1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Jesse Livermore: "The Game Taught Me the Game." Mengapa Pengalaman Penting dalam Perdagangan?
2023-08-15 • Dikemaskini

Jesse Livermore: "The Game Taught Me the Game." Mengapa Pengalaman Penting dalam Perdagangan?

cover.png

" Saya belajar bermain daripada permainan itu sendiri. Dan ia tidak memberi muka langsung kepada saya." Petikan terkenal oleh Jesse Livermore ini telah disampaikan kepada ramai pedagang sebagai sumber inspirasi dan kata hikmah yang menjadi pedoman dalam perdagangan. Tetapi apakah maksudnya yang sebenar? Dan bagaimana ia berkaitan dengan perdagangan? Inilah yang anda akan ketahui dalam artikel ini.

1290-01.png

Siapakah Jesse Livermore, dan bagaimana dia mempengaruhi perdagangan?

Jesse Livermore ialah seorang pedagang saham yang terkenal dan juga legenda kewangan yang masyhur kerana berjaya menguasai pasaran saham AS pada sepertiga pertama abad ke-20. Dia memulakan penerokaan perdagangannya ketika dia hanya berusia 14 tahun, dan pada usia 15 tahun, dia telah mencatatkan keuntungan pertamanya sebanyak $3.12. Selepas itu, berdagang telah menjadi pekerjaan dan sumber pendapatan utamanya.

Tanpa sebarang pendidikan formal dan hanya menggunakan dananya sendiri untuk berdagang, Livermore berjaya membina kekayaan dari bawah. Lumrahnya, dia juga mengalami kerugian, dan bukannya hanya sekali, tapi dia sentiasa berjaya mendapatkan modalnya semula walaupun selepas mengalami kerugian yang melampau. 

Pada kemuncak kerjaya perdagangannya pada tahun 1929, Jesse Livermore telah memperoleh $100 juta dalam hanya satu hari, yang bernilai $1.5 bilion dalam dolar hari ini. Memandangkan Livermore telah mencapai kejayaan besar ini dengan wangnya sendiri pada permulaan era The Great Depression, mudah untuk kita memahami mengapa dia mendapat gelaran sebagai salah seorang pedagang terhebat sepanjang zaman.

Sebagai seorang pedagang yang rajin dan berwawasan, Livermore tahu dengan tepat posisi yang perlu dibuka dan bilakah masanya untuk dia mengambil keuntungan. Dia digelar sebagai "Beruang Wall Street" kerana kebolehannya yang luar biasa dalam meramalkan kejatuhan pasaran. Livermore lebih suka berpegang pada strategi berdagang mengikut trend, berdagang long semasa pasaran menaik dan membuka posisi short apabila trend berubah.

Jesse Livermore menyimpan jurnal perdagangan di mana dia menulis semua pengalamannya. Beliau pedagang pertama yang memberi perhatian kepada bagaimana keadaan pasaran umum mempengaruhi harga saham dan belajar bagaimana untuk meramalkan pergerakan pasaran. Kemudiannya, dia akan berkongsi teknik perdagangan dan pemerhatiannya tentang pasaran dengan orang ramai, yang meninggalkan kesan yang mendalam tentang cara pedagang membina strategi mereka untuk beberapa dekad yang akan datang.

Pendapat Jesse Livermore tentang perdagangan

Jesse Livermore pernah berkata: "Seorang manusia memerlukan masa yang lama untuk mempelajari semua pengajaran dari kesilapannya. Mereka mengatakan bahawa segala-galanya boleh dilihat dari sisi yang berbeza. Tetapi dalam pasaran saham akan hanya ada satu sisi, dan ia bukan sisi bullish atau sisi bearish, tetapi sisi yang betul."

Jesse Livermore telah mencipta nama besar sebagai pedagang, tetapi ia bukan datang dengan percuma. Beliau mengambil masa yang lama untuk memahami cara pasaran berfungsi, dan lebih banyak masa perlu diambil untuk memperhalusi kemahirannya dan membina pelan perdagangan yang kukuh. Walaupun begitu, dia tetap mengalami bukan satu tetapi beberapa kerugian kewangan yang besar apabila dia memilih untuk menyimpang dari rancangannya, dengan membuat kesilapan yang sebenarnya boleh dielakkan.

Namun begitu, ia tidak menghalangnya daripada terus mencuba lagi dan lagi, dengan memperhalusi kemahirannya secara beransur-ansur dan menyempurnakan rancangan perdagangannya. Ambil perhatian bahawa Jesse Livermore hidup pada zaman di mana tiada buku teks perdagangan, tiada pelajaran percuma dan analisis komprehensif yang tersedia untuk semua orang yang boleh dicapai dalam masa beberapa saat. Jesse Livermore terpaksa mempelajari semua yang dia tahu melalui cara yang sukar — iaitu dengan berlatih.

"Saya belajar cara bermain daripada permainan itu sendiri," kata Livermore, dan baginya, ia adalah satu kebenaran yang mudah. Hanya latihan yang dapat membantunya memperoleh pengalaman perdagangan yang membolehkannya melakukan urusniaga yang terbesar dalam hidupnya. Hanya dengan bermain permainan itu, dan mempelajari selok-beloknya, serta mempelajari peraturan permainan itu dengan sendiri dapat membantu Livermore untuk mencapai kedudukannya sekarang. Pengalaman adalah kunci kepada perdagangan, dan Jesse Livermore merupakan contoh terbaik bagi kata-kata ini.

1290-02.png

Pengalaman dalam perdagangan: mengapa ia penting?

Pengalaman memainkan peranan yang penting dalam perdagangan. Membuat pelan perdagangan, menganalisis pasaran, dan membuka dan menutup posisi memerlukan pengetahuan yang sukar diperoleh tanpa latihan.

Sudah tentu, terdapat cara untuk mempelajari asas teori perdagangan, tetapi menerapkan maklumat ini dalam amalan perdagangan itu sendiri merupakan suatu cabaran. Perdagangan sebenar adalah pantas dan lebih menekan berbanding dari apa yang diterangkan di dalam buku teks atau pelajaran dalam talian, jadi amat mudah untuk kehilangan arah bila berhadapan dengan carta yang sentiasa bergerak. Mendapat pengalaman kerja dalam keadaan ini adalah penting untuk menjadi pedagang yang berjaya.

Satu lagi pengalaman yang jarang dibincangkan oleh mana-mana pedagang ialah membuat kesilapan. Kesilapan selalunya amat sukar untuk diterima, tetapi kesilapan dalam perdagangan adalah lebih kritikal kerana ia melibatkan kerugian wang. Tetapi apa yang anda lakukan untuk menangani akibat daripada kesilapan ini dan kesimpulan yang anda rangkumkan daripada sangkak-sangkak ini juga menyumbang kepada pengalaman perdagangan anda. Mempelajari tentang perkara-perkara ini selepas anda membuat kesilapan boleh membantu anda mengelakkannya daripada terjadi di masa hadapan dan mengukuhkan strategi perdagangan semasa anda.

Selain itu, mempunyai lebih banyak pengalaman perdagangan membantu anda untuk berasa yakin dan membuat keputusan yang lebih termaklum. Ia menggalakkan anda untuk berasa lebih yakin dengan tindakan anda dan menambah kepercayaan pada naluri anda, dan ini kemahiran yang sangat penting untuk pedagang. Kemungkinan untuk anda berasa panik dalam situasi yang tertekan juga berkurangan dan anda berupaya mencari jalan keluar dengan lebih mudah.

Pendidikan Perdagangan: Cara untuk mendapatkan pengalaman dalam perdagangan

Jadi bagaimana anda boleh mendapatkan pengalaman dalam perdagangan? Ada lebih daripada satu cara yang betul. Adalah lebih baik untuk membina pengalaman perdagangan anda daripada pelbagai sumber dan menggunakan setiap peluang yang ada untuk meningkatkan pemahaman anda tentang pasaran dan kemahiran perdagangan.

Baca buku tentang perdagangan dan banyak lagi

Buku sentiasa menjadi sumber pengetahuan yang paling terkenal dan berkesan, dan buku perdagangan juga tidak terkecuali. Ramai pedagang legenda telah menulis buku tentang pengalaman mereka dalam pasaran kewangan dengan banyak petua tentang cara bagaimana untuk menjadi seorang pedagang profesional. Malah Jesse Livermore sendiri menulis buku bertajuk How to Trade In Stocks, di mana dia menerangkan berkenaan sistemnya dan berkongsi peraturan perdagangannya yang menguntungkan. Beberapa buku lain yang terkenal untuk pemula termasuklah The Intelligent Investor oleh Benjamin Graham dan Technical Analysis of the Financial Markets oleh John Murphy.

Ikut pedagang berpengalaman

Pedagang yang berpengalaman sentiasa mempunyai nasihat yang baik untuk dikongsi, jadi mengikuti petua dan strategi mereka adalah sangat membantu untuk pemula. Pada masa ini, ramai pedagang yang berpengalaman merakamkan kejayaan mereka di blog dan saluran YouTube mereka, menyediakan strim langsung dan mengajarkan tentang cara bagaimana pedagang baharu boleh mempertingkatkan strategi mereka. Kemungkinannya adalah sangat banyak, jadi anda boleh mencari seseorang untuk diikuti dengan mudah semasa anda baru bermula.

Gunakan akaun demo bila baru bermula

Sebelum mula berdagang dengan akaun sebenar, pemula boleh mendapat manfaat dengan membuka akaun demo. Akaun demo ialah persekitaran simulasi perdagangan yang membolehkan pedagang baharu mempraktikkan kemahiran mereka dengan berdagang menggunakan wang maya. Ini memberi mereka peluang yang baik untuk membiasakan diri dengan platform perdagangan, menguji strategi perdagangan, membiasakan diri dengan pasaran, dan menjadi lebih yakin dengan kemahiran mereka.

Cari mentor

Mempunyai seseorang yang boleh membimbing anda menempuh beberapa urusniaga anda yang pertama (atau lebih banyak urusniaga selepas itu) anda boleh mengurangkan kebimbangan anda dan ini membantu anda mengelakkan daripada membuat kesilapan yang tidak boleh diperbaiki. Mentor ialah seseorang yang mempunyai banyak pengalaman dalam perdagangan dan bersedia untuk membantu pemula bagi memahami selok belok dunia perdagangan. Berdagang agak sukar, terutamanya apabila anda baru bermula, jadi mempunyai seseorang yang boleh berkongsi pengetahuan mereka dengan anda boleh membantu anda memperoleh pengalaman berharga dengan lebih cepat.

Sediakan jurnal perdagangan

Menyimpan jurnal perdagangan yang merakamkan rekod urusniaga anda adalah satu tabiat yang sangat berguna, malah ia turut diamalkan oleh para pedagang profesional. Anda perlu menuliskan setiap butiran penting tentang perdagangan anda:

  • Titik masuk dan keluar
  • Masa
  • Aras-aras sokongan dan rintangan
  • Pembukaan dan penutupan pasaran harian

Maklumat ini boleh membantu anda mendapatkan pemahaman tentang perkara yang menyumbang kepada kejayaan atau kerugian anda, memahami perkara yang anda lakukan samada ia betul atau salah, dan belajar daripada pengalaman anda.

Jadilah sebahagian daripada komuniti perdagangan

Sudah tentu anda tidak boleh memperoleh pengalaman berharga sebenar tanpa mengambil bahagian secara aktif dalam perdagangan. Jika anda berasa gementar pada mulanya, cuba mulakan dengan urusniaga yang kecil dan jangan risikokan keseluruhan akaun perdagangan anda. Sebaik sahaja anda berasa selesa, anda boleh menambah modal perdagangan anda. Dan jangan lupa untuk menyesuaikan strategi perdagangan anda jika berlaku sebarang masalah. Inilah gunanya semua pengalaman yang telah anda perolehi selama ini.

Kesimpulan

Laluan yang ditempuh seseorang pedagang adalah laluan yang sukar. Terdapat beberapa halangan yang perlu anda atasi jika anda ingin membina kerjaya dalam perdagangan. Perkara yang paling penting untuk dilakukan semasa anda baru memulakan perdagangan adalah untuk mendapatkan pengalaman. Mempunyai pengalaman perdagangan boleh membantu anda untuk berasa lebih yakin tentang keputusan anda, mengelakkan daripada membuat kesilapan dan membina strategi yang lebih berjaya yang boleh membantu anda untuk cuba mendapatkan kekayaan. Jadi, adakah anda ingin menyertai permainan ini?

  • 686

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera