1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Bagaimanakah untuk Dagangkan Doge dan Shiba?
2023-03-31 • Dikemaskini

Bagaimanakah untuk Dagangkan Doge dan Shiba?

Cover_642х361.png

Sesetengah matawang kripto, seperti Bitcoin atau Ethereum, sangat berguna dan memberikan nilai sebenar kepada dunia. Selain daripada itu, seperti Litecoin atau koin Binance, digunakan untuk pembangunan teknologi yang lebih pantas atau digunakan sebagai token pertukaran natif. Namun, pada hari ini perhatian lebih diberikan kepada koin-koin Doge dan Shiba! Sememangnya, kebanyakan berita matawang kripto adalah berkaitan dua koin ini. Mari kita bincangkan mengapa ia sangat popular.

Dogecoin

1_642х361.png

Dogecoin (DOGE) merupakan nama yang terkenal di dalam komuniti kripto. Individu yang tidak terlibat dengan perdagangan juga pernah mendengar nama tersebut. Doge merupakan kripto paling banyak digoogle di AS, mengatasi gergasi kripto lain seperti Bitcoin dan Ether.

DOGE dicipta oleh jurutera perisian Billy Markus dan Jackson Palmers pada tahun 2013 sebagai satu jenaka, tetapi jenaka ini telah menjadi satu perkara yang serius. Koin ini mempunyai pengeluaran tanpa had, dengan blockchain yang telah dicipta dalam masa dua jam, serta dicipta hanya sebagai meme dan akhirnya meningkat melebihi $29 bilion nilai permodalan pasarannya!

Semestinya, Elon Musk merupakan sebab utama kripto ini menjadi terkenal. Beliau menggelarkan dirinya, “The Dogefather”, telah menyatakan bahawa syarikat kenderaan elektrik, Tesla akan menerima Dogecoin sebagai salah satu kaedah pembayarannya.

Dogecoin telah memulakan trend yang aneh tetapi sangat menarik terhadap koin-koin bernama haiwan. Pertama, terdapat Nyancoin, yang mewakili meme terkenal dunia kucing Nyan. Kedua, Pandacoin, yang dicipta di China dan dilancarkan pada Hari Valentine - 14 Februari. Dan kemudian, koin Shiba Inu!

Shiba Inu

2_642х361.png

Shiba Inu dilihat sebagai pesaing utama Dogecoin. Shiba, khususnya merupakan kripto kedua paling banyak digoogle di AS – selepas Dogecoin. Dilancarkan pada Ogos tahun 2020 oleh individu tanpa nama yang hanya dikenali sebagai Ryoshi, Shiba Inu merupakan pencabar kepada Dogecoin sejak dari mula lagi. Maskot mereka — nama koin tersebut berasal daripada anjing daripada baka Jepun — yang juga maskot untuk Dogecoin, yang mana dicipta sebagai jenaka berdasarkan meme Internet yang viral.

Seperti koin-koin lain dalam pasaran matawang kripto, Shiba Inu adalah berasaskan blockchain Ethereum. Ryoshi memulakannya dengan membekalkan 1 quadrillion token — ia adalah 1,000 kuasa lima. Kemudian Ryoshi menyimpan separuh daripada token tersebut di dalam protokol kewangan tidak berpusat yang dikenali sebagai Uniswap dan “membakar” separuh lagi, bernilai $1 bilion, kepada pengasas bersama Ethereum Vitalik Buterin untuk tujuan keselamatan. Kemudian Buterin mendermakan trilion koin Shiba Inu ke India untuk membantu membendung penularan COVID-19 — ia merupakan sumbangan terbesar matawang kripto dalam sejarah — sebelum “membakar” 40% daripada jumlah bekalan kepada “dead wallet.”

Bagaimana cara untuk dagangkan matawang kripto?

  1. Muat turun app FBS Trader atau MetaTrader .
  2. Buka akaun crypto dan log masuk.
  3. Terokai pelbagai instrument pasaran matawang kripto.
  4. Pantau berita-berita matawang kripto, analisis harga matawang kripto, dan urus risiko anda sebaiknya.

FBS akan terus menambah koin-koin baru ke dalam senarai matawang kriptonya. Ikuti info terkini!

Baca lebih lanjut

  • 1317

Rasai Semangat Berpasukan

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera