Cara Rakaniaga FBS Boleh Menjana Pendapatan Dengan Sistem Bayaran Baharu
Program Introducing Broker (IB) FBS adalah satu program referral yang menyediakan peluang pertumbuhan profesional dan kewangan. IB yang menarik pelanggan baharu untuk berdagang dengan FBS melalui pautan referral individu mereka akan menjana pendapatan apabila pelanggan jemputan mereka mula berdagang. Sistem bayaran komisen yang baharu ini telah diperkenalkan bagi meningkatkan keberkesanan program rakaniaga kami.
Mengira komisen IB
Mulai sekarang, Rakaniaga menerima komisen yang dikira sebagai suatu peratusan daripada spread. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk tahu bahawa peratusan ini berbeza-beza antara sesama Rakaniaga dan ia bergantung pada Gred mereka dalam program.
Tonton video pendek kami untuk memahami butirannya dan meraih lebih banyak dengan FBS.
Memahami Gred
Terdapat enam Gred yang berbeza, setiap satu mewakili tahap pencapaian Rakaniaga itu dalam program IB. Saiz komisen semakin bertambah dengan Gred yang lebih tinggi. Untuk menentukan Gred semasa Rakaniaga dengan adil, kami menilai purata komisen yang diraih oleh mereka sepanjang tiga bulan yang terakhir. Peratusan ini boleh sentiasa dinaikkan kerana Gred dikira semula pada setiap bulan.
Kelebihan sistem baharu
- Sistem baharu ini memastikan ketelusan dan kawalan penuh ke atas komisen Rakaniaga. Dengan sistem ini, Rakaniaga FBS kini boleh menerima sehingga 43% daripada spread setiap dagangan.
- Strategi pertumbuhan menjadi lebih fleksibel kerana saiz komisen boleh ditingkatkan dengan menarik lebih ramai pelanggan atau memberi tumpuan pada hanya 2-3 pelanggan bernilai tinggi.
- Saiz komisen adalah selari dengan usaha yang diambil, dengan syarat-syarat yang diperbaharui untuk Rakaniaga yang mempunyai pelanggan dengan aktiviti perdagangan yang tinggi.
Meningkatkan komisen IB
Sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk menyediakan syarat-syarat yang jelas kepada para IB, kami telah menyediakan beberapa tips yang berguna untuk membantu mereka menjana lebih banyak pendapatan.
Dorong pelanggan untuk mempelbagaikan portfolio mereka
- Maklumkan pelanggan tentang peluang perdagangan yang tersedia untuk derivatif seperti komoditi dan saham.
- Berikan tumpuan khas kepada CFD instrumen non-standard kerana bayaran untuknya adalah lebih tinggi. Sebagai contoh, syorkan perdagangan instrumen eksotik seperti USDHKD, USDTHB, USDSGD dan lain-lain.
Dengan pemansuhan peraturan 59 poin, purata bayaran untuk XAUUSD dan komoditi lain telah meningkat dua kali ganda.
Untuk setiap $1 yang pelanggan dagangkan dengan derivatif saham, Rakaniaga akan menjana, secara purata, 10 kali ganda lebih banyak berbanding jika pelanggan tersebut mendagangkan $1 dengan EURUSD. Selain itu, FBS telah menambahkan 300 instrumen berasaskan saham dan memansuhkan komisen untuknya, memberi lebih banyak peluang kepada para pelanggan.
- Galakkan pelanggan untuk menerokai indeks seperti US500, US30, JP225 dan sebagainya, kerana bayaran untuk indeks-indeks ini telah ditingkatkan lebih dua kali ganda per lot.
Manfaatkan sumber-sumber tambahan di Laman Rakaniaga
Rakaniaga mempunyai akses ke atas bahan-bahan pengiklanan dalam talian, pautan referral untuk menjejak prestasi mereka, dan info pendidikan di Laman Rakaniaga mereka. Kesemua sumber-sumber ini memperluaskan lagi peluang untuk IB kami.
Kesimpulan
FBS beriltizam untuk menyediakan program rakaniaga yang telus dan menguntungkan kepada IB mereka. Sistem bayaran komisen yang baharu menghidangkan lebih banyak peluang untuk pertumbuhan dan kejayaan dalam penerokaan perdagangan mereka di FBS.