1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Menguasai Teknik-teknik Perdagangan Forex: Strategi Untuk Kejayaan Dalam Pasaran Matawang
2023-09-22 • Dikemaskini

Menguasai Teknik-teknik Perdagangan Forex: Strategi Untuk Kejayaan Dalam Pasaran Matawang

cover.png

Pasaran Forex adalah pasaran kewangan yang paling besar dan paling cair di dunia. Pasaran Forex mencatatkan purata volum perdagangan harian yang mengagumkan iaitu lebih daripada $5 trilion! Pasaran matawang beroperasi sepanjang hari, lima hari seminggu, merentas berbilang zon waktu. Forex membolehkan pedagang dari seluruh dunia melakukan urusniaga perdagangan matawang dan memanfaatkan turun naik kadar tukaran. Bunyinya sangat menarik, bukan? Ya, perdagangan Forex adalah bidang yang bagus untuk membina kerjaya perdagangan dan menghasilkan keuntungan; namun demikian, kejayaan dalam persekitaran yang tinggi daya saingnya memerlukan lebih daripada sekadar tahap pemahaman yang asas tentang Forex, dan peserta perlu berusaha keras untuk mencapai kejayaan terunggul.

Untuk menjadi pedagang yang berjaya, peserta pasaran Forex mesti membangunkan dan mengikuti teknik-teknik perdagangan Forex tertentu yang selari dengan matlamat, jangkaan dan kebolehan mereka. Strategi yang dipilih dengan betul membolehkan pedagang menavigasi kerumitan pasaran dan membuat keputusan perdagangan yang termaklum. Strategi perdagangan Forex membina disiplin dan fokus pedagang, kerana ia membantu menentukan titik masuk dan keluar yang optimum untuk membeli atau menjual pasangan matawang, selain daripada turut menyediakan data pemahaman yang berharga tentang paras harga dan masa yang tepat untuk melaksanakan urusniaga.

Artikel ini ditulis dengan tujuan untuk dijadikan sebagai panduan yang menyediakan pengetahuan berharga kepada pedagang tentang pelbagai teknik perdagangan Forex.

Pilih strategi yang berpadanan dengan keperibadian anda

Memilih strategi perdagangan Forex yang selari dengan keperibadian anda adalah penting untuk kejayaan anda dalam dunia perdagangan matawang yang dinamik. Sebelum menggunakan teknik perdagangan tertentu, pedagang haruslah jelas tentang beberapa aspek berikut:

Toleransi risiko: Tentukan nilai risiko yang anda sedia tanggung. Jika anda ingin menghindari risiko, strategi konservatif yang tertumpu pada trend jangka panjang mungkin lebih sesuai untuk anda. Strategi bagi pedagang-pedagang seperti ini biasanya melibatkan saiz posisi yang lebih kecil dan leveraj yang lebih rendah untuk mengurangkan potensi kerugian. Walau bagaimanapun, jika anda menganggap diri sebagai pedagang dengan toleransi risiko yang lebih tinggi, anda boleh menggunakan strategi yang melibatkan rangka masa yang lebih pendek, leveraj yang lebih tinggi dan saiz posisi yang lebih besar. Lebih-lebih lagi, penggemar risiko secara lazimnya memberi fokus kepada pasangan matawang yang mempunyai tahap kemeruapan yang lebih tinggi.

Komitmen masa: Tentukan jumlah masa yang anda sedia untuk dedikasikan untuk berdagang. Jika anda mempunyai batasan masa tertentu, mungkin lebih baik untuk memilih strategi yang tidak memerlukan pemantauan yang berterusan kerana strategi sedemikian cenderung tertumpu pada pergerakan harga yang lebih besar sepanjang tempoh masa yang lebih panjang. Sebaliknya, jika anda bersedia meluangkan banyak masa untuk aktiviti perdagangan, strategi yang lebih aktif mungkin suatu pilihan yang lebih berkesan. Sebagai contoh, strategi perdagangan intrahari atau scalping yang lebih mementingkan kemeruapan intrahari mungkin lebih sesuai untuk anda. Strategi-strategi ini menuntut urusniaga dibuka lebih kerap dan pemantauan carta harga yang berterusan.

Pilihan kaedah analisis: Tentukan jenis analisis pasaran yang anda lebih cenderung untuk gunakan. Sesetengah pedagang mahir dalam mentafsir carta, menganalisis pola dan menggunakan indikator dan alat teknikal, jadi mereka memilih strategi perdagangan Forex berdasarkan analisis teknikal. Namun begitu, ramai pedagang memilih teknik-teknik perdagangan matawang berdasarkan analisis berita dan kajian data ekonomi. Pedagang sedemikian membuat keputusan berdasarkan pengumuman bank pusat, kalendar ekonomi, peristiwa geopolitik dan sebagainya.

Kawalan emosi: Pertimbangkan sifat psikologi anda kerana kekuatan mental adalah penting dalam perdagangan. Jika anda tidak dapat mengawal emosi anda dan sukar mengekalkan disiplin semasa berdagang, strategi yang melibatkan pembukaan dan penutupan pesanan dengan cepat mungkin lebih menarik minat anda. Bagi pedagang yang bersikap penyabar dan mempunyai mindset yang berdisiplin, strategi-strategi yang memberikan fokus kepada rangka masa yang lebih besar dan trend jangka panjang mungkin lebih menepati citarasa mereka. Pedagang-pedagang seperti ini cenderung menunggu untuk peluang perdagangan yang berpotensi menguntungkan, walaupun mereka perlu mengekalkan posisi itu terus aktif lebih lama.

Dengan memahami kecenderungan peribadi dan memadankannya dengan strategi perdagangan yang sesuai, para pedagang dapat meningkatkan pengalaman perdagangan mereka serta kebarangkalian untuk mencapai kejayaan jangka panjang dalam perdagangan matawang.

Forex Trading Techniques_1200x675_1.png

Teknik-teknik perdagangan Forex yang harus anda tahu

Sekarang, kita akan mendalami beberapa strategi perdagangan Forex yang terbukti berkesan. Setiap strategi mempunyai ciri-ciri unik tersendiri. Untuk menentukan pendekatan yang paling sesuai dan selari dengan matlamat anda serta memenuhi keperluan spesifik anda, terokailah beberapa pilihan yang berbeza dan lihat bagaimana ia menepati jangkaan anda. Dengan mempelajari aneka teknik perdagangan Forex, anda berpeluang mengenal pasti teknik yang paling sesuai dengan gaya perdagangan dan keperibadian anda, seterusnya memperkasakan anda untuk mencapai kejayaan dalam pasaran Forex.

Strategi scalping Forex

Scalping adalah strategi perdagangan Forex yang digunakan secara meluas. Ia melibatkan penjanaan keuntungan daripada pergerakan harga yang kecil dan pantas dalam rangka masa yang pendek. Matlamat utama scalping ialah untuk mengumpul banyak keuntungan kecil-kecilan sepanjang tempoh tertentu dengan memanfaatkan spread bid-ask. Tambahan pula, scalping membolehkan pedagang menguruskan risiko kerugian yang besar secara berkesan.

Pedagang yang menggunakan teknik-teknik scalping dalam urusniaga perdagangan Forex mereka memasuki dan keluar daripada dagangan dalam hanya beberapa saat atau minit, dengan tujuan menghasilkan keuntungan daripada perubahan harga sekecil manapun. Perdagangan scalping melibatkan proses membuat keputusan yang pantas dan disiplin yang perdagangan yang tinggi. Untuk melaksanakan strategi ini dengan berkesan, pedagang menggunakan pesanan renti rugi yang tipis untuk mengawal risiko dengan lebih baik dan memperoleh pulangan yang kecil tetapi konsisten.

Pengamal teknik ini harus memberi komitmen untuk meluangkan masa semasa tempoh perdagangan volum tinggi untuk berjaya dalam perdagangan scalping dan kekal fokus pada pelaksanaan dagangan pantas. Tempoh volum tinggi yang paling ketara ialah:

12:00 pm – 4:00 pm GMT+0 – pertindanan waktu operasi bursa New York dan London

12:00 am – 6:00 am GMT+0 – pertindanan waktu operasi bursa Tokyo dan Sydney

7:00 am – 9:00 am GMT+0 – pertindanan waktu operasi bursa Tokyo dan London

Teknik scalping perdagangan Forex melibatkan dagangan pantas dengan rangka masa pendek seperti 1, 5 atau 15 minit.

Sesetengah pedagang menggunakan strategi scalping 1 minit, memantau carta tick atau carta 1 minit dengan rapi untuk mengenal pasti turun naik harga jangka pendek. Dengan menggunakan indikator teknikal seperti purata bergerak atau RSI, pedagang berusaha untuk mengenal pasti titik masuk dan keluar dalam masa beberapa saat. Mereka yang menggunakan teknik scalping 1 minit harus bertindak dengan cepat dan membuat keputusan sekelip mata.

Teknik scalping 5 minit melibatkan pelaksanaan dagangan dengan cepat berdasarkan pergerakan harga dalam rangka masa 5 minit. Pendekatan perdagangan ini membolehkan pedagang mengekalkan posisi terus aktif untuk tempoh sedikit lebih lama daripada pendekatan 1 minit.

Strategi perdagangan scalping 15 minit kurang popular berbanding rangka masa scalping yang lebih kecil. Meskipun begitu, ia masih menyajikan peluang scalping yang cukup banyak, kerana pendekatan 15 minit memberi pedagang lebih banyak masa untuk menjalankan analisis dan membuat keputusan.

Perdagangan swing

Perdagangan swing Forex ialah strategi popular yang tertumpu pada perubahan harga jangka sederhana dalam pasaran matawang. Para pedagang yang menggunakan pendekatan ini berhasrat untuk menghasilkan keuntungan daripada perubahan kadar tukaran pasangan matawang yang dikenali juga sebagai “swing”. Secara lazimnya, pedagang swing mengekalkan posisi mereka untuk suatu tempoh antara beberapa hari hingga beberapa minggu.

Semasa uptrend pedagang swing cenderung membeli (go long) pada “swing rendah”– titik di mana harga berundur sebentar sebelum meneruskan pergerakan ke atas. Sebaliknya, semasa downtrend, pedagang menjual (go short) pada “swing tinggi” – titik di mana harga menaik secara sementara sebelum meneruskan pergerakan ke bawah.

Pedagang swing dalam pasaran Forex yang memiliki mindset tahan risiko mempamerkan kesabaran dan disiplin kerana mereka mengekalkan posisi untuk jangka masa yang lama untuk menangkap pergerakan harga yang menguntungkan. Disebabkan tempoh perdagangan yang lebih lama, pengurusan risiko yang efektif adalah penting untuk jenis perdagangan ini. Pedagang swing boleh melindungi diri daripada potensi kerugian dan memaksimumkan peluang kejayaan dengan melaksankan strategi pengurusan risiko yang kukuh seperti menetapkan pesanan renti rugi yang munasabah. Imbangan yang cermat antara risiko dan ganjaran adalah penting untuk mencapai hasil yang menguntungkan dalam perdagangan swing.

Perdagangan swing Forex ialah teknik yang bagus untuk individu yang mempunyai komitmen lain. Perdagangan swing tidak memerlukan pedagang untuk mendedikasikan terlalu banyak masa untuk amalan perdagangan harian. Dengan strategi ini, pedagang boleh mengunci pergerakan harga jangka sederhana sambil mengekalkan gaya hidup seimbang.

Tidak seperti perdagangan harian yang memerlukan pemantauan pasaran yang tidak berputus sepanjang hari, perdagangan swing pula memberi fleksibiliti kepada pedagang. Walau apa pun, sentiasa ingat bahawa disiplin perdagangan yang kukuh adalah kunci kejayaan. Walaupun terdapat sedikit kebebasan dalam perdagangan, pedagang swing harus kerap melakukan analisis pasaran dengan rajin dan mencari peluang dagangan terbaik untuk dimanfaatkan.

Perdagangan intrahari

Perdagangan harian dalam Forex merujuk kepada amalan membuka dan menutup dagangan pada hari perdagangan yang sama untuk menjana keuntungan daripada pergerakan harga jangka pendek pasangan matawang. Strategi perdagangan ini adalah sejenis gaya perdagangan jangka pendek dengan ciri-ciri tersendiri, di mana pedagang melaksanakan satu pesanan dagangan sehari dan menutupnya sebelum sesi perdagangan hari itu berakhir. Ia berbeza daripada scalping yang melibatkan pelaksanaan berbilang dagangan yang pantas.

Lihat beberapa ciri-ciri utama bagi teknik perdagangan intrahari:

  • Dagangan yang kerap: Pedagang intrahari membuka dan menutup posisi dalam masa satu hari perdagangan bagi mengelakkan pendedahan kepada risiko semalaman yang berkaitan dengan peristiwa pasaran yang mungkin berlaku di luar waktu perdagangan.
  • Carta intrahari: Dalam perdagangan intrahari, pedagang sering menggunakan carta 15 minit untuk melaksanakan dagangan, carta 60 minit untuk menentukan trend utama dan carta 5 minit untuk mengenal pasti trend jangka pendek.
  • Membuat keputusan dengan cepat: Pedagang intrahari mesti menganalisis keadaan pasaran dengan cepat, mengenal pasti peluang-peluang yang mempunyai potensi dan melaksanakan dagangan dengan pantas.
  • Pemantauan aktif: Pendekatan perdagangan intrahari melibatkan penyertaan aktif dan masa yang dikhususkan pada sesi pasaran. Pedagang perlu memantau pasaran dengan teliti dan menganalisis pergerakan harga sepanjang hari.
  • Analisis Teknikal: Pengamal pendekatan perdagangan intrahari banyak bergantung pada analisis teknikal yang menggunakan pelbagai alatan untuk mengenal pasti titik masuk dan keluar yang berpotensi.
  • Kecairan dan kemeruapan yang tinggi: Perdagangan intrahari dalam pasaran Forex diiringi oleh kecairan dan kemeruapan tinggi pasaran tersebut, mempersembahkan peluang perdagangan yang lebih kerap untuk potensi keuntungan jangka pendek.

Membangunkan pelan pengurusan risiko yang efektif adalah perkara yang paling penting dalam perdagangan intrahari. Pedagang harus mempertimbangkan toleransi risiko mereka dengan teliti dan menetapkan aras renti rugi yang sesuai untuk setiap dagangan. Lebih-lebih lagi, perdagangan intrahari memerlukan disiplin, kawalan emosi dan kebolehan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan pasaran yang pesat berubah.

Jika anda gemar membuka dan menutup dagangan dalam masa satu hari, mempunyai masa yang mencukupi untuk menganalisis pasaran sepanjang hari, dan ingin tahu hasil perdagangan anda pada penghujung hari, anda mungkin sesuai dengan profil seorang pedagang Forex intrahari.

Perdagangan posisi

Perdagangan posisi dalam Forex melibatkan pembukaan posisi dengan jangka masa yang lebih panjang di pasaran yang kekal terbuka selama beberapa minggu, bulan, bahkan beberapa tahun. Tidak seperti pedagang intrahari atau scalper, pedagang posisi memberi tumpuan pada penangkapan trend pasaran yang ketara dan mencari potensi keuntungan yang lebih besar.

Pedagang posisi mempunyai perspektif pasaran (market view) yang lebih luas dan bertujuan menghasilkan keuntungan daripada trend yang ketara untuk satu jangka masa yang panjang. Pedagang biasanya meraih keuntungan daripada pergerakan harga yang berlanjutan dan bukan turun naik jangka pendek. Dalam jenis perdagangan ini, pedagang bergantung pada rangka masa yang lebih panjang, seperti carta harian, mingguan atau bulanan.

Perdagangan posisi kerap kali melibatkan analisis fundamental, pertimbangan data ekonomi, perisitwa geopolitik, dasar bank pusat dan faktor-faktor makroekonomi lain yang boleh memberi kesan jangka panjang pada pasangan matawang. Penelitian ini membantu pedagang posisi memahami faktor-faktor yang mempengaruhi trend pasaran.

Disebabkan tempoh pengekalan posisi yang lebih lama, pengamal pendekatan perdagangan Forex ini biasanya menetapkan aras renti rugi yang lebih jauh untuk mengizinkan turun naik harga dan mengelakkan penutupan pesanan terlalu awal.

Pedagang perdagangan posisi biasanya memegang jumlah dagangan yang kurang berbanding gaya perdagangan jangka pendek. Pedagang posisi memilih dagangan mereka secara berhati-hati berdasarkan analisis yang mendalam dan mengamalkan kesabaran yang lebih tinggi semasa menunggu dagangan mereka mencapai sasaran keuntungan yang ditetapkan.

Strategi ini tidak memerlukan komitmen masa yang sama seperti perdagangan harian atau scalping. Pedagang tidak perlu memantau pasaran secara berterusan, yang membolehkan mereka menggabungkan perdagangan dengan kegiatan peribadi atau profesional yang lain.

Semua pedagang posisi adalah terdedah kepada risiko pasaran semalaman dan hujung minggu apabila mereka mengekalkan posisi terbuka mereka menjangkaui masa tutup setiap hari perdagangan. Kerana itu, pedagang posisi perlu mempertimbangkan senggang pasaran dan acara berita yang mungkin berlaku di luar waktu perdagangan.

Perdagangan posisi dalam Forex boleh menawarkan potensi keuntungan tinggi dengan mengenal pasti dan menangkap trend jangka panjang. Walau bagaimanapun, ia memerlukan kesabaran, pemahaman yang kukuh tentang analisis fundamental dan teknikal dan pengurusan risiko yang berdisiplin. Pedagang harus sentiasa komited kepada rancangan perdagangan mereka.

Secara keseluruhan, perdagangan posisi adalah lebih sesuai untuk individu berdisiplin yang menggemari pendekatan perdagangan yang lebih santai dan memiliki kesabaran untuk mengekalkan dagangan untuk tempoh yang lebih lama bagi memanfaatkan pergerakan harga yang lebih ketara di pasaran. Pedagang posisi harus mempunyai pemahaman yang mendalam tentang analisis teknikal dan fundamental, sambil mengekalkan fokus untuk pembangunan strategi pengurusan risiko yang efektif.

Pendekatan silang dalam perdagangan: Perdagangan Forex mengikut trend dan melawan trend

Bercakap sahaja tentang perdagangan Forex, perdagangan mengikut trend dan perdagangan melawan trend adalah dua pendekatan fundamental yang boleh digunakan oleh pedagang dalam pelbagai strategi perdagangan. Kedua-dua teknik ini menawarkan kelebihan tersendiri dan boleh digunakan secara efektif dalam keadaan pasaran yang berbeza-beza. Mari kita terokai pendekatan-pendekatan ini dengan lebih terperinci:

Perdagangan mengikut trend 

Perdagangan mengikut trend dalam Forex boleh dikatakan sebagai teknik yang sangat menguntungkan jika digunakan dengan betul. Pendekatan ini menghendaki pedagang mengenalpasti dan mengikuti trend pasaran semasa untuk membuat keputusan perdagangan. Pengamal strategi ini berusaha membuka dagangan mengikut arah trend yang telah dikenal pasti dan mengekalkan posisi itu sehingga timbul tanda-tanda kemungkinan penyongsangan trend.

Pedagang Forex mengenal pasti trend dengan menganalisis carta, yang memaparkan sama ada pola paras tertinggi yang lebih tinggi dan paras terendah yang lebih rendah secara berturutan dalam uptrend atau paras tertinggi yang lebih rendah dan paras terendah yang lebih rendah secara berturutan dalam downtrend. Setelah trend ditentukan, pedagang akan mencari titik yang paling sesuai untuk memasuki pasaran dan memanfaatkan trend yang sedang membina momentum. Rangka masa perdagangan trend Forex berbeza-beza bergantung pada strategi perdagangan pedagang.

Perdagangan mengikut trend Forex mungkin sesuai untuk pelbagai jenis individu. Walaupun pelabur jangka panjang boleh menangkap trend ketara sepanjang jangka masa yang lebih panjang, scalpers dan pedagang intrahari juga boleh menggunakan strategi perdagangan trend untuk mengenal pasti dan memanfaatkan pergerakan harga yang kurang ketara dalam rangkuman trend yang lebih luas dengan membuka dan menutup posisi dengan cepat.

Perdagangan lawan trend

Perdagangan lawan trend melibatkan pembukaan posisi yang bertentangan dengan trend pasaran semasa. Pedagang mengenal pasti penyongsangan trend jangka pendek dan berusaha untuk menghasilkan keuntungan daripada pergerakan harga sementara ini. Pedagang lawan trend menjangkakan pengunduran harga, membeli pada harga rendah semasa downtrend atau menjual pada harga tinggi semasa uptrend.

Perdagangan melawan trend menyasarkan untuk menjana keuntungan daripada penyongsangan jangka pendek di pasaran. Ia membolehkan pedagang menghasilkan wang daripada pengunduran dan pembetulan harga yang berlaku dalam trend yang lebih luas. Memandangkan perdagangan lawan trend menangkap pergerakan jangka pendek, pedagang mempunyai peluang untuk menghasilkan keuntungan dengan lebih cepat. Pendekatan ini boleh membawa keseimbangan kepada strategi perdagangan dengan menawarkan peluang perdagangan alternatif semasa pasaran mengalami trend yang kuat.

Pedagang harus ingat bahawa perdagangan melawan trend memerlukan pemilihan dagangan yang cermat, kerana penyongsangan trend tidak berlaku setiap masa, atau trend mungkin berterusan tanpa pembetulan yang cukup ketara.

Tambahan pula, perdagangan melawan trend semasa membawa risiko yang lebih tinggi. Pedagang harus berhati-hati dan menggunakan strategi pengurusan risiko yang efektif bagi melindungi diri daripada potensi kerugian.

Perdagangan trend dan perdagangan melawan trend boleh diguna pakai dalam pelbagai jenis pendekatan perdagangan. Sama ada anda lebih menyukai perdagangan intrahari, perdagangan swing atau pelaburan jangka panjang, kedua-dua teknik ini menawarkan peluang keuntungan yang berharga.

Forex Trading Techniques_1200x675_2.png

Ringkasan

Pedagang yang berdedikasi dan berdisiplin mempunyai potensi untuk menavigasi kerumitan pasaran matawang dan meningkatkan peluang kejayaan mereka. Forex menawarkan pelbagai teknik perdagangan, menawarkan pelbagai peluang keuntungan kepada pedagang dan semua orang boleh memilih pilihan yang paling sesuai untuk mereka.

Sungguhpun begitu, adalah penting untuk memahami bahawa kejayaan yang konsisten dalam Forex memerlukan kebolehsesuaian, latihan dan pembelajaran berterusan. Pedagang harus sentiasa menimba ilmu tentang trend pasaran, indikator ekonomi dan strategi perdagangan untuk kekal mendahului pasaran.

Selain itu, pedagang harus sentiasa fokus pada aspek pengurusan risiko kerana ia penting sekali semasa berdagang dalam pasaran Forex. Menetapkan pesanan renti rugi, menguruskan leveraj dan mempelbagaikan portfolio perdagangan merentas pelbagai pasangan matawang adalah penting untuk melindungi modal dan meminimumkan kerugian.

Dengan mindset yang betul, pembelajaran yang berterusan, strategi perdagangan yang sesuai dan pematuhan ketat terhadap prinsip-prinsip pengurusan risiko, pedagang boleh meningkatkan peluang kejayaan dalam pasaran Forex.

SOALAN LAZIM

Apakah ada strategi Forex yang menjadi 100%?

Tidak, ia adalah mustahil untuk membangunkan strategi Forex yang berkesan 100% yang boleh membuahkan dagangan yang menguntungkan secara konsisten tanpa sebarang kerugian, kerana pasaran matawang adalah sesuatu yang tidak dapat diramal disebabkan sifatnya yang kompleks dan dinamik.

Pedagang Forex harus sentiasa ingat bahawa matlamat utama bukanlah untuk mencapai kadar kemenjadian 100% tetapi untuk mencapai keberuntungan yang konsisten dan menguruskan risiko dengan cara yang membolehkan mereka mengekalkan kestabilan emosi dan mengembangkan modal perdagangan. Oleh sebab itu, pedagang Forex perlu mencari pendekatan perdagangan yang paling sesuai - pendekatan yang bukan sahaja menepati keperibadian dan matlamat mereka tetapi juga mengurangkan risiko.

Apakah itu peraturan 90% dalam Forex?

Peraturan 90% dalam Forex merujuk kepada idea bahawa kira-kira 90% daripada pedagang akhirnya akan kehilangan wang dalam pasaran matawang, manakala hanya kira-kira 10% menghasilkan keuntungan yang konsisten. Walaupun peraturan ini berupaya melemahkan semangat, ia harus dianggap sebagai motivasi untuk para pedagang membangunkan kemahiran, strategi dan mindset perdagangan yang diperlukan untuk meningkatkan peluang kejayaan mereka.

  • 797

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera