1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Kenali Platform Perdagangan anda
2023-12-22 • Dikemaskini

Kenali Platform Perdagangan anda

001-cover-90.jpg

Anda di sini bersama FBS, yang bermakna anda mengintai peluang untuk meningkatkan pendapatan. Itu bagus sekali – idea tentang kejayaan kewangan sudah pun ada di minda anda! Kini tiba masanya untuk mencari alat yang sesuai yang akan membantu anda realisasikannya.

Pertama sekali, anda harus tahu pilihan-pilihan platform perdagangan yang tersedia untuk anda. Tidak pernah dengar mengenainya? Platfom perdagangan adalah perisian yang membolehkan anda berdagang menerusi mediator kewangan – broker. Anda akan membuat urusniaga, membangunkan strategi perdagangan, menganalisa prestasi anda, dan menggunakan mekanisme yang diautomasikan untuk peluang keberuntungan yang lebih baik. FBS menawarkan pilihan tiga platform perdagangan, termasuk MetaTrader 4 yang sangat lazim digunakan, MetaTrader 5 yang serba terkini, dan aplikasi terbaru FBS Trader. Didorong oleh arus kemajuan teknologi, setiap satu platform itu membolehkan pelanggan mendapat manfaat dari kelebihan masing-masing. Mari kita lihat yang manakah antara semua platform itu yang paling sesuai dengan anda.

Idea kami di sini adalah untuk menggunakan analogi makanan kerana walaupun anda sukakan wang dan sentiasa mahu lebih banyak wang – kita tidak boleh abaikan perut kita. Mari kita gunakan pizza sebagai bahan perbandingan.

MetaTrader 4

002-90.jpg

MetaTrader 4 atau MT4 adalah Pizza Pepperoni anda. Apa yang kami ingin katakan – ia mudah difahami, memenuhi semua keperluan, tradisional dan disukai oleh sekurang-kurangnya 70% pelanggan.

Platform ini mula diperkenal pada tahun 2005, dan untuk lebih dari 14 tahun ia menjadi perisian yang paling dimuat turun para pedagang dari semua peringkat kemahiran dan pengalaman. Jika belum lagi menceburi perdagangan peringkat tinggi, MT4 akan lebih dari sekadar memuaskan jangkaan anda. Ia padat dengan alat-alat standard yang mungkin akan anda perlukan bila bertarung di pasaran.

Walaupun ia agak ringkas, ia memberikan "feel" profesional menerusi pelbagai fitur yang ada padanya. Ia sarat dengan 30 indikator teknikal dan 24 objek analisis yang boleh dimasukkan ke carta secara manual untuk membantu anda mengunjurkan pergerakan harga. Untuk gambaran penuh garisan trend, anda boleh gunakan sehingga 9 rangka masa, yang mana yang terbesar adalah satu bulan. Ia membolehkan anda mensistemkan pelan perdagangan anda dan membuat rancangan perdagangan jangka panjang. Penggera dan suapan berita pasaran yang boleh dilaras suai akan memastikan anda setiasa awas dengan dinamik pasaran yang terkini.

Muat turun MT4

MetaTrader 5

003-90.jpg

- Anda sudah sedia untuk membuat pesanan!?

- Bolehkah saya pesan Pizza Hawaiian satu?

- Ya, tentu sekali! Silakan nikmati MetaTrader 5 anda yang lazat.

MT5 adalah platform canggih yang menampilkan fungsi-fungsi baru, lebih banyak ramuan yang lain dari kebiasaan, dan kerisauan di kalangan mereka yang tidak cukup kemahiran.

MT5 dilancarkan pada 2010 dan ia bukanlah kemaskini untuk MT4 sebenarnya, tetapi lebih kepada platform untuk berdagang saham, niaga hadapan, dan komoditi. Selain itu, oleh kerana terdapat perbezaan pada bahasa pengaturcaraan, pengguna MT5 menikmati toolset yang lebih pelbagai untuk membangunkan algoritma dan pembantu elektronik mereka sendiri. Jadi kedua-dua platform ditujukan kepada khalayak yang berbeza, MT5 bukanlah MT4 versi terkini.

Sungguh begitu, kami harus nyatakan bahawa MetaTrader 5 mempunyai banyak fitur baru yang sangat berguna, terutamanya untuk pedagang mahir yang sedang membina resepi perdagangan yang sempurna.

Ia didatangkan dengan 38 indikator teknikal built-in yang membantu pembangunan strategi perdagangan yang ideal. Anda boleh pilih jenis carta mengikut selera anda: candlestick, garisan, atau bar. Dengan 21 rangka masa, adalah mungkin untuk minimumkan tempoh sehingga 1 minit. Semua ini, bersama dengan 46 objek analisis, membolehkan anda mempunyai analisis yang paling tepat dan merancang urusniaga anda sebagai pakar pasaran.

Muat turun MT5

FBS Trader

004-90.jpg

Penghantaran pizza Margheritta sedang menanti di pintu. Anda dapat apa yang anda pesan – perisa yang paling mudah difahami. Walaupun FBS Trader adalah solusi yang ringkas, ia tetap sahaja perisian yang lengkap dengan semua instrumen yang diperlukan untuk perdagangan yang berjaya.

Maklumat penting bagi setiap instrumen perdagangan dihimpunkan di satu skrin, termasuk parameter penting perdagangan dan carta. Turun naik harga harian dipapar secara interaktif, dan aksi beli/jual boleh dilakukan dengan 1 klik sahaja. Jika anda berhadapan dengan sebarang isu sewaktu berdagang, sila ajukan soalan anda kepada pasukan khidmat pelanggan kami menerusi chat yang tersedia 24/7.

Semua pesanan dan transaksi anda disusun dengan rapi untuk kemudahan anda, dan anda boleh dapatkan butiran terperincinya dengan amat pantas sekali. Dengan FBS Trader, anda mempunyai semua sumber yang diperlukan untuk masuk kepasaran dan mula berdagang dari sifar, dengan pantas sekali. Anda tidak akan tersiksa dengan antaramuka yang mengelirukan dan fitur yang tidak anda perlukan. Kejelasan, keringkasan, dan memuaskan keperluan-keperluan terpenting pedagang harian – itulah dia FBS Trader.

Muat turun di App Store  Dapatkannya di Google Play 

Semua Platform Dibandingkan

Walaupun anda mungkin sudah tahu apa yang anda mahu, tidak salah untuk buat perbandingan sebelum membuat keputusan yang muktamad.

FBS Trader MT4 MT5
Antaramuka Intuitif, serba boleh, dan boleh dilaras suai Ringkas dan boleh dilaras suai Boleh dilaras suai dengan layout yang dipertingkat
Rangka masa 9 9 21
Instrumen Dagangan Pasangan matawang Pasangan matawang, logam, CFD, niaga hadapan Pasangan matawang, logam, CFD, niaga hadapan, saham
Hedging + + Juga membolehkan "netting"
Indikator Teknikal Built-in - 30 38
Signal Perdagangan - + +
Objek-objek Analisis - 23 46
Carta

Candlestick

Carta Garisan

Carta Bar

Candlestick

Carta Garisan

Carta Bar

Candlestick

Carta Garisan

Jenis Pesanan

2 Pesanan pasaran

4 Pesanan tertangguh

2 Pesanan stop

2 Pesanan pasaran

4 Pesanan tertangguh

2 Pesanan stop

2 Pesanan pasaran

6 Pesanan tertangguh

2 Pesanan stop

Sokongan Pelbagai Bahasa 24/7 + + +
Harga Percuma Percuma Percuma

Buah Fikiran

Kini anda sudah mempunyai banyak maklumat, mari kita rangkumkannya.

FBS Trader adalah produk yang segar dan minimalistik yang sudah sedia untuk menyelesaikan semua urusan harian anda di pasaran. Ia tepat dan membolehkan anda fokus pada perubahan harga tanpa gangguan antaramuka yang samar-samar dan fitur yang anda tak perlukan.

Pada hari ini, MT4 masih kekal sebagai "golden standard" di antara platform perdagangan dan menikmati lonjakan populariti. Pilihan-pilihan untuk analisis lebih dari mencukupi untuk para pedagang yang belum lagi mencapai tahap pakar. MT5 menyediakan sungguh banyak sekali fitur untuk pedagang mahir berprestasi tinggi. Ia menawarkan keupayaan untuk pembangunan robot yang tiada bandingannya, pelaksanaan yang berkelajuan tinggi, dan komuniti yang dianggotai bakat-bakat besar untuk diteladani.

Semua platform adalah percuma, jadi anda hanya perlu memilih yang manakah yang menepati keperluan anda dan berfungsi paling baik di pasaran pilihan anda.

Baca lebih lanjut

  • 3373

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera