1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Belajar untuk Cari Duit untuk Belajar
2023-04-03 • Dikemaskini

Belajar untuk Cari Duit untuk Belajar

1.png

Kisah tentang Puspa Dewita – seorang pedagang muda dan bakal ahli ekonomi yang pintar

Berjalan pulang pada malam hari setelah selesai syif malam di restoran, letih dan mengantuk, Puspa Dewita memikirkan tentang kuliah ekonomi yang akan dia hadiri dalam masa beberapa jam lagi. Seorang pelajar berusia 20 tahun yang berasal dari keluarga biasa dan tinggal di Jakarta, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk menjadi seorang ahli ekonomi. Puspa mendapat sokongan dari ibu bapanya. Mereka melakukan yang terbaik untuk mencari wang dan membiayai pendidikannya.

Akhirnya, di atas usaha gigih keluarganya, Puspa mampu melunaskan yuran pengajian dan memasuki universiti. Sebagai anak yang tahu bersyukur, dia membuat pekerjaan sambilan di restoran tempatan untuk mendapatkan wang, menampung perbelanjaan yang berkaitan dengan pengajian, dan membantu ibu bapa dan adiknya. Bekerja syif malam, tubuhnya letih dan lesu setelah pulang ke rumah pada waktu malam dan dapat melelapkan mata hanya selama beberapa jam sahaja. Jadual seperti itu memberi kesan negatif terhadap prestasinya, sementara wang yang diperoleh di restoran tidak mencukupi untuk menampung kehidupan dan mencapai kebebasan kewangan.

Kepenatan dan stres, memikirkan tentang keluarga dan cita-cita serta impian beliau, Puspa mengambil keputusan untuk merubah hidup beliau. Kemudian satu idea yang bergeliga terlintas di benak beliau – kenapa perlu bersusah-susah? Mengapa tidak berdagang dan mencari wang di internet sahaja? Puspa sangat teruja dan mula membaca tentang kegiatan berdagang di internet, dan sumber terbaik yang beliau temui adalah laman web FBS yang sarat dengan bahan pendidikan dan rujukan. Beliau memutuskan untuk membuka akaun dengan FBS, dan seraya itu bermulalah kembara beliau di alam perdagangan.

Dua minggu kemudian, pandemik mula menular membuat seluruh dunia haru biru dan kaku, dan pekerjaan Puspa dibekukan. Lockdown membolehkan beliau berlatih dengan lebih giat, mengasah kemahiran berdagang beliau setiap hari. Di penghujung tempoh lockdown, beliau memutuskan untuk berhenti dari pekerjaan sambilan beliau – itu sudah tidak perlu lagi, Puspa kini meraih lebih banyak dalam masa sebulan berbanding apa yang beliau terima membanting tulang selama setengah tahun sebagai pelayan.

Hari ini, Puspa menggabungkan perdagangan dan pengajian beliau dengan mudah dan lancar. Beliau meraih keuntungan antara $3000 dan $5000 setiap bulan, jadi beliau sudah mampu membayar sendiri yurannya, malah menanggung keperluan seluruh keluarga termasuk adik lelakinya sekali.

Kami telah mewawancara pedagang muda ini dan kagum dengan kebijaksanaan dan kemuliaan hati beliau.

2.png

- Mengapa anda memutuskan untuk merubah hidup anda dan menjadi seorang pedagang?

Saya masih ingat dengan jelas hari itu, ketika saya pulang dari kerja. Jam sudah pukul 2:45 pagi, dan saya harus bangun pada pukul 5:30 pagi. Saya sangat letih dan hampir menangis kerana tips yang saya perolehi pada malam itu tidak mencukupi walau untuk membeli sebotol air oren sekali pun. Saya melihat adik saya tidur di katil lain di sebelah katil saya. Dan terlintas di fikiran saya, bukankah saya seharusnya menjadi suri tauladan kepada beliau dan menunjukkan kepadanya bagaimana dia boleh mencapai kejayaan dalam kehidupan ini, saya malah tidak dapat meluangkan masa dengannya, saya sering letih dan tertekan, dan saya juga tidak mencapai apa-apa kemajuan dalam pelajaran saya. Dan ibu bapa saya pula, mereka terbeban membiayai pendidikan saya... Saya menyedari bahawa ada yang tidak kena, dan saya harus mengubahnya. Oleh itu, satu-satunya perkara yang saya syukuri pada tahun 2020 yang serba gila ini adalah peluang yang diberikan Tuhan untuk duduk di rumah, menjernihkan fikiran saya, dan fokus kepada perdagangan. Saya menyukainya sejak kali yang pertama saya mencubanya, dan kemudian menyedari bahawa inilah cara yang terbaik untuk menjana pendapatan. Saya boleh gabungkannya dengan apa yang saya belajar dan kemudian membayar kos pengajian saya. Sangat lucu, tetapi itulah kebenarannya.

- Apakah cabaran terbesar yang anda hadapi bila anda mula berdagang?

Oh, saya tidak tahu bila saya patut menutup pesanan. Tetapi saya telah menonton beberapa webinar, mempelajari beberapa tips, dan memahami bagaimana saya boleh membaca pasaran dengan lebih baik.

- Apakah strategi perdagangan kegemaran anda?

Saya sudah mencuba beberapa strategi, tetapi scalping juga yang saya paling suka.

- Jika anda boleh berikan nasihat kepada diri anda sendiri tatkala anda baru memulakan semua ini, apakah nasihat tersebut?

Saya akan mengesyorkan kepada diri saya agar membuka akaun Standard sejak dari awal lagi. Buat pertama kalinya, saya tidak begitu yakin dengan ilmu pengetahuan saya, jadi saya berdagang dengan akaun demo agak lama. Saya patut beralih ke akaun sebenar lebih awal lagi. Beberapa minggu sudah lebih dari cukup untuk memahami konsep-konsep yang ada dan kemudian mula beraksi dengan serius. Saya terlalu berhati-hati. Ini suatu yang orang lain boleh cuba untuk jauhi.

- Berapa banyak masa yang anda habiskan untuk berdagang pada setiap hari?

itu bergantung kepada situasi, tetapi biasanya, saya belajar sehingga waktu makan tengahari, dan kemudian – saya berdagang. Tetapi dengan aplikasi FBS Trader, saya boleh awasi pasaran sepanjang hari. Ia sungguh menyenangkan! Ini satu lagi perkara yang saya suka di FBS.

- Pernahkah anda terfikir bahawa anda membuat keputusan yang salah kerana berhenti kerja?

Tidak, saya tidak pernah menyesal berhenti dari pekerjaan tersebut. Saya tidak mahu menjadi seorang pelayan, ia hanya kerana saya terdesak. Meraih segulung ijazah dalam jurusan ekonomi dan menjadi pemain pasaran yang handal, itulah yang saya cita-citakan. Dan memberanikan diri untuk mula berdagang adalah langkah terbesar saya dalam mengejar sasaran ini.

- Bagaimanakah perubahan pada hidup anda di beberapa bulan kebelakangan ini?

Kini, saya membayar sendiri kos pendidikan saya. Dan saya juga membeli barang-barang baru untuk rumah, dan sekarang turut memberi wang kepada ibu bapa dan adik saya. Dia benar-benar ingin meningkatkan penguasaan Bahasa Inggerisnya, jadi saya membayar kelas bahasanya di salah satu sekolah bahasa terbaik di bandar saya.

- Apa nasihat anda kepada pedagang-pedagang yang baru bermula?

Lakukan sahaja! Sekarang juga! Jangan ditunggu bulan jatuh ke riba - saat itu tidak akan datang. Anda harus membuat keputusan - untuk memperbaiki kehidupan anda dan fokus pada sasaran anda. Setelah anda melakukannya, perdagangan nampaknya jalan terbaik untuk mencapai matlamat tersebut. Jadi, jangan ragu-ragu, kawan! Fikirkan tentang ahli keluarga anda, ibu bapa, adik-beradik, dan masa depan anda sendiri. Jika anda ingin merasa bangga dengan diri anda – ayuh, teruskan!

Baca lebih lanjut

  • 4428

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera