Panduan: Bagaimana Cara Untuk Menjadi Rakaniaga FBS Yang Sempurna?
Tampilkan diri anda secara berkesan dengan panduan tatalaku Rakaniaga FBS di web.
Syor-syor visual
Logo dan zon penampannya
Logo kami berbentuk empat segi dengan sudut beradius dan inskripsi FBS di tengah-tengahnya.
Zon penampan adalah kawasan kosong di sekeliling logo yang harus dipastikan bebas dari sebarang teks atau elemen grafik. Zon penampan di sekeliling logo kami adalah sepertiga dari lebar logo.
Latar belakang
Apabila membuat kandungan visual, anda boleh menggunakan warna jenama kami sebagai latarbelakang:
Hijau jenama |
Biru muda |
Hijau tua |
#00BE40 R: 0 G: 190 B: 64 |
#D9EEED R: 217 G: 238 B: 237 |
#09544F R: 9 G: 84 B: 79 |
Selain dari itu, anda juga boleh meletakkan logo kami di atas foto. Cuma jangan lupa untuk meletakkannya di atas latar belakang yang kontras, maksudnya jangan gunakan logo putih di atas latar belakang yang cerah atau logo hijau di atas latar belakang yang kehijau-hijauan.
Bagaimana cara untuk meletakkan logo tersebut?
Letakkan logo tersebut seadanya, atau skalakannya secara berkadaran. Anda tidak perlu memiringkannya, memotong, mengubah suai rona atau ketepuan warnanya, atau mengubahnya dalam apa jua cara lain.
Bagaimana cara mendesain halaman anda?
Sebagai contoh, halaman yang baik untuk anda di media sosial mengandungi:
- nama dan gambar sebenar anda
- gambar-gambar produk dan logo kami, yang relevan
- warna-warna jenama
Anda dipersilakan untuk menggunakan templat-templat kami yang sudah disiapkan:
Satu contoh desain halaman yang tidak bagus adalah yang mengandungi:
- gambar produk dan logo kami yang sudah lapuk
- Terdapat FBS pada nama halaman Facebook
Fon
Agar lebih terpadan dengan gaya kami, anda boleh menggunakan fon-fon berikut:
- Kanit untuk bahasa Thai
- Kufam untuk bahasa Vietnam dan Urdu
- Changa untuk bahasa Arab
- Poppins untuk bahasa Hindi
- Noto Sans Japanese untuk bahasa Jepun
- Noto Sans Korean untuk bahasa Korea
- dan Inter untuk bahasa-bahasa lain
Garis panduan komunikasi
Rakaniaga FBS sentiasa sedia untuk membantu, namun mereka tidak pernah mengelirukan atau menabur janji yang berlebihan. Sebaliknya, mereka mengajar dan membimbing pelanggan dengan baik. Berikut adalah perkara-perkara yang boleh anda sebutkan apabila mempromosikan servis-servis sebagai Rakaniaga FBS:
✅ |
❌ |
Belajar berdagang dan menjana pendapatan |
Belajar meraih wang dengan mudah |
Berdagang dengan bijaksana |
Menjadi kaya dengan mudah |
Ia akan membantu meningkatkan kemahiran perdagangan anda |
Mencapai semua impian anda tanpa berusaha |
Berdagang dengan broker yang andal |
Membuat wang secara mudah dengan broker yang terbaik pernah ada |
Meningkatkan potensi pendapatan anda bersama FBS |
FBS akan memulangkan semula semua kerugian anda |
Perilaku di media sosial
✅ |
❌ |
Perkenalkan diri anda sebagai Rakaniaga FBS, bukan sebagai kakitangan FBS. |
Jangan memasukkan FBS dalam nama saluran media sosial yang anda buka |
Menggunakan klausa penafian bahawa halaman anda dimiliki dan dioperasikan oleh seorang Rakaniaga FBS, bukan oleh syarikat broker itu sendiri. Sebagai contoh, anda boleh menyatakan seperti yang berikut: “Halaman ini dimiliki oleh seorang rakan niaga rasmi FBS”. |
Jangan buat pernyataan atau komen rasmi bagi pihak FBS. JIka wartawan atau influencer meminta komen dari anda, sila hubungi penyelia FBS anda terlebih dahulu. |
Bersikap positif dan elakkan komen yang boleh mencetus perselisihan. |
Jangan mengirim emel atau membuat siaran secara spam. |
Batasan
Apabila menyampaikan maklumat sebagai Rakaniaga FBS, anda tidak boleh memberikan pelanggan perkara-perkara berikut:
- bahan-bahan dan pautan ke sumber yang mengandungi maklumat yang memfitnah, kesat, ganas, mendiskriminasi, dan pornografi;
- mempromosikan perjudian dan produk-produk perjudian;
- cadangan dan tips pelaburan, cth. membeli atau menjual aset-aset tertentu;
- maklumat sulit dan proprietari FBS, pelanggannya, atau pihak ketiga yang menjalankan perniagaan dengan FBS.
Sumber-sumber berguna
Luaskan peluang anda dengan sumber-sumber tambahan tentang Program IB FBS.
Untuk lebih banyak maklumat tentang Program IB FBS, sila baca yang berikut:
- Program Introducing Broker (IB) FBS — Cara Baru Membuat Keuntungan
- Servis rebat
- Komisen Rakaniaga
- SOALAN LAZIM
- Terma dan Syarat
Untuk mempromosikan servis-servis anda dengan lebih berkesan, semak bahan-bahan berikut:
Untuk memahami pasaran dengan mendalam, terokai bahan-bahan pendidikan dari penganalisis kami dan ikuti saluran-saluran media sosial mereka