1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Perdagangan Tiru dan Perdagangan Sosial Dengan MT5
2023-06-28 • Dikemaskini

Perdagangan Tiru dan Perdagangan Sosial Dengan MT5

cover.jpgMetaTrader 5 ialah sebuah platform perdagangan yang terkemuka dengan pelbagai peluang perdagangan, daripada menyediakan alat analisis teknikal sehinggalah mencipta group chats perdagangan. Dalam artikel ini, kami memberi tumpuan pada mekanisme perdagangan tiru dan perdagangan sosial dalam rangka kerja MT5.

Jom kita mulakan dengan beberapa ciri utama MetaTrader 5!

Apa itu MetaTrader 5?

MetaTrader 5, atau MT5 ialah platform perdagangan berbilang aset untuk operasi dengan matawang, saham dan niaga hadapan. MT5 menyediakan banyak peluang perdagangan dalam beraneka pasaran kewangan.

Dengan bantuan MT5, anda dapat menggunakan alatan perdagangan untuk analisis harga yang komprehensif. Pedagang boleh melakukan analisis teknikal dan fundamental yang menyeluruh, menggunakan program perdagangan algoritma dan meniru urusniaga para profesional yang mereka ingin ikuti.

System perakaunan pesanan perdagangan

Selain daripada pelbagai alatan yang tersedia, platform ini mencadangkan Kedalaman Pasaran (Market Depth) serta perakaunan berasingan bagi pesanan dan dagangan. Sistem perakaunan pesanan merangkumi sistem pengiraan nilai bersih (netting) tradisional dan sistem opsyen lindung nilai (hedging options). Secara ringkasnya, sistem opsyen lindung nilai membolehkan pedagang membuka banyak posisi dengan menganggap setiap satu daripadanya sebagai dagangan berasingan, manakala sistem pengiraan nilai bersih tradisional menghendaki hanya satu posisi dibuka untuk satu instrumen. Pedagang menggunakan sistem "netting" di pasaran saham; lindung nilai pula adalah berkaitan dengan perdagangan Forex.

Pesanan dagangan

Kefungsian MT5 yang mantap membolehkan pedagang membuat pesanan untuk melaksanakan operasi perdagangan. MT5 menyokong pelbagai jenis pesanan yang menjadikan perdagangan lebih fleksibel dan menguntungkan. Terdapat dua jenis pesanan utama: pasaran dan tertangguh. MT5 juga menyokong penetapan had “Renti Rugi” dan “Ambilan Untung”. Berdasarkan matlamat perdagangan anda, anda boleh memanfaatkan empat mod pelaksanaan pesanan: Pasaran (Market), Segera (Instant), Pertukaran (Exchange), dan Pelaksanaan Atas Permintaan (Execution on Request).

Analisis teknikal

MT5 menawarkan segala alat yang diperlukan untuk analisis teknikal yang membolehkan pedagang membuka hingga 100 carta saham dan sebut harga Forex sekaligus. Pedagang boleh mengikuti walaupun perubahan harga yang paling kecil dengan dua puluh satu pilihan rangka masa yang tersedia. Platform ini dilengkapi 80 indikator teknikal dan alatan lain yang bertindak sebagai set perkakasan yang komprehensif. Selain dari itu, anda boleh memuat turun indikator tambahan dan robot perdagangan menggunakan MQL5.

Analisis fundamental

Dengan MT5 anda boleh mengikuti perkembangan terkini 24/7. Platform perdagangan ini menerima berita dunia terkini yang mempengaruhi pasaran kewangan. Keberanekaan kefungsian MT5 yang mengkagumkan turut menawarkan kalendar ekonomi yang melaporkan faktor-faktor makro ekonomi fundamental bagi negara-negara berbeza, memberikan anda pelbagai maklumat yang penting untuk kejayaan dalam perdagangan.

Signal perdagangan

Antara fungsi platform ini termasuk perkhidmatan signal perdagangan, memaparkan akaun pedagang yang mendedahkan urusniaga mereka dalam talian. Jadi, anda boleh melanggan signal daripada pedagang terbaik, dan semua dagangan signal akan ditiru secara automatik ke akaun anda.

Selain perdagangan tiru, pengguna boleh saling berkomunikasi dalam Sembang Komuniti MQL5 yang boleh digunakan untuk menambah pengetahuan, berkongsi tips, membincangkan dan melaksanakan strategi khusus serta meningkat keyakinan.

Sekarang kita akan meneliti proses perdagangan tiru (copy trading) dan perdagangan sosial dengan lebih terperinci dan membincangkan peranan MT5 dalam amalan perdagangan ini.

1904-05.jpg

Apa itu perdagangan tiru?

Bagaimana jika anda tidak perlu berhempas pulas mempelajari segalanya tentang perdagangan selama bertahun-tahun tetapi hanya perlu meniru tindakan profesional dan menjana keuntungan daripadanya? Ya, ini tidak mustahil dengan perdagangan tiru.

Perdagangan tiru adalah suatu bentuk kegiatan perdagangan yang mana pedagang meniru posisi pedagang profesional terpilih secara automatik atau manual. Anda tidak perlu membuat keputusan perdagangan sendiri. Caranya ialah, anda memilih seorang pedagang dengan pengalaman yang menguntungkan dan gaya perdagangan yang anda suka, kemudian meniru urusniaga perdagangan mereka. Walau bagaimanapun, jangan dilupakan bahawa meniru perdagangan orang lain tidak akan mengembangkan pengetahuan anda tanpa menjalankan analisis terperinci tentang tindakan mereka dan perubahan pada keadaan pasaran.

Perdagangan tiru digunakan secara lazim merentas semua pasaran kewangan, termasuk Forex, pasaran saham, pasaran matawang kripto dsb. terutamanya di kalangan pedagang novis atau mereka yang ingin membuka posisi short dalam pasaran.

MetaTrader 5 dan perdagangan tiru

MT5 ialah platform perdagangan yang terkenal di kalangan broker dan pedagang. Fitur tiru dagangan adalah salah satu fungsi utamanya yang sangat popular.

MT5 menyediakan perkhidmatan signal perdagangan yang memaparkan aktiviti urusniaga pedagang tertentu dalam talian. Di sini, anda boleh memilih pemberi signal yang memenuhi kriteria anda dan melanggan servis mereka untuk meniru dagangan mereka. Akan tetapi, jangan tergesa-gesa untuk melanggan, buat kajian tentang kecekapan dan kadar pertukaran pemberi signal itu terlebih dahulu. Untuk tujuan ini, anda boleh melihat visual signal tersebut pada carta Meta Trader anda dan terokai hasil penggunaan dan keberkesanannya dalam talian.

Jika anda memilih signal percuma, anda mempunyai pilihan untuk menggunakan akaun demo anda untuk menilai kualiti perkhidmatan ini tanpa merisikokan wang anda.

Tekan tab "Signal" di bawah "Toolbox" di platform MT5 untuk menilai keberkesanan perkhidmatan signal dagangan berdasarkan beberapa aspek berikut:

  • Untung dan rugi. Pengguna boleh belajar tentang keuntungan dan kerugian berdasarkan signal. Sebelum meniru dagangan, adalah penting untuk menekan tab "Risks" (Risiko) bagi menilai kerugian maksimum sepanjang hayat signal tertentu. "Absolute drawdown by balance" (Surutan keseluruhan mengikut baki) menunjukkan perubahan baki berbanding deposit permulaan, manakala "Maximum" (Maksimum) menandakan surutan maksimum untuk baki akaun. "Relative drawdown" (surutan relatif) berdasarkan baki dan berdasarkan ekuiti menunjukkan kerugian maksimum dalam peratusan. Semakin tinggi parameter-parameter ini, semakin tinggi risiko yang mungkin diambil oleh pemberi signal.
  • Aras masuk dan keluar. Anda boleh melihat titik masuk dan keluar untuk dagangan yang dilaksanakan berdasarkan signal untuk menilai kredibilitinya.
  • Maklumat terus dari pemberi signal. Tab "News" (Berita) mengandungi komunikasi antara pemberi signal dan penerima langganan. Di sini anda boleh menemui maklumat tentang operasi signal, termasuk matlamat jangka pendek, hasil perdagangan bulan yang lalu dan beberapa pengesyoran.
  • Para pedagang harus memberi perhatian khusus kepada penarafan yang diberikan oleh pelanggan signal yang sudah pun meniru beberapa dagangan dan menilai tindakan dan prestasi pemberi signal itu dalam tempoh yang panjang di bawah keadaan pasaran yang berbeza-beza. Baca komen pelanggan mereka di bawah tab "Reviews" (Ulasan).

Untuk kemudahan anda, semua pemberi signal disusun mengikut hasil perdagangan mereka daripada keuntungan paling tinggi kepada paling rendah. Pilih signal pilihan anda terus di MetaTrader 5, sambungkan kepadanya dan tiru dagangan.

Lebih-lebih lagi, MT5 membolehkan pedagang menyewa perkhidmatan pengehosan maya untuk meniru urusniaga pemberi signal. Perkhidmatan pengehosan maya ini memastikan aktiviti robot perdagangan dan langganan signal sepanjang masa tanpa sebarang gangguan!

Ingat bahawa dengan MT5, anda sendiri boleh menjadi seorang pemberi signal! Untuk melakukan ini, anda perlu mendaftar akaun perdagangan anda sebagai pemberi signal – buka tab "Seller" (Penjual) pada profil anda, tetapkan harga langganan dan berdagang seperti biasa. Seterusnya anda akan berkembang sebagai pemberi signal dan menerima ganjaran tambahan.

Apakah itu perdagangan sosial?

Seperti namanya, perdagangan sosial ialah sejenis perdagangan di mana terdapat elemen sosial di samping meniru dagangan secara automatik. Dalam perdagangan sosial, pedagang berinteraksi antara satu sama lain untuk membuat keputusan perdagangan yang kukuh dan seimbang. Bentuk perdagangan ini membolehkan pedagang belajar daripada amalan pedagang yang berpengalaman, mendapatkan nasihat dan berkongsi pendapat.

Pendek kata, perdagangan sosial adalah pertukaran maklumat antara pedagang menerusi komunikasi dalam talian, yang meluaskan pemahaman pedagang dan membawa kepada langkah perdagangan tambahan. Pedagang terutamanya memberi tumpuan pada profil, gaya dan prestasi seorang pedagang.

Sifat yang paling penting tentang perdagangan sosial ialah sifat berdikari pedagang yang membuat keputusan perdagangan sendiri tanpa perlu meniru dagangan.

Perdagangan sosial membantu pemain baharu untuk berkembang lebih cepat sebagai seorang pedagang dan meniru dagangan dan strategi profesional dengan mudah jika mereka ingin melakukannya.

Mekanisme perdagangan sosial mempunyai banyak persamaan dengan media sosial biasa dan dipraktikkan secara meluas beberapa tahun kebelakangan ini.

MT5 dan perdagangan sosial

MetaTrader5 mempunyai banyak bilik sembang (chats) dan saluran perdagangan yang boleh anda sertai untuk menerokai pelbagai fungsi platform dan menyelami dunia perdagangan dengan pedagang lain.

Pertama sekali, anda perlu mencipta akaun dalam komuniti MQL5 untuk mula berinteraksi dengan para pedagang lain. Untuk melakukan ini, buka aplikasi MetaTrader 5, klik “Tools” dalam menu, kemudian – “Options.” Pergi ke tab “Community” dan cipta akaun MQL5 anda. Kini anda mempunyai akses ke sumber komunikasi MT5 dan banyak lagi.

Platform perdagangan yang unik ini menyediakan ruang kepada pedagang untuk berkomunikasi sesama sendiri atau mengendalikan saluran perdagangan terus dari dalam platform. Ciri sembang yang terbina dalam membolehkan pedagang berbincang tanpa perlu menukar aplikasi.

Seperti semua aplikasi pemesejan yang lain, sembang MT5 mempunyai pilihan yang berlainan untuk berkongsi maklumat. Anda berupaya menyertai atau mencipta kumpulan (groups) dan juga saluran (channels).

Secara lazim, saluran digunakan untuk menyebarkan maklumat seperti berita terkini, kemas kini tentang signal dagangan atau maklumat penting lain kepada khalayak yang ramai. Saluran boleh ditetapkan sebagai awam atau tertutup. Ciri unik saluran ialah ia melibatkan perbualan satu hala di mana hanya pentadbir saluran boleh menyiarkan post tertentu dan pelanggan dapat membacanya.

Sebaliknya, kumpulan sembang memudahkan komunikasi aktif di kalangan pedagang. Dalam kumpulan sembang, peserta boleh menyatakan pendapat dan idea mereka secara terbuka. Kumpulan sembang sangat berkesan sewaktu membangunkan strategi perdagangan atau menyertai sesuatu projek.

Dengan beberapa klik, pedagang boleh beralih antara sembang persendirian, kumpulan dan saluran. Apabila anda melayari tetikus ke atas ikon, tooltip yang berkenaan akan muncul untuk membantu anda.

Pembangunan komunikasi MetaTrader 5 dan MQL5 membolehkan pedagang membincangkan idea-idea perdagangan dan berita terkini, memberi atau menerima nasihat tentang keputusan perdagangan dan mencari profesional pilihan dengan keupayaan untuk meniru gaya perdagangan dan urusniaga mereka. Secara keseluruhan, MT5 membolehkan pengguna berkembang sebagai seorang pedagang dalam persekitaran perdagangan sosial yang melengkapkan platform ini.

Kesimpulan

Platform perdagangan MT5 tidak berhenti mengejutkan pengguna dengan kepelbagaian fungsi dan kebolehgunaannya. Sistem perdagangan tiru automatik MT5 telah dibangunkan dengan sempurna sekali. Pedagang dapat melanggan untuk signal dagangan daripada profesional terpilih dan menghasilkan keuntungan dengan hanya beberapa klik tanpa penglibatan 24/7. Selanjutnya, komuniti MT5 dan MQL5 menambah baik aspek perdagangan sosial dengan membangunkan mekanisme komunikasi yang mantap untuk berhubung dengan pedagang lain di samping berkongsi tips dan strategi.

Panduan dan cadangan kami akan membantu anda belajar lebih lanjut tentang perdagangan. Sertai kami di Telegram dan Instagram dan rintis kembara epik perdagangan anda dengan FBS!

SOALAN LAZIM

Apakah perbezaan antara Meta Trader 4 dan Meta Trader 5?

  1. Tujuan perdagangan yang berlainan. MT5 dibangunkan untuk perdagangan pelbagai instrumen, manakala MT4 digunakan untuk perdagangan di pasaran Forex.
  2. Bahasa pengaturcaraan. MT4 menggunakan MQL4 manakala MT5 – MQL5.
  3. Kemas kini MT5 termasuk kalendar ekonomi, yang membolehkan pedagang mengikuti perkembangan berita terkini.

Adakah MetaTrader 5 percuma?

MT5 adalah platform perdagangan yang boleh dimuat turun dan digunakan secara percuma.

Bolehkah saya berdagang dengan MetaTrader 5 tanpa broker?

Tidak boleh. Dagangan sebenar hanya boleh dibuat dengan akaun perdagangan sebenar yang dibuka dengan sebuah broker.

Bolehkah perdagangan tiru dianggap sebagai pendapatan pasif?

Perdagangan tiru adalah sejenis pendapatan pasif kerana ia memerlukan usaha dan masa yang sedikit untuk menjana keuntungan. Namun demikian, adalah penting untuk menyedari tentang semua risiko dan mengawal proses perdagangan tiru berdasarkan pengetahuan anda.

  • 1138

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera