1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Menguasai Prestasi Perdagangan Forex 2024
2023-10-25 • Dikemaskini

Menguasai Prestasi Perdagangan Forex 2024

cover.png

Tahun 2024 hampir menjelang, yang menjadikan sekarang masa yang baik untuk memikirkan azam Tahun Baru anda. Apakah cara yang lebih baik untuk memanfaatkan semangat baharu anda dan suasana meriah ini selain meningkatkan prestasi dagangan anda? Dalam artikel ini, anda akan mempelajari kemahiran yang anda harus tajamkan untuk menguasai prestasi perdagangan Forex anda pada 2024.

Bagaimana cara menguasai prestasi perdagangan anda

Seperti yang anda sedia maklum, bukannya mudah untuk menjadi seorang pedagang Forex yang berjaya. Ia memakan masa dan usaha yang banyak untuk sampai ke tahap dalam kerjaya perdagangan bilamana anda mampu menyara diri dengan pendapatan yang anda hasilkan semata-mata. Menguasai prestasi perdagangan anda benar-benar mencabar, tetapi ia bukan mustahil. Mari kita lihat beberapa aspek yang boleh diberi tumpuan untuk membawa perdagangan anda ke tahap seterusnya pada tahun 2024.

Luaskan pengetahuan anda

Sama ada anda seorang pedagang baharu atau berpengalaman, jangan sekali-kali berhenti belajar. Bak kata pepatah, “Ilmu adalah kuasa.” Tidak kira berapa banyak yang anda fikir anda tahu tentang perdagangan dan pasaran kewangan, sentiasa ada banyak lagi yang perlu dipelajari.

Ia adalah sesuatu yang digelar "paradoks ilmu": semakin banyak anda belajar tentang sesuatu, semakin banyak pertanyaan yang timbul. Semakin banyak pencerahan yang anda peroleh tentang dunia perdagangan, anda mula memahami bahawa terdapat banyak lagi untuk dirungkai daripada apa yang anda fikirkan pada mulanya. Walau bagaimanapun, selepas mencatat kemajuan dalam kerjaya perdagangan anda, anda mungkin ingin melaraskan strategi perdagangan anda untuk merangkumi instrumen-instrumen baharu dalam pelan perdagangan anda atau meningkatkan sasaran keuntungan anda. Kesemua ini memerlukan pengetahuan dan kajian yang teliti, oleh itu, masa yang diluangkan untuk mencari maklumat akan sentiasa berguna dalam satu cara atau yang lain.

Mencari sumber pembelajaran pula mungkin satu lagi cabaran. Walaupun internet dipenuhi dengan kursus-kursus daripada “profesional perdagangan” yang berjanji untuk mengajar anda segala rahsia perdagangan, kebanyakan daripada mereka hanya berkongsi maklumat paling asas tentang pasaran kewangan yang anda boleh dapati secara percuma sepenuhnya secara dalam talian. Anda juga boleh mengkaji bahan-bahan pendidikan yang disediakan oleh broker-broker seperti FBS jika anda ingin menerima maklumat yang lebih berstruktur.

Walau apa pun, anda mesti terlebih dahulu mengenal pasti bahagian yang anda kurang berpengetahuan dan kemudian mencari sumber yang serasi dengan gaya pembelajaran pilihan anda. Memikirkan semua ini, anda akan dapat memahami lebih lanjut tentang pasaran kewangan dan meningkatkan prestasi perdagangan anda pada tahun 2024.

Tetapkan matlamat yang mampu dicapai

Tahun baru adalah masa yang baik untuk menilai semula matlamat perdagangan anda. Tidak dinafikan anda telah banyak berkembang sejak awal tahun 2023, oleh demikian, anda mungkin mendapati matlamat semasa anda terlalu kecil sehingga mengekang kebolehan anda.

Tetapi walaupun anda bertekad untuk mengubah sasaran keuntungan harian atau bulanan anda, ia penting untuk ingat bahawa matlamat anda mestilah sesuatu yang boleh dicapai. Jika anda metetapkan matlamat harian yang terlalu tinggi, anda mungkin terlalu fokus untuk mencapainya sehingga terlepas peluang perdagangan yang kecil tetapi menguntungkan. Selain itu, kegagalan untuk mencapai matlamat anda mungkin menyebabkan anda berasa tidak yakin dengan kemahiran perdagangan anda, lalu mematahkan semangat anda untuk meneruskan kerjaya perdagangan anda.

Jika anda mendapati bahawa usaha untuk mencapai matlamat dan sasaran baharu menjejaskan kesejahteraan emosi anda, ambil satu langkah ke belakang dan nilai semula pengalaman anda. Analisa keuntungan anda baru-baru ini dan cuba tetapkan matlamat baharu dengan meningkatkan sasaran keuntungan harian anda sedikit demi sedikit. Dengan cara ini, anda boleh menguji sama ada matlamat baharu anda boleh dicapai dan melakukan pelarasan jika perlu.

Merombak pelan perdagangan anda

Tiada sesiapa boleh pergi jauh dalam perdagangan tanpa pelan perdagangan. Oleh demikian, kami akan mengandaikan bahawa anda juga mempunyai pelan perdagangan yang kukuh dan mengikutinya dengan tekun sepanjang perjalanan perdagangan anda. Dengan masa yang berlalu, pelan perdagangan anda yang kukuh boleh menjadi lapuk, oleh itu, ia perlu sentiasa disemak semula agar anda boleh mengikuti perkembangan pasaran kewangan yang sentiasa berubah.

Dan jika anda masih belum mempunyai pelang perdagangan, membuat pelan itu haruslah menjadi keutamaan pertama anda untuk tahun baru akan datang. Pelan perdagangan ialah set arahan yang anda himpunkan sendiri dan mengikutinya dengan ketat di mana sahaja anda mula berdagang. Pelan perdagangan haruslah menggariskan semua butiran kecil tentang urusniaga yang bakal anda lakukan: instrumen yang didagangkan, masa, pesanan renti rugi, titik masuk dan keluar, strategi pengurusan risiko, dsb.

Membangunkan pelan perdagangan yang berkesan memakan masa, oleh itu, anda mungkin berasa keberatan untuk mengubah pelan anda. Tetapi ia sesuatu yang perlu dilakukan jika anda ingin mengembangkan perdagangan anda untuk pasaran kewangan lain atau meningkatkan sasaran keuntungan anda. Sebarang perubahan yang anda lakukan pada pelan perdagangan anda haruslah direkodkan dan diuji sebelum anda mula menggunakannya dalam urusniaga anda.

Kuatkan disiplin anda

Disiplin adalah satu daripada sifat utama pedagang yang berjaya. Ia bukan satu rahsia bahawa perdagangan merupakan kerjaya yang melibatkan tahap stres yang tinggi dan memerlukan banyak masa dan dedikasi daripada pedagang. Pedagang yang berdisiplin belajar bagaimana untuk mengendalikan berbilang urusniaga secara serentak, menguruskan masa dan kekal fokus pada strategi perdagangan mereka sambil memberikan fokus yang tidak berbelah bahagi.

Membina disiplin perdagangan mungkin sesuatu yang sukar. Perdagangan melibatkan pelbagai langkah: kajian awal, pembangunan strategi, pembukaan dan penutupan posisi. Semua langkah-langkah ini memerlukan pemerhatian yang teliti dan analisis tentang pasaran, dan satu kesilapan pengiraan yang kecil boleh menyebabkan urusniaga berakhir rugi.

Untuk mengukuhkan disiplin anda, pastikan untuk menyingkirkan gangguan yang boleh menjejaskan tumpuan anda semasa berdagang. Disiplin seringkali berkait dengan tabiat kita, oleh demikian, mengetepikan masa yang khusus untuk berdagang boleh banyak membantu. Akan tetapi, perkara yang paling penting untuk membina disiplin anda ialah dengan menepati pelan perdagangan anda. Jika anda menyimpang daripada pelan anda, anda lebih mudah terganggu dan terlepas peluang perdagangan yang baik - ini boleh menyebabkan anda kehilangan wang dan mencegah anda daripada mencapai matlamat yang ditetapkan.

Mastering Forex Trading Performance in 2024_1200x675_1.png

Belajar menggunakan alatan perdagangan

Jika anda belum tahu bagaimana cara menggunakan alat-alat perdagangan, kini masanya untuk belajar. Alatan perdagangan memberi bantuan besar dalam mengenal pasti trend, mencari potensi titik masuk dan keluar, membina strategi pengurusan risiko, dsb. Adalah mustahil untuk menganalisis pasaran dengan cepat tanpanya, oleh demikian, ia sesuatu yang perlu dikuasai oleh mana-mana pedagang yang ingin berjaya.

Alatan yang paling biasa digunakan dalam perdagangan ialah indikator analisis teknikal. Indikator-indikator ini membantu pedagang mengetahui lebih lanjut tentang aksi harga, termasuk trend utama, kemeruapan, momentum dan volum pergerakan harga antara lain. Penguasaan maklumat ini boleh membantu anda menemui titik masuk dan keluar yang terbaik dan melakukan urusniaga yang menguntungkan.

Satu lagi alat yang didapati berguna oleh para pedagang ialah robot perdagangan. Perisian perdagangan algoritma (atau terautomasi) membolehkan anda menggunakan AI untuk merancang dan melaksanakan dagangan anda secara automatik walaupun anda tidak menyemak keadaan pasaran.

Perisian ini dapat membantu anda menyingkirkan potensi berlakunya kesilapan dalam pengiraan dan masalah pemasaan (timing) kerana ia bertindak balas dengan segera apabila keadaan pasaran yang betul berlaku. Menggunakan robot perdagangan boleh meningkatkan prestasi perdagangan anda ke tahap yang benar-benar lebih tinggi, oleh itu mungkin berbaloi untuk belajar lebih lanjut tentang pilihan ini untuk melonjakkan keuntungan perdagangan anda.

Mantapkan strategi pengurusan risiko anda

Pengurusan risiko adalah salah satu prinsip terpenting untuk perdagangan yang berjaya. Tanpa pengurusan risiko yang betul, hampir mustahil untuk mengelakkan daripada urusniaga yang merugikan. Tetapi jika anda menguruskan risiko, anda mampu mencegah kerugian yang boleh dielakkan. Oleh demikian, untuk menguasai prestasi perdagangan anda pada 2024, anda perlu menyemak semula dan mengemas kini strategi pengurusan risiko anda.

Secara amnya, strategi pengurusan risiko biasa melibatkan pengiraan pendedahan risiko, menetapkan pesanan renti rugi dan ambil untung, pempelbagaian (diversification) dan lindung nilai (hedging). Jika strategi pengurusan risiko anda tidak termasuk beberapa aspek ini, tambahkannya untuk meningkatkan lagi peluang kejayaan pengalaman perdagangan anda. Jika anda sudah mempunyai strategi pengurusan risiko yang pelbagai, luangkan sedikit masa untuk menyemak semula dan bandingkan dengan pelan perdagangan anda yang dikemas kini untuk meningkatkan kadar kejayaan anda.

Semak prestasi silam anda

Masa silam mengajar kita tentang masa hadapan, jadi adalah penting untuk sentiasa menjejak dagangan anda sebelum ini jika anda mahu berjaya. Jika anda belum mula menyimpan jurnal perdagangan, pastikan anda melakukannya pada 2024 untuk menghimpun data tentang prestasi perdagangan anda. Jika anda sudah memilikinya, luangkan masa untuk duduk dan semak dagangan silam anda.

Jurnal perdagangan harus sentiasa mengandungi setiap cebisan maklumat tentang posisi terbuka dan tertutup anda: masa, volum, aset didagangkan, harga buka, harga tutup, jumlah untung dan rugi untuk setiap dagangan dan sebagainya. Menganalisis data ini boleh membantu anda mengenalpasti 'blind spot' anda dan memahami kesilapan yang anda lakukan, memberi anda maklumat penting untuk mengemas kini pelan perdagangan anda.

Ia juga berguna untuk membandingkan data yang dikumpul selepas anda melaksanakan perubahan baharu: ini membantu anda memahami sama ada pelarasan yang anda lakukan telah meningkatkan prestasi perdagangan anda.

Membina mindset perdagangan yang betul

Mindset perdagangan anda adalah satu lagi perkara yang menentukan prestasi perdagangan anda. Malangnya, perdagangan tidak dapat menghasilkan kekayaan yang cepat. Memulakan perdagangan tanpa menguruskan jangkaan anda boleh membawa lebih banyak stres dan rasa kecewa daripada wang.

Jika anda mudah terkesan dengan keadaan tertekan, cuba berusaha untuk mengurangkan stres dan mencegahnya daripada menjejaskan prestasi anda. Kebanyakan masa, pedagang menjadi terlalu beremosi selepas satu demi satu percubaan mereka dalam perdagangan tidak berjaya dan akhirnya mereka cuba memulihkan kedudukan modal mereka dengan membuka lebih banyak urusniaga dan ketahuilah bahawa itu taktik yang amat-amat memudaratkan.

Emosi menyukarkan kita untuk berfikir secara rasional, melemahkan keupayaan anda untuk membuat keputusan yang wajar. Mempelajari cara menguruskan emosi anda adalah penting jika anda mahu menghasilkan pendapatan melalui perdagangan. Anda boleh melakukan ini dengan melaraskan jangkaan anda, menyingkirkan pencetus stres tambahan daripada persekitaran anda atau berhenti berdagang apabila anda rasa anda tidak dapat mengasingkan emosi anda daripada kerja anda.

Kuasai prestasi perdagangan Forex anda: ringkasan

Tahun baru sentiasa membawa peluang dan cabaran perdagangan baharu, dan artikel ini akan membantu anda mempelajari cara untuk bersiap sedia menanganinya. Adalah penting untuk ingat bahawa perdagangan adalah dinamik dan memerlukan peningkatan berterusan daripada pedagang. Jika anda meneruskan pembelajaran, mengemas kini pelan dan strategi anda, menganalisis prestasi silam anda, dan bersiap sedia untuk situasi yang menimbulkan stres, pengalaman perdagangan anda pada tahun 2024 pasti lebih menyenangkan.

  • 1462

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera