1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Pelajari lebih lanjut tentang perdagangan dengan seksyen pendidikan terkamir FBS
2023-12-22 • Dikemaskini

Pelajari lebih lanjut tentang perdagangan dengan seksyen pendidikan terkamir FBS

Cover_642х361_1.png

Perdagangan di peranti pintar kini semakin popular kerana ia sangat memudahkan, membolehkan anda berdagang di mana-mana sahaja dan memberikan akses kepada urusniaga yang sedang aktif dan sudah ditutup pada bila-bila masa.

Dengar berbesar hati, FBS ingin menguar-uarkan bahawa kedua-dua  FBS Trader dan Laman Peribadi FBS kini terkamir dengan seksyen pendidikan yang boleh anda gunakan untuk mempelajari asas-asas perdagangan atau meningkatkan kemahiran sedia ada anda. Fitur-fitur ini pasti menarik minat pedagang baru dan yang mahir kerana kandungannya dibahagikan kepada beberapa tahap:

  • Pemula,
  • Menengah,
  • Lanjutan.

Tahap manakah yang harus saya pilih?

Anda mahu belajar asas-asas perdagangan? Pilih tahap Pemula. Selepas itu, anda akan mengetahui apakah itu perdagangan dalam talian dan bagaimana ia berfungsi, memahami perbezaan di antara pelbagai instrumen perdagangan, dan anda akan mempunyai semua maklumat yang diperlukan untuk mula berdagang.

Jika anda sudah mempunyai pengalaman dan ilmu perdagangan, tahap Menengah adalah pilihan yang terbaik. Selepas melengkapkan tahap ini, anda akan menjadi penganalisis teknikal yang bagus!

Kepada mereka yang menganggap dirinya seorang pedagang yang sudah matang, kami telah menyediakan tahap Lanjutan. Ia akan memberikan anda aparatus lanjutan bagi analisis pasaran dan juga strategi perdagangan. Kursus yang pertama adalah tentang perdagangan algo. Selepas melengkapkannya, anda akan berkemampuan untuk membina, menggunakan, dan melakukan backtest robot perdagangan di MetaTrader 5 dengan menggunakan bahasa MQL5.

Cover_642х361_2.png

Bolehkah saya gunakan pengetahuan ini dalam perdagangan sebenar?

Kursus ini dikarang oleh pasukan penganalisis pasaran FBS yang mempunyai pengetahuan meluas dalam perdagangan sebenar, itulah sebabnya semua maklumat yang disediakan sangat mudah untuk diaplikasikan. Selain itu, terdapat banyak lagi kurusus yang akan ditambah. Teruskan mengikuti kami! 

Adakah pelajaran-pelajaran ini menarik?

Anda tidak akan dihadapkan dengan teori yang sukar di dalam kursus-kursus kami – hanya maklumat yang anda benar-benar perlukan untuk berdagang sahaja! Pelajaran ini telah disusun dengan rapi. Ia mengandungi banyak contoh sebenar dan tip-tip berguna. Sebagai tambahan, untuk memudahkan proses pembelajaran anda, terdapat pembantu virtual bernama Festus yang akan bertanyakan soalan dan memberikan komen.

Bagaimana untuk kekal bersemangat

Sila pastikan anda memilih tahap mengikut pengalaman perdagangan anda. Jika ia terlalu sukar bagi anda, tukar kepada tahap sebelumnya dan teruskan belajar. Sebaliknya, jika ia terlalu mudah, bertukar kepada tahap seterusnya. Selepas melengkapkan setiap pelajaran, anda boleh memantau bagaimana garisan kemajuan anda bergerak ke hadapan. Ia merupakan langkah pemantauan yang signifikan kerana ia akan mendorong anda untuk terus belajar!

Di mana boleh saya temui pelajaran-pelajaran ini di FBS Trader dan Laman Peribadi FBS?

Selepas anda membuka aplikasi FBS Trader dan Laman Peribadi FBS, tekan butang Lagi. Kemudian klik Pendidikan Perdagangan.

Baca lebih lanjut

  • 1532

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera