secara automatik. Mekanisme ini menganalisis keadaan pasaran dan membuka atau menutup poisis tanpa melibatkan usaha secara manual.

Walaupun robot perdagangan yang sah boleh memberi manfaat, isu berkaitan program palsu telah meningkat. Robot perdagangan Forex palsu adalah program yang tidak memberikan kelebihan perdagangan sebenar, kerana ia tidak menggunakan algoritma atau strategi yang cekap. Pedagang yang menjadi mangsa scam ini bukan sahaja kehilangan wang yang mereka belanjakan untuk membeli robot tetapi juga mungkin mengalami kerugian yang ketara jika mereka bergantung pada isyarat perdagangan robot tersebut.

Berikut adalah beberapa tanda amaran untuk robot perdagangan Forex palsu:

  • mempromosikan broker palsu;
  • mengiklankan bahawa Forex adalah mudah, dan tidak perlu mempunyai pengetahuan khusus apabila program boleh melakukan kerja bagi pihak anda;
  • jaminan pulangan yang signifikan;
  • tidak banyak maklumat diberikan mengenai cara robot itu berfungsi;
  • menggunakan reka bentuk dan bahasa yang buruk.

Cara terbaik untuk mengelakkan penipuan adalah dengan menggunakan sumber rasmi dan dipercayai, seperti kedai robot MQL5, dan membaca ulasan daripada orang sebenar di laman web yang dipercayai.

Langkah-langkah untuk mengelakkan scam perdagangan Forex

Untuk mengurangkan risiko terjatuh ke dalam perangkap scammer Forex dan melindungi modal anda, pedagang harus mengikuti satu set peraturan yang telah teruji zaman-berzaman. Peraturan-peraturan ini termasuk yang berikut:

  1. Pilih broker Forex yang dikawal selia dan boleh dipercayai

    Apabila mencari broker Forex, memilih broker yang mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa kewangan yang bereputasi adalah penting. Pertimbangkan FBS, sebagai contoh. Sebagai broker yang dikawal selia sepenuhnya, kami mengutamakan pematuhan kepada standard ketelusan dan akauntabiliti yang ketat. Mematuhi peruntukan undang-undang dan standard industri memastikan kami bertindak dalam skop khusus garis panduan yang telah ditentukan, melindungi kepentingan pedagang kami.

    Untuk menilai kebolehpercayaan dan kredibiliti kami, memeriksa reputasi bakal broker anda dalam komuniti perdagangan adalah penting. Dengan lebih 27 juta pelanggan FBS, kami menggalakkan anda untuk menyemak ulasan dan maklum balas daripada pelanggan kami yang berpuas hati.

    Selain itu, adalah penting untuk menilai kualiti khidmat bantuan pelanggan yang disediakan oleh broker pilihan anda. Di FBS, pasukan khidmat bantuan pelanggan kami yang berdedikasi tersedia 24/7 dalam pelbagai bahasa. Sama ada anda ada soalan atau kebimbangan, kami sedia membantu anda dengan segera dan berkesan.

  2. Elakkan janji yang menjamin keuntungan

    Pedagang mesti berfikir dengan kritis apabila dijanjikan kekayaan dalam perdagangan Forex. Adalah penting untuk tidak bergantung pada pernyataan yang menjamin pulangan pelaburan yang luar biasa. Pedagang harus ingat bahawa perdagangan Forex adalah proses yang mencabar dengan risiko yang inheren, dan tiada siapa yang boleh meramalkan pergerakan pasaran dengan ketepatan 100%. Mengekalkan perspektif yang realistik dan memahami risiko akan membantu pedagang membuat keputusan yang bermaklumat dan mengelakkan diri daripada terpedaya dengan janji yang tidak berasas.

  3. Mendidik diri sendiri

    Seperti dalam bidang lain, kejayaan dalam perdagangan Forex memerlukan komitmen yang berterusan terhadap pendidikan. Semakin banyak pengetahuan dan pemahaman yang anda miliki tentang dinamik pasaran, semakin baik anda dapat mengenal pasti aktiviti penipuan dan membuat keputusan perdagangan yang baik.

    Kebanyakan broker yang bereputasi menyediakan pengguna mereka dengan bahan pendidikan yang berkualiti tinggi yang membantu pedagang meningkatkan kemahiran mereka. Sebagai contoh, broker FBS menawarkan pelanggannya asas akademik yang komprehensif dengan buku panduan Forex, tip untuk pedagang, webinar, seminar, video tutorial, dll. Pasukan pakar dan penganalisis pasaran terbaik mencipta dan memperelok sumber-sumber berharga ini setiap hari.

    Manfaatkan peluang pendidikan ini untuk memaksimumkan potensi perdagangan anda dan terus cakna dengan pasaran Forex yang sentiasa berubah.

  4. Bermula kecil-kecilan, maju selangkah demi selangkah

    Depositkan wang dalam jumlah yang kecil apabila berurusan dengan broker Forex yang baru dikenali untuk menguji jika mereka boleh dipercayai. Ini memberi anda peluang untuk menilai prestasi broker dan mengambil langkah berjaga-jaga sebelum membuat pelaburan yang besar. Adalah disyorkan untuk terus mendepositkan dana hanya jika anda berpuas hati dengan perkhidmatan broker berkenaan. Pendekatan ini membolehkan anda meminimumkan risiko dan membuat keputusan termaklum apabila berurusan dengan broker Forex yang sah.

  5. Lindungi maklumat peribadi dan kewangan

    Adalah penting untuk berhati-hati dan berfikir dua kali sebelum berkongsi sebarang maklumat peribadi, seperti kata laluan, data kad kredit, dokumentasi kewangan, atau butiran sensitif lain, dengan platform atau sumber yang tidak disahkan.

  6. Percaya dengan kebolehan diri sendiri

    Jika anda rasa tawaran itu terlalu bagus untuk dipercayai, dengarlah suara naluri anda dan lupakan niat untuk bekerja dengan individu atau platform tersebut. Firasat anda boleh menjadi alat yang ampuh dan mempercayainya dapat melindungi diri anda daripada menjadi mangsa penipuan Forex. Sentiasa utamakan pertimbangan anda sendiri dan percayakan diri anda apabila membuat keputusan dalam pasaran Forex.

Peraturan-peraturan ini jika dipatuhi boleh membantu melindungi diri anda daripada ancaman penipuan dan melindungi privasi dan kesejahteraan kewangan anda.

Ringkasan

Sebagai pasaran kewangan terbesar dan paling cair, Forex malangnya telah menarik bukan sahaja individu yang ikhlas mahu mencari kekayaan melalui perdagangan matawang tetapi juga individu yang tidak jujur yang berniat mahu mengeksploitasi orang lain. Untuk mengelak daripada menjadi mangsa penipuan Forex, pedagang harus mencari broker yang dikawal selia dan bereputasi yang mematuhi peraturan dan undang-undang.

Pertimbangkan FBS sebagai broker perdagangan anda, yang boleh dipercayai dan jujur, dan lihat sendiri betapa perdagangan Forex boleh menjadi lebih selamat.

Soalan Lazim

Bagaimana cara untuk mengelakkan scam dalam perdagangan Forex?

Untuk menghindari scam dalam perdagangan Forex, ikuti langkah-langkah ini:

  1. Pilih broker Forex yang dikawal selia.
  2. Berfikir dengan kritis terhadap dakwaan yang menjamin keuntungan.
  3. Elakkan berkongsi data peribadi dengan sumber yang tidak disahkan.
  4. Luaskan horizon perdagangan anda.
  5. Percaya dengan pertimbangan anda sendiri.
  6. Gunakan akaun demo untuk menguji platform perdagangan.

Bagaimana hendak tahu jika suatu broker Forex itu legit? Untuk menentukan sama ada broker Forex yang dipilih itu legit, pedagang perlu menjalankan penyelidikan secara menyeluruh.

  1. Semak sama ada broker berkenaan mematuhi peraturan dan standard industri.
  2. Ketahui betapa telusnya broker itu. Broker yang sah sentiasa berterus terang tentang rekod silam prestasi mereka, terma perdagangan, dan perkhidmatan yang disediakan.
  3. Analisis mekanisme perlindungan data sensitif mereka.
  4. Semak keandalan (reliability) dan profesionalisme pasukan khidmat bantuan pelanggan mereka.
  5. Baca-baca, tanya-tanya, dengar-dengarkan tentang reputasi broker tersebut dalam komuniti Forex.

Apa yang perlu saya lakukan jika saya ditipu dalam pasaran matawang?

Jika anda menjadi mangsa penipuan dalam pasaran Forex suatu hari nanti, penting untuk anda bertindak segera. Berikut adalah beberapa langkah yang perlu anda ambil:

  1. Kumpulkan bukti, termasuk tangkapan skrin, e-mel, dan semua dokumentasi yang berkaitan.
  2. Jika penipuan berlaku melalui suatu broker, hubungi mereka dengan segera dan jelaskan situasi anda kepada mereka.
  3. Rujuk pakar undang-undang yang berpengalaman dalam penipuan perdagangan Forex.
  4. Hubungi bank atau penyedia bayaran anda untuk melaporkan transaksi scam.
  5. Kongsi pengalaman anda dengan pedagang lain melalui media sosial atau sumber lain.

Apakah strategi Forex yang paling selamat?

Tiada strategi tunggal yang akan melindungi semua dana anda. Setiap pedagang mempunyai gaya perdagangan yang unik dan toleransi risiko masing-masing. Oleh itu, membangunkan strategi yang selaras dengan matlamat dan keutamaan individual anda adalah pilihan terbaik untuk mencapai kejayaan jangka panjang.

  • 1665

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera