1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Mari kita selidik, siapakah Sifu Forex sebenar dan di mana boleh kita temui beliau?
2024-06-06 • Dikemaskini

Mari kita selidik, siapakah Sifu Forex sebenar dan di mana boleh kita temui beliau?

Ramai orang-orang biasa dan pedagang-pedagang baru tidak mempunyai idea tentang siapa itu Sifu Forex. Apakah ia pesona licik yang hanya mahu mengambil kesempatan dan faedah dari perdagangan anda atau apakah beliau seorang pedagang berkaliber yang bersedia untuk membantu dan berkongsi pengalamannya dengan anda? Tentunya yang kedua lebih hampir dengan kenyataan. Namun oleh kerana Sifu Forex tidak berkebolehan untuk terbang sambil memakai kostum ketat seperti adiwira, persoalan terbesar kekal "Bagaimana kita boleh mengenal mereka dan di mana boleh kita temui Sifu sebenar?" 

Secara amnya, Sifu adalah pengajar dan pembimbing intelektual dalam hal-hal yang fundamental. Jika mencari mentor yang boleh diharapkan, sila ingati bahawa perdagangan Forex bukanlah tentang meramalkan apa yang akan berlaku seterusnya. Ia adalah tentang mempunyai sistem yang berkebolehan. Jangan percayakan seorang guru tanpa rekod prestasi, kerana biasanya para pedagang seperti itu mahu menyembunyikan kegagalan sendiri dan terus menyediakan servis mengajar dan perdagangan kelas dua. Saya pasti anda akan berhati-hati dalam memilih Sifu perdagangan, namun beberapa petua untuk mengesan penipuan pastinya boleh dimanfaatkan. 

Pertama sekali, berhati-hati dengan mereka yang konon-kononnya Sifu yang suka post dengan kerap, tetapi semua setup mereka adalah selepas kejadian. Ini bermakna perdagangan sudah pun berlalu dan ia menunjukkan kejayaan jika anda mengikut strategi beliau. Sesiapa pun boleh melakukan perkara yang sama dengan berdagang secara ke belakang. Tindakan sebegitu tidak ada apa-apa makna kecuali untuk mengelirukan massa.

Satu kumpulan Sifu palsu yang lain cenderung untuk post sebilangan setup perdagangan. Bagaimana pun dari semua setup yang mereka post, hanya sebahagian sahaja akan menjadi perdagangan yang untung. Bakinya yang lain merugikan. Bila dagangan yang menguntungkan diperoleh, mereka akan menjajanya di serata internet. Memberikan tanggapan bahawa mereka adalah sangat tepat dan jitu, tidak mengalami sebarang kerugian. Apa yang berlaku pada dagangan yang rugi? Mereka sembunyikan dan tutup mulut mengenainya. 

Golongan Sifu palsu yang terakhir lebih pintar dari yang sebelum-sebelumnya. Mereka berperangai yang sama kecuali golongan ini ada juga post kerugian mereka. Sebagai contoh, mereka post 10 dagangan dan hanya mempunyai 3 dagangan yang untung dan 7 yang rugi. Mereka akan pusing keliling kota menjaja 3 dagangan yang menguntungkan itu, tetapi bila berkaitan dengan perdagangan yang merugikan hanya 1 dari 7 akan disebut. Ini justeru memberikan tanggapan bahawa mereka jujur dan berkredibiliti. Mereka lupa, kita ini pun bukanlah bodoh.

Kita tahu bahawa salah satu contoh terbaik pengesahan servis perdagangan yang memeriksa dengan pelayan untuk memastikan sang pedagang jujur tentang dagangan mereka disediakan oleh perkakas analitik terautomasi Myfxbook. Anda tidak sepatutnya mempercayai sesiapa pun yang menawarkan servis tanpa mengemukakan laporan prestasi yang disahkan. Myfxbook mempunyai beberapa kaedah untuk mengelak manipulasi perdagangan: anda masih boleh meletakkan Myfxbook yang sudah dimanipulasi di laman web, tetapi Myfxbook akan menandakannya dan terpulang kepada para pedagang lain untuk mengiktiraf tanda ini atau tidak.

Mungkin cerita saya tentang para penipu ini sudah mencukupi. Sekarang waktunya tiba untuk kita bercakap tentang para pedagang super profesional yang nasihatnya akan banyak membantu anda berjaya di dalam perdagangan Forex. Saya tidak mahu membosankan anda dan membebel panjang tentang bagaimana hendak mencari Sifu yang tulen: saya hanya akan memberikan anda senarai Sifu paling ngetop, paling dipercayai dan paling boleh diandalkan. Ikut mereka ini, anda akan mendapat dos harian berita Forex, analisis berwawasan dan sedikit lawak jenaka sebagai selingan.

1. Kathy Lien adalah seorang pengarang antarabangsa dan Ketua Strategi DailyFX.com, salah satu dari laman wbe palign popular di dunia untuk kajian matawang. Seorang penganalisis dan pedagang FX veteran, Kathy mempunyai pengalaman interbank secara langsung. Sebelum menyertai FXCM, Kathy berkerja di bahagian Pasaran Silang dan Perdagangan Matawang Asing di JP Morgan Chase, menggunakan analisis fundamental dan juga teknikal untuk berdagang Forex spot dan opsyen. 

2. Katie Martin adalah ketua fastFT, servis berita terkini The Financial Times. Beliau juga menulis untuk lain-lain seksyen FT, terutamanya berkaitan pasaran. Sebelum itu beliau bertugas di Wall Street Journal dan Dow Jones.

3. John Kicklighter adalah Pakar Strategi Matawang Senior dan ketua DailyFX di New York City dan San Francisco di mana beliau mengkhusus dalam pelakuran analisis fundamental dan teknikal berserta pengurusan kewangan. Beliau telah berdagang secara aktif sejak berumur belasan tahun, pengalamannya mencakupi matawang spot, niaga hadapan kewangan, komoditi, saham dan opsyen, dan semua instrumen ini di akaun peribadinya.

4. Blake Morrow adalah Ketua Strategi Matawang bagi Wizetrade. Blake mempunyai pengalaman berdagang selama lebih 18 tahun dan telah menjadi rakan kongsi di sebuah firma perbrokeran berpangkalan di Dallas dan LiquidTrader Technologies. Pada masa ini Blake membuat analisis bagi ribuan pedagang individu menerusi webinar "The Morning Edge" mencakupi hubungan inter-pasaran dan Forex.

5. Ashraf Laidi adalah pakar strategi bebas pasaran global dengan pengalaman lebih 15 tahun. Beliau adalah pengarang "Currency Trading & Intermarket Analysis" dan pengasas AshrafLaidi.com.

Sekarang anda sudah pun mendapat semua tip-tip dan senarai berharga mengandungi para pedagang paling berpengalaman dan dipercayai di dunia Forex, justeru saya pasti dengan kejayaan masa depan Forex anda. Ambil masa yang diperlukan untuk benar-benar belajar dari Sifu perdagangan terbaik, dan sentiasalah waspada dengan penipu!

Baca lebih lanjut

  • 13833

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera