1. FBS broker  >
  2. Blog >
  3. Bagaimana Cara Menyelesaikan Ralat "Akaun Tidak Sah" di MetaTrader 4 dan MetaTrader 5?
2022-08-17 • Dikemaskini

Bagaimana Cara Menyelesaikan Ralat "Akaun Tidak Sah" di MetaTrader 4 dan MetaTrader 5?

cover.png

Apabila pedagang membuka beberapa akaun yang berbeza di platform perdagangan yang berbeza, kadangkala terjadi insiden di mana MT4 atau MT5 memberikan ralat. Sebagai permulaan, mari kita fahami maksud ralat "Akaun tidak sah" (“Invalid account”).

Apabila mesej "Akaun tidak sah" muncul, ini bermakna pedagang tidak boleh log masuk ke akaun. Kemungkinan besar, MT4/MT5 menunjukkan ralat "Akaun tidak sah" kerana maklumat log masuk yang diberikan yang salah, akaun tidak diaktifkan, atau cuti umum di bursa. Atau mungkin anda perlukan tutorial MT5. Berita baiknya, semua masalah ini boleh diselesaikan dengan mudah dengan aplikasi FBS - Trading Broker (Laman Peribadi anda untuk berdagang).

1_ms.png

Versi lama MetaTrader

Untuk MT4 dan MT5 berfungsi dengan betul, anda perlu mengemas kini app anda setiap kali masanya tiba. Jika anda menggunakan versi aplikasi yang sudah lapuk, anda pasti akan melihat mesej "Akaun tidak sah".

Membetulkan ralat "Akaun tidak sah" disebabkan oleh versi MetaTrader yang sudah lapuk

Jangan lupa untuk menyemak emel anda untuk maklumat terkini tentang platform anda. Sentiasa kemas kini aplikasi MT4/MT5 anda kepada versi terkini jika anda ingin mempunyai akses kepada akaun anda. Tindakan mudah ini akan menghindarkan banyak masalah.

Muat turun MT4

Muat turun MT5

Akaun tidak aktif dalam masa 90 hari

Semua akaun perdagangan sebenar di FBS diarkibkan selepas 90 hari tidak aktif. Pembekuan akaun perdagangan tidak aktif adalah perlu untuk memastikan keselamatan dana yang ada di akaun perdagangan pelanggan FBS. Walau bagaimanapun, jika anda tidak menggunakan akaun demo anda selama 90 hari, ia akan dinyahaktifkan secara kekal. Bakinya akan disifarkan.

Membetulkan ralat "Akaun tidak sah" yang disebabkan oleh akaun perdagangan yang tidak aktif

Anda boleh mengaktifkan semula akaun perdagangan sebenar anda di Laman Peribadi FBS anda:

  1. Log masuk ke Laman Peribadi anda.
  2. Pergi ke arkib Akaun di seksyen Akaun.
  3. Cari akaun berkenaan di dalam senarai.
  4. Klik Pulihkan untuk mengaktifkannya semula.

Dan jangan lupa untuk log masuk ke akaun Demo anda setidak-tidaknya sekali-sekala.

2_ms.png

Nombor pelayan salah

Apabila anda membuka akaun MT4/MT5 baharu, anda menerima nombor pelayan melalui emel. Untuk log masuk, anda memerlukan nombor yang tepat, tidak boleh menggunakan nombor yang lain.

Membetulkan ralat "Akaun tidak sah" disebabkan nombor pelayan yang salah

Pilih nombor pelayan yang betul di dalam MetaTrader. Nombor pelayan dan butiran lain dihantar melalui e-mel dan ia juga tersedia pada kad akaun anda di aplikasi Laman Peribadi FBS - Trading Broker anda.

3_ms.png

Hari cuti pedagang forex

Pedagang yang berpengalaman sekali pun adakalanya lupa bahawa pasaran Forex tidak selalunya tersedia. Dari Sabtu hingga Ahad, anda tidak akan mempunyai akses kepada MT4 dan MT5 kerana tiada akses kepada Forex itu sendiri. Masa untuk berehat dan cuba lagi pada hari Isnin!

Membetulkan ralat "Akaun tidak sah" disebabkan hari cuti Forex

Hanya perdagangan matawang kripto di akaun Crypto sahaja yang tersedia pada hujung minggu. Buka akaunmata wang kripto MT5 untuk perdagangan kripto FBS dan buat keuntungan dari Isnin hingga Ahad.

Kesilapan butiran login atau kata laluan

Ini adalah kesilapan yang paling biasa. Pastikan semua data, huruf besar, simbol dan ruang dimasukkan dengan betul.

Membetulkan ralat "Akaun tidak sah" yang disebabkan oleh ralat login atau kata laluan

Untuk tujuan keselamatan, adalah disyorkan untuk mengemas kini kata laluan perdagangan anda sebelum setiap sesi. Untuk melakukan ini, klik "Jana kata laluan baharu MetaTrader" di dalam Laman Peribadi FBS.

4_ms.png

Akaun tidak diaktifkan

Untuk mula menggunakan akaun perdagangan, ia mesti diaktifkan. Jika anda melihat ralat "Akaun tidak sah" di MT4 dan MT5, ini mungkin bermakna anda belum membuka atau mengaktifkan akaun perdagangan anda.

Membetulkan ralat "Akaun tidak sah" yang disebabkan oleh akaun yang tidak diaktifkan

Pergi ke Laman Peribadi FBS dan buka akaun perdagangan. Terdapat video dan panduan langkah demi langkah tentang cara membuka akaun FBS di halaman pendaftaran. Ikuti sahaja langkah-langkah yang diberikan.

Kegagalan pelayan atau ralat perkhidmatan

Jika anda telah menyemak semua perkara di atas dan MT4/MT5 masih menyatakan "Akaun tidak sah", masalahnya mungkin dengan pelayan. Dalam kes ini, jika memulakan semula (relaunch) dan memasang semula (reinstall) platform tidak membantu, penyelesaian terbaik ialah menghubungi pasukan khidmat pelanggan.

Senarai semak untuk sebab-sebab di seblaik ralat "Akaun tidak sah"

Malangnya, MetaTrader tidak menyatakan dengan jelas sebab disebalik ralat "Akaun tidak sah". Jika anda menghadapi masalah ini, semak senarai sebab-sebab di bawah, satu demi satu. Inilah yang perlu dilakukan dahulu:

  • Kemas kini MT4/MT5.
  • Semak sama ada akaun anda telah diarkibkan dan pulihkannya.
  • Pastikan anda menyambung ke pelayan yang betul.
  • Sahkan bahawa login dan kata laluan perdagangan anda adalah betul.

Jika ini tidak berkesan, hubungi pasukan khidmat pelanggan, yang tersedia 24/7. Kemungkinan besar, ia hanya akan mengambil masa beberapa minit untuk menyelesaikan masalah anda dan anda boleh kembali ke urusan perdagangan anda.

  • 175

Rasai Semangat Berpasukan

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera