Program Kesetiaan FBS: Terima iPhone, MacBook, Atau Tunai Hanya Kerana Anda Pelanggan FBS
Bagaimana cara untuk dapatkan gajet canggih atau merchandise syarikat secara percuma? Dengan Program Kesetiaan FBS, tentu sekali! Ya, anda betul. Anda boleh menerima hadiah yang sangat mahal hanya kerana anda seorang pelanggan FBS. Tetapi mari kita lihat bagaimana ia berfungsi.
P.S. Dalam artikel ini, anda akan menemui satu tips rahsia tentang cara-cara untuk mendapatkan hadiah-hadiah super secepat yang mungkin. Jadi, jom sertai!
Apakah itu Program Kesetiaan FBS
Program Kesetiaan FBS ialah sebuah promosi eksklusif untuk para pelanggan FBS di mana mereka menerima hadiah sebenar hanya kerana mereka menyertai kami. Jika anda seorang Pedagang, anda hanya perlu berdagang seperti biasa! Untuk ini, anda akan menerima Mata dan kemudian menukarnya dengan hadiah. Adakah anda seorang Rakaniaga? Tarik pelanggan baharu, dapatkan Mata yang sama dan tukarkannya dengan hadiah juga. Ada banyak sekali hadiah hebat sedang menanti anda di Laman Peribadi anda. Lihatlah.
Cara-cara untuk menyertai Program Kesetiaan FBS
- Log masuk ke Laman Peribadi FBS anda dan klik tab Program Kesetiaan di Menu.
- Klik Sertai Program Kesetiaan.
- Sahkan emel anda dan sahkan identiti anda.
- Tahniah, anda kini seorang peserta!
Apakah hadiah-hadiah yang boleh saya dapat di dalam Program Kesetiaan FBS
Di Program Kesetiaan FBS, ada pelbagai hadiah daripada wang tunai sehinggalah gajet-gajet canggih seperti iPhone, MacBook, dan iMac. Hadiah yang tersedia bergantung pada Status Kesetiaan anda. Lebih tinggi Status Kesetiaan anda, lebih mahal hadiah yang anda boleh dapat!
Apakah itu Status Kesetiaan dan bagaimana cara untuk naik ke status yang lebih tinggi
Status Kesetiaan ialah tahap anda di dalam Program Kesetiaan FBS. Terdapat empat status: Hijau, Perak, Emas dan Platinum. Sebaik sahaja anda menyertai Program Kesetiaan FBS, anda secara automatik mendapat Status Kesetiaan Hijau. Untuk menaikkan Status Kesetiaan anda, anda perlu memenuhi dua syarat.
- Buat deposit yang diperlukan jika anda seorang Pedagang. Capai pusing ganti pelanggan yang diperlukan jika anda seorang Rakaniaga.
- Dapatkan Mata Status yang diperlukan (lihat di bawah), jika anda seorang Pedagang atau Rakan Kongsi.
Anda boleh menyemak jumlah Mata Status dan amaun total deposit atau pusing ganti di Laman Peribadi anda.
Apakah itu Mata Status dan bagaimana cara mendapatkannya
Mata Status ialah mata yang membolehkan anda menaikkan Status Kesetiaan anda.
- Jika anda seorang Pedagang, anda mendapat Mata Status bila menutup pesanan.
- Jika anda seorang Rakaniaga, anda mendapat Mata Status untuk pesanan yang ditutup oleh pelanggan peringkat pertama anda.
Contohnya, apabila anda mendapat 300 Mata Status dan membuat deposit sebanyak $15 000, status anda dinaikkan ke Status Kesetiaan Perak (dan lebih banyak hadiah tersedia untuk anda). Tetapi bagaimana cara untuk menerima hadiah? Mari kita lihat.
Apakah itu Mata Hadiah dan cara mendapatkannya
Mata Hadiah ialah mata yang anda tukarkan dengan hadiah dan ganjaran.
- Jika anda seorang Pedagang, anda mendapat Mata Hadiah bila anda menutup pesanan.
- Jika anda seorang Rakaniaga, anda mendapat Mata Hadiah untuk pesanan yang ditutup oleh pelanggan peringkat pertama anda.
Berita baik: semakin tinggi Status Kesetiaan anda (cth., Emas), lebih banyak Mata Hadiah yang anda peroleh untuk aktiviti yang sama dan lebih cepat anda boleh mendapatkan hadiah anda! Ini kerana mulai dari Status Kesetiaan Emas, pekali yang lebih tinggi digunakan untuk mengira kedua-dua Status dan Mata Hadiah. Anda boleh temui formula ini di dalam Terma dan Syarat penuh.
Bagaimana cara untuk menukar Mata Hadiah dengan hadiah
Anda boleh meminta hadiah yang anda inginkan apabila anda mencapai jumlah Mata Hadiah yang diperlukan. Untuk mendapatkan hadiah:
- Buka tab Program Kesetiaan dan klik Dapatkan hadiah anda.
- Klik pada hadiah yang anda inginkan, kemudian klik Teruskan.
- Jika anda seorang Pedagang, pertimbangkan bilangan hari aktif berdagang (hari aktif berdagang ialah hari apabila anda ada menutup sekurang-kurangnya satu pesanan).
- Jika anda seorang Rakaniaga, pertimbangkan bilangan pelanggan aktif (pelanggan aktif ialah pelanggan yang memiliki akaun yang disahkan sepenuhnya dan membuat pesanan yang mendatangkan komisen untuk Rakaniaga).
- Jika anda memilih hadiah yang memerlukan penghantaran, isikan alamat anda ke dalam borang.
- Tahniah, dapatkan hadiah anda!
Bagaimana cara untuk meningkatkan Mata Hadiah dalam Program Kesetiaan FBS
Dan ini tips rahsia yang telah kami janjikan! Untuk meningkatkan Mata Hadiah anda, jemput rakan anda untuk menyertai FBS dan dapatkan 1 Mata Hadiah untuk setiap rakan. Lebih ramai rakan anda, lebih cepat anda boleh mendapatkan hadiah wang tunai, iPhone, atau malah MacBook yang canggih untuk berdagang. Jadi jangan buang masa. Anda boleh menjemput seberapa ramai rakan yang anda mahu!
Untuk menjemput rakan, klik pada pautan di bahagian Hadiah (lihat imej di bawah). Anda akan mendapat pautan referral yang unik, yang perlu anda salin dan kongsikan kepada rakan-rakan melalui Facebook. Orang yang anda ingin jemput perlu mengikuti pautan ini untuk mendaftarkan akaun di FBS. Sebaik sahaja rakan anda mengesahkan Laman Peribadi dan berdagang 2 lot, 1 mata Hadiah akan dikreditkan kepada anda berdua
Beberapa maklumat lanjut tentang Program Kesetiaan FBS
Adakah saya perlu membayar untuk penghantaran hadiah?
Tidak, ia percuma sepenuhnya untuk anda. FBS akan menanggung semua kos. Apa yang anda perlu lakukan ialah memberikan alamat anda dan nantikan penghantaran.
Pelanggan dari negara mana yang boleh menyertai Program Kesetiaan FBS?
Program Kesetiaan FBS tersedia untuk semua pelanggan FBS dari 150+ negara di mana FBS menyediakan perkhidmatannya.
Bolehkah saya memindahkan Mata Hadiah ke baki akaun perdagangan saya?
Tidak, anda tidak boleh memindahkan Mata Hadiah terus ke baki akaun perdagangan anda. Tetapi ada cara lain untuk mendapatkan wang tersebut. Anda boleh menukarkan 100 Mata Hadiah dengan hadiah $100!
Di aplikasi FBS yang manakah Program Kesetiaan boleh ditemui?
Anda boleh menyertai Program Kesetiaan FBS hanya dari Laman Peribadi web anda. Ia tidak tersedia di mana-mana aplikasi FBS.
Baca lebih lanjut
- Cara-Cara Menggunakan MetaTrader 5: Tutorial
- Promo 12 Tahun FBS: cara untuk sertai dan menang besar
- Ketahui cara-cara mendapatkan keuntungan besar dari perdagangan emas di Forex
- Panduan A-Z Tentang Brexit: Cara-cara Untuk Meraih Untung Dari Perceraian Geopolitik Paling Dramatik
- Kesilapan-Kesilapan Lazim Dalam Perdagangan dan Cara Mengelakkannya
- Cara Memasang MetaTrader 5 di macOS
- Cara-cara mengaut keuntungan ketika pasaran meruwap