1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Berdagang Sepenuh Masa Dari Perspektif Orang Berpengalaman: Perangkap, Pro & Kontra
2024-06-07 • Dikemaskini

Berdagang Sepenuh Masa Dari Perspektif Orang Berpengalaman: Perangkap, Pro & Kontra

Bayangkan betapa asyiknya jika anda dapat pergi ke masa hadapan dan lihat bagaimana hasil dari keputusan yang anda ambil? Misalnya, bila-bila anda perlu buat keputusan, anda hanya perlu tanya diri anda dari masa depan: "Bro, baguskah idea ini?"

Tahukah anda, ia sebenarnya boleh dilakukan! Bukan tentang pergi ke masa hadapan, tetapi mengetahui bagaimana keadaannya sesuatu itu sebelum anda melakukannya. Jika anda mahu tahu bagaimana pengalaman berhijrah menjadi seorang pedagang, hanya dapatkan wawasan dari pedagang lain yang sudah pun melaluinya.

1.jpg

Berapa lama masa yang diperlukan untuk belajar berdagang?

Orang kata, perdagangan yang bagus datang dari 80% pengalaman dan 20% teori. Apakah yang terkandung di dalam 20% ini?

  • Ilmu asas tentang teori ekonomi

Anda perlu tahu apakah itu permintaan dan penawaran dan mempunyai kefahaman am tentang bagaimana sistem wang berfungsi.

  • Indikator

Anda perlu benar-benar FAHAMI tentang pelbagai indikator, kerana anda akan menggunakannya untuk membuat keputusan. Mempelajari mereka akan memerlukan masa tidak lebih dari seminggu

  • Pola carta

Ini bahagian yang paling mencabar dan memakan masa dalam pengajian anda. Anda perlu menghafal mereka. Tidak semestinya semua — pola-pola yang asas akan memadai untuk permulaan.

  • Teori pasaran

Untuk ini, "Technical Analysis of the Futures Markets: A Comprehensive Guide to Trading Methods and Applications" karangan John J. Murphy satu-satunya buku yang anda perlukan. Ia digelar sebagai kitab keramat analisis teknikal. Waktu membaca: 16 jam

Secara mudah: anda akan memerlukan sekitar 1 bulan untuk mempelajari ilmu asas, dan sekitar 1 tahun untuk menguasainya.

Bagaimana dengan pelaburan permulaan?

2.jpg

"Seberapa banyak wang yang saya perlukan untuk melabur jika saya mahu jana keuntungan secara lestari?"

Soalan ini mungkin yang paling "mengganggu" bakal pedagang, lebih dari masalah lain. Nah, ada jawapan yang jelas:

Sekitar $50,000

Tunggu, jangan panik dan tutup aritkel ini! Inilah amaun yang anda perlukan jika anda mahu hasilkan $2,000 — $4,000 setiap bulan tanpa bersusah payah.

Bolehkah anda masuk pasaran dengan amaun yang lebih rendah? Tentu sekali, tiada masalah. Inilah yang dilakukan oleh kebanyakan orang lain. Jika kita bercakap tentang berdagang sebagai karier sepenuh masa, lebih besar pelaburan permulaan lebih baik. Namun, ramai orang yang menganggap perdagangan sebagai kerja sampingan mereka. Dalam kes ini, anda boleh masuk ke pasaran dengan $100 dan kembangkannya.

Bagaimana dengan waktu kerja?

3.jpg

Ia bergantung kepada banyak faktor, tetapi secara amnya, para pedagang tidak mempunyai jadual yang ketat. Namun, adalah lebih baik untuk merancang hari-hari anda untuk mensistematikkan proses kerja anda. Ini satu contoh bagaimana rupa hari berkerja anda:

  • 9 am. Bangun, sarapan, video YouTube, berita, memes
  • 10-11 am. Semak keadaan posisi-posisi aktif anda
  • 11:30-16:00. Analisa instrumen/pasangan anda, berdagang, baca berita pasaran
  • Dari 16:00. Masa bebas

Selepas itu, anda bebas melakukan apa yang anda mahu. Sebenarnya, pedagang tidak pernah benar-benar bebas kerana anda perlu memantau signal dan membuat keputusan setiap masa, tetapi ia hanya mengambil beberapa minit.

Apakah kelebihan menjadi seorang pedagang?

1. Kebebasan bertindak

Anda adalah boss anda sendiri, tiada siapa yang akan semak kerja anda atau memaksa anda melakukan perkara yang anda tidak suka.

2. Jadual yang fleksibel

Anda boleh susun jadual waktu kerja yang tetap setiap hari untuk diri anda, atau boleh juga sebaliknya, terserah apa yang lebih selesa untuk anda. Kebanyakan pedagang tidak kisah mengenainya. Apa pun, anda boleh pergi bercuti bila-bila anda mahu, atau susun semula rancangan anda tanpa mengganggu perjalanan kerja anda.

3. Pendapatan

Forex sendat dengan wang. Selain dari berdagang, pemain-pemain pasaran yang berpengalaman boleh membuat duit dengan kepakaran mereka dan menganjurkan seminar, menjadi tutor, dan memberikan khidmat nasihat. Para pedagang boleh menjana 10% dari modal mereka secara kerap, dan adakalanya berpeluang untuk menggandakan wang mereka dua, tiga, empat kali ganda jika mereka bertuah.

Kesimpulan

Tiada satu senario yang sesuai dengan semua orang, dan rutin berdagang berbeza dari seorang pedagang ke pedagang yang lain. Yang bagusnya tentang berdagang Forex, ia boleh disesuaikan dengan pelbagai gaya hidup berbeza — anda boleh temui kombinasi yang cocok dengan keperluan anda. Yang pasti, satu perkara yang setiap pedagang perlukan adalah minda yang analitikal. Jika anda tidak begitu mahir bermain dengan angka, anda harus jauhi dari berdagang, dan inilah sahaja yang kekangan yang ada.

Baca lebih lanjut

  • 8256

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera