1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Bagaimana Cara Berdagang Matawang Kripto Di Tahun 2022
2023-05-30 • Dikemaskini

Bagaimana Cara Berdagang Matawang Kripto Di Tahun 2022

Cover_642х361.png

Sekarang kita sudah di tahun 2022 dan anda masih belum pasti bagaimana cara untuk dagangkan matawang kripto? Jika benar belum, ini peluang anda untuk melakukannya sebelum terlambat. Teruskan membaca untuk menerokai dunia matawang kripto, kategori aset yang paling mengujakan di dunia, dan pelajari cara untuk mula berdagang matawang kripto pada tahun 2022 dengan yakin.

Apakah itu matawang kripto?

Matawang kripto, gabungan perkataan 'matawang' dan 'kriptografi', atau pendeknya 'kripto', ialah sejenis aset digital yang telah merevolusikan industri kewangan global. Tahun 2009 adalah tahun di mana terciptanya kripto yang pertama, Bitcoin, dan sejak dari itu populariti kedua-dua perdagangan kripto dan juga pembangunan matawang kripto baharu telah meningkat secara mendadak. Malah, setelah hanya 13 tahun, jumlah nilai keseluruhan pasaran matawang kripto sudah melebihi $89 bilion dan kini terdapat lebih 10 000 matawang kripto, atau ‘koin’, di pasaran.

Walaupun setiap koin mempunyai beberapa ciri khasnya yang tersendiri, semua koin berkongsi satu perkara asas: ia beroperasi berpaksikan suatu teknologi yang dinamakan 'blockchain'. Blockchain merujuk kepada rekod digital kesemua transaksi (dan maklumat lain, bergantung pada koin) untuk suatu koin tertentu. Blockchain disimpan di rangkaian komputer yang terdesentralisasi. Desentralisasi merujuk kepada jenis aturan pemilikan di mana pemilikan dibahagikan sama rata di kalangan setiap nod (dalam kes ini, komputer) di dalam rangkaian, dan ini bertentangan dengan pemusatan, di mana satu nod mempunyai kebanyakan atau semua pemilikan. Ini bermakna bahawa salinan blockchain disimpan pada setiap komputer di dalam rangkaiannya dan, yang paling penting, koin itu tidak dikawal oleh mana-mana satu institusi pusat, contohnya seperti bank atau kerajaan. Anda mungkin berkata "Itu kedengaran seperti suatu yang berisiko tinggi. Saya berpuas hati dengan bank saya dan saya mempercayainya, mengapa saya perlu mengambil peduli tentang kripto?”. Jawapannya mudah: kerana matawang kripto memberikan penggunanya beberapa kelebihan yang menarik.

Jadi, apakah kelebihan menggunakan kripto? Pertama, desentralisasi membolehkan pengguna mengelakkan kebanyakan, jika bukan semua, kos yang dikenakan oleh bank, menjadikan transaksi lebih murah apabila menggunakan kripto. Ini satu perbezaan yang ketara untuk pindahan antarabangsa, yang memakan belanja yang mahal apabila dilakukan melalui bank. Kedua, dengan membenarkan perkara seperti had bekalan, kadar inflasi tetap dan kontrak pinjaman diprogramkan ke dalam kodnya, teknologi blockchain mengautomatikkan peraturan ekonomi dan menggantikan kebanyakan fungsi bank. Akibatnya, blockchain menjadikan kawalan selia ekonomi lebih telus, objektif dan cekap berbanding dengan kawalan secara terpusat. Ketiga, kripto menawarkan keselamatan yang lebih tinggi daripada bank, kerana teknologi blockchain sangat disulitkan (encrypted), sulit dan terdesentralisasi.

Adakah anda kini sudah menjadi lebih berminat untuk berdagang kripto? Teruskan membaca untuk mengetahui perbezaan praktikal antara perdagangan kripto dan aset-aset lain untuk memutuskan sama ada perdagangan kripto adalah sesuai untuk anda.

1_642х361.png

Perdagangan kripto vs aset-aset lain

Jadi, bagaimanakah perdagangan kripto berbeza dengan aset-aset lain?

Perbezaannya yang utama ialah matawang kripto jauh lebih meruap berbanding mana-mana jenis aset yang lain. Adalah biasa bagi matawang kripto untuk berayun sebanyak 10% dalam tempoh sehari. Dari satu segi, kemeruapan yang lebih tinggi membayangkan risiko yang lebih tinggi. Melihat dari segi lain pula, kemeruapan yang lebih tinggi membolehkan keuntungan diraih lebih cepat lantaran dari pergerakan harga yang lebih rancak. Selain itu, tidak seperti pasaran lain, pasaran kripto dibuka untuk perdagangan 24 jam sehari, 365 hari setahun. Akibatnya, perdagangan kripto menawarkan potensi keuntungan yang lebih tinggi tetapi ia juga datang dengan risiko yang lebih tinggi berbanding dengan aset lain.

Dari segi analisis teknikal, perdagangan kripto adalah sama dengan aset lain, jadi jika anda sudah mempunyai pengalaman menggunakan alat analisis teknikal, anda tidak perlu mempelajari sebarang teori baharu. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan pada analisis fundamental: kripto lebih sensitif terhadap sentimen pasaran dan lebih dipengaruhi oleh media sosial, terutamanya kenyataan yang dibuat oleh selebriti kripto.

Adakah anda kini sudah bersedia untuk memulakan penerokaan perdagangan matawang kripto anda? Teruskan membaca untuk mengetahui cara terbaik untuk berdagang kripto di tahun 2022.

Bagaimana cara untuk dagangkan matawang kripto di tahun 2022

1. Buka akaun dengan broker matawang kripto

Untuk mula berdagang kripto, langkah pertama ialah membuka akaun dengan broker kripto, yang membolehkan pedagang mengurup (menukar) kripto dengan aset lain dan sebaliknya pada kadar yang ditetapkan oleh broker.

Anda boleh membuka akaun kripto di sini di FBS, baik di laman web mahu pun di aplikasi mudah alih kami. Akaun Crypto FBS, menawarkan lebih 100 instrumen dagangan: koin, koin-koin, koin-fiat dan koin-logam. Selain itu, FBS menawarkan syarat yang sangat baik untuk berdagang kripto: spread yang rendah, leveraj malar 1:5, serta deposit dan pengeluaran menerusi kedua-dua matawang fiat (tradisional) dan matawang kripto.

Untuk mula menggunakan akaun anda, anda perlu mengesahkan identiti anda terlebih dahulu dengan pasport atau kad pengenalan anda. Ini membantu kami mencegah penipuan dan menyelesaikan pertikaian supaya anda boleh menikmati perdagangan tanpa perlu risau. Setelah identiti anda disahkan, anda sudah bersedia untuk mendepositkan wang ke dalam akaun anda. Dengan akaun Crypto FBS, anda boleh deposit menggunakan kad debit, dengan perantara seperti Skrill dan Neteller, atau dengan dompet kripto. Jika anda belum bersedia untuk melaburkan wang sebenar ke dalam kripto, anda sentiasa boleh membuka akaun Demo Crypto FBS dan berlatih berdagang kripto menggunakan wang maya.

2. Pilih platform perdagangan

Sebaik sahaja setelah anda buka akaun dengan broker kripto, anda perlu memilih platform perdagangan. Platform perdagangan ialah sejenis perisian, yang membolehkan penggunanya membeli dan menjual kripto, menjejaki carta harga secara langsung, menerima signal perdagangan dan menggunakan alat analisis teknikal.

Platform perdagangan yang boleh anda pilih bergantung pada broker kripto anda. Akaun Crypto FBS tersedia di platform MetaTrader5 dan platform perdagangan ciptaan kami sendiri iaitu FBS Trader. FBS Trader lebih mesra pengguna dan oleh itu disyorkan jika anda baru mula berdagang kripto. MetaTrader5 mempunyai alat analisis teknikal yang lebih maju dan oleh itu lebih sesuai untuk pedagang yang lebih berpengalaman.

3. Bina pelan perdagangan

Langkah seterusnya adalah untuk mencipta pelan perdagangan yang meyakinkan untuk memastikan bahawa anda di landasan yang betul untuk berjaya dalam perdagangan matawang kripto. Pertama, pilih matawang kripto yang anda ingin dagangkan. Bagi para pedagang, perbezaan utama antara pelbagai matawang kripto yang berbeza adalah kemeruapan dan popularitinya. Sebagai contoh, Tether, koin yang direka untuk terkorelasi dengan rapat (untuk bergerak dengan cara yang sama) dengan dolar AS, adalah jauh lebih rendah kemeruapannya berbanding Bitcoin yang cenderung berayun secara besar-besaran. Selain itu, koin yang lebih popular daripada yang lain, seperti Bitcoin dan Ethereum, mempunyai kecairan yang lebih tinggi (didagangkan secara aktif) dan diterima secara lebih meluas di platform-platform perdagangan matawang kripto.

Satu lagi perbezaan utama ialah betapa sesetengah koin mempunyai bekalan yang terhad, seperti Bitcoin, dengan had bekalan sebanyak 21 juta unit. Sementara itu, koin-koin lain, seperti Ethereum, mempunyai bekalan yang tidak terhad dan sebaliknya mempunyai kadar inflasi yang malar. Bagi para pedagang, perbezaan antara bekalan terhad dan tidak terhad ialah betapa koin yang bekalannya terhad cenderung meningkat nilainya apabila permintaan meningkat dari semasa ke semasa, kerana bekalan tidak boleh diselaraskan untuk memenuhi permintaan. Walau bagaimanapun, koin dengan bekalan terhad juga cenderung lebih meruap dan dengan itu lebih berisiko untuk didagangkan. Oleh itu, sikap anda terhadap risiko juga penting dalam menentukan matawang kripto yang anda akan dagangkan.

Sebaik setelah anda selesai memilih beberapa koin untuk didagangkan, anda perlu diingat bahawa perbezaan kemeruapan antara kripto dan jenis-jenis aset yang lain adalah jauh lebih besar berbanding perbezaan kemeruapan antara koin. Justeru, untuk memastikan kemeruapan kripto yang tinggi terkawal, pelan perdagangan anda harus mematuhi prinsip pengurusan risiko yang kukuh. Yang paling penting, anda harus menetapkan Renti Rugi atau Ambilan Untung untuk setiap urusniaga anda.

Seterusnya, pilih beberapa strategi perdagangan. Strategi perdagangan ialah satu set prinsip yang membantu pedagang membuat keputusan bila mereka wajar membeli atau menjual aset dan ia boleh diasaskan kepada analisis teknikal atau fundamental. Untuk memaksimumkan kejayaan perdagangan anda, kami mengesyorkan agar anda menggunakan gabungan strategi yang merangkumi kedua-dua jenis analisis. Perlu diingat bahawa jika anda berdagang dengan FBS, anda sentiasa boleh mempelajari tentang strategi perdagangan dengan lebih lanjut di seksyen Pendidikan kami, yang tersedia di web dan aplikasi mudah alih.

4. Selesaikan urusniaga perdagangan pertama anda

Setelah anda membuat pelan perdagangan yang kukuh, anda akhirnya sudah bersedia untuk membuat urusniaga perdagangan kripto anda yang pertama. Untuk melakukan hal yang tersebut, buka platform perdagangan anda dan pilih instrumen yang ingin anda dagangkan. Anda kemudian akan diperlihatkan harga belian dan jualan semasa. Anda kemudian boleh memilih saiz urusniaga anda dan sama ada anda ingin membeli atau menjual. Selepas anda membuat pesanan anda, jejak untung atau rugi semasa bagi urusniaga anda. Untuk menutup urusniaga anda, hanya letakkan pesanan yang setara dalam arah yang bertentangan.

Itu sahaja, anda kini telah berjaya menyelesaikan perdagangan kripto pertama anda! Kami berharap anda mendapati panduan ini berguna dan kini lebih bersedia untuk memulakan perjalanan anda ke dunia kripto. Selamat berdagang!

Baca lebih lanjut

  • 1402

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera