1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Bagaimana Cara Berdagang Dengan ChatGPT. Petua Dan Panduan Perdagangan AI
2023-07-20 • Dikemaskini

Bagaimana Cara Berdagang Dengan ChatGPT. Petua Dan Panduan Perdagangan AI

cover.jpg

Kecerdasan buatan dan perdagangan – bagai pinang dibelah dua

Dunia perdagangan telah mengalami transformasi yang ketara beberapa tahun kebelakangan ini. Dengan teknologi baharu, kini pedagang boleh menganalisis trend pasaran dan membuat keputusan bermaklumat dengan lebih mudah dan pantas. Satu daripada teknologi yang telah direvolusikan ialah Kecerdasan Buatan (AI). AI telah membolehkan pedagang memproses jumlah data yang sangat besar dengan pantas dan berkesan, ini dapat meningkatkan keupayaan mereka untuk membuat keputusan dengan lebih baik dan meningkatkan keuntungan.

Manfaat berdagang menggunakan AI termasuk peningkatan keberkesanan dan kepantasan, akses kepada maklumat pasaran masa nyata, ketepatan ramalan yang tinggi, dan meminimumkan kesilapan manusia:

  • AI mampu memproses jumlah data yang sangat besar dalam masa nyata, menyediakan pedagang dengan maklumat dan tinjauan pasaran yang terkini. Jadi, pedagang boleh membuat keputusan bermaklumat dengan pantas, mengurangkan jurang masa antara pergerakan pasaran dan keputusan perdagangan.
  • Menggunakan data yang disediakan AI, pedagang boleh mengenal pasti trend dan pola, yang mana tanpanya mungkin mereka akan terlepas pandang.
  • Keupayaan chatbot untuk memproses dan menganalisis jumlah data yang sangat besar membolehkannya membuat unjuran dan tinjauan pergerakan pasaran yang tepat. Maklumat ini boleh melaraskan strategi perdagangan mengikut kesesuaian.
  • Chatbot AI boleh membantu pedagang untuk mengurangkan ralat dengan menyediakan syor-syor yang objektif berdasarkan data. Tambahan pula, ia boleh menganalisis dan belajar daripada keputusan perdagangan masa lalu, memberikan pengesyoran yang lebih tepat dan andal seiring masa.

Chatbot AI pada perdagangan sebenar

Jadi bagaimana chatbot AI berfungsi dalam kehidupan sebenar? Di bawah adalah beberapa contoh penggunaan ChatGPT untuk berdagang:

Pengecaman pola

Pedagang boleh menggunakan ChatGPT untuk mengenal pasti pola dan trend pasaran dengan menganalisis data silam. Ini boleh membantu pedagang untuk membuat lebih banyak keputusan bermaklumat dan menambah baik kadar keberuntungan mereka.

Pengurusan risiko

ChatGPT boleh menyediakan pedagang tinjauan potensi risiko dan peluang dalam pasaran. Pedagang boleh menggunakan maklumat ini untuk mengurus risiko mereka dengan lebih berkesan dan melaraskan strategi perdagangan mereka mengikut kesesuaian.

Analisa berita

ChatGPT boleh menganalisis artikel berita dan siaran media sosial untuk mengenal pasti sentimen dan acara yang berpotensi menggerakkan pasaran. Pedagang boleh menggunakan maklumat ini untuk sentiasa mendahului dan melaksanakan urusniaga perdagangan tepat pada masanya.

Pengoptimuman portfolio

ChatGPT boleh membantu pedagang untuk mengoptimumkan portfolio mereka dengan mengenal pasti peluang pelaburan yang baik dan meminimumkan dedahan kepada risiko. Pedagang boleh menggunakan maklumat ini untuk membangunkan potfolio yang lebih pelbagai dan menguntungkan.

Automasi perdagangan

ChatGPT boleh diintegrasikan dengan platform perdagangan untuk mengautomasikan perdagangan berdasarkan data dan analisis pasaran masa nyata. Ini boleh membantu pedagang memanfaatkan peluang-peluang di pasaran dengan lebih pantas dan berkesan.

1903-02.jpg

Menggunakan chatbot AI untuk berdagang: panduan langkah demi langkah

1. Memilih chatbot yang sesuai

Langkah pertama menggunakan AI untuk berdagang adalah memilih chatbot yang sesuai. Pedagang perlu mencari chatbot yang direka khusus untuk perdagangan dengan rekod kejayaan perdagangan yang terbukti.

Terdapat banyak chatbot yang direka khusus untuk perdagangan, dan chatbot yang sesuai adalah bergantung kepada keperluan dan strategi perdagangan anda yang spesifik.

Faktor utama untuk dipertimbangkan:

  • Kefungsian. Chatbot harus mempunyai fungsi yang anda perlukan untuk strategi perdagangan anda, seperti data pasaran masa nyata, penguatomasian perdagangan dan notifikasi yang boleh dilaras suai.
  • Mudah digunakan. Chatbot haruslah mudah diguna dan dinavigasikan dengan antara muka yang mesra pengguna, membolehkan anda mengakses maklumat yang anda perlukan dengan segera.
  • Boleh dilaras suai. Chatbot harus membenarkan penyesuaian untuk memenuhi keperluan dan keutamaan perdagangan individu.
  • Integrasi. Chatbot sepatutnya boleh diintegrasikan dengan platform perdagangan atau bursa tukaran yang anda gunakan supaya anda boleh melaksanakan perdagangan secara terus dari chatbot tersebut.
  • Keandalan (reliability). Chatbot sepatutnya andal dan berupaya untuk mengendalikan jumlah trafik dan data yang tinggi.

Chatbot popular yang boleh dipilih:

  • TradeSanta. chatbot ini direka untuk perdagangan automatik pada bursa matawang kripto dan membolehkan penyesuaian strategi perdagangan.
  • 3commas. Chatbot ini menawarkan perdagangan automatik, makluman tersuai dan pelbagai alat dan indikator perdagangan.
  • Haasbot. Chatbot ini menawarkan perdagangan automatik dan alat backtest dan membolehkan penyesuaian strategi perdagangan.
  • Zignaly. Chatbot ini menawarkan perdagangan automatik, makluman tersuai, dan pelbagai alat dan indikator perdagangan serta diintegrasikan dengan pelbagai bursa tukaran matawang kripto.

Kesimpulannya, chatbot yang sesuai untuk perdagangan akan bergantung pada keperluan khusus dan strategi perdagangan anda, jadi adalah penting untuk anda mengkaji dan memilih chatbot yang dapat memenuhi keperluan anda.

2. Melatih chatbot untuk memenuhi keperluan perdagangan

Apabila chatbot telah dipilih, pedagang perlu melatihnya untuk memenuhi keperluan khusus perdagangan mereka. Ini mungkin termasuk menyediakan chatbot dengan maklumat tentang keutamaan perdagangan, toleransi risiko, dan matlamat pelaburan.

3. Menyediakan tetapan untuk chatbot berdagang

Pedagang seterusnya perlu membuat tetapan pada chatbot untuk berdagang dengan menyambungkannya kepada akaun perdagangan mereka dan mengkonfigurasikannya untuk menerima data dan analisis pasaran.

4. Berinteraksi dengan chatbot dan menerima tinjauan perdagangan

Pedagang kemudiannya boleh berinteraksi dengan chatbot dengan bertanya soalan dan menerima tinjauan perdagangan. ChatGPT boleh menyediakan pedagang dengan data pasaran masa nyata, analisis dan pengesyoran berdasarkan sejarah perdagangan dan pilihan mereka.

5. Menerapkan syor-syor chatbot dalam strategi perdagangan

Akhir sekali, pedagang harus memasukkan syor-syor chatbot ke dalam strategi perdagangan mereka. ChatGPT boleh menyediakan pedagang dengan tinjauan berharga tentang pergerakan pasaran, yang boleh digunakan untuk melaraskan strategi perdagangan dan membuat keputusan perdagangan yang lebih bermaklumat.

Risiko and had penggunaan chatbot AI dalam perdagangan

Kebergantungan yang keterlaluan pada teknologi

Satu daripada risiko terbesar menggunakan chatbot AI dalam perdagangan adalah terlalu bergantung pada teknologi. Walaupun ia boleh menyediakan tinjauan yang bernilai dalam pergerakan pasaran, pedagang tidak boleh bergantung pada chatbot semata-mata untuk membuat keputusan perdagangan.

Isu teknikal dan gangguan

Satu lagi risiko menggunakan chatbot AI dalam perdagangan ialah isu teknikal dan khilaf perisian. Chatbots mungkin mengalami masalah teknikal atau terkhilaf, dan ini akan menjejaskan ketepatan dan keandalannya.

Ketersediaan data andal yang terhad

Ketersediaan data andal (reliable data) adalah satu lagi had penggunaan AI dalam perdagangan. Chatbots bergantung pada data untuk menjana tinjauan dan pengesyoran, dan ketersediaan data yang andal boleh menjadi cabaran dalam sesetengah pasaran.

Kebimbangan privasi dan keselamatan

Akhir sekali, kebimbangan privasi dan keselamatan yang terkait dengan penggunaan chatbot AI dalam perdagangan. Pedagang harus memastikan akaun perdagangan dan maklumat peribadi mereka selamat semasa menggunakan chatbot.

Bagaimana penganalisis FBS menggunakan chatbot AI?

Penganalisis FBS, sama seperti pelanggan FBS, sentiasa membangunkan diri dan cuba meningkatkan kemahiran dan hasil perdagangan mereka setiap hari. Ini adalah tiga perspektif yang boleh menghasilkan perbezaan yang ketara apabila anda berdagang.

1. Bina strategi perdagangan

Katakan anda mempunyai dua indikator yang anda selalu gunakan tetapi anda perlu tahu cara menggabungkannya ke dalam strategi perdagangan anda. ChatGPT boleh menyelesaikan masalah ini.

Berikut adalah perbualannya:

Penganalisis FBS: Hai, chat! Tolong berikan saya contoh strategi perdagangan yang menggabungkan MA 200-tempoh dan RSI.

ChatGPT: Sudah tentu, berikut ialah contoh strategi perdagangan yang menggabungkan purata bergerak 200-tempoh (MA 200) dan Indeks Kekuatan Relatif (RSI):

Kenal pasti trend menggunakan MA 200-tempoh. Trend adalah bullish jika harga di atas MA 200-tempoh. Trend dianggap bearish jika harga di bawah MA 200-tempoh.

Gunakan RSI untuk mengesahkan keadaan terlebih beli atau terlebih jual. Bacaan RSI atas 70 menunjukkan keadaan terlebih beli, manakala bacaan RSI bawah 30 menunjukkan keadaan terlebih jual.

Cari signal bullish apabila trend bullish, dan RSI terlebih jual. Signal bullish dijana apabila harga melepasi MA 200-tempoh dan RSI di bawah 30, menunjukkan potensi penyongsangan trend.

Cari signal bearish apabila trend bearish, dan RSI terlebih beli. Signal bearish dijana apabila harga menembusi aras bawah MA 200-tempoh dan RSI di atas 70, menunjukkan potensi penyongsangan trend.

Gunakan pesanan renti rugi untuk mengehadkan kerugian jika urusniaga dagangan tidak menyebelahi anda.

Guna matlamat keuntungan untuk ambilan untung apabila urusniaga dagangan menyebelahi anda.

Penganalisis FBS: Di mana saya harus meletakkan renti rugi saya menggunakan strategi ini?

ChatGPT: Kedudukan renti rugi anda menggunakan strategi ini bergantung pada toleransi risiko anda, kemeruapan pasaran dan matlamat perdagangan. Secara umumnya, renti rugi diletakkan di bawah paras swing rendah terbaru dalam dagangan bullish dan di atas paras swing tinggi terbaru dalam dagangan bearish. Ini membantu mengehadkan kerugian jika pasaran bergerak bertentangan dengan posisi anda.

Dalam situasi strategi ini, jika anda berdagang long selepas signal bullish dijana, anda boleh meletakkan renti rugi di bawah paras swing rendah terbaru atau di bawah MA 200-tempoh, yang mana lebih rendah. Jika anda membuka posisi short selepas signal bearish dijana, anda boleh meletakkan renti rugi di atas paras swing tinggi terbaru atau di atas MA 200-tempoh, yang mana lebih tinggi.

Hebat, bukan? Selepas 30 saat, ChatGPT menyediakan strategi perdagangan dengan indikator kegemaran anda dan mencadangkan tempat terbaik untuk pesanan renti rugi. Anda boleh menambah dua atau tiga indikator lagi, nisbah risiko-ganjaran dan data lain bagi memudahkan AI mencipta jawapan yang lebih terperinci.

2. Cipta bot perdagangan

Selepas mencipta dan backtest strategi perdagangan, kita akan mengautomasikannya dan mencipta bot perdagangan pertama kita. Anda boleh mencipta bot perdagangan untuk MT4 atau MT5 menggunakan bahasa pengaturcaraan MQL4 atau MQL5. Terangkan strategi anda dengan sejelas mungkin dan pilih bahasa pengaturcaraan. Dalam contoh ini, kami akan menggunakan strategi daripada perenggan sebelum ini.

2 (3).png

Selepas ChatGPT membina kod untuk bot tersebut, mengujinya sebelum menggunakannya pada akaun sebenar adalah sangat penting. Tapi, bukankah ini alat yang hebat untuk menyelami niche EA tanpa pengetahuan pengaturcaraan?

3. Tanya apa-apa sahaja

Kami mencadangkan anda untuk menganggap ChatGPT sebagai rakan berpengalaman yang mempunyai pengetahuan meluas tentang perdagangan. Bertanya soalan kepada ChatGPT akan menjimatkan masa anda dan membolehkan anda untuk mendapatkan jawapan terperinci dalam masa yang sesingkat mungkin, meningkatkan kepantasan dan tahap pembelajaran anda.

Sebagai contoh, jam berapa untuk berdagang XAUUSD? Tanya bot tersebut, dan anda akan mendapat jawapan yang hebat:

3.png

Ambil perhatian bahawa jawapan yang diberikan boleh menjadi lebih tepat, sebagai contoh, jika anda memasukkan gaya perdagangan anda. Jangan teragak-agak, cuba sekarang dan kongsi hasil anda dalam ulasan!

Kesimpulan

AI adalah alat berkuasa yang boleh meningkatkan keberkesanan dan ketepatan perdagangan dengan ketara. Ia boleh menyediakan data pasaran masa nyata, analisis, dan pengesyoran, yang dapat memacu ke arah hasil perdagangan yang lebih baik dan keuntungan lebih tinggi.

Namun begitu, terdapat risiko dan had yang berkaitan dengan penggunaan chatbot dalam perdagangan, termasuk kebergantungan secara berlebihan pada teknologi, isu teknikal, ketersediaan data andal yang terhad, dan kebimbangan tentang privasi dan keselamatan.

  • 1481

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera