1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Cara-cara Untuk Mempelbagaikan Pelaburan Dan Hidup Bahagia
2024-06-11 • Dikemaskini

Cara-cara Untuk Mempelbagaikan Pelaburan Dan Hidup Bahagia

Diversification-article-illustrations_001-cover.jpg

Pempelbagaian portfolio (diversification) adalah pil penahan sakit anda jika ditakdirkan anda mengalami kerugian. Pedagang yang portfolionya seimbang biasanya berasa lebih yakin dan selamat menghadapi prospek kegagalan, menguruskan risiko dengan lebih baik, dan mengelakkan masalah kekurangan dana yang dramatik. Namun begitu, ia hanya boleh mengurangkan kesakitan, ia tidak menyembuhkan. Ingat, pempelbagaian semata-mata tidak dapat menjamin anda tidak akan rugi lagi atau anda akan membina kekayaan dalam setahun; ia berfungsi sebagai perisai, beg udara anda yang akan melembutkan impak dari nasib yang malang, menyelamatkan kewarasan anda, dan membuatkan anda berasa selamat.

Idea besar di sebalik pempelbagaian adalah untuk mengelak dari meletakkan semua telur dalam satu bakul; dalam erti kata lain, untuk mengumpulkan satu set aset yang akan bertindak balas dengan cara yang berlainan terhadap suatu peristiwa ekonomi yang sama. Jika anda menggubah suatu portfolio yang bijak dan rencam, perkataan merosot akan hilang konotasi negatifnya untuk selama-lamanya kerana ia tidak semestinya suatu konteks yang buruk untuk kesemua aset anda.

OK, kami jenis orang yang melakukan sesuatu selangkah demi selangkah, dan suka maklumat yang teratur dan berisi. Mari kita teruskan dengan pelan di bawah.

Diversification-article-illustrations_002 (2).jpg

1. Rangka Satu Pelan Pelaburan

Pertama sekali anda harus munasabah dan jujur dengan diri sendiri untuk tentukan seberapa banyak wang yang anda mampu laburkan. Biasanya ia suatu amaun tambahan yang berasingan dari simpanan kecemasan dan pendapatan bulanan. Selain dari itu, putuskan sama ada anda mahu pelaburan anda mudah diakses atau apakah anda mahu ia disimpan untuk suatu tempoh masa.

Dengan mengambil kira semua ini, takrifkan apa matlamat anda. Adakah anda mahu sebuah kereta baru, atau merancang untuk bersara di usia awal 40an? Tetapkan satu rangka masa untuk mencapai sasaran anda. Ini kritikal untuk pemilihan aset kerana ada aset yang lebih berisiko tetapi memberikan peluang pulangan yang lebih tinggi, manakala yang lain pula lebih konservatif dan stabil. Justeru dari itu, jangan lupa untuk menilai kerentanan anda terhadap risiko!

Diversification-article-illustrations_003.jpg

2. Pilih Perkakas Anda

Setiap hari anda mendapat signal yang bercampur-campur dan sedikit demi sedikit anda menjadi semakin keliru. Apakah instrumen perdagangan yang anda harus pilih? Bagaimana anda boleh kekal waras, menjejak prestasi setiap satu darinya di pasaran? Mampukah anda menganalisa semua aset yang anda dagangkan?

FBS ada solusi untuk anda. Aplikasi "FBS — Laman Peribadi Mobile" direkabentuk untuk mereka yang mempunyai portfolio berimbang. Sebab-sebabnya seperti berikut:

  • Akses semua akaun anda dan instrumen yang anda gunakan dengannya menerusi satu login tunggal. Jadi anda tidak perlu membuka beberapa tetingkap atau hilang fokus. Semua aset anda ada bersama anda 24/7, dan anda boleh mencapainya secara on-the-go di mana jua anda berada.
  • Jejak sejarah semua transaksi anda dan analisa bagaimana tingkah laku aset ini atau itu dalam suasana pasaran yang tertentu.
  • Dengan bantuan statistik peribadi bagi setiap instrumen perdagangan, putuskan sama ada setiap satu darinya cocok dengan strategi perdagangan anda. Jika ya, anda boleh menggandakan skala dengan strategi tersebut. Sebaliknya pula, anda boleh mengimbangi semula senarai aset untuk meminimumkan dinamik negatif.
  • Antaramukanya jelas dan mudah difahami, ini akan menjimatkan masa anda bila menggunakannya. Gunakan masa yang anda jimatkan untuk bertindak balas terhadap signal pasaran yang meruwap.
Diversification-article-illustrations_004.jpg

3. Pelbagaikan Aset

Dengan pelan pelaburan yang terperinci di tangan dan alat yang andal untuk pempelbagaian, anda sudah bersedia untuk merampai segugus aset yang sesuai dengan keperluan dan kehendak anda.

Lazimnya, pakar menasihatkan untuk mempunyai sekurang-kurangnya empat dari kelas-kelas pelaburan yang berikut:

Kelas Risiko Keterangan
Saham-saham Amerika Sederhana

Saham-saham Amerika dianggap satu unsur yang penting dalam portfolio yang terpelbagai.

Ia berfungsi dengan baik dalam jangka masa panjang. Pilih saham syarikat-syarikat dari pelbagai sektor untuk membentuk portfolio yang mantap, tidak kira apa jua trend di dalam industri dan kemeruwapan ekonomi. Sektor yang paling popular sekarang adalah tenaga, kewangan, bahan, IT, budi bicara konsumer, penjagaan kesihatan, hartanah, dll.

Jika saham suatu yang diluar lingkungan kefahaman dan kemahiran anda, anda harus menjauh darinya
Pelaburan jangka pendek (FX, komoditi) Sukar diramal

Matawang FX adalah aset jangka pendek yang harus didagangkan, bukan untuk dipegang atau dimiliki untuk masa yang panjang.

Bagaimana pun, matawang FX suatu yang wajib dipunyai dalam keadaan ekonomi dan politik yang tidak stabil. Sekiranya, sebagai contoh, anda mula hilang keyakinan terhadap USD dan risau ia akan jatuh tidak lama lagi, beli matawang lain yang anda percaya lebih stabil dan mempunyai potensi pertumbuhan. Memiliki pelbagai matawang membolehkan anda kekal selamat kerana bila suatu matawang jatuh, yang lain pasti naik — ia semua saling berkaitan.

Komoditi sangat sensitif terhadap peristiwa global dan tempatan, baik berkenaan ekonomi, politik, mahupun perubahan cuaca yang besar. Jadi pasarannya boleh dikatakan meruwap. Masa yang terbaik untuk melabur pada komoditi adalah waktu di mana kadar inflasi adalah tinggi atau sekiranya suatu komoditi tertentu mengalami lebihan/defisit. Sungguh begitu, pakar-pakar menasihatkan anda untuk tidak memasukkan lebih dari 5% aset ini ke dalam portfolio yang dipelbagai.

Indeks Agak rendah

Bila anda membeli simbol ticker salah satu indeks, anda secara langsung mempelbagaikan pelaburan anda menerusi semua syarikat yang diwakili oleh indeks berkenaan.

Ia pilihan yang baik untuk mereka yang mahu meluangkan hanya sejumlah minimum masa untuk menjejak dan menyeimbangkan semula portfolio pelaburan.

Tunai Rendah

Menyimpan wang anda di bank atau di bawah bantal adalah cara yang termudah, dan paling rendah risiko untuk melabur. Namun, pendapatannya pula amat rendah atau hampir sifar. Lagi pun, kuasa membeli tunai semakin lama semakin lemah.

Sila maklum bahawa di FBS anda mendagangkan indeks dan saham sebagai CFD, yang mana ia memberikan lebih banyak kelebihan dalam banyak aspek.

4. Mengimbang semula

Jangan pernah berpuas hati 100% dengan set aset semasa anda. Dengan masa yang berlalu, sasaran anda boleh berubah bila situasi dunia secara berubah. Jadi bersedialah untuk mengagihkan semula pelaburan anda untuk menyesuaikannya dengan keperluan anda. Jangan takut untuk membuat kesilapan dalam penguntukan pertama anda dan beranikan diri untuk membuat penyeimbangan semula dengan seberapa cepat yang perlu.

5. Elak Membuat Keputusan Pelaburan Yang Jelik

  • Jangan melabur pada aset yang anda tidak fahami
  • Anda tidak akan menjadi kaya seperti raja dengan pelaburan sekecil $500 dalam masa yang pendek. Siapa pun yang menjanjikan ini kepada anda beliau seorang pembohong, orang yang berniat jahat, ibu anda pasti marah anda berkawan dengan mereka.
  • Opsyen binari dan skim piramid harus dijauhi sama sekali.
  • Pempelbagaian lebih berkesan bila diaplikasikan ke atas strategi jangka panjang. Jadi rancanglah dengan lebih baik dan punyai wawasan yang lebih meluas.
  • Lebih banyak tidak semestinya lebih baik. Bilangan aset di portfolio haruslah jumlah yang mampu diuruskan — sekitar 20. Terlalu banyak pilihan mampu mengkusutkan minda dan menyedut semua tenaga anda. Kesannya, anda akan gagal dengan senarai instrumen anda yang panjang. Beringatlah untuk mempelbagaikan aset di dalam kategori yang ingin diceburi, sebagai contoh, pilihlah beberapa saham dari sektor-sektor berbeza. Pastikan portfolio anda ringkas dan sederhana, produktif, dan tidak menjadikan anda stres.
  • Mula melabur seawal yang mungkin. Sekiranya anda masuk ke pasaran di usia muda, anda punyai lebih banyak peluang untuk mengambil risiko, rugi, belajar, gali lebih dalam dunia kewangan dan raih manfaat menggunakan kemahiran.

Usia anda penting untuk strategi pelaburan yang anda pilih dan pengagihan aset. Lebih tua usia anda, anda dinasihatkan untuk punyai lebih sedikit jumlah saham. Anda boleh cuba dan aplikasikan formula: 100 — usia anda = % peratusan saham dalam milikan. Sebagai contoh, pada usia 36 tahun anda boleh punyai saham sebesar 64% dari portfolio anda. Ada satu pendekatan alternatif dari pelabur terkenal dunia, Warren Buffet, yang menyarankan untuk laburkan 90% pada indeks S&P dan 10% di bon kerajaan.

Namun, jangan ikut nasihat-nasihat yang anda terima membabi-buta. Lebih baik anda analisa sasaran anda, yakini pelan pelaburan anda dan pertimbangkan usia, risiko dan situasi kewangan semasa.

Diversification-article-illustrations_005.jpg

Kesimpulan

Pempelbagaian adalah yang terbaik untuk pelaburan anda jika ia tidak dilakukan dengan berlebihan. Oleh kerana kami bukan penjudi, kami sarankan pelanggan kami untuk munasabah dan berhati-hati bila memilih kelas aset untuk portfolio mereka dan mengagihkan milikan dalam suatu kelas aset kepada beberapa aset.

Bila melabur dengan FBS, beri tumpuan pada pempelbagaian portfolio menerusi pelbagai matawang, indeks, dan logam. Selain itu, cuba saham. Dengan kami, anda bukan sahaja boleh membelinya dan menunggu hingga harga naik dalam perspektif jangka panjang, tetapi juga menjualnya bila keadaan di pasaran nampak sesuai. Gunakan FBS Laman Peribadi Mobile untuk menganalisa prestasi semua aset anda dan jangan lagi terlepa dari memantau peristiwa yang mempengaruhi pasaran.

Set pelaburan yang rencam boleh membawa keseimbangan antara potensi pertumbuhan dan kestabilan tetapi ia bukan azimat untuk mengelak dari kerugian atau menjadi kaya-raya. Anda harus pelbagaikan aset untuk menanam disiplin diri, memupuk keyakinan di pasaran, dan menjauhi rasa gentar menghadapi kegagalan.

Baca lebih lanjut

  • 7798

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera