1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Dari Budak Penghantar Menjadi Pedagang Berjaya
2024-06-10 • Dikemaskini

Dari Budak Penghantar Menjadi Pedagang Berjaya

1.jpg

Beli makanan berkhasiat untuk makan malam atau menabung untuk hadiah kecil buat adik perempuan? Membeli t-shirt baru untuk bermain bola atau menggunakan wang tersebut untuk mengisi peti sejuk? Inilah antara dilemma yang dihadapi Somchai Pongsawat dari Nakhon Si Thammarat setiap hari sebelum beliau mula berdagang di FBS.

Seorang pemuda biasa berusia 23 tahun dari Thai, Somchai membesar sebumbung dengan keluarga besarnya bersama dua adik perempuan, ibu bapa, atuk dan nenek dari sebelah ibunya, dan seorang pakcik. Sebagai anak sulung dan anak lelaki tunggal, beliau mula berkerja sejak berusia 12 tahun lagi, dan di empat tahun yang terakhir ini beliau bertugas di sebuah syarikat penghantaran tempatan. Meminati bolasepak dan motorsikal, Somchai menghabiskan masa beliau sama ada di padang atau di bengkel. Kerja, bola, kerja, motor, kerja, kerja, kerja.... Itulah rutin harian beliau.

Bagaimana pun, fikiran beliau sering melayang jauh dari tugasan dan aktiviti harian beliau – Somchai mengimpikan hidup yang lebih baik. Bijak dan mempunyai sifat ingin tahu yang kuat, beliau sudah lama sedar bahawa pekerjaan beliau itu hanyalah sementara, dan beliau mampu mencapai lebih dari sekadar pekerja terbaik bulanan.

Pada bulan Januari 2020, beliau terlihat iklan FBS dan benar-benar berminat dengan perdagangan sebagai satu kaedah mencari wang yang mudah dan menarik. Jadi, apa salahnya jika beliau mencuba? Bagaimana pun, itu satu bidang yang benar-benar asing buat Somchai. Beliau tidak mampu untuk mengambil sebarang risiko – beliau dan keluarga tidak mampu untuk rugikan sebarang wang yang mereka ada. Jadi, anak muda ini perlu bertindak dengan bijaksana. Dan beliau memang bijaksana! Membuka akaun demo adalah keputusan terbaik untuk Somchai pada masa itu – beliau mendapat akses ke dunia FX dan mengelakkan dirinya dari sebarang risiko kerugian.

Sebaik setelah beliau masuk ke pasaran, Somchai sedar bahawa satu-satunya cara untuk memperoleh wang dengan berdagang adalah dengan melakukannya secara serius – mencuba pelbagai teknik, membina strategi yang padu, merancang setiap langkah dengan cermat. Beliau mula meneroka khazanah bahan rujukan dan pendidikan di laman web FBS, dan menonton video tutorial yang disediakan oleh penganalisis FBS, dan mempelajari analisis teknikal. Kemudian, siaran berita ekonomi yang bertalu-talu membuatkan beliau menceburi bidang analisis fundamental juga.

 Perdagangan telah mencuri perhatian Somchai, beliau mempelajarinya siang dan malam, dan akhirnya memutuskan untuk berhenti berkerja. Itu juga dilakukan untuk melindungi dirinya secara fizikal - koronavirus pada waktu itu sedang menyebar dengan sepantas kilat, dan semakin ramai orang mula bekerja dari jauh. Beliau juga mula merasakan bahawa beliau harus fokus pada perdagangan. 'Sesuatu yang besar akan muncul dalam hidupku' - fikir beliau ketika itu. Dan itu tiada kaitan dengan COVID-19.

Pada bulan Mac 2020, ketika pandemik melumpuhkan seluruh dunia, Somchai berjaya memperoleh $10,000 pertamanya.. Pada waktu itu, Ia tampak mustahil bagi beliau kerana dia hanya mendepositkan $5 – jumlah minimum yang diperlukan untuk membuka akaun Micro. Tidak lama kemudian, dia juga membuka akaun Standard. Oleh itu, belajarlah dengan bersungguh-sungguh dan latih daya fokus kalian, Somchai berjaya memperoleh jumlah tersebut di dalam masa beberapa bulan sahaja. Dan itu baru permulaannya sahaja.

 Pada hari ini, Somchai telah melipat gandakan keuntungan bulanannya. Beliau masih lagi seorang lelaki biasa, meminati bola sepak, motorsikal, tetapi sekarang menyewa flat yang jauh lebih baik dengan penghawa dingin, memberikan hadiah kepada adik perempuannya secara kerap, dan mempunyai begitu banyak rancangan untuk tahun-tahun mendatang.

Kami memutuskan untuk menemu ramah pedagang muda ini. Inilah yang perkongsian beliau dengan kami.

2.jpg

- Mengapa anda memutuskan untuk merubah hidup anda dan menjadi seorang pedagang?

Saya selalu mempunyai perasaan yang mengatakan bahawa saya mampu melakukan apa sahaja. Perasaan seolah-olah anda mempunyai sungguh banyak keupayaan, tetapi masih belum masanya lagi untuk menyerlahkan potensi anda. Ketika saya beranjak ke usia 23 tahun, saya menyedari bahawa waktunya telah tiba - saya harus mencapai kebebasan kewangan, saya harus menjadi seseorang, bukan budak penghantar barang. Itu keputusan sudah difikirkan masak-masak – saya cuba berdagang di akaun demo, kemudian terlibat lebih mendalam dalam perdagangan, menelaah semua bahan bacaan yang berkaitan, dan menyedari bahawa saya ingin mengkhususkan seluruh masa saya untuk aktiviti ini dan membina kerjaya di bidang ini. Oleh itu, saya melepaskan pekerjaan saya di syarikat penghantaran. Dan ini adalah bagaimana semuanya bermula.

- Apakah cabaran terbesar yang anda hadapi bila anda mula berdagang?

Hmm, saya fikir itu adalah analisis fundamental, ketika saya mula-mula mempelajarinya ia benar-benar mencabar bagi saya. Tetapi saya dapat menangkap intipatinya dengan cepat dan kini sangat menyukainya. Juga, minggu pertama berkerja dari rumah amat janggal bagi saya. Perhatian saya terganggu setiap 5 minit… Tetapi bila saya mula merancang hari bekerja saya, masalah itu hilang.

- Apakah strategi perdagangan kegemaran anda?

Saya suka berdagang secara harian (day trading).

- Jika anda bertemu dengan diri anda dari masa silam – newbie yang baru menceburi dunia FX – apakah nasihat anda?

Teruskan, bro! Anda takkan dapat bayangkan apa yang sedang menanti anda di luar sana! Teruskan maju ke depan (ketawa)!

- Berapa jam masa yang anda luangkan untuk berdagang setiap hari?

Nah, yang ini bergantung kepada situasi. Ada masa-masanya saya boleh duduk di hadapan skrin sepanjang hari, ada masanya hanya setengah jam. Saya boleh putuskan berapa banyak masa yang hendak diluangkan untuk berdagang. Dan itu mengasyikkan buat saya!

- Pernahkah anda terfikir bahawa anda membuat keputusan yang salah kerana berhenti kerja?

Tidak pernah walau sekali. Walaupun adakalanya ia sukar, saya sudah meyakini bahawa saya mahu berdagang sepanjang hayat saya.

- Bagaimanakah perubahan pada hidup anda di beberapa bulan kebelakangan ini?

Keluarga saya sudah melangsaikan satu hutang dan menemui rumah sewa yang lebih baik! Kami kini ada pendingin hawa, dan saya telah membeli satu lagi motorsikal. Tentu sekali, saya mempunyai simpanan yang agak substansial, tetapi saya tidak akan beritahu anda bagaimana saya hendak membelanjakannya (tertawa).

- Apa nasihat anda untuk mereka yang baru hendak mula berdagang?

Hapuskan semua keraguan dan cuba sahaja dahulu. Jika anda tidak suka, anda boleh berhenti bila-bila masa. Namun, ia amat berbaloi untuk dicuba, terutamanya jika bersama FBS. Juga, jangan tergesa-gesa mahu mengeluarkan keuntungan anda - gunakannya untuk urusniaga lain, tetapi pelbagaikan pelaburan anda. Anda harus bertindak pantas jika anda ingin menjana wang dengan serius, jadi anda harus bersedia untuk bertindak. Saya pernah melakukan kesilapan ini sekali; kini saya jauh lebih bijak. Akhir sekali, istiqamah belajar setiap hari - ini adalah kunci kejayaan, dengarlah nasihat saya. Sekiranya anda mampu membuang rasa malas, belajar bersungguh-sungguh, dan terus berlatih – anda akan mencapai tahap tertinggi yang tidak pernah anda bayangkan sebelum ini.

Baca lebih lanjut

  • 4099

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera