1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Berapakah pendapatan pedagang intrahari?
2023-05-29 • Dikemaskini

Berapakah pendapatan pedagang intrahari?

cover.png

Apakah itu pedagang intrahari?

Dunia perdagangan merangkumi banyak gaya yang berbeza bergantung pada berapa lama para pedagang memegang posisi terbuka dan berapa kerap mereka bersedia untuk berdagang. Pedagang intrahari ialah pedagang yang membeli dan menjual sekuriti dalam satu hari yang sama. Mereka jarang sekali mengekalkan posisi yang terbuka ke hari yang seterusnya dan cenderung untuk memanfaatkan pergerakan harga kecil yang berlaku dalam sehari.

Dalam artikel ini, anda akan mengetahui perbezaan antara perdagangan intrahari dengan gaya-gaya perdagangan yang lain, potensi pendapatan pedagang intrahari, dan bagaimana anda boleh menjadi pedagang intrahari yang berjaya.

Poin-poin utama

  • Perdagangan intrahari melibatkan pembelian dan penjualan sekuriti dalam satu hari.
  • Jumlah keuntungan yang boleh diperolehi oleh pedagang intrahari bergantung pada modal mereka, pasaran di mana mereka berdagang, alatan yang mereka gunakan dan berapa banyak masa yang sanggup mereka luangkan untuk berdagang.
  • Pedagang intrahari boleh bekerja sendiri atau bekerja di institusi kewangan yang besar, yang menentukan sumber yang tersedia untuk memudahkan perdagangan mereka.
  • Kurang daripada 20% pedagang intrahari menjana pendapatan yang konsisten melalui perdagangan intrahari. Pedagang yang berjaya telah melakukannya dengan membangunkan strategi perdagangan yang kukuh dan menggunakan alat-alat pengurusan risiko.

Apa yang dilakukan oleh pedagang intrahari

Perdagangan intrahari mungkin gaya perdagangan yang paling popular kerana ia tidak memerlukan komitmen jangka panjang untuk berdagang. Pedagang intrahari cenderung untuk mendagangkan sekuriti yang harganya cenderung berubah dengan ketara dalam sehari. Ini termasuk saham, semua jenis matawang, niaga hadapan atau opsyen. Strategi mereka melibatkan pencarian sekuriti yang berkemungkinan besar mengalami turun naik harga, membuka dan mengekalkan posisi dalam masa yang singkat, biasanya selama beberapa jam, tetapi kadangkala hanya sepuluh minit atau lebih.

Sudah tentu turun naik harga ini tidak terlalu besar. Jadi untuk mendapatkan keuntungan, pedagang intrahari cenderung untuk membeli saiz lot yang lebih besar, kadangkala menggunakan leveraj untuk menguatkan potensi keuntungan mereka. Tetapi kunci untuk menjadi pedagang intrahari yang berjaya adalah berdagang secara konsisten dan strategi perdagangan yang kukuh yang mengambil kira semua risiko yang berkaitan dengan gaya perdagangan ini.

1097-02.png

Cara-cara untuk menjadi pedagang intrahari

Sebelum menjadi pedagang intrahari, anda perlu fikirkan dahulu sama ada anda bersedia untuk menjadikan perdagangan sebagai pekerjaan harian anda. Anda perlu menghabiskan beberapa jam setiap hari di hadapan skrin, memerhati carta harga dan mengikuti berita untuk perkembangan terbaru pasaran kewangan. Anda juga perlu bersedia untuk banyak belajar sambil berdagang kerana teori tidak merangkumi semua perkara yang anda perlu ketahui.

Seterusnya, anda perlu memastikan bahawa anda mempunyai modal perdagangan yang cukup. Lebih banyak sekuriti yang anda mampu beli, lebih besar potensi pulangan anda. Tanpa modal yang sesuai, ia mengambil masa yang sangat lama sebelum anda melihat hasil yang anda harapkan.

Selepas ini, pelajari tentang strategi perdagangan intrahari dan pengurusan risiko terbaik. Perdagangan intrahari membawa banyak risiko, jadi dengan adanya perlindungan dan rancangan yang harus dipatuhi, anda dapat mengurangkan potensi kerugian dan menyelamatkan modal anda daripada perdagangan yang tidak berjaya.

Perdagangan intrahari: laluan kerjaya

Pedagang intrahari boleh bekerja sendiri dan bekerja dari keselesaan rumah mereka, atau bekerja untuk institusi kewangan yang besar. Kedua-dua pilihan mempunyai kebaikan dan keburukannya sendiri.

Pedagang yang bekerja sendiri tidak perlu mendapatkan ijazah untuk bekerja dengan instrumen kewangan. Mereka menyimpan semua pendapatan mereka untuk diri mereka sendiri dan boleh merancang hari kerja mereka mengikut matlamat mereka sendiri. Mereka tidak ada bos yang sentiasa mengawasi mereka dan tidak perlu mencapai sebarang sasaran atau piawaian yang ditetapkan oleh institusi kewangan untuk para pekerjanya. Pada masa yang sama, pedagang harian yang bekerja sendiri tidak begitu terjamin, dan mereka juga tidak menikmati sebarang prospek kenaikan pangkat.

Bagi pedagang yang bekerja di institusi besar, untuk mendapatkan pekerjaan mereka mesti memiliki ijazah dalam bidang kewangan. Kebaikan bekerja untuk syarikat besar ialah pedagang intrahari menggunakan modal syarikat untuk berurusniaga, jadi mereka tidak mempertaruhkan wang mereka sendiri. Selain itu, syarikat besar mempunyai lebih banyak modal, jadi pedagang intrahari profesional berpeluang untuk membuka urusniaga perdagangan yang lebih besar. Sebaliknya, pedagang intrahari profesional biasanya pekerja yang makan gaji, jadi mereka tidak dapat menyimpan pendapatan mereka untuk diri mereka sendiri. Mereka juga tidak mempunyai kebebasan yang dimiliki oleh pedagang yang bekerja sendiri dan mesti mematuhi waktu kerja dan polisi syarikat mereka apabila merancang strategi perdagangan mereka. Walau bagaimanapun, keburukan ini boleh dilihat sebagai kelebihan kerana pedagang intrahari yang bekerja secara profesional tidak perlu risau tentang jaminan kerjaya atau bekerja keterlaluan.

1097-03.png

Apakah yang mempengaruhi potensi pendapatan dalam perdagangan intrahari

Perdagangan intrahari ialah pilihan kerjaya yang tidak menentu, dan keuntungan anda bergantung pada banyak faktor, yang mana sesetengah daripadanya di luar kawalan anda. Tetapi terdapat beberapa perkara yang boleh anda jaga agar anda boleh memperolehi keuntungan yang stabil:

  • Modal. Kami telah pun berbicara tentang modal dan betapa ia amat penting bagi semua pedagang. Ia amat penting dalam perdagangan intrahari kerana anda perlu membeli dan menjual banyak sekuriti sekaligus untuk memanfaatkan pergerakan harga yang kecil. Dengan modal $1,000 anda boleh membeli lebih banyak sekuriti berbanding $100 dan meningkatkan potensi keuntungan daripada perdagangan niaga hadapan.
  • Alat-alat. Penggunaan alat-alat dan indikator-indikator profesional membantu anda mengenal pasti peluang perdagangan yang lebih baik dengan lebih pantas daripada mencarinya sendiri. Sudah tentu, bukan semua alat tersedia untuk para pedagang yang bekerja sendiri. Dalam hal ini, bekerja untuk institusi kewangan adalah bermanfaat kerana ia memberi anda akses kepada perisian yang lebih baik yang boleh menjadikan perdagangan lebih mudah dan lebih menguntungkan.
  • Masa. Perdagangan intrahari berbeza daripada gaya perdagangan jangka panjang kerana anda perlu menghabiskan beberapa jam setiap hari untuk memperolehi keuntungan yang ketara. Jika anda tidak berdagang dengan kerap, anda tidak akan dapat membangunkan pelan perdagangan yang kukuh atau memperolehi pendapatan yang konsisten daripada perdagangan anda. Inilah sebabnya hampir mustahil untuk menjadi seorang pedagang intrahari sambil bekerja sepenuh masa pada masa yang sama.

Gaji pedagang intrahari

Perdagangan intrahari telah lama mempunyai reputasi sebagai laluan kerjaya berpendapatan tinggi, tetapi realitinya lebih rumit. Pendapatan pedagang intrahari boleh dipengaruhi oleh tahap kemahiran mereka, modal, pasaran tempat mereka bekerja, strategi yang mereka suka gunakan dalam kerja mereka dan faktor-faktor lain.

Menurut zippia.com, purata gaji tahunan pedagang intrahari di Amerika Syarikat ialah $116,895. Walau bagaimanapun, statistik ini hanya termasuk pedagang yang mampu memperolehi pendapatan yang stabil kerana modal mereka yang kukuh.

Satu lagi perkara yang agak sukar untuk dikira ialah peningkatan modal. Jika anda hanya mempunyai modal $100, keuntungan $1,000 bermakna jumlah keuntungan anda mencapai 1,000%. Tetapi keuntungan yang sama dengan modal permulaan $10,000 bermakna peningkatan modal hanyalah 10%. Walau bagaimanapun, indikator ini jarang diambil kira dalam statistik keseluruhan.

Tetapi ramai yang terlepas pandang bahawa hanya 20% daripada para pedagang berjaya menukar perdagangan intrahari menjadi kerjaya yang stabil. Ramai pedagang mengalami kerugian ketika mereka baru mula mencuba perdagangan intrahari dan berputus asa sebelum mereka berjaya membangunkan strategi perdagangan yang kukuh. Inilah sebabnya mengapa ia sangat penting untuk merancang setiap perdagangan dan mencatatkan sasaran harga anda lebih awal. Dengan strategi yang difikirkan dengan baik, anda boleh terselamat daripada banyak masalah pada masa hadapan dan mengelakkan anda daripada melakukan kesilapan yang boleh merugikan keseluruhan akaun perdagangan anda.

Berapa banyak urusniaga yang boleh anda buat dalam sehari sebagai pedagang intrahari?

Menurut peraturan perdagangan, anda dianggap sebagai pedagang intrahari jika anda membuka empat atau lebih urusniaga dalam tempoh lima hari perniagaan. Walau bagaimanapun, dengan adanya alat-alat perdagangan algoritma dan berfrekuensi tinggi yang berbeza, pedagang intrahari kini boleh mengautomasikan banyak tugas dan meningkatkan keseluruhan produktiviti mereka. Lazimnya, pedagang intrahari biasa membuka lima hingga tiga puluh urusniaga setiap hari, walaupun jumlah ini boleh menjadi lebih tinggi dengan bantuan perisian khusus.

Apakah kadar kejayaan di kalangan pedagang intrahari?

Perdagangan intrahari adalah cara yang agak sukar untuk memperolehi keuntungan yang konsisten. Menurut data statistik yang dikumpul oleh Business Insider, hanya sebahagian kecil daripada pedagang intrahari – antara 5% hingga 20% – berjaya dalam dunia perdagangan dan terus mendapat pendapatan yang konsisten. Pedagang yang lain tidak bernasib baik dan biasanya menghabiskan modal mereka tanpa memperolehi banyak keuntungan.

Adakah terdapat sebarang risiko kewangan dalam perdagangan intrahari?

Jawapannya adalah ya. Pedagang intrahari berisiko kerugian wang sama seperti pedagang lain, terutamanya kerana untuk menghasilkan pendapatan yang konsisten, mereka sering perlu merisikokan sebahagian besar akaun mereka. Untuk meminimumkan risiko mereka, pedagang intrahari yang berpengalaman tahu cara untuk meletakkan sasaran harga dan pesanan renti rugi, yang membantu mereka menghadkan jumlah kerugian yang mungkin mereka akan tanggung.

Kesimpulan

Secara keseluruhan, perdagangan intrahari boleh menjadi pekerjaan yang sangat menguntungkan, walaupun ia mempunyai bahaya-bahaya yang tersembunyi. Pedagang intrahari yang baru berjinak-jinak perlu ingat untuk menggunakan strategi pengurusan risiko dan mencipta pelan perdagangan sebelum membuat keputusan untuk melakukan perdagangan intrahari sepenuhnya. Baca artikel analisis dan pendidikan oleh Penganalisis FBS untuk membawa pemahaman pasaran anda ke peringkat lebih tinggi. Jangan berhenti belajar, dan sentiasa konsisten dalam keputusan anda. Begitulah cara para pemain besar bertindak, dan kami mencadangkan agar anda belajar daripada mereka.

  • 1209

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera