1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. MetaTrader 4 vs MetaTrader 5: Yang Mana Lebih Baik Di Tahun 2023?
2023-08-28 • Dikemaskini

MetaTrader 4 vs MetaTrader 5: Yang Mana Lebih Baik Di Tahun 2023?

MetaTrader 4 (MT4) dan MetaTrader 5 (MT5) ialah platform perdagangan yang paling popular di dunia, dibangunkan oleh MetaQuotes Software Corp. Berjuta-juta pedagang di seluruh dunia menggunakannya setiap hari dan menikmati perkhidmatan yang unggul. Tetapi apakah perbezaan di antara MT4 dan MT5, dan platform manakah yang lebih baik untuk anda?

Berikut ialah satu panduan dengan perbandingan lengkap antara MT4 vs MT5. Baca, pilih dan mula berdagang dengan broker yang andal di sisi anda!

Apakah itu MetaTrader 4

MetaTrader 4 ialah platform perdagangan dalam talian paling popular yang digunakan oleh para pedagang Forex. Ia dilancarkan pada tahun 2005, memberikan akses yang mudah ke pasaran kewangan kepada jutaan penggunanya. Walaupun MT4 dibina khusus untuk perdagangan Forex, platform ini juga boleh digunakan untuk berdagang aset lain seperti saham, indeks dan komoditi melalui CFD.

Kedua-dua pedagang baru dan berpengalaman menghargai MT4 kerana ia berbilang fungsi, mesra pengguna, dan membolehkan pengguna menyesuaikan antara muka dengan keperluan mereka. Ia juga menawarkan alat perdagangan yang maju yang membolehkan pedagang menerapkan strategi kegemaran mereka.

Muat turun MT4

Apakah itu MetaTrader 5

MetaTrader 5 ialah platform perdagangan multi aset yang dilancarkan pada tahun 2010. MT5 lebih pantas dan lebih cekap daripada MT4, tetapi ia tidak menggantikan platform sebelumnya kerana ia berbeza dan menawarkan lebih daripada apa yang MT4 mampu lakukan. MT5 mengupayakan pengguna untuk berdagang dengan lebih banyak instrumen di hampir semua pasaran kewangan, termasuk Forex, saham, indeks, komoditi, dan juga matawang kripto.

MT5 menyediakan semua alat yang diperlukan untuk perdagangan yang berjaya: analisis teknikal dan fundamental lanjutan, isyarat perdagangan, perdagangan algoritma dan dagang tiru (copy trading), serta robot perdagangan.

Muat turun MT5

MT4 vs MT5: Perbezaan utama

FBS menawarkan perdagangan dengan kedua-dua MetaTrader 4 dan MetaTrader 5. Mari bandingkan kedua-duanya berdasarkan parameter yang paling penting.

 

MT4

MT5

Pasaran

Forex dan CFD

Forex, niaga hadapan, saham, bon dan pasaran opsyen

Indikator teknikal

30

38

Objek grafik

31

44

Rangka masa

9

21

Jenis pesanan tertangguh

4

6

Polisi pelaksanaan pesanan

Fill or Kill

Fill or Kill, Immediate or Cancel, Return

Polisi pelaksanaan pesanan separa

Tidak

Ya

Kalendar Ekonomi

Tidak

Ya

Sistem emel

Ya (tiada lampiran)

Ya (dengan lampiran)

Pemindahan dana antara akaun

Tidak

Ya

Kedalaman pasaran

Tidak

Ya

Lindung nilai

Ya

Ya

Netting

Tidak

Ya

Perdagangan bursa

Tidak

Ya

Bahasa pengaturcaraan

MQL4

MQL5

Seperti yang anda lihat, MT5 mempunyai lebih banyak indikator, rangka masa dan fungsi perdagangan secara umum. Namun begitu, MT5 tidak semestinya lebih bagus daripada MT4, sebaliknya, kedua-duanya hanya sekadar berbeza. Tetapi mari kita perincikan lebih mendalam lagi.

Instrumen yang boleh didagangkan

Baik MT4 mahupun MT5 tidak mentakrifkan senarai aset yang boleh anda dagangkan. Ia hanya bergantung kepada broker tempat anda membuka akaun perdagangan. Di FBS, anda boleh dagangkan semua CFD melalui MT4 atau MT5. Instrumen perdagangan yang tersedia ialah:

  • Forex
  • Logam
  • Tenaga
  • Eksotik Forex
  • Saham
  • Indeks

Satu-satunya pengecualian ialah anda boleh dagangkan matawang kripto di MT5 sahaja.

Indikator teknikal

MT4 menawarkan 30 indikator teknikal yang terbina dalam. Jika itu tidak mencukupi, anda boleh memuat turun mana-mana indikator tersuai dari 2000 yang boleh didapatkan secara percuma di Code Base. Selain itu, MT4 juga menawarkan lebih 700 indikator berbayar di Market. Ini sudah pasti cukup untuk analisis pasaran.

Sebaliknya, MT5 menyediakan 38 indikator teknikal terbina dalam untuk mendapatkan gambaran tentang arah pasaran. Seperti di MT4, anda akan menikmati akses terhadap sejumlah besar indikator tersuai percuma di Code Base dan ribuan indikator berbayar di Market.

Alat carta

MT4 mempunyai 31 objek grafik seperti garisan, saluran (channels), alat Gann dan Fibonacci, bentuk dan anak panah untuk meramalkan pergerakan harga di masa hadapan.

Dari segi alat lukisan, MT5 menawarkan 44 objek grafik, termasuk bentuk geometri, saluran, alat Gann, Fibonacci dan Elliott, dan banyak lagi.

Rangka masa

MT4 hanya menawarkan 9 rangka masa: minit (M1, M5, M15, M30), jam (H1, H4), harian (D1), mingguan (W1) dan bulanan (MN). Ia mungkin kelihatan tidak begitu banyak jika dibandingkan dengan MT5, tetapi indikator-indikator ini cukup untuk pedagang swing dan jangka panjang.

MT5 menyediakan 21 rangka masa: minit (M1, M2, M3, M4, M5, M6, M10, M12, M15, M20, M30), jam (H1, H2, H3, H4, H6, H8, H12), harian (D1 ), mingguan (W1), dan bulanan (MN). Pilihan yang luas sedemikian memberikan pedagang kelebihan untuk analisis yang lebih mendalam ke atas aset kegemaran mereka.

Pesanan perdagangan

MT4 menawarkan empat jenis pesanan: buy stop, buy limit, sell stop, dan sell limit. Berbeza dengan MT4, terdapat enam jenis pesanan tertangguh di dalam MT5: empat yang ada ditawarkan oleh MT4 dan dua lagi – buy stop limit and sell stop limit.

Kalendar Ekonomi

Tiada Kalendar Ekonomi yang terbina dalam di MT4. Tetapi anda boleh menggunakan kalendar pihak ketiga untuk menjejaki berita kewangan yang berkaitan dengan mudah. Sebagai contoh, FBS mempunyai Kalendar Ekonominya sendiri untuk mengikuti peristiwa makroekonomi yang menggerakkan pasaran.

MT5 menawarkan Kalendar Ekonomi tersepadu dengan maklumat berguna dalam masa nyata tentang peristiwa makroekonomi. Ia membantu pedagang menjejaki pengumuman penting kewangan yang mampu mempengaruhi harga aset. Kalendar Ekonomi adalah satu kemestian jika anda ingin merancang perdagangan anda dengan lebih baik.

Perdagangan demo

Kedua-dua MT4 dan MT5 menyokong perdagangan Demo. Ini bermakna anda boleh cuba berdagang dalam keadaan pasaran sebenar tanpa risiko merugikan modal anda. Apa yang anda perlu lakukan ialah membuka akaun Demo secara percuma. Ia berfungsi sama seperti akaun Sebenar, kecuali anda berdagang dengan wang maya, bukan wang sebenar. Akaun Demo ialah cara yang terbaik bagi setiap pemula untuk meninjau platform MT4 atau MT5 dan menguji alat bantuan perdagangan.

Cuba akaun Demo

Kebolehgunaan & mobiliti

Platform MT4 dan MT5 tersedia dalam tiga format: desktop, mudah alih dan pelayar web.

  • Desktop: Windows, macOS, Linux
  • Mudah alih: Android, iOS
  • Pelayar web: Mozilla Firefox, Google Chrome, Apple Safari, Microsoft Edge, Opera dan Internet Explorer

Kedua-dua MT4 dan MT5 sangat serupa dari segi reka bentuk dan kebolehgunaan. Menu utama sedikit berbeza, tetapi ciri-ciri yang paling kerap digunakan tetap sama. Anda boleh menyesuaikan antara muka untuk memenuhi keperluan perdagangan anda. Apa yang anda perlukan untuk bekerja dengan platform ini ialah sambungan internet.

MT4 vs MT5: Kelebihan & Kekurangan

Jika anda masih teragak-agak sama ada MT4 atau MT5 lebih sesuai untuk anda, mari bandingkan kelebihan dan kekurangannya.

Kelebihan MT4

  • MT4 sesuai untuk pedagang pemula kerana ia lebih ringkas dan mudah digunakan berbanding MT5.
  • MT4 ialah platform yang terbaik untuk berdagang Forex kerana ia pada mulanya direka untuk keperluan pedagang Forex.

Kekurangan MT4

  • MT4 mempunyai pilihan perdagangan yang lebih sedikit berbanding MT5.
  • MT4 lebih perlahan sedikit berbanding MT5.

Kelebihan MT5

  • MT5 membolehkan pengguna berdagang Forex, serta saham, indeks, komoditi dan matawang kripto.
  • MT5 mempunyai lebih banyak alat carta, indikator teknikal dan rangka masa berbanding MT4.

Kekurangan MT5

  • MT5 mungkin tampak seperti satu platform yang lebih kompleks untuk pemula.
  • Tidak ramai pembangun Robot dan Expert Advisor memilih MT5.

Sama ada anda memilih MT4 atau MT5, anda memerlukan broker yang andal seperti FBS. Kami mempunyai bahan pendidikan percuma, termasuk video tutorial tentang MetaTrader (“Cara membuka urusniaga pertama anda di MT4”, ” Indikator teknikal di dalam MT4”, dan banyak lagi).

FAQ

Platform manakah yang lebih baik untuk saya, MT4 atau MT5?

Kedua-dua platform – MT4 dan MT5 – popular di kalangan pedagang. Pendek kata, jika anda baru berdagang, MT4 adalah pilihan yang tepat. Fungsi asas dalam MT4 adalah lebih daripada cukup untuk berdagang. Jika anda sudah mempunyai pengalaman berdagang, cuba MT5 kerana ia mempunyai lebih banyak ciri. Broker FBS menyediakan kedua-dua MetaTrader 4 dan MetaTrader 5.

Bolehkah saya menggunakan kedua-dua MT4 dan MT5?

Ya, anda boleh berdagang pada kedua-dua MT4 dan MT5 jika broker pilihan anda menyokong kedua-dua platform. Walau bagaimanapun, anda perlu mempunyai dua akaun berasingan kerana anda tidak boleh log masuk ke platform MT5 dengan akaun MT4 anda dan begitu juga sebaliknya.

Adakah MetaTrader percuma untuk saya?

Ya, kedua-dua MT4 dan MT5 adalah percuma untuk dimuat turun dan digunakan. Tiada bayaran atau caj dikenakan untuk menggunakan platform.

Bolehkah saya berdagang dengan MetaTrader tanpa broker?

Tidak, anda tidak boleh berdagang tanpa broker. MT4 dan MT5 ialah platform perdagangan yang menyediakan alatan yang diperlukan untuk membuat urusniaga perdagangan. Tetapi dalam apa jua keadaan, anda perlu membuka akaun dengan sebuah broker, seperti FBS.

Bagaimana cara untuk memuat turun MetaTrader di FBS?

Pergi ke laman web FBS, pilih MetaTrader 4 atau MetaTrader 5, dan cari format yang sesuai untuk dimuat turun. Anda boleh menemui arahan penuh di dalam video panduan langkah demi langkah ini.

Baca lebih lanjut

  • 4494

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera