1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Bagaimana Cara Berdagang Dengan Leveraj?
2023-03-31 • Dikemaskini

Bagaimana Cara Berdagang Dengan Leveraj?

TRFNEW-1860 Guide to Leverage Trading-1.png

Leveraj ialah penggunaan wang yang dipinjam (dipanggil modal) untuk melabur dalam matawang, saham, atau sekuriti. Menggunakan leveraj meningkatkan fleksibiliti apabila pedagang berdagang di Forex. Memandangkan lot Forex adalah besar, leveraj membolehkan pedagang memperdagangkan lot yang lebih besar dan membuka lebih banyak posisi tanpa memperuntukkan semua ekuiti anda ke dalam satu urusniaga yang besar.

Ia lebih mudah difahami menerusi contoh. Katakan anda ingin membeli satu saham GOOGLE bernilai $2000, tetapi modal yang anda punyai hanya sebesar $200. Jika anda menggunakan leveraj 1:10, $200 anda akan menjadi $2000, dan anda akan dapat membeli saham ini. Dalam kes ini, daripada 100% amaun yang didagangkan, anda hanya perlu menyediakan 10%, manakala broker anda menyediakan 90% lagi.

Apakah Itu Nisbah Leveraj

Nisbah leveraj memberitahu nilai posisi berbanding jumlah pelaburan yang diperlukan. FBS menawarkan leveraj sehingga setinggi 3000:1. Walau bagaimanapun, ia berbeza-beza bergantung pada wilayah dan kelas aset.

Dengan leveraj 1000:1, anda boleh mengawal posisi perdagangan $100,000 dengan hanya $100, di mana dengan perubahan harga yang positif sebanyak 1% di pasaran akan menghasilkan keuntungan sebanyak $1,000 (1% dari $100,000). Tanpa leveraj, pergerakan harga 1% yang positif akan menghasilkan keuntungan hanya $1 (1% of $100). Dengan posisi perdagangan berleveraj 1000:1, keuntungan/kerugian yang terhasil adalah 1000 kali ganda lebih besar.

Satu aspek yang penting ialah memahami cara mengira nisbah leveraj. Formula berikut lazim digunakan dan mudah diingat:

L = A / M

di mana L ialah leveraj, M ialah amaun margin dan A ialah amaun urusniaga perdagangan.

Walau bagaimanapun, pengiraan amaun margin M lebih penting untuk pedagang.

M = A / L

Contoh:

Pedagang ingin membeli 1 lot EURUSD, yang bernilai $100,000, dengan leveraj 1:100.

M = $100,000 / 100 = $1000

Bermakna pedagang perlu mempunyai margin bebas (free margin) sebanyak $1000.

Margin Forex yang diperlukan akan bergantung pada nisbah leveraj yang dipilih oleh pedagang, saiz lot dan instrumen. Biar kami tunjukkan kepada anda contoh leveraj FBS dan margin yang diperlukan untuk menggunakannya:

Leveraj

Margin Diperlukan

Margin diperlukan untuk satu lot EURUSD (atau €100,000)

1:50

2%

$2000.00

1:100

1%

$1000.00

1: 200

0.5%

$500.00

1:500

0.2%

$200.00

1:1000

0.01%

$10.00

1:2000

0.05%

$5.00

1:3000

0.03333333% or 1/30%

$3.3333333

 TRFNEW-1860 Guide to Leverage Trading-2.png

Risiko Berdagang Dengan Leveraj

Leveraj berpotensi memperbesar keuntungan atau kerugian anda dengan magnitud yang sama. Semakin besar leveraj, semakin tinggi risiko yang diambil oleh pedagang.

Mari kita gambarkan perkara ini dengan satu contoh. Pedagang A dan Pedagang B mempunyai modal untuk berdagang sebanyak $1000. Selepas membuat sedikit analisis, kedua-duanya bersetuju bahawa EURUSD sudah mencecah paras yang terendah yang boleh dicapai dan sepatutnya akan naik. Oleh itu, kedua-duanya membeli EURUSD pada harga 1.00000.

Pedagang A memilih leveraj 1:100 untuk urusniaga perdagangan ini dengan membeli $100,000 (1 lot) USD (100 x $1000). Pada masa yang sama, Pedagang B memilih leveraj 1:10 untuk urusniaga perdagangan ini dengan membeli EURUSD bernilai $10,000 (0.1 lot) (10 x $1000).

Nilai per poin untuk EURUSD bernilai 1$.

Jika EURUSD turun ke paras 0.99500, harga turun sebanyak 500 poin. Dalam kes ini, Pedagang A kerugian: 500 poinx $1 x 1 lot = $500 atau 50% dari modal.

Pada masa yang sama, Pedagang B akan kerugian:

500 poin x $1 x 0.1 lot = $50 atau 5% dari modal. 

Jadual berikut menunjukkan perbandingan bagi akaun perdagangan kedua-dua pedagang ini selepas kerugian 500 mata.

 

Pedagang A

Pedagang B

Modal Perdagangan

$1000

$1000

Leveraj Digunakan

1:100

1:10

Jumlah Nilai Transaksi

$100,000

$10,000

Dalam Kes Kerugian 500 Poin

$500

$50

% Rugi daripada Modal

50%

5%

% of Baki Modal

50%

95%

 

Contoh ini juga menyerlahkan kepentingan pengurusan risiko kerana menggunakan 100% dari modal perdagangan anda sebagai margin untuk satu urusniaga tunggal meningkatkan risiko kerugian.

TRFNEW-1860 Guide to Leverage Trading-3.png

Kebaikan dan Keburukan Perdagangan Berleveraj

Kebaikan Berdagang Dengan Leveraj

Membesarkan Modal. Leveraj membesarkan modal yang tersedia untuk dilaburkan di pelbagai pasaran. Sebagai contoh, dengan leveraj 100:1, anda secara efektif mempunyai kawalan ke atas $100,000 sebagai modal perdagangan dengan menyediakan hanya $1000, dan ini bermakna anda boleh memperuntukkan jumlah yang signifikan bagi pelbagai posisi perdagangan dalam portfolio anda.

Pinjaman Tanpa Faedah. Leveraj ialah pinjaman yang disediakan oleh broker anda untuk membolehkan anda membuka posisi yang lebih besar di pasaran. Walau bagaimanapun, 'pinjaman' ini tidak disertakan dengan sebarang obligasi dalam bentuk faedah atau komisen, dan anda boleh menggunakannya dalam apa jua cara yang anda mahu semasa berdagang.

Menghindari Kemeruapan Yang Rendah. Perubahan harga pasaran biasanya berlaku dalam kitaran kemeruapan yang tinggi dan yang rendah, dan waktu di mana kemeruapan adalah rendah lazimnya mengecewakan pedagang, terutamanya kerana aksi harganya yang kecil. Syukurlah dengan adanya perdagangan berleveraj, pedagang boleh meraih keuntungan yang lebih besar walaupun pada saat-saat di mana harga turun naik dengan sedikit.

Berdagang Di Pasaran Premium. Leveraj membolehkan pedagang runcit marhaen memperdagangkan beberapa instrumen yang mahal, yang tidak mampu dibeli oleh pedagang apabila menggunakan modal mereka sendiri semata-mata.

Keburukan Berdagang Dengan Leveraj

Kerugian Digandakan. Risiko terbesar apabila berdagang dengan leveraj ialah ia meningkatkan kerugian apabila pasaran melawan aspirasi anda. Leveraj mungkin memerlukan modal yang minimum, tetapi kerugian boleh menjadi besar kerana hasil perdagangan adalah berdasarkan total saiz posisi yang anda kawal.

Risiko Panggilan Margin. 'Panggilan Margin (Margin Call)' berlaku apabila kerugian terapung melebihi margin terpakai anda. Oleh kerana leveraj membesarkan kerugian, akan sentiasa wujud risiko ‘panggilan margin’ apabila anda mempunyai posisi perdagangan yang aktif di pasaran kewangan yang pantas dan dinamik.

Di Pasaran Mana Anda Boleh Berdagang Menggunakan Leveraj?

Perdagangan Forex Dengan Leveraj

Perdagangan forex melibatkan pembelian dan penjualan matawang asing merentasi pasaran global. Nisbah leveraj forex bermula agak tinggi berbanding dengan pasaran lain di sekitar 50:1, bermakna terdapat peluang yang lebih besar untuk untung atau rugi, bergantung pada cara anda melihatnya.

Pedagang forex memantau pergerakan matawang dalam kiraan poin, iaitu perubahan yang terkecil yang boleh berlaku pada harga matawang. Pergerakan ini hanyalah satu pecahan kecil daripada satu sen. Sebagai contoh, apabila pasangan matawang seperti GBPUSD bergerak 1000 poin daripada 1.95000 kepada 1.96000, itu hanyalah pergerakan 1 sen pada kadar pertukaran.

Oleh itu, urusniaga matawang mesti dilakukan dalam jumlah yang besar, untuk membolehkan pergerakan harga minit ini diterjemahkan kepada keuntungan yang berbaloi. Itulah sebabnya hasil perdagangan pasaran Forex diperbesarkan melalui leveraj. Apabila anda berurusan dengan amaun seperti $100,000, perubahan kecil pada harga matawang boleh mempengaruhi keuntungan atau kerugian dengan ketara.

Saham Dan Indeks (CFD) Dengan Leveraj

Kontrak untuk perbezaan (CFD) ialah kontrak antara pembeli dan penjual yang menetapkan bahawa pembeli mesti membayar perbezaan antara nilai semasa aset dan nilainya pada masa kontrak, kepada penjual. CFD membolehkan pedagang dan pelabur meraih keuntungan daripada pergerakan harga tanpa memiliki aset pendasar (underlying aset), dan ini bermakna pedagang tidak akan mendapat dividen untuk saham yang dibeli. Nilai kontrak CFD tidak mengambil kira nilai aset: hanya perubahan harga antara harga masuk dan keluar posisi. Selain itu, fakta terbaik tentang CFD ialah instrumen ini memberikan leveraj yang lebih tinggi daripada perdagangan tradisional.

Komoditi Dengan Leveraj

Penggunaan leveraj adalah lebih lazim dalam perdagangan komoditi berbanding di dalam perdagangan saham. Komoditi cenderung dijadikan pelaburan jangka pendek, berbeza dengan saham dan aset pasaran lain di mana pembelian dan pegangan jangka panjang adalah lebih lazim.

Selain itu, anda mempunyai lebih banyak masa untuk memperdagangkan komoditi kerana pasaran dibuka 24/5. Dengan saham, anda biasanya berdagang dalam tempoh waktu perniagaan biasa, apabila bursa saham dibuka untuk berurusniaga.

Secara keseluruhannya, perdagangan komoditi dianggap lebih berisiko tinggi dan lebih spekulatif berbanding perdagangan saham, tetapi ia juga boleh membawa kepada keuntungan yang lebih besar.

Soalan Mengenai Leveraj Dalam Perdagangan

Adakah Berdagang dengan Leveraj Selamat?

Walaupun leveraj boleh meningkatkan pulangan, terdapat kelemahan: jika perdagangan tidak berjaya, ia boleh meningkatkan risiko dan kerugian pelaburan.

Adakah Berbaloi Berdagang Dengan Leveraj?

Berdagang dengan leveraj mampu menjadi pendekatan yang efektif kerana ia membolehkan pelabur yang kekurangan wang tunai meningkatkan kuasa perdagangan dan pulangan mereka daripada pelaburan yang berjaya.

Instrumen manakah yang dibenarkan untuk didagangkan dengan leveraj?

Dengan FBS, anda boleh dagangkan matawang, logam, tenaga, saham, indeks, dan juga matawang kripto dengan leveraj. Leveraj tertinggi yang dibenarkan bergantung pada jenis akaun dan instrumen perdagangan.

Adakah Berdagang Dengan Leveraj Halal dalam Islam?

Ya, berdagang dengan leveraj adalah halal dalam Islam. Leveraj tidak lebih daripada sekadar menggunakan hutang untuk membeli sekuriti atau melaksanakan strategi pelaburan. Sungguh begitu, pelaburan pedagang yang menerapkan penggunaan leveraj di platform dagangan itu sendiri haruslah mematuhi Syariah. Secara keseluruhannya, perdagangan dengan leveraj boleh diterima dengan baik-baik sahaja dalam Islam.

Kesimpulan

Tidak perlu takut dengan leveraj apabila anda sudah mengetahui cara mengurusnya. Sesiapa sahaja boleh menggunakan leveraj dengan jayanya dan menguntungkan jika mengikut pengurusan yang betul. Seperti mana-mana peralatan yang tajam, leveraj mesti dikendalikan dengan berhati-hati — sebaik sahaja anda mampu mengawalnya, anda tidak mempunyai sebab untuk bimbang.

Amaun leveraj yang lebih kecil digunakan untuk setiap urusniaga perdagangan membolehkan pedagang mempunyai lebih banyak ruang bernafas dengan menetapkan pesanan Renti Rugi yang lebih jauh tetapi munasabah dan mengelakkan kerugian modal yang lebih tinggi. Perdagangan berleveraj tinggi boleh melicinkan akaun perdagangan anda dengan cepat jika ia bertentangan dengan posisi anda, kerana anda akan mendapat kerugian yang lebih besar disebabkan saiz lot yang lebih besar. Ingat bahawa leveraj adalah fleksibel dan boleh disesuaikan mengikut keperluan setiap pedagang.

Baca lebih lanjut

  • 2102

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera