1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Pelaburan vs. Perdagangan: Apakah Perbezaannya?
2023-04-06 • Dikemaskini

Pelaburan vs. Perdagangan: Apakah Perbezaannya?

cover.png

Sejak beberapa dekad yang lalu, ramai orang mula menunjukkan minat untuk meraih keuntungan daripada pasaran kewangan, sama ada melalui perdagangan atau pelaburan. Namun, kini semakin jelas terlihat bahawa ramai pemula hanya mempunyai pemahaman yang sangat asas mengenai maksud sebenar pelaburan dan perdagangan, manakala sesetengah orang bahkan langsung tidak dapat membezakan kedua-dua strategi ini.

Dalam artikel ini, kita akan melihat apa itu sebenarnya perdagangan dan pelaburan, apakah perbezaan antara kedua-duanya, dan strategi mana yang paling sesuai untuk anda.

Poin-poin utama

  • Perdagangan dan pelaburan adalah dua strategi berbeza yang memerlukan jumlah usaha, masa dan modal yang berbeza.
  • Perdagangan membawa keuntungan yang cepat dan stabil manakala pelabur pula akan memperoleh pendapatan pelaburan mereka selepas satu tempoh masa tertentu.
  • Pedagang memanfaatkan turun naik harga jangka pendek dan cenderung untuk membeli dan menjual aset dalam tempoh masa yang agak singkat.
  • Pelabur pula meletakkan wang mereka dalam pelaburan jangka panjang untuk membolehkan nilai pelaburan mereka berkembang, dan kemudian akan menjualnya pada kemudian hari.

Pelaburan vs. perdagangan: perbezaan utama

Mari kita mulakan dengan asas-asasnya.

Perbezaan yang paling ketara antara pelabur dan pedagang adalah tempoh pegangan, atau jumlah masa yang diambil oleh mereka untuk mengekalkan posisi terbuka. Pelabur menyasarkan untuk membuat keuntungan daripada perubahan harga jangka panjang, pesanan mereka biasanya dipegang selama berbulan-bulan atau tahun pada satu-satu masa, manakala pedagang pula memanfaatkan pergerakan harga jangka pendek, kadang-kadang pedagang menutup urusniaga perdagangan mereka dalam masa hanya beberapa jam atau bahkan beberapa saat selepas membukanya.

Satu lagi perbezaan utama ialah saiz modal permulaan yang diperlukan oleh pelabur dan pedagang. Memandangkan keuntungan daripada pelaburan mengambil masa yang agak lama, jadi adalah lebih munasabah untuk melaburkan sejumlah besar wang sekaligus. Sebaliknya, perdagangan pula tidak memerlukan modal yang besar untuk memulakan perdagangan. Selain daripada itu, perdagangan juga dikaitkan dengan banyak risiko, jadi tindakan untuk melaburkan wang yang banyak ke dalam perdagangan jangka pendek boleh menyebabkan pedagang mengalami kerugian yang besar.

Tetapi apa yang paling menarik minat pemula ialah potensi keuntungan yang mereka boleh raih dengan berdagang atau melabur. Pedagang cenderung untuk membuat wang dalam jumlah yang kecil setiap hari, manakala pelabur pula menyasarkan untuk menjana pendapatan jangka panjang daripada aset mereka, dengan tidak mencuba untuk mengambil bahagian secara aktif atau mengawal jumlah keuntungan yang mereka rancang untuk diperolehi.

Sekarang, setelah kita mengetahui perbezaan utama antara pelaburan dan perdagangan, mari lihat kedua-dua mekanisme ini dengan lebih teliti dan ketahui yang mana satu lebih sesuai dengan matlamat dan kebolehan anda.

1400-02.png

Apakah itu perdagangan?

Perdagangan ialah strategi yang melibatkan pembelian dan penjualan saham, matawang, komoditi dan instrumen kewangan lain dalam tempoh masa yang singkat. Tumpuan pedagang adalah untuk membeli aset pada harga yang lebih rendah dan menjualnya pada harga yang lebih tinggi, dengan memanfaatkan turun naik harga dalam jangka pendek. Mereka tidak berminat dengan pasaran yang stabil. Malah, semakin tinggi kemeruapan pasaran, semakin banyak keuntungan yang boleh diperoleh oleh pedagang daripada setiap perdagangan mereka.

Masa sangat penting untuk pedagang, jadi mereka cenderung untuk menggunakan analisis teknikal dan pelbagai indikator bagi meramalkan pergerakan harga pada masa hadapan dan membuat pesanan dengan pantas untuk menangkap perubahan harga dan cuba mendapatkan keuntungan daripadanya. Pedagang juga perlu sentiasa memantau pasaran untuk mengesan peluang-peluang perdagangan terbaik dan menggunakannya untuk cuba meraih keuntungan.

Satu lagi perkara penting tentang perdagangan ialah pedagang perlu melakukan banyak usaha untuk mendapatkan pendapatan yang ketara, itu pun jika ada pendapatan. Turun naik harga yang cuba ditangkap oleh pedagang biasanya agak kecil, jadi mereka perlu membuat banyak urusniaga untuk memenuhi sasaran keuntungan mereka. Disebabkan komitmen ini, ramai pedagang mengambil keputusan untuk berhenti kerja sepenuh masa mereka untuk memperoleh pendapatan tetap daripada perdagangan.

Kebaikan dan keburukan berdagang

Sekarang mari kita lihat kelebihan dan kekurangan perdagangan. Antara kelebihan perdagangan termasuklah:

  • Mudah. Menjadi seorang pedagang adalah mudah jika kita membicarakan tentang pembelian dan penjualan aset. Prosedur untuk berdagang di pasaran kewangan adalah cepat dan mudah, membolehkan anda membuka dan menutup urusniaga dengan beberapa klik sahaja. Ini sangat penting kerana pedagang sering berlumba dengan masa untuk cuba menangkap peluang terbaik.
  • Keuntungan yang besar. Keuntungan anda sangat bergantung pada berapa banyak risiko yang anda sanggup ambil, modal anda, serta kadar kebolehuntungan aset yang anda pilih untuk diperdagangkan dan strategi anda. Tetapi pedagang yang mempunyai peluang untuk berhenti kerja dan mengejar kerjaya perdagangan dengan sepenuh masa benar-benar boleh menghasilkan jumlah keuntungan yang baik. Perdagangan juga membolehkan anda mengeluarkan pendapatan anda terus ke akaun bank anda bila-bila masa sahaja yang anda mahu.
  • Lebih banyak peluang. Pedagang tidak mudah patah semangat apabila pasaran tidak menentu atau sedang mengalami downtrend. Mereka boleh mencari cara untuk membuat keuntungan daripada sebarang perubahan harga kerana mereka berspekulasi tentang perbezaan antara harga pembukaan dan penutupan. Lebih besar perbezaannya, lebih besar keuntungan yang anda perolehi (sudah tentu, jika perbezaan ini menguntungkan anda).
  • Leveraj. Pedagang boleh menggunakan leveraj untuk membeli lebih banyak sekuriti berbanding apa yang mereka mampu beli dengan menggunakan wang mereka sendiri. Leveraj boleh meningkatkan keuntungan anda secara eksponen, walaupun ia juga datang dengan beberapa risiko lain.

Untuk kekurangan perdagangan pula, berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda fikirkan sebelum membuat keputusan untuk menjadi pedagang:

  • Risiko yang lebih tinggi. Dengan lebih banyak peluang membuat keuntungan, anda juga menanggung lebih banyak risiko. Perdagangan adalah urusniaga jangka pendek dalam pasaran yang meruap, tetapi arah harga amat sukar untuk diramal secara tepat. Pedagang baharu lazim kehilangan kesemua modal mereka dengan hanya satu urusniaga yang tidak bertuah. Apatah lagi dengan penggunaan leveraj yang boleh meningkatkan keuntungan, ia juga meningkatkan jumlah kerugian yang mungkin ditanggung oleh pedagang, kadangkala meninggalkan mereka dengan hutang yang banyak.
  • Pendapatan yang tidak stabil. Pedagang yang telah berhenti kerja secara sepenuh masa untuk mengejar kerjaya perdagangan selalunya sukar untuk mengekalkan pendapatan yang stabil. Pendapatan mereka bergantung pada jumlah urusniaga perdagangan yang mereka boleh buat, tetapi walaupun mereka berjaya mengikut rancangan perdagangan mereka, beberapa urusniaga yang tidak berjaya boleh menyusutkan jumlah keuntungan keseluruhan mereka.
  • Mengambil masa. Jika anda ingin membuat keuntungan yang ketara daripada perdagangan, anda perlu menghabiskan banyak masa di hadapan skrin untuk memantau carta harga dan mengimbas peluang perdagangan. Inilah sebabnya mengapa ramai orang telah menjadikan perdagangan sebagai kerjaya.

1400-01.png

Apakah itu pelaburan?

Melabur ialah strategi jangka panjang yang melibatkan pembelian aset (saham, hartanah, komoditi, logam, dll.) dan memegangnya dalam jangka masa yang panjang dengan jangkaan bahawa nilainya akan meningkat dengan ketara.

Tidak seperti pedagang, pelabur biasanya menggunakan analisis fundamental semasa mencari aset untuk dibeli. Memandangkan matlamat mereka adalah untuk menjana keuntungan jangka panjang, mereka sangat berminat untuk mengetahui perolehan, hasil dan potensi pertumbuhan semasa sesebuah syarikat. Apabila mereka membeli aset, mereka akan memegang aset tersebut secara pasif untuk tempoh masa yang telah ditetapkan, bergantung pada matlamat mereka (persaraan, tuisyen kolej, bayaran pendahuluan untuk rumah dsb.).

Memandangkan pelabur cenderung memegang aset mereka untuk jangka masa yang panjang, mereka tidak terjejas akibat kemeruapan pasaran jangka pendek. Jika pasaran mengalami suatu malapetaka, pelabur cenderung untuk menunggu dan bersabar sehingga ia menjadi stabil semula. Namun, untuk meminimumkan risiko, pelabur cenderung untuk mempelbagaikan pelaburan mereka dan menggabungkan beberapa aset daripada pasaran dan industri yang berbeza dalam satu portfolio. Dengan cara itu, jika salah satu pelaburan mereka tidak berjalan seperti yang mereka rancang, pendapatan mereka tidak akan terjejas dengan teruk.

Kebaikan dan keburukan melabur

Antara kelebihan melabur termasuklah:

  • Melawan inflasi. Demi masa, nilai wang menyusut akibat inflasi. Barangan yang anda boleh beli dengan harga $100 pada hari ini perlu dibayar dengan harga yang lebih tinggi pada masa hadapan. Sekadar menyimpan wang dalam akaun simpanan anda sahaja tidak akan mencukupi untuk mengimbangi kenaikan harga. Inilah sebabnya mengapa melabur adalah pilihan yang bijak jika anda ingin terus mengurangkan impak inflasi. Nilai aset anda akan meningkat, jadi anda akan dapat menjualnya untuk mendapatkan lebih banyak wang pada masa hadapan.
  • Pulangan jangka masa panjang. Pelaburan boleh membantu memastikan anda mempunyai wang yang mencukupi pada masa hadapan. Anda tidak akan mendapat keuntungan serta-merta dan membelanjakannya, sebaliknya pelaburan anda akan menyimpan keuntungan ini untuk masa hadapan dan membolehkan anda membina kekayaan anda dari semasa ke semasa.
  • Dividen. Jika anda melabur dalam saham yang membayar dividen, anda akan dibayar sebahagian daripada keuntungan syarikat. Anda boleh menggunakan bayaran ini sebagai pendapatan tambahan, atau anda boleh menambahkannya ke dalam pelaburan anda dan mengembangkan lagi portfolio anda.
  • Usaha yang sedikit. Dengan melabur, anda tidak perlu menghabiskan banyak masa untuk melihat carta atau menganalisis setiap pergerakan pasaran. Satu-satunya perkara yang perlu anda lakukan ialah log masuk ke akaun sekali seminggu atau sebulan untuk meninjau prestasi aset anda dan sama ada anda perlu menukar sesuatu dalam portfolio anda. Selain itu, anda tidak perlu untuk membuat sebarang perubahan pada gaya hidup semasa anda atau berhenti kerja bagi menjana lebih banyak pendapatan.

Namun, pelaburan juga mempunyai beberapa kelemahan:

  • Pulangan yang perlahan. Dengan melabur anda sedang bermain masa untuk menunggu keuntungan. Ia boleh mengambil masa bertahun-tahun untuk nilai aset anda meningkat dan membawakan anda keuntungan yang lumayan. Tetapi, jika anda tidak mendapat dividen, ini bermakna anda tidak akan mendapat apa-apa pendapatan.
  • Risiko. Apabila anda membuat keputusan untuk melabur dalam sesuatu, anda perlu sedar bahawa nilai pelaburan anda sebenarnya boleh menurun dari semasa ke semasa. Pelaburan dengan pulangan yang lebih tinggi, seperti saham, juga cenderung lebih berisiko kerana terdapat lebih banyak faktor yang mempengaruhi nilai syarikat tertentu. Inilah sebabnya mengapa anda perlu sentiasa memantau keadaan pasaran dan jika sesetengah aset anda tidak berprestasi sebaik yang anda jangkakan, anda boleh menggantikannya dengan sesuatu yang lain atau mencari pelaburan tambahan untuk portfolio anda bagi mengagihkan semula risiko.
  • Kos peluang. Melabur wang untuk aset bermakna anda tidak memiliki wang ini dalam dana aktif anda. Anda tidak boleh membelanjakannya apabila anda menghadapi kecemasan kerana ia perlu dicairkan dan menjual aset anda akan memerlukan masa. Dan jika anda ambil juga sedikit wang dari akaun pelaburan anda, anda mungkin akan kehilangan beberapa faedah dan sebahagian daripada pendapatan berkompaun yang telah anda kumpulkan.

Adakah salah satu lebih baik daripada yang lain?

Seperti yang anda lihat, perdagangan dan pelaburan adalah strategi yang sangat berbeza yang memerlukan jumlah usaha yang berbeza dan bertujuan untuk mencapai hasil yang berbeza. Jawapan kepada soalan mana satu yang lebih baik untuk anda sangat bergantung kepada matlamat peribadi anda.

Adakah anda ingin mempunyai pendapatan yang stabil atau anda ingin mendapatkan keuntungan anda pada satu ketika nanti di masa hadapan?

Adakah anda bersedia untuk menghabiskan masa selama beberapa jam setiap hari dengan mengadap skrin? Atau adakah anda lebih suka untuk memeriksa prestasi aset anda sekali-sekala sahaja?

Adakah anda seronok bekerja dalam persekitaran yang pantas dan melakukan banyak penyelidikan? Atau adakah anda lebih suka gaya pelaburan yang santai?

Perdagangan berpotensi untuk membawa lebih banyak wang kepada anda berbanding pelaburan, tetapi ia juga memerlukan lebih banyak masa dan usaha daripada anda. Selain itu, risiko daripada perdagangan juga melebihi risiko daripada pelaburan, jadi anda perlu membuat kajian dengan teliti bagi setiap perdagangan dan menghabiskan banyak masa untuk membangunkan pelan perdagangan anda.

Tetapi pada akhirnya, hanya anda yang tahu apa yang anda inginkan dan apa yang boleh anda lakukan mengikut keadaan semasa anda.

Kesimpulan

Kedua-dua perdagangan dan pelaburan mempunyai potensi untuk memberikan keuntungan kepada anda. Walau bagaimanapun, kedua-dua pedagang dan pelabur masih tetap akan menghadapi kesukaran dalam usaha mereka untuk mendapatkan wang. Sebelum membuat keputusan tentang perkara yang perlu dilakukan, adalah lebih baik jika anda dapat menilai matlamat dan jangkaan anda, serta sumber yang anda ada dan sama ada ia mencukupi untuk membolehkan anda berdagang atau melabur.

  • 3453

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera