Cara-Cara Menggunakan MetaTrader 5: Tutorial
MetaTrader 5 ialah versi terkini perisian perdagangan canggih daripada MetaQuotes. Fitur-fitur perdagangan yang unggul, analisis teknikal & fundamental pasaran, dan automasi perdagangan menjadikannya platform yang sangat baik untuk pedagang yang berpengalaman.
Baru dalam perdagangan? Jangan risau, anda boleh mula berdagang dengan MT5 walaupun anda masih baru. Berikut ialah panduan ringkas langkah demi langkah tentang cara-cara memasang MT5, menatanya dan membuka urusniaga pertama anda. Jom!
Apakah itu MetaTrader 5
MetaTrader 5, juga dikenali sebagai MT5, ialah platform perdagangan percuma yang dibangunkan oleh MetaQuotes Software Corp. pada tahun 2010. Ia menyediakan semua yang anda perlukan untuk berdagang di pasaran kewangan.
- MT5 boleh dimuat turun dan digunakan secara percuma.
- MT5 boleh dilaras suai sepenuhnya dan mesra pengguna.
- MT5 menawarkan aplikasi percuma untuk perdagangan terautomasi.
- MT5 membenarkan posisi-posisi lindung nilai.
MetaTrader 5 vs MetaTrader 4
MetaTrader 5 ialah kelangsungan daripada MetaTrader 4 yang sangat popular, tetapi ia tidak menggantikan platform yang terdahulu kerana kedua-duanya berbeza. Pertama sekali, MT5 ialah platform perdagangan multi-aset, manakala MT4 digunakan terutamanya oleh pedagang Forex. MT5 membolehkan anda berdagang di semua pasaran kewangan, termasuk Forex, saham, indeks, komoditi, logam, dan juga mata wang kripto melalui CFD.
Di samping itu, MT5 mempunyai lebih banyak fungsi perdagangan berbanding MT4. MT5 menyediakan 38 indikator teknikal, manakala MT4 mempunyai hanya 30. MT5 menawarkan 44 objek grafik berbanding 31 di MT4. MT5 mempunyai 21 rangka masa, manakala MT4 hanya mempunyai 9. Selain itu, hanya MT5 yang mempunyai Kalendar Ekonomi terbina dalam yang membantu pedagang menjejaki pengumuman penting kewangan dan meramalkan pergerakan harga.
Tidak pasti platform mana yang terbaik untuk anda? Ketahui lebih lanjut tentang perbezaan antara MT4 dan MT5 di dalam artikel “ MetaTrader 4 vs MetaTrader 5: Yang Mana Lebih Baik Di Tahun 2022 “.
Bagaimana cara memuat turun MT5
Anda boleh memasang MetaTrader 5 pada PC anda, memuat turun aplikasi mudah alih atau menggunakan platform perdagangan versi web.
Desktop
Untuk memasang MetaTrader 5 untuk Windows:
- Muat turun fail pemasangan MT5.
- Baca dan terima Perjanjian Lesen.
- Ikut arahan yang tertera di skrin untuk melengkapkan pemasangan.
- Log masuk ke akaun FBS anda.
Walaupun MT5 tidak direka untuk iMac, anda masih boleh memuat turun dan memasangnya untuk mula berdagang.
Mudah Alih
Untuk memasang MetaTrader 5 untuk Android atau mendapatkan MetaTrader 5 untuk iOS:
- Lawati Google Play atau App Store dan cari “MetaTrader 5”.
- Klik Pasang (Install).
Buka aplikasi MT5 dan log masuk ke akaun FBS anda.
WebTrader
Versi ini dioperasikan di dalam pelayar web anda dan tidak memerlukan sebarang muat turun. Hanya buka MT5 WebTrader dan log masuk ke akaun FBS anda.
Dalam semua kaedah di atas, anda memerlukan akaun perdagangan yang telah dibuka dengan suatu broker tertentu, contohnya, dengan FBS. Broker menyediakan akses ke pasaran, manakala MT5 hanyalah platform yang menyediakan alat pemudah cara yang diperlukan untuk berurusniaga.
Cara-cara menggunakan MT5
Apabila anda membuka terminal MT5 buat pertama kali, anda akan melihat skrin permulaan yang memaparkan enam tetingkap.
Menu Utama terletak di bahagian paling atas skrin. Ia digunakan untuk bertukar ke akaun-akaun lain, memilih pilihan bahasa antaramuka MT5, melaras suai toolbar, menambah indikator dan objek grafik ke carta anda, mengakses manual pengguna MT5, dsb.
Tetingkap Toolbar mengandungi butang-butang kecil atau pintasan untuk arahan yang paling sering digunakan untuk mengurus carta dan indikator teknikal. Terdapat tiga toolbar: Standard, Kajian Garisan (Line Studies) dan Rangka Masa (Timeframes).
Tetingkap Carta memaparkan harga aset yang dipilih. Ada empat tetingkap carta yang dibuka secara lalai, tetapi anda boleh membuka sehingga 100 carta dalam satu-satu masa. Anda juga boleh berdagang secara terus di carta serta menggunakan sebarang indikator atau alat lukisan padanya.
Tetingkap Market Watch mengandungi senarai instrumen perdagangan yang tersedia dan harga Bid dan Ask, dan Perubahan Harian (%). Harga Ask ialah harga pada mana penjual bersedia untuk menjual dan harga bida ialah harga pada mana pembeli bersedia untuk membeli.
Tetingkap Navigator menyediakan akses pantas ke akaun Sebenar (Live) dan akaun Demo anda, indikator, Expert Advisor, skrip, pasaran, signal, dan VPS.
Akhir sekali, tetingkap Terminal membolehkan anda mengerjakan posisi perdagangan anda – buka, tutup dan mengubah suainya. Berita, kalendar, sejarah akaun, makluman (alerts), dsb. turut dihimpunkan di dalam tetingkap ini.
Cara-cara untuk membuka posisi di dalam MT5
Untuk membuka pesanan, klik New Order pada Toolbar di bahagian atas skrin. Anda akan melihat tetingkap Order (Pesanan). Kini anda perlu melaras tetapan pesanan mengikut budi bicara anda menggunakan pilihan-pilihan berikut.
- Simbol: Pilih instrumen yang anda ingin dagangkan.
- Type: Pilih Instant Execution jika anda ingin membuka posisi dengan seberapa segera pada harga semasa. Anda juga boleh pilih Pending Order (Pesanan Tertangguh) jika anda ingin membuka urusniaga apabila harga mencapai aras harga tertentu.
- Volume: Pilih volum urusniaga di dalam sebutan lot (bila berdagang Forex, 1.00 lot bersamaan dengan 100 000 unit matawang).
- Stop Loss and Take Profit: Masukkan aras harga untuk pelaksanaan pesanan Renti Rugi dan Ambilan Untung (sebaik harga instrumen mencapai aras ini, urusniaga anda akan ditutup secara automatik). Ini adalah opsyenal (tidak wajib).
- Fill policy: Pilih Fill or Kill jika anda mahu dagangan dilaksanakan hanya dalam volum yang sudah ditentukan. Sebagai alternatif, pilih Immediate or Cancel jika anda ingin melaksanakan urusniaga dengan volum semaksimum yang ada di pasaran dalam tempoh yang ditunjukkan dalam pesanan.
- Comment: Tinggalkan komen berkenaan urusniaga anda. Ini adalah opsyenal (tidak wajib).
Setelah anda selesai dengan tetapan, buka pesanan dalam arah yang dikehendaki. Jika anda rasa harga akan naik, klik Buy. Jika anda menjangkakan harga akan turun, klik Sell. Urusniaga anda kini sudah berjaya dibuka!
Bagaimana cara untuk memantau dan mengubah suai posisi anda dalam MT5
Untuk memantau posisi terbuka anda dan pesanan tertangguh, buka tab Trade dalam tetingkap Terminal di bahagian bawah skrin. Semua urusniaga anda akan disenaraikan di sini.
Anda juga boleh mengubah suai posisi anda dan menambah atau mengedit aras Stop Loss (Renti Rugi) dan Take Profit (Ambilan Untung). Klik kanan pada posisi atau pesanan tertangguh yang anda mahu edit dan pilih Modify or Delete. Atau hanya klik dua kali pada pesanan anda. Kemudian, edit aras Renti Rugi atau Ambilan Untung anda dalam tetingkap yang muncul. Klik butang besar Modify untuk mengesahkan perubahan anda.
Bagaimana untuk menutup posisi di MT5
Untuk menutup posisi anda, buka tab Trade di tetingkap Terminal di bahagian bawah skrin. Klik kanan pada posisi yang anda mahu tutup dan pilih Close Position. Anda juga boleh mengklik x kecil di sudut hujung kanan.
Perhatian: posisi akan ditutup secara automatik jika harga mencapai aras Renti Rugi atau Ambilan Untung.
Bagaimana cara untuk berdagang saham di MT5
Berdagang saham di MT5 tidak ada bezanya dari berdagang dengan mana-mana instrumen lain. Untuk membuka pesanan, klik New Order pada Toolbar dan pilih saham yang ingin didagangkan. Sekarang anda perlu laras tetapan pesanan dalam tetingkap Order. Sila rujuk bahagian "Cara membuka posisi dalam MT5" (lihat di atas) untuk butiran penuh. Setelah anda selesai dengan tetapan, buka pesanan dalam arah yang dikehendaki. Jika anda rasa harga saham akan naik, klik Buy. Jika anda menjangkakan harga akan turun, klik Sell. Urusniaga anda kini sudah berjaya dibuka!
Perdagangan algoritma di MT5
Perdagangan algoritma (juga dipanggil perdagangan algo atau perdagangan automatik) adalah strategi melaksanakan pesanan secara automatik menggunakan arahan perdagangan yang sudah diprogramkan terlebih dahulu. Di dalam MT5, program ini dipanggil Expert Advisors atau EA. Perdagangan algoritma membantu mengasingkan emosi dari aktiviti perdagangan dan berpegang pada strategi yang dipilih walaupun menerima tekanan atau keletihan. Anda boleh mendapatkan arahan penuh tentang cara memprogramkan algoritma perdagangan pertama anda dengan MQL5 dalam webinar FBS: Introduction To Algo Trading.
FAQ
Adakah MetaTrader 5 percuma?
Ya, MT5 adalah percuma untuk dimuat turun dan digunakan. Tiada bayaran atau caj dikenakan untuk menggunakan platform perdagangan ini.
Adakah MetaTrader 5 selamat?
Ya, MT5 selamat dan boleh dipercayai. Untuk kepastian, muat turun platform perdagangan MT5 daripada FBS atau pergi ke laman web rasmi MetaTrader 5.
Bolehkah saya berdagang kripto dengan MetaTrader 5?
Ya, anda boleh dagangkan matawang kripto di MT5. Hanya buka akaun Crypto dan dagangkan Bitcoin, Ethereum, dan koin digital lain dengan FBS.
Platform manakah yang lebih baik untuk saya, MT4 atau MT5?
Kedua-dua platform MT4 dan MT5 popular di kalangan pedagang. Pendek kata, jika anda baru berdagang, MT4 adalah pilihan yang tepat. Fungsi asas yang ada di MT4 lebih daripada cukup untuk berdagang. Jika anda sudah mempunyai pengalaman berdagang, cuba MT5 kerana ia mempunyai lebih banyak fitur. Broker FBS menyediakan kedua-dua MetaTrader 4 dan MetaTrader 5.
Bagaimana cara untuk deposit di MetaTrader 5?
Jika anda ingin bermula dalam perdagangan, anda perlu membuat deposit bukan ke MT5 tetapi ke akaun yang dibuka dengan broker, seperti FBS. MT5 hanyalah platform perdagangan untuk membuat urusniaga.
Bagaimana cara untuk mengeluarkan wang daripada MetaTrader 5?
Jika anda ingin mengeluarkan wang daripada akaun perdagangan anda, pergi ke laman web atau aplikasi broker anda dan buat permohonan pengeluaran di sana. MT5 hanyalah platform perdagangan untuk membuat urusniaga.
Baca lebih lanjut
- Promo 12 Tahun FBS: cara untuk sertai dan menang besar
- Ketahui cara-cara mendapatkan keuntungan besar dari perdagangan emas di Forex
- Program Kesetiaan FBS: Terima iPhone, MacBook, Atau Tunai Hanya Kerana Anda Pelanggan FBS
- Panduan A-Z Tentang Brexit: Cara-cara Untuk Meraih Untung Dari Perceraian Geopolitik Paling Dramatik
- Kesilapan-Kesilapan Lazim Dalam Perdagangan dan Cara Mengelakkannya
- Cara Memasang MetaTrader 5 di macOS
- Cara-cara mengaut keuntungan ketika pasaran meruwap