1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Perlindungan Baki Negatif Dalam Perdagangan Forex
2023-09-07 • Dikemaskini

Perlindungan Baki Negatif Dalam Perdagangan Forex

cover.png

Perlindungan baki negatif (NBP) ialah pulau tempat berteduh di persada pasaran Forex yang bergelora. Dalam artikel ini, kita akan menerokai konsep NBP dan peranannya dalam menghindarkan pedagang daripada mengalami kerugian yang besar dalam perdagangan Forex. Kami akan menyerlahkan keupayaan NBP untuk menimbulkan rasa selamat dalam diri pedagang, dan kita akan mengupas kelemahan mekanisme ini. Selepas membaca artikel ini, anda akan tahu negara-negara yang telah mengguna pakai peraturan tentang NBP dan sebaliknya. Kami juga akan memberi beberapa perspektif bagaimana anda boleh menguruskan risiko anda selain daripada mengandalkan NBP.

Apakah itu perlindungan baki negatif dalam perdagangan Forex?

NBP melindungi pelanggan daripada kehilangan lebih banyak wang daripada baki yang ada dalam akaun mereka. Broker Forex yang dikawal selia menawarkan NBP selaras dengan peraturan-peraturan bagi mencegah pedagang daripada kehilangan lebih banyak wang daripada apa yang ada dalam baki akaun mereka. Secara khususnya, broker menjamin bahawa akaun pedagang tidak akan menyusut kurang daripada sifar lantaran urusniaga yang sedang rugi kerana broker akan memampas kerugian yang berlaku dan melaras semula baki akaun perdagangan pedagang menjadi sifar.

Mekanisme perlindungan baki negatif membantu pedagang bertahan semasa pergerakan pasaran yang ekstrem dan tidak dijangka. Pendekatan pengurusan risiko ini adalah penting bagi mereka yang menggunakan leveraj yang tinggi dalam urus niaga perdagangan mereka, kerana perdagangan leveraj adalah alat yang rumit. Sebagaimana ia boleh melipat gandakan keuntungan, ia juga menyebabkan kerugian yang melampau. Dengan bantuan NBP, pedagang tidak berhutang wang kepada broker – itulah sebabnya mereka tidak bertanggungjawab untuk membayar balik sebarang baki negatif.

Setiap pedagang Forex perlu tahu tentang NBP bagi mengelak daripada berhutang.

Kelebihan NBP, atau mengapa setiap pedagang Forex harus tahu mengenainya

NBP bertindak sebagai mekanisme pengurusan risiko yang kritikal dalam Forex dan memberi peluang kepada pedagang untuk menyelamatkan diri apabila pasaran bergerak bertentangan dengan arah urusniaga mereka. Dalam perenggan ini, kami akan membincangkan sebab-sebab utama pedagang patut meneroka lebih lanjut tentang alat pengurusan risiko ini - salah satu alat yang paling andal - dan bagaimana mereka boleh memanfaatkan NBP.

Pengurusan risiko yang berkesan

Secara asasnya NBP ialah: bantuan luar biasa daripada broker kepada pelanggan untuk mengecah baki akaun mereka daripada menyusut kurang daripada sifar. Dengan perlindungan sedemikian, pedagang berupaya menguruskan risiko dengan lebih baik. Apabila anda tahu bahawa adalah mustahil untuk anda mencatat kerugian yang lebih banyak daripada deposit anda, anda boleh membuat keputusan yang termaklum, menghitung risiko dan menjana pulangan yang lebih tinggi dengan lebih mudah.

Kesejahteraan psikologi yang dipertingkat

Pertama, mempunyai jaminan bahawa anda tidak akan berhutang atau mengalami kerugian yang melampaui amaun pelaburan anda dalam perdagangan matawang adalah satu kelegaan yang besar. Kedua, kebolehan untuk mengelak kerugian kewangan yang besar bukan sahaja menarik tetapi membantu mengekalkan kestabilan emosi dan mencegah potensi tekanan mental. NBP memastikan minda pedagang kekal tenang semasa berdagang Forex; dan ini seterusnya membawa kepada keputusan yang lebih mantap, disiplin yang lebih baik dan tumpuan yang sepatutnya.

Broker yang boleh dipercayai

Broker Forex yang menawarkan NBP menunjukkan tahap ketelusan dan keandalan yang tinggi dalam aspek hubungan mereka dengan pelanggan. Broker-broker seperti ini komited untuk menanggung sebarang kerugian yang dialami oleh pedagang, walaupun jika baki akaun mereka berkurang jauh di bawah sifar dalam proses perdagangan Forex.

Kelemahan NBP

Semasa mempelajari tentang mekanisme yang anda ingin terapkan dalam amalan perdagangan Forex anda, adalah penting untuk menerokainya secara teliti, memberi perhatian khusus pada kelemahan-kelemahan yang ada padanya. Menyedari tentang kelemahan dan perangkap yang ada sedari awal-awal lagi memberikan kelebihan kepada para pedagang dan membolehkan mereka menilai potensi keberkesanan tindakan yang bakal diambil.

Risiko berlebihan

Apabila pedagang tahu bahawa mereka tidak akan menanggung kerugian lebih banyak daripada apa yang mereka depositkan dan tidak akan berhutang, mereka boleh terlibat dalam tingkah laku yang lebih berisiko dan membuka posisi yang lebih besar kerana mempunyai tanggapan bahawa mereka kini dilindungi. Tingkah laku perdagangan sedemikian boleh menggugat disiplin pedagang, walhal itu unsur yang penting bagi kejayaan mereka, dan ia membawa kepada keputusan yang tidak bertanggungjawab.

Kos perdagangan yang lebih tinggi

Broker sering kali mengimbangi peruntukan NBP dengan mengenakan komisen atau fi yang lebih tinggi, yang seterusnya mengurangkan keberuntungan pedagang.

Peluang perdagangan yang terhad

Bagi mengurangkan risiko kerugian besar disebabkan NBP, broker mengenakan leveraj rendah dan meningkatkan keperluan margin, yang mengekang peluang perdagangan dengan ketara.

Risiko tinggi untuk broker menghadapi isu kewangan

Akibat daripada menyediakan perlindungan baki negatif pelanggan mereka, broker boleh berhadapan dengan situasi di mana mereka menanggung kewajipan kewangan yang ekstrem kepada pedagang. Oleh demikian, jika sesuatu persitiwa yang mengejutkan memberi impak terhadappasaran Forex lalu menyebabkan fenomena baki negatif yang meluas pada akaun para pelanggan, broker perlu menanggungnya, dan itu boleh menjejaskan modal mereka.

Negative_Balance_Protection_1200x675_2.png

Aspek kawal selia NBP

Undang-undang kawal selia perlindungan baki negatif telah menjadi topik yang hangat diperkatakan sejak sekian lama. Sesetengah negara telah mengadakan undang-undang berkenaan NBP, manakala yang lain pula tidak melakukan demikian. Mari kita bincangkan perkara ini dengan lebih teliti.

Negara-negara dan pengawal selia yang menuntut NBP

Kesatuan Eropah - ESMA

Pada 2018, Pihak Berkuasa Sekuriti dan Pasaran Eropah (ESMA) mengisytiharkan penerapan pelbagai langkah untuk melindungi pelabur, termasuk sekatan khusus terhadap Kontrak untuk Perbezaan (CFD). Sekatan-sekatan ini termasuk pelaksanaan NBP bagi akaun pedagang dan pelabur. ESMA merujuk kepada kenaikan mendadak Swiss franc pada tahun 2015 selepas Bank Negara Swiss menambat Swiss franc (matawang nasional Switzerland) kepada euro, dengan itu menyerlahkan keperluan untuk perlindungan baki negatif

Peraturan tersebut menetapkan had bagi kerugian yang berpotensi ditanggung akibat perdagangan CFD kepada jumlah yang didepositkan. Ia terpakai pada entiti yang menawarkan CFD, termasuk broker Forex runcit.

United Kingdom — Financial Conduct Authority

Pada 2019, mengikut jejak langkah ESMA, Financial Conduct Authority (FCA) United Kingdom mengumumkan langkah-langkah untuk mengukuhkan perlindungan bagi pelabur dan pedagang, termasuk sekatan ke atas CFD. Perlindungan baki negatif salah satu daripada langkah perlindungan ini. Peraturan-peraturan FCA menetapkan peruntukan tentang tanggungjawab syarikat broker untuk mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk mencegah pedagang runcit daripada mengalami kerugian yang melebihi baki akaun mereka. Oleh demikian, broker Forex di UK diwajibkan untuk menyediakan NBP kepada pelanggan mereka dan tidak membenarkan akaun mereka untuk mengalami kerugian yang kurang daripada sifar.

Australia — Suruhanjaya Sekuriti & Pelaburan Australia

Pada 2020, pihak berkuasa di Australia memutuskan untuk mengguna pakai pelbagai sekatan yang dikenakan pada semua syarikat yang beroperasi di Australia yang menggunakan CFD. Menjelang Mac 2021, Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia (ASIC, Australian Securities and Investments Commission) melaksanakan langkah-langkah untuk melindungi pelabur dan pedagang runcit, termasuk perlindungan baki negatif yang wajib ditawarkan oleh broker Forex Australia.

Negara-negara dan pihak berkuasa kawal selia yang melarang NBP

Pihak kerajaan boleh memilih untuk melarang NBP atas pelbagai sebab. Larangan NBP membantu mengekalkan kestabilan dan integriti pasaran kewangan. Undang-undang larangan sedemikian mencegah situasi di mana leveraj berlebihan dan pengambilan risiko yang sembrono boleh menyebabkan gendala pasaran dan kegagalan perbrokeran. Pihak kerajaan boleh mewujudkan persekitaran pasaran yang lebih stabil dan mampan dengan memberi tumpuan pada amalan-amalan perdagangan yang bertanggungjawab.

AS –  Suruhanjaya Pasaran Hadapan Komoditi

Menurut Kanun Peraturan Persekutuan, Judul 17, Seksyen 5.16, yang berkaitan dengan Larangan jaminan terhadap kerugian, broker Forex tidak dibenarkan menawarkan jaminan terhadap kerugian, mengenakan had pada kerugian atau mengelak daripada mengutip deposit keselamatan, margin atau deposit lain yang diperlukan daripada pelanggan forex runcit. Suruhanjaya Pasaran Hadapan Komoditi (CFTC) mengisytiharkan bahawa pedagang diwajibkan untuk membayar pampasan bagi semua kerugian yang ditanggung melebihi modal awal mereka. Satu duluan (precedent) kehakiman telah ditetapkan pada 2016 apabila CFTC memfailkan tuntutan mahkamah terhadap sebuah broker Forex yang telah melanggar peraturan.

Jepun — Agensi Perkhidmatan Kewangan

Serupa dengan CFTC, Agenci Perkhidmatan Kewangan Jepun (FSA, Financial Services Agency of Japan) melarang broker Forex runcit daripada menyediakan NBP kepada pelanggan mereka. Warga Jepun mengkritik pendirian kerajaan ini dengan merujuk pada suatu saat bilamana yen Jepun mengalami penurunan mendadak dan pedagang mengalami kerugian yang besar.

Adakah terdapat cara lain untuk menguruskan risiko selain NBP?

Menguruskan risiko secara berkesan tanpa bergantung pada mekanisme NBP bukan sesuatu yang mustahil dan menggalakkan pedagang Forex beroperasi dengan lebih cermat dan selamat. Pertimbangkan beberapa cara berikut:

1. Kawal saiz posisi

Semua pedagang harus ingat bahawa bukan setiap urusniaga akan menghasilkan keuntungan. Ini bermaksud semakin besar posisi yang dibuka, semakin tinggi risiko yang diambil. Dengan mengawal saiz posisi, pedagang boleh mengurangkan potensi kerugian dan secara efektif menguruskan pendedahan risiko keseluruhan.

2. Meletakkan pesanan renti rugi

Penggunaan pesanan renti rugi membolehkan pedagang keluar daripada dagangan dengan segera apabila harga mencapai aras kerugian boleh diterima yang maksimum, mengurangkan kebarangkalian untuk memasuki zon negatif.

3. Berhati-hati dengan leveraj

Perdagangan berleveraj mungkin merumitkan kerana ia boleh menggandakan kerugian dan juga keuntungan anda. Pedagang patut mengingati perkara ini dan menganalisa risiko-risiko yang terbabit. Penggunaan leveraj yang sederhana disyorkan untuk mengurus risiko anda secara berkesan.

4. Menilai nisbah risiko-ganjaran terlebih dahulu

Sebelum membuka urusniaga, adalah penting untuk menilai nisbah risiko-ganjaran untuk memastikan potensi keuntungan adalah berbaloi berbanding potensi risiko kerugian. Menentukan nisbah risiko-ganjaran membolehkan pedagang menimbang pulangan yang berpotensi diraih berbanding kerugian yang berpotensi ditanggung dan memutuskan sama ada berbaloi untuk memasuki pasaran.

5. Mempelbagaikan portfolio perdagangan Forex anda

Dengan melabur dalam pelbagai pasangan matawang, pedagang memastikan kestabilan portfolio yang lebih kukuh kerana kepelbagaian mengurangkan impak satu dagangan tunggal terhadap keseluruhan portfolio Forex anda, seterusnya mengurangkan risiko kerugian yang besar.

Ringkasan

Perlindungan baki negatif adalah fitur bermanfaat yang ditawarkan oleh broker Forex yang mencegah akaun pedagang daripada menyusut ke zon negatif lantaran urusniaga yang rugi. Dengan NBP, broker menjamin bahawa pelanggan tidak akan berhutang kerana mereka mengambil tanggungjawab untuk menetapkan semula baki akaun pedagang kembali kepada sifar. NBP bertindak sebagai pengurusan risiko yang berkesan dan menawarkan kestabilan emosi, sambil menunjukkan kebolehpercayaan sebuah broker.

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk ingat bahawa NBP berupaya melemahkan kesedaran minda pedagang, mengurangkan keuntungan dan menjadi beban kewangan ke atas broker, yang secara keseluruhan memberikan impak yang negatif terhadap pasaran. Oleh itu, pedagang Forex perlu mempertimbangkan semua kelebihan dan kelemahan NBP untuk memastikan mereka akan mengelakkan aspek-aspek yang memudaratkan dan berjaya dalam perdagangan Forex mereka.

SOALAN LAZIM

Bolehkah saya berdagang Forex tanpa margin?

Ya, perdagangan Forex tanpa margin boleh dilakukan. Namun, ia memerlukan jumlah modal yang besar. Biasanya, pedagang Forex yang membuka posisi tanpa margin adalah profesional dengan modal permulaan yang cukup besar, sering kali melebihi €10,000. Ingat bahawa mengabaikan margin bermaksud semakin banyak kerugian yang dialami oleh pedagang, semakin kerap baki akaun perlu ditokok.

Bolehkah anda berdagang dengan perlindungan baki negatif di FBS?

Ya, broker FBS membolehkan pelanggannya berdagang dengan perlindungan baki negatif, mencegah baki akaun para pedagang daripada jatuh ke zon merah. FBS menawarkan NBP untuk memastikan pedagang tidak mengalami kerugian yang lebih daripada deposit mereka.

Bolehkah saya berdagang dengan baki sifar?

Untuk berdagang tanpa dana sebenar, anda boleh membuka akaun perdagangan demo yang memberi dana maya kepada pengguna dan membolehkan mereka mengasah kemahiran perdagangan dalam persekitaran yang bebas risiko. Namun, anda tidak boleh berdagang dengan baki sifar semasa berdagang dengan akaun sebenar. Tanpa sebarang modal yang tersedia, anda tidak boleh melaksanakan urusniaga dalam perdagangan. Anda perlu mendepositkan dana ke dalam akaun perdagangan sebenar anda sebelum memulakan sebarang aktiviti perdagangan.

  • 724

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera