1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Cara Untuk Mendominasi Perdagangan Anda Pada Tahun 2023
2023-05-11 • Dikemaskini

Cara Untuk Mendominasi Perdagangan Anda Pada Tahun 2023

cover.jpg

Hukum asas dunia perdagangan sangat mudah: mereka yang tidak menang, akan kalah. Dalam perdagangan, tiada yang seri. Jika anda bukan dari kalangan pedagang yang berjaya memperoleh keuntungan daripada perdagangan anda, ini bermakna anda sudah pun rugi. Jadi adalah sangat penting untuk sentiasa menguasai permainan dan memberikan tumpuan yang tidak berbelah bahagi agar anda berakhir sebagai seorang pemenang.

Dalam artikel ini, anda akan menemui sepuluh tip untuk mendominasi perdagangan dan mempelajari kemahiran yang anda perlukan untuk menggilap diri anda bagi mencapai hasil yang terbaik.

Tip untuk mendominasi perdagangan

Menjadi seorang pedagang yang berjaya bukanlah sesuatu yang mudah. Anda perlu berkerja keras jika anda mahu buat banyak duit dan menyara kehidupan anda dengan berdagang. Di sini kami senaraikan tip-tip yang boleh membantu anda membina pengalaman anda dan membangunkan kemahiran perdagangan yang diperlukan untuk menjadi yang terbaik dalam perdagangan.

1541-03.jpg

Melabur dalam pendidikan anda

Sebelum anda mula berdagang dengan bersungguh-sungguh, anda perlu belajar bagaimana pasaran kewangan berfungsi. Perdagangan bukan perjudian; ia memerlukan banyak perancangan, penyelidikan, dan analisis jika anda ingin mengaut keuntungan daripadanya. Memahami faktor yang mempengaruhi harga dan cara menggunakan pengetahuan ini untuk kelebihan anda adalah penting. Untuk melakukan perkara ini, anda perlu mengkaji analisis teknikal, strategi pengurusan risiko, alatan dan kelengkapan, indikator, pola carta dan maklumat lain yang akan membantu anda untuk membuat keputusan perdagangan yang objektif dan bermaklumat.

FBS menawarkan pelbagai jenis bahan pendidikan untuk pedagang dari setiap tahap penguasaan kemahiran, jadi pastikan anda mempelajarinya untuk mendapatkan pendidikan terbaik tentang perdagangan dan pasaran kewangan secara keseluruhan.

Rangka satu pelan perdagangan

Pelan perdagangan adalah elemen penting bagi mana-mana pedagang, sama ada mereka seorang pemula atau profesional yang berpengalaman. Ia adalah satu set peraturan yang sepatutnya dipatuhi oleh pedagang semasa membuat perdagangan, menggariskan masa dan saiz perdagangan, poin masuk dan keluar, langkah pengurusan risiko dan butiran penting lain tentang perdagangan. Sesetengah pedagang berpendapat bahawa pelan perdagangan tidak perlu, tetapi lambat laun mereka akan menyedari bahawa adalah mustahil untuk fokus dan mengawal emosi mereka semasa berdagang jika mereka tidak mempunyai pelan yang membimbing mereka agar tidak melencong dan tersasar dari matlamat mereka.

Berusaha untuk menyempurnakan satu strategi pada satu masa

Ada pepatah masyhur yang mengatakan, “A jack of all trades is a master of none.” Jika anda membahagikan perhatian anda antara beberapa strategi perdagangan yang berbeza, anda berisiko untuk gagal memperbaiki mana-mana daripadanya. Dengan menumpukan fokus pada satu strategi, anda juga dapat mempelajari tentang pasaran dengan lebih mendalam, cara-cara untuk mencapai matlamat anda, apa yang berkesan dan apa yang tidak berkesan sama sekali. Sebaik sahaja anda’telah mencapai tahap di mana anda boleh memperoleh keuntungan yang bagus dan stabil daripada strategi ini, anda boleh cuba beralih kepada strategi lain dan mempelajari cara baharu untuk mendapatkan wang daripada perdagangan.

Sebagai contoh, dengan kemeruapan yang tinggi yang menjejaskan sebahagian besar pasaran kewangan, adalah lebih wajar untuk berpegang pada perdagangan spekulatif berbanding pelaburan jangka panjang kerana harganya mudah dipengaruhi oleh masalah geopolitik semasa.

Jangan cuba untuk meneka arah pasaran

Walaupun dengan menggunakan alat dan indikator perdagangan boleh memberi anda maklumat tentang trend semasa, cubaan untuk meramalkan arah pasaran menggunakan sumber luar boleh mendatangkan malapetaka, terutamanya jika ia melibatkan posisi-posisi anda yang sedia ada. Contohnya, jika anda membaca laporan berita yang mendakwa harga saham yang anda beli akan meningkat, anda mungkin keberatan untuk menjualnya walaupun harga mula menurun. Sebarang percubaan untuk mewajarkan pilihan anda dengan mencari sumber yang menyokong pendapat anda adalah berbahaya. Ia boleh mengaburkan pertimbangan anda dan membuatkan anda terikat secara emosi dengan perdagangan anda, ini boleh menghalang anda daripada membuat keputusan yang rasional.

Jangan lepaskan peluang untuk berurusniaga

Latihan membawa kepada kesempurnaan, dan berdagang secara aktif apabila anda mempunyai peluang yang baik adalah penting untuk mengasah kemahiran anda dan menguasai seni perdagangan. Ramai pedagang novis, secara sedar, cenderung untuk melepaskan peluang membuka urusniaga baharu kerana mereka kurang yakin atau menunggu peluang yang ideal yang mungkin takkan kunjung tiba. Anda tidak akan tahu bagaimana kesudahan suatu urusniaga jika anda tidak mencubanya. Malah kerugian juga boleh menjadi pengajaran yang berguna dan membantu anda mengelakkan kesilapan yang sama dalam perdagangan yang lebih penting pada masa hadapan.

Tutup urusniaga anda pada masa yang tepat

Satu lagi perkara yang anda perlu usahakan bagi mendominasi perdagangan adalah anda perlu menutup posisi/urusniaga anda pada masa yang tepat. Ini selalunya mudah disebut tetapi sukar untuk dilaksanakan, terutamanya apabila anda percaya bahawa harga mungkin akan terus bergerak dalam arah yang anda ingini. Tetapi mindset ini agak berbahaya kerana harga boleh menyongsang secara tiba-tiba dan akan menyebabkan anda kehilangan semua keuntungan belum nyata anda.

Perkara yang sama boleh berlaku jika harga bergerak menentang anda dan malangnya anda berharap ia akan menyongsang, walhal anda sepatutnya bertindak memotong kerugian. Ia mungkin tidak akan berlaku, dan lebih lama anda menunggu, kerugian anda semakin besar. Walaupun anda berkesudahan dengan keuntungan yang kecil atau mungkin tiada keuntungan langsung, ia jauh lebih baik berbanding kehilangan semua wang yang anda laburkan dalam urusniaga berkenaan atau malah lebih teruk daripada itu.

Menilai semua risiko perdagangan masa depan

Apabila anda berdagang, sentiasa ada risiko untuk berlaku sesuatu yang buruk. Oleh itu, sebelum anda membuka posisi, anda perlu menilai semua kemungkinan risiko kewangan yang mungkin menanti di hadapan. Ini membolehkan anda membuat keputusan yang lebih bermaklumat tentang saiz perdagangan anda dan jumlah wang yang anda sedia untuk laburkan. Ramai pedagang berpengalaman menasihatkan supaya anda tidak meletakkan jumlah wang yang anda tidak mampu rugikan dalam satu perdagangan. Jadi, jika anda seorang pedagang baharu, anda boleh bermula dengan modal yang berisiko rendah dan meningkatkannya sedikit demi sedikit sejajar dengan pengalaman anda.

Berlatih menggunakan akaun simulasi

Banyak broker, termasuklah FBS, menawarkan pedagang baharu pilihan untuk menguji kemahiran mereka terlebih dahulu dan menyesuaikan diri dengan kepantasan perdagangan sebenar dengan akaun demo. Akaun demo ialah akaun perdagangan maya yang membolehkan pedagang menggunakan dana maya dan menggunakan data pasaran masa nyata untuk mensimulasikan pengalaman perdagangan sebenar.

Walaupun anda mengetahui serba sedikit tentang teori perdagangan, melakukannya sendiri boleh menjadi sangat sukar pada mulanya. Itulah sebabnya mengapa akaun demo sangat penting. Ia membolehkan anda membiasakan diri dengan kemeruapan harga, membaca pola carta, membuat pesanan dan menggunakan alat-alat yang diperlukan untuk memudahkan perdagangan. Memulakan penerokaan perdagangan anda dengan akaun demo akan membantu anda menjadi lebih yakin, memahami secara praktikal bagaimana pasaran berfungsi, dan mempersiapkan anda untuk berdagang dengan wang anda sendiri.

Pupuk mindset yang betul

Perdagangan adakalanya sangat menstreskan, ini boleh mempengaruhi cara anda membuat keputusan. Apabila anda tertekan, anda cenderung untuk bertindak mengikut naluri tanpa benar-benar memikirkan langkah anda yang seterusnya, dan ini tidak bagus untuk kesudahan perdagangan anda. Membuat keputusan yang terburu-buru dan terikat secara emosi dengan perdagangan boleh menyebabkan kerugian, walaupun ini boleh dielakkan dengan mudah.

Inilah sebabnya mindset yang betul adalah sangat penting dalam perdagangan. Sentiasa bersikap positif dan menjauhkan emosi yang negatif seperti ketakutan dan kebimbangan boleh membantu anda mengelak membuat keputusan secara terburu-buru, melihat gambaran pasaran dengan lebih menyeluruh, dan membantu anda mencari jalan keluar dengan mudah walaupun daripada situasi yang paling sukar.

Kekal berdisiplin

Disiplin salah satu aspek terpenting dalam perdagangan profesional. Inilah yang membantu anda kekal fokus pada perdagangan anda dan untuk anda mengikuti strategi perdagangan anda tanpa berasa terganggu. Pedagang yang tidak boleh kekal berdisiplin akan berasa sukar untuk membuat keuntungan secara konsisten dengan berdagang kerana ia pekerjaan yang sangat metodikal. Mempelajari cara mengawal emosi anda dan meredam godaan untuk menyimpang daripada strategi yang telah ditetapkan oleh anda sendiri adalah penting jika anda ingin menjadi pedagang yang berjaya dan menguasai pasaran perdagangan.

1541-02.jpg

Apakah kemahiran yang anda perlukan untuk mendominasi perdagangan

Sekarang setelah anda mengetahui sedikit-sebanyak apa yang perlu anda lakukan untuk menjadi pedagang yang lebih baik, mari kita lihat kemahiran-kemahiran yang boleh membantu anda mempertingkatkan diri anda sebagai seorang pedagang dan mendominasi perdagangan.

Penyelidikan dan analisis

Melakukan penyelidikan tentang keadaan pasaran semasa dan keupayaan untuk menganalisis maklumat yang ada untuk membuat keputusan perdagangan adalah salah satu kemahiran yang paling penting dalam perdagangan profesional. Pedagang yang sukses tahu alat-alat yang perlu mereka gunakan untuk mendapatkan data yang berguna, sumber yang boleh dipercayai dan maklumat yang berkaitan dengan perdagangan mereka.

Kemahiran penyelidikan dan analisis adalah penting kerana ia membantu pedagang membangunkan strategi dan pelan perdagangan mereka, dan memutuskan pendekatan yang hendak diambil dalam situasi yang berbeza. Kemahiran ini membantu pedagang mengenal pasti peluang perdagangan sambil memberi mereka maklumat tentang titik keluar dan risiko-risiko yang mungkin ada, ini diperlukan untuk merancang perdagangan yang berjaya.

Menyesuaikan diri dengan perubahan pasaran

Mempunyai strategi perdagangan yang boleh dipercayai yang pernah membantu anda dalam banyak perdagangan adalah perkara yang baik. Walau bagaimanapun, pasaran kewangan terdedah kepada perubahan dan turun naik yang berterusan. Mengetahui cara menyesuaikan strategi dan pelan perdagangan anda dengan perubahan-perubahan ini secara cepat dan tidak teragak-agak adalah satu kemahiran yang berguna, terutamanya jika perubahan ini berlaku di fasa pertengahan suatu urusniaga. Sebagai contoh, pada tahun 2023 pasaran sedang melalui tempoh kemeruapan dan ketidaktentuan yang tinggi, yang menyukarkan pedagang meramal pergerakan harga. Oleh itu, anda perlu sentiasa mencari signal yang memberitahu anda bahawa pasaran akan berubah, jadi pastikan anda memantau indikator perdagangan dan carta harga untuk bersedia mengubah strategi anda dengan sewajarnya.

Menangani kerugian

Selalunya kita berasa seronok berdagang bila urusniaga kita sukses berturut-turut. Bagaimanapun, dalam perdagangan, seperti mana industri yang lain, kita juga terpaksa menerima bahawa ada masanya kerugian memang tak dapat dielakkan. Apabila saat itu tiba, ramai pedagang hilang semangat dan terus meninggalkan dunia perdagangan.

Pedagang yang berpengalaman tahu bahawa anda tidak boleh sentiasa menang, tetapi anda juga tidak akan senantiasa kalah. Walaupun selepas sejujuk urusniaga yang gagal, masih terdapat kemungkinan untuk sukses dan mencatat keuntungan yang mampu memadam semua kerugian. Yang penting di sini adalah untuk belajar bagaimana anda boleh melepaskan emosi negatif yang datang bersama kerugian anda dan bagaimana untuk bermula semula dengan semangat dan keazaman baharu.

Belajar dari kesilapan perdagangan

Sesetengah perdagangan yang tidak berjaya adalah diluar kawalan anda, manakala yang lain pula boleh dielakkan jika anda membuat keputusan yang berlainan. Kesilapan berlaku, tetapi ia tak semestinya perkara yang buruk. Kesilapan membantu anda untuk berkembang dan untuk anda memahami kesilapan anda. Tetapi penting untuk anda mengambil iktibar daripada kesilapan anda, dan ini boleh menjadi perkara yang sukar bagi pedagang yang susah untuk menerima kesilapan mereka. Tetapi perdagangan adalah aktiviti yang memerlukan penambahbaikan yang berterusan, dan mengetahui cara belajar daripada kesilapan anda dan membetulkannya adalah salah satu kemahiran paling penting yang anda perlu ada untuk menjadi pedagang yang berjaya.

Kesimpulan

Menjadi seorang pedagang yang berjaya bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan dedikasi, kesabaran, disiplin, dan penambahbaikan yang berterusan. Tetapi jika anda mengikut tips dari artikel ini dan menggilap kemahiran anda, anda mempunyai peluang besar untuk menjadi profesional sejati dan belajar mendominasi perdagangan anda.

  • 622

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera