1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Bagaimana Cara Untuk Berjaya Setelah Gagal Kali Pertama Di Pasaran?
2024-06-07 • Dikemaskini

Bagaimana Cara Untuk Berjaya Setelah Gagal Kali Pertama Di Pasaran?

MRGC-1751_обложка.jpg

Sekiranya anda mengalami kerugian pertama bila berdagang, anda mungkin berasa seperti hendak berputus asa. Ingat, ini adalah titik tolak untuk anda dan kembara perdagangan anda. Jika anda berhenti sekarang, anda tidak akan pernah merasa nikmat kejayaan! Berikut beberapa petua bagaimana untuk bangkit sekiranya pasaran menumbangkan anda.

1. Rasai perasaan anda

Anda mungkin berasa kecewa dengan diri sendiri, dengan pasaran, malah dengan dunia ini! Kita semua faham dengan situasi tersebut, dan anda harus akur bahawa tidak mengapa untuk anda berasa sedemikian. Biarkan diri anda kecewa atau sedih, tetapi kemudian hadapi perasaan tersebut – mengapa anda berasa seperti itu? Adakah anda berharap untuk menjadi Warren Buffet yang seterusnya? Jangan menghukum diri anda kerana gagal menjadi pedagang jutawan yang berjaya mulai dari kali pertama anda melangkah masuk ke platform perdagangan anda. Sedikit demi sedikit!

2. Perbetulkan jangkaan anda

Bercakap tentang berdikit-dikit – itulah yang seharusnya anda lakukan. Kami ulangi, janganlah berharap untuk terus menjadi pedagang yang paling berjaya dengan serta-merta. Sebaliknya, rendahkan sedikit jangkaan anda, terutamanya jika anda seorang pemula dan masih hendak mengenal pasaran. Kegagalan pertama anda adalah masa yang tepat untuk melihat apa sebenarnya harapan anda untuk aktiviti baru ini (mungkin secara tidar sedar) dan melarasnya semula agar wajar dan munasabah. Mulakan dengan mengkaji dan pelajari strategi pengurusan risiko.

3. Luangkan sedikit masa untuk belajar dari kesilapan

Penyelidikan adalah apa yang anda perlukan pada masa ini. Untuk mengelak dari melakukan kesilapan yang sama, anda perlu ketahui apa kesilapan anda. Mungkin anda memasuki pasaran tanpa menguruskan risiko atau belajar mengenai instrumen anda. Adakah anda menerima berita mengenai instrumen tertentu terlalu lewat? Nah, inilah peluang anda untuk belajar dan tidak mengulanginya lagi. Buat kerja rumah (homework) anda untuk mengelakkan kesilapan ini dari berulang!

MRGC-1751_внутренняя_1.jpg

4. Bermula sekali lagi – tetapi gunakan pendekatan yang berbeza

Bagus, homework anda sudah selesai, sekarang anda tahu apa kesilapan anda. Masa yang tepat untuk mencuba lagi – tetapi dengan semua kesilapan sudah diperbetulkan, anda mungkin perlukan pendekatan yang baru. Anda boleh mulakan dengan menggunakan strategi perdagangan jika anda tidak menerapkan sebarang strategi sebelum ini, atau pilih strategi yang baru jika strategi anda sebelum ini didapati gagal. Pilih daripada beratus-ratus strategi perdagangan yang telah kami sentuh dalam penulisan kami, atau bina strategi anda sendiri berdasarkan kerja-kerja yang telah anda lakukan. Cargas!

Sekiranya anda takut untuk bermula lagi, cuba lakukannya tanpa mempertaruhkan wang anda sendiri. Untuk hal ini, FBS mempunyai beberapa promosi, termasuk Bonus Level Up, di mana anda diberi $140 untuk berdagang dan anda boleh berlatih dan mengeluarkan keuntungan ke akaun sebenar anda.

5. Berhenti membandingkan diri anda dengan orang lain yang lebih berjaya

Ya, itulah dia. Tidak perlu dijelaskan dengan lebih lanjut. Tetapi agar lebih jelas, membandingkan diri anda dengan orang lain hanya menghindar anda dari kejayaan kerana sentiasa ada orang lain yang lebih besar, lebih baik, lebih cepat, lebih kuat. Nasihat ini terpakai untuk semua aspek kehidupan, tetapi lebih-lebih lagi dalam perdagangan. Sebaliknya, bandingkan diri anda sekarang dengan diri anda sendiri dari beberapa hari, minggu, atau bulan yang lalu. Adakah anda yang sekarang tahu lebih banyak perkara? Adakah anda mempunyai pemahaman yang lebih baik mengenai pasaran? Sekiranya jawapannya ya - bagus, anda sedang bergerak dalam arah yang betul. Sekiranya jawapan anda tidak, anda perlu memperbaikinya dan mula berkembang.

6. Ingat bahawa tidak ada kejayaan yang diraih serta-merta

Anda mungkin tahu bahawa kejayaan yang sejati memerlukan banyak usaha dan kerja keras. Berikut kami berikan beberapa contoh orang yang bangkit dan berjaya mendaki ke puncak walaupun selepas tersungkur berkali-kali.

MRGC-1751_внутренняя_2.jpg

Walt Disney, pengasas salah satu syarikat yang terbesar di dunia pada hari ini, dipecat dari surat khabar tempat beliau bekerja pada masa itu kerana "kurang imaginasi dan idea yang baik". Disney cuba mewujudkan beberapa usaha perniagaan namun setiap darinya gagal sehingga akhirnya berjaya mewujudkan salah satu syarikat animasi yang paling inovatif hari ini.

Thomas Edison, seorang pencipta yang termasyhur, yang terkenal kerana mencipta mentol elektrik, dibuang dari sekolah kerana "terlalu bodoh untuk belajar apa-apa" dan gagal mengekalkan pekerjaannya kerana tidak produktif. Sebenarnya, ciptaannya yang paling terkenal hanya berjaya dihasilkan setelah seribu percubaan yang gagal, mensohorkan namanya dan memancarkan cahaya di seluruh dunia.

Oprah Winfrey, salah seorang wanita yang paling berjaya di muka bumi, yang sangat terkenal, anda bahkan tidak memerlukan nama keluarganya untuk mengenali siapa sedang yang kita bicarakan, telah menempuh jalan yang sukar untuk mencapai kejayaan dan kemasyhuran yang beliau kecapi sekarang. Beliau membesar di dalam keluarga yang berantakan dan didera sewaktu kecil dan pernah menghadapi pelbagai masalah kerjaya. Sebenarnya, orang-orang di industri televisyen begitu yakin bahawa beliau tidak layak berada di TV, sehinggakan beliau dipecat dari pekerjaannya sebagai pengacara TV pada usia 23 tahun – dan itulah usia kemuncak untuk mencipta nama di layar.

Adakah anda tahu apa persamaan di kalangan semua orang ini? Sekiranya mereka tidak gagal, nasib kerjaya mereka mungkin akan sangat berbeza. Mereka tidak akan menjadi orang yang kita kenal sekarang jika mereka berpegang pada jalan yang pertama mereka pilih dan tidak pernah beradaptasi. Kesalahan dan kegagalan membawa mereka ke arah kejayaan.

Petua #5 kami mengatakan untuk tidak membandingkan diri anda dengan orang lain, dan kami tetap berpegang teguh dengan nasihat itu. Tetapi anda boleh cuba untuk mencapai tahap ketekunan yang sama seperti mereka dan memilih jalan anda sendiri untuk menuju kejayaan – jalan yang mungkin penuh dengan kesilapan dan kegagalan, tetapi ia juga jalan yang akan membawa anda menggapai impian anda!

Baca lebih lanjut

  • 3845

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera