1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Bagaimana Cara Berdagang dengan Pola Megaphone?
2023-05-26 • Dikemaskini

Bagaimana Cara Berdagang dengan Pola Megaphone?

CREATIVE-434 How to Trade Megaphone Patterns__1200x675_1_cover.png

Apakah itu pola megafon?

Pola megafon (megaphone pattern) ialah pola carta yang terbentuk apabila pergerakan harga jadi meruap. Ia terdiri daripada sekurang-kurangnya dua puncak yang lebih tinggi (higher highs) dan dua lurah yang lebih rendah (lower lows) yang terbentuk daripada lima swing yang berbeza. Setiap swing adalah lebih besar daripada yang sebelumnya, dan puncak yang lebih tinggi and lurah yang lebih rendah boleh disambungkan oleh dua garisan trend mencapah yang menyerupai bentuk megafon yang menjadi nama pola itu.

Anda biasanya boleh melihat pola ini di bahagian atas atau bawah pasaran. Ia menunjukkan bahawa para pedagang tidak yakin tentang hala tuju pasaran dan cuba masuk atau keluar dari dagangan dengan segera, menyebabkan swing yang lebih besar terbentuk.

1.1.png

Dalam artikel ini, anda akan belajar tentang cara untuk mengenal pasti pola megafon, sama ada pola megafon berkenaan adalah bullish atau bearish, ciri-ciri utama pola ini dan cara berdagang menggunakan pola megafon apabila anda melihat ia pada carta.

Kesimpulan Utama:

  • Pola megafon terbentuk di dalam pasaran yang meruap apabila bulls dan bears bersaing untuk mengawal pasaran.
  • Pola megafon terdiri daripada lima swing yang membentuk sekurang-kurangnya dua puncak yang lebih tinggi dan dua lurah yang lebih rendah. Jika garisan trend yang dilukis menerusi puncak-puncak yang lebih tinggi dan garisan trend yang melintasi lurah-lurah yang lebih rendah mencapah, maka pola yang terbentuk ialah megafon.
  • Pola megafon boleh bersifat bullish atau bearish, tetapi adalah mustahil untuk mengetahuinya dengan pasti sehingga harga ditutup di luar pola tersebut dan mengesahkan permulaan arah trend yang baharu atau penerusan pola sebelumnya.
  • Pedagang boleh menggunakan pola megafon dalam pelbagai strategi perdagangan, bergantung pada gaya perdagangan pilihan mereka dan sama ada pola tersebut gagal atau tidak.

Bagaimana cara untuk mengenal pasti pola megafon?

Seperti yang telah dinyatakan, pola megafon terdiri daripada lima swing yang membentuk puncak-puncak yang lebih tinggi dan lurah-lurah yang lebih rendah. Jika anda melihat harga bergerak dalam swing-swing yang sebegitu dalam julat yang semakin meluas, anda boleh menyemak sama ada ia benar-benar pola carta megafon dengan melukiskan dua garisan trend: satu melalui puncak-puncak yang lebih tinggi dan satu lagi melalui lurah-lurah yang lebih rendah. Jika kedua-dua garisan trend itu saling mencapah, masing-masing menuju arah yang bertentangan, maka anda sedang berhadapan dengan pola megafon.

2.png

Perkara lain yang perlu anda ketahui ialah bila dan mengapa pola megafon boleh muncul pada carta. Pola megafon terbentuk apabila pasaran sedang melalui satu tempoh kemeruapan. Ia tidak menunjukkan trend harga tertentu. Sebaliknya, ia memberitahu kita bahawa para pedagang nampaknya tidak bersetuju dengan harga aset tersebut. Mereka berserah kepada emosi mereka dan mula membeli apabila harga kelihatan rendah bagi mereka dan menjual apabila ia kelihatan tinggi. Swing-swing ini menghalang harga daripada mengikuti trend tertentu, yang menyebabkan lebih banyak keraguan di kalangan para pedagang.

Lumrahnya, tempoh-tempoh yang meruap pasti akan menemui penghujungnya, jadi terdapat beberapa strategi yang baik yang membolehkan para pedagang yang berfikiran wajar untuk mengambil kesempatan dari pola megafon. Perkara yang paling penting untuk mereka lakukan ialah bertenang dan tidak membiarkan rasa panik menentukan keputusan mereka.

Adakah pola megafon bullish atau bearish?

Pola megafon boleh menjadi bullish dan bearish, bergantung pada tempat ia terbentuk pada carta. Itulah sebabnya mengapa pola megafon biasanya dibahagikan kepada puncak megafon(megaphone top) dan dasar megafon (megaphone bottom).

3.3.png

  • Puncak megafon ialah pola megafon bearish yang menunjukkan kemungkinan penyongsangan daripada trend menaik kepada trend menurun atau penerusan trend menurun. Secara amnya, puncak megafon terdiri daripada tiga puncak yang lebih tinggi dan dua lurah yang lebih rendah. Pola ini dianggap lengkap apabila harga menembusi garisan trend yang dilukis melalui jurang-jurang pola tersebut. Jika ini berlaku, terdapat kemungkinan yang sangat tinggi bahawa pasaran akan mula bergerak dalam trend menurun yang baru.
  • Dasar megafon dianggap lebih jarang berlaku berbanding lawan bearishnya. Berbeza dengan puncak megafon, dasar megafon ialah pola megafon bullish yang berlaku sebelum penyongsangan yang mungkin berlaku daripada trend menurun kepada trend menaik atau menunjukkan kesinambungan trend menaik. Pola ini cenderung terdiri dari tiga lurah yang lebih rendah dan dua puncak yang lebih tinggi. Selepas lurah yang ketiga, harga biasanya bergerak dalam trajektori swing menaik dan memecahkan garisan trend yang dilukis melalui aras-aras tinggi, menandakan pola tersebut selesai dan permulaan trend menaik yang baru.

Walau bagaimanapun, adalah mustahil untuk menyaatakan sama ada pola megafon ini mendahului penyongsangan atau penerusan trend. Untuk mengetahui trend masa depan dengan pasti, adalah lebih baik untuk menunggu sehingga harga menembusi garisan sokongan atau rintangan dan pola tersebut sudah disahkan. Hanya selepas itu barulah selamat untuk membuka urusniaga perdagangan.

Apakah itu formasi yang semakin meluas?

Formasi yang semakin meluas ialah nama lain untuk apa yang kini kita kenali sebagai pola megafon. Formasi yang meluas boleh menjadi bullish (meluas di bawah) atau bearish (meluas di atas) dan secara amnya ia menunjukkan potensi penyongsangan trend.

Tetapi jika kita melihat gambaran yang lebih besar, formasi meluas lebih terkenal sebagai indikator kemeruapan. Ia mula terbentuk apabila pasaran mengalami satu tempoh di mana risiko lebih tinggi. Ia berlaku kerana para pedagang tidak pasti ke mana harga akan bergerak seterusnya, dan oleh itu ia mula menaik dan menurun berulang kali.

Formasi meluas juga berlaku lebih banyak berlaku semasa musim perolehan pendapatan apabila syarikat mula melaporkan pendapatan suku tahunan mereka. Sama ada syarikat berjaya atau tidak, para pedagang akan mempunyai reaksi optimistik atau pesimis yang berbeza, yang mempengaruhi pergerakan harga dan boleh membawa kepada formasi pola megafon.

Ciri-ciri pola perdagangan megafon

Memandangkan kini kita sudah tahu apa itu pola megafon, mari kita kaji parameter utamanya dengan lebih terperinci.

Volum

Parameter pertama pola megafon yang perlu anda perhatikan ialah volum. Seperti yang anda ketahui, volum ialah indikator teknikal yang menunjukkan jumlah keseluruhan aset yang didagangkan dalam tempoh masa tertentu. Volum dagangan menunjukkan jumlah pedagang yang aktif di pasaran dan sama ada aset yang dipersoalkan sedang dalam permintaan atau tidak. Volum dagangan juga digunakan oleh para pedagang untuk mengesahkan penerusan atau penyongsangan trend. Jadi seperti yang anda lihat, volum mungkin memberi anda banyak maklumat tentang situasi semasa di pasaran.

Volum membantu para pedagang mengenali pola megafon pada carta. Para pedagang mungkin melihat bahawa volum melonjak bersama dengan harga dalam pola megafon. Anda juga mungkin melihat bahawa volum biasanya meningkat dan kekal tinggi apabila pola terbentuk. Walau bagaimanapun, volum tidak memberitahu potensi penyongsangan atau penerusan trend sebelumnya kerana tiada apa-apa yang luar biasa dapat dilihat padanya apabila salah satu daripadanya berlaku.

Tingkah laku yang mendasarinya

Perkara seterusnya yang akan kita lihat ialah tingkah laku yang mendasarinya. Seperti yang kita pelajari, pola megafon berlaku apabila para pedagang cuba mengawal aset tersebut. Bulls terus membeli dan memacu harga aset lebih tinggi manakala bears, sebaliknya, cuba mengatasi perkembangan ini dan menjual aset ketika harga tinggi, memacu ia menjadi lebih rendah dan lebih rendah. Swing harga terus membentuk tinggi dan rendah baharu, dan jika anda melukis dua garisan trend melalui titik-titik ini, anda akan perasan bahawa garisan mencapah ke arah yang berbeza. Sebagai peraturannya, ketidakpastian ini dan ketegangan yang meningkat biasanya berakhir dengan satu pihak menahan diri daripada terus bertindak dan satu pihak lagi mendominasi pasaran. Pola berakhir dengan trend bergerak ke arah pihak yang menang, sama ada meneruskan atau menyongsang trend sebelumnya.

Bagaimana cara berdagang dengan pola megafon

Walaupun sifatnya tidak meyakinkan, pola megafon menyediakan banyak peluang perdagangan. Perdagangan megafon boleh digabungkan ke dalam pelbagai strategi, bergantung pada gaya dagangan seseorang pedagang.

Perdagangan penembusan (breakout)

Cara pertama untuk berdagang dengan pola megafon ialah dengan penembusan. Penembusan berlaku apabila harga menembusi salah satu garisan trend dan tutup di luar pola. Penembusan boleh menjadi bullish atau bearish, dan para pedagang menganggap ia sebagai pengesahan pola dan trend berikutnya.

Berdagang dengan penembusan bermaksud menunggu sehingga harga ditutup di luar pola, mengesahkan pola megafon sudah lengkap, dan membuka urusniaga apabila arah pergerakan harga adalah jelas. Ambil perhatian bahawa adalah lebih baik untuk menunggu sedikit untuk melihat sama ada penembusan gagal sebelum membuat keputusan.

4.png

Bagi sasaran minimum, strategi yang biasa adalah untuk mengukur jarak antara harga tinggi yang tertinggi dan harga rendah yang terendah bagi pola ini, lukiskan garisan yang mempunyai jarak yang sama dari titik penembusan ke arah trend baharu, dan kemudian letakkan sasaran minimum pada aras 60% daripada panjang garisan berkenaan.

Bagi Renti Rugi, peraturan amnya adalah untuk melukiskan garisan melalui Titik Pivot Tinggi kedua (untuk trend buliish) atau Titik Pivot Rendah (untuk trend bearish) dan meletakkan pesanan renti rugi pada aras ini.

Perdagangan swing

Memandangkan pola megafon terdiri daripada beberapa swing, ini adalah pola yang baik untuk melakukan perdagangan swing. Para pedagang swing memanfaatkan pasaran yang meruap, menggunakan keraguan majoriti pedagang untuk keuntungan mereka. Dalam kes pola megafon, para pedagang swing boleh mencuba dan berdagang dalam pola tersebut, membeli apabila harga mencecah lurah yang lebih rendah dan menjual apabila ia membentuk puncak yang lebih tinggi. Ini biasanya memerlukan mereka untuk menunggu pengesahan bahawa harga tidak melanggar salah satu garisan trend.

Tetapi pedagang juga boleh berdagang dengan swing-swing di dalam pola ini. Apa yang anda perlu lakukan ialah menggunakan garisan mendatar yang dibentuk oleh puncak-puncak dan lurah-lurah pola serta garisan pivot. Selain itu, pedagang juga boleh menggunakan aras pengunduran Fibonacci (Fibonacci retracement) untuk mencari garis sokongan dan rintangan untuk berdagang di dalam pola megafon.

5.png

Kegagalan

Seperti mana-mana pola lain, pola carta megafon boleh gagal untuk menembus keluar. Walaupun begitu, anda masih boleh berdagang dengannya, namun penting untuk mengenal pasti kegagalan tersebut dengan betul. Ia sebenarnya agak mudah kerana pola megafon dianggap gagal jika harga tidak memecahkan salah satu garisan trend selepas swing yang kelima. Jadi, jika anda melihat pola ini dalam pasaran bull, contohnya, dan mendapati bahawa harga melonjak daripada garisan trend selepas swing kelima, anda harus mempertimbangkan untuk short apabila harga jatuh di bawah aras sokongan terdekat.

6.png

Dalam kes ini, anda boleh menggunakan aras yang dibentuk oleh Titik Pivot 4 sebagai sasaran perdagangan anda yang pertama dan meletakkan calon sasaran kedua pada garisan trend bawah pola tersebut. Bagi pesanan renti rugi, anda boleh meletakkannya pada aras di mana harga gagal menembusi pola selepas swing kelima. Anda juga boleh menggunakan nisbah risiko/ganjaran mengikut strategi perdagangan anda sendiri.

Kesimpulan

Dalam artikel ini kita telah belajar tentang pola carta megafon. Pola carta megafon berlaku apabila pasaran melalui tempoh yang meruap dan para pedagang tidak boleh membuat keputusan tentang harga sebenar aset.

Pola megafon boleh bersifat bullish atau bearish tetapi sukar untuk meramalkan arah pergerakan harga dan mencari titik masuk dan keluar terbaik tanpa menggunakan indikator-indikator tambahan dan alat analisis teknikal.

  • 2078

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera