1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Pesanan Limit vs Pesanan Stop: Satu Tinjauan Menyeluruh
2024-06-10 • Dikemaskini

Pesanan Limit vs Pesanan Stop: Satu Tinjauan Menyeluruh

TRFNEW-1656 Limit Order vs Stop Order_ What's the Difference_.png

Pesanan perdagangan ialah permintaan yang dibuat oleh pedagang di pasaran atau mana-mana perantara pelaburan dalam talian (seperti broker) untuk memperdagangkan aset. Begitulah, secara asasnya. Tanpa memahami intipatinya, anda tidak akan dapat berdagang.

Dalam artikel ini, kami akan mempertimbangkan tiga jenis pesanan yang utama untuk saham, matawang dan komoditi yang membolehkan anda mentakrifkan istilah tertentu: Pesanan Stop, Limit dan Stop Limit. Kami akan memberitahu anda perbezaan antara ketiga-tiganya dan cara ia harus digunakan.

Selain itu, golongan pemula akan menemui banyak maklumat berguna dalam bahagian analitik kami, termasuk glosari yang perlu anda baca sebelum anda mempelajari cara membuka atau menutup pesanan. Jadi, jom kita mulakan!

Pesanan Stop

Pesanan Stop menyatakan secara spesifik suatu harga untuk aset, yang belum dicapai lagi pada masa tersebut. Broker akan membeli atau menjual aset apabila harga aset mencapai harga yang dinyatakan itu.

Apakah itu Pesanan Stop?

Anda mungkin terkeliru antara pesanan Stop Loss (Renti Rugi) yang digunakan untuk menutup urusniaga yang rugi dengan Pesanan Stop yang digunakan untuk membuka urusniaga perdagangan. Bezakan antara kedua-dua jenis pesanan ini. Sebaik sahaja harga pesanan ini dicapai, pesanan itu terpicu dan dilaksanakan. Satu posisi baru akan dibuka. Apa yang anda perlu lakukan ialah menyatakan harga Pesanan Stop. Sebagai contoh, katakanlah ia bersamaan dengan $500. Apabila ia dicecah, pesanan tersebut akan dilaksanakan pada mana-mana harga pasaran. Jika aset tidak melewati harga tersebut di pasaran, pesanan itu tidak akan dilaksanakan.

Anda boleh menggunakan pesanan pasaran Stop untuk membeli atau menjual suatu aset. Pesanan Buy Stop dilaksanakan pada harga stop yang lebih tinggi dari harga semasa di pasaran. Pesanan Sell Stop dilaksanakan pada harga yang dinyatakan oleh pedagang yang lebih rendah dari harga semasa pasaran. Pendekatan yang sedemikian membolehkan pedagang memilih aras kemasukan yang terbaik dan membeli atau menjual aset apabila harga menembusi tahap rintangan atau sokongan.

Bagaimanakah anda menggunakan pesanan Stop Loss (Renti Rugi)?

Seperti yang telah kami katakan, pesanan Stop Loss biasanya digunakan untuk mengelakkan kerugian yang lebih parah pada posisi suatu sekuriti. Mari kita lihat satu contoh yang menunjukkan cara membuat pesanan Stop Loss.

Anda boleh menetapkan pesanan Stop Loss 10% di bawah harga pembelian anda. Jadi, jika harga jatuh, aset tersebut akan dijual dengan kerugian bersamaan 10%.

Katakan anda telah membeli saham pada harga $50 seunit. Sejurus selepas membuka urusniaga perdagangan ini, anda membuat pesanan Stop Loss yang menyatakan harga renti rugi (baca: harga stop loss) bersamaan dengan $45. Jika saham jatuh melepasi $45, pesanan ini akan dilaksanakan secara automatik, dan saham akan dijual pada harga pasaran semasa.

Perlu diingat bahawa sekiranya kemeruapan tinggi atau berlaku penurunan mendadak, harga ini boleh jatuh lebih rendah dari paras $45. Broker akan memilih harga pasaran yang terbaik pada masa semasa berdasarkan terma-terma yang terpakai.

Sekali lagi, apabila harga mencapai titik yang ditentukan pesanan akan dilaksanakan pada sebarang harga semasa, sama seperti pesanan pasaran (market order). Sebagai contoh, jika saham itu terus jatuh melepasi harga Stop Sell, pesanan mungkin akan dilaksanakan pada harga yang lebih rendah daripada ambang yang telah anda nyatakan. Apabila kita buat pesanan Stop Buy, setelah harga yang kita nyatakan dicapai, aset tersebut akan dibeli pada sebarang harga yang lebih tinggi daripada harga pesanan stop tersebut.

Kami mengesyorkan agar anda menggunakan pesanan Stop Loss dalam urusniaga beli apabila:

  1. Harga aset yang anda sudah pun beli dan kini anda miliki meningkat, dan anda ingin mengaut keuntungan daripada perbezaan harga sebelum ia jatuh kembali.
  2. Anda menjangkakan aliran menaik akan berterusan, tetapi anda ingin melindungi dana anda daripada kerugian sekiranya pasaran jatuh dan menjual aset sebelum harganya terlanjur menjadi terlalu rendah.

Adalah penting untuk memahami bahawa jika harga stop dipenuhi, pesanan boleh dilaksanakan pada harga yang terdekat dengan harga yang telah ditetapkan, tetapi masih wujud kemungkinan ia berbeza daripada harga masuk atau keluar yang anda tetapkan. Jarak ini bergantung kepada situasi semasa di pasaran. Jadi, wujud satu ambang (threashold) di mana pesanan Stop beralih menjadi pesanan pasaran.

Kelebihan terpenting pesanan Stop Loss ialah pelaksanaannya tidak memakan sebarang kos. Anda akan membayar hanya komisen biasa untuk perdagangan itu. Juga, tidak ada keperluan untuk memantau pasaran secara berterusan. Ia sangat berguna jika anda tidak mahu memperhatikan aset pelaburan anda sepanjang masa.

Selain itu, anda boleh menghindari dari membuat keputusan pelaburan di bawah pengaruh emosi. Sudah tentu, anda masih tidak terhindar sepenuhnya dari membuat keputusan pelaburan secara terburu-buru, tetapi apabila anda mengehadkan perdagangan anda, risikonya lebih rendah.

TRFNEW-1656 Limit Order vs Stop Order_ What's the Difference_2.png

Pesanan Limit

Apakah itu Pesanan Limit dalam konteks saham? Pesanan Limit boleh dibandingkan dengan Pesanan Stop kerana ia juga dilaksanakan pada harga yang telah ditetapkan. Tetapi dalam kes ini, ia dikenali sebagai harga limit dan terdapat satu perbezaan yang kritikal. Harga pelaksanaan adalah harga yang sama atau lebih baik dari harga limit yang telah ditentukan.

Terdapat variasi pesanan Limit yang dikenali sebagai pesanan Ambilan Untung (Take Profit) . Apabila anda membuat pesanan Ambilan Untung, anda perlu menyatakan harga yang tepat, yang akan membolehkan anda menutup urusniaga perdagangan dalam keadaan untung. Jika harga aset tidak mencapai harga yang ditetapkan, pesanan Ambil Untung tidak akan dipenuhi.

Mari kita lihat dengan lebih dekat perbezaan di antara Buy Limit dan Buy Stop.

Bagaimanakah pesanan Limit berfungsi?

Pesanan Limit membenarkan broker untuk menjual aset pada harga yang tidak kurang daripada harga limit atau membeli aset pada harga yang tidak melebihi harga limit. Kita akan melihat satu perbezaan yang penting jika kita membandingkannya dengan pesanan Stop. Pesanan Henti dilaksanakan pada sebarang harga pasaran apabila harga stop dicapai. Bila mana pesanan Limit dilaksanakan pada harga limit atau lebih baik, pesanan tersebut digunakan apabila terdapat peluang yang tinggi arah trend akan menyebelahi kita, yang membolehkan pembelian atau penjualan pada harga yang lebih baik.

Katakan anda mahu membeli suatu aset pada harga $50. Jika anda menetapkan nilai ini sebagai harga limit, pesanan anda akan dilaksanakan apabila harga pasaran mencecah $50. Jika harga semasa tidak menyentuh aras ini, urusniaga tidak akan dilaksanakan. Dan adalah jelas bahawa anda tidak boleh menetapkan harga tersebut sebagai harga limit yang tersedia pada masa semasa. Anda akan menggunakan Buy Stop jika harga semasa berada di bawah $50. Setelah harga naik ke tahap ini, pesanan beli akan dilakukan secara automatik. Jika ia tidak meningkat kepada $50, pesanan tidak akan dilaksanakan.

Apakah contoh pesanan Limit?

Adakah anda berasa bingung dengan maklumat di atas? Apakah maksud limit dalam konteks saham? Mari kita bincangkan dengan lebih mendalam.

Sebagai contoh, anda ingin membeli (atau menjual) saham dengan cepat. Penyelesaian yang paling sesuai ialah membuat pesanan pasaran (market order), yang biasanya dilaksanakan dengan pantas pada mana-mana harga semasa saham. Katakanlah harga semasa itu bersamaan dengan $150. Sebagai alternatif, anda mungkin mahu membeli saham hanya jika harganya turun ke paras $100. Di sini anda disyorkan untuk membuat pesanan Buy Limit dengan harga limit bersamaan dengan $100. Jika harga mencapai tahap ini, pesanan Limit akan dilaksanakan. Tetapi jika harga tidak pernah mencecah $100, saham itu tidak akan dibeli.

Kami berharap jika anda mempertimbangkan Buy Limit vs Buy Stop, anda akan memahami perbezaannya. Mekanisme yang sama dicetuskan apabila anda ingin menjual saham pada harga setinggi yang mungkin. Sebagai contoh untuk pesanan Sell Limit, mari kita pertimbangkan kes yang sama. Jika anda ingin menjual saham pada harga tertinggi yang mungkin dicapai, anda harus meletakkan harga limit untuk pesanan Sell Limit di atas harga semasa pasaran - katakan anda menentukan bahawa ia adalah $160. Pesanan akan dilaksanakan pada harga ini atau harga yang lebih tinggi.

Perbandingan antara Sell Limit vs Sell Stop akan membantu anda memahami apa sebenarnya yang anda perlukan pada masa ini. Ada satu isu lain yang perlu difahami. Apabila harga pasaran semasa mencapai nilai limit yang ditentukan, masih ada kemungkinan pesanan tidak dipenuhi. Sebabnya ialah terdapat pesanan-pesanan lain sebelum pesanan anda yang mahukan saham yang sama pada harga limit. Pelaksanaan perintah Limit biasanya dilakukan atas dasar siapa cepat dia dapat.

TRFNEW-1656 Limit Order vs Stop Order_ What's the Difference_3.png

Penerangan tentang Pesanan Stop Limit

Anda kini memahami perbezaan di antara Pesanan Limit vs Pesanan Stop. Jika anda tidak pernah membuat pesanan sama sekali, kami mengesyorkan agar anda meninjau panduan ringkas kami yang akan memberitahu anda cara menutup dan membuka pesanan. Jangan lupa tentang satu lagi jenis pesanan yang tidak kurang pentingnya. Ia ialah pesanan Stop Limit. Ia hanya tersedia di platform MetaTrader 5.

Takrifannya mudah: ia menggabungkan ciri-ciri yang sudah dibincangkan di atas. Apabila anda menggunakan pesanan Stop Limit, anda dicadangkan untuk menentukan harga yang sama ada lebih tinggi daripada harga semasa untuk aset yang ingin anda beli atau yang lebih rendah daripada harga semasa untuk aset yang ingin anda jual. Apabila harga yang dinyatakan dicapai, pesanan Limit diletakkan secara automatik pada harga yang ditentukan, yang dikenali sebagai harga stop limit. Dalam erti kata lain, pertama, jenis pesanan ini kelihatan seperti pesanan Stop, tetapi apabila harga semasa mencapai harga stop, ia menjadi urusniaga Limit, bermakna urusniaga perdagangan akan dilaksanakan pada harga stop limit (atau lebih baik). Ini adalah cara yang terbaik untuk mengawal harga dan berdagang dalam julat yang ditetapkan.

Bagaimanakah pesanan Stop Limit berfungsi?

Oleh itu, jenis pesanan ini termasuklah pesanan pasaran Stop, di mana anda membuat pesanan untuk membeli (atau menjual) pada harga pasaran yang terbaik selepas harga yang ditentukan dicapai, dan pesanan Limit, di mana anda membuat pesanan untuk membeli (atau menjual) aset pada harga ditentukan atau yang lebih baik. Dengan cara ini, ia mengehadkan kerugian dengan memberi anda jaminan bahawa perdagangan akan dilaksanakan pada harga yang menguntungkan.

Anda harus membuat pesanan Stop Limit untuk menghantarnya kepada broker. Ia akan muncul dalam buku pesanan (order book), menunggu pelaksanaan. Ia boleh dipicu apabila syarat yang telah ditetapkan dipenuhi. Ia boleh dibatalkan oleh pedagang dan boleh tamat tempoh jika tempoh sahnya dinyatakan oleh pedagang. Jadi, jika harga tidak dicapai untuk aset yang anda inginkan, dan, katakan, tempohnya adalah satu hari, pesanan akan tamat tempoh pada penghujung sesi pasaran. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai pilihan. Anda boleh menetapkan pesanan good-till-canceled (sah sehingga dibatalkan), yang bermakna pesanan itu tidak akan tamat tempoh jika anda tidak membatalkannya.

Kami harus nyatakan di sini risiko-risiko yang datang dengan pesanan Stop Limit:

  1. Tidak ada jaminan untuk pelaksanaan. Harga pasaran mungkin tidak pernah mencapai harga limit saham tersebut. Selain itu, giliran pesanan (order queue) mungkin terlalu panjang. Pedagang lain di hadapan anda boleh memanfaatkan harga yang tersedia, yang anda tetapkan sebagai harga limit.
  2. Pelaksanaan separa. Apabila anda ingin berdagang dengan sejumlah aset (saham), anda mungkin memintanya dibeli atau dijual secara separa (partially) di atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas – tidak ada saham yang mencukupi pada harga limit atau yang lebih baik. Pesanan akan dibiarkan terbuka, dan itu akan menyebabkan komisen yang berulang. Anda perlu membayar lebih untuk urusniaga tersebut.

Apakah contoh pesanan Stop Limit?

Kami akan memberikan satu contoh mudah. Katakan anda telah membeli saham pada harga $500, kerana yakin dengan trend menaik. Untuk mengurangkan risiko, anda dicadangkan untuk membuat pesanan Stop Limit, yang membolehkan anda menjual saham ini jika harga pasaran turun lebih rendah daripada nilai stop. Pada masa yang sama, anda tidak mahu menjual saham pada harga yang terlalu rendah dan menetapkan harga limit, yang berperanan sebagai ambang terendah (lowest threshold) untuk urusniaga tersebut.

Jadi, anda menetapkan harga stop sebagai $490 dan harga limit sebagai $490.50. Kesannya, pesanan itu harus dilaksanakan apabila harga saham mencapai $490 dan terus jatuh. Tetapi walaupun harga turun kepada $489 (di bawah harga stop), pesanan itu masih tidak akan dilaksanakan jika, pada masa itu, tiada pembeli bersedia untuk membeli aset itu pada harga $490.50 (harga limit). Dalam contoh ini, harga stop berbeza daripada harga limit. Tetapi anda boleh menetapkan nilai yang sama untuk satu pesanan.

Kesimpulan

Menggunakan pelbagai jenis pesanan akan meningkatkan prospek kejayaan anda dalam mencapai sesuatu objektif. Tetapi keuntungan tidak dijamin, kerana pesanan mungkin tidak dapat dilaksanakan jika harga pasaran tidak mencapai harga stop atau limit.

Kami berharap artikel ini telah memberikan anda gambaran keseluruhan yang baik untuk membantu anda berdagang dengan risiko yang lebih rendah. Kini anda memahami perbezaan antara Buy Limit vs Buy Stop, Pesanan Stop vs Pesanan Limit, dsb. Teruskan bersama kami untuk menjadi yang pertama mengetahui berita pasaran dan industri yang paling hangat!

Baca lebih lanjut

  • 1867

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera